Jenis Pasaran Hartanah

Sebut pasal hartanah, ramai yang tahu pasal Freehold dan Leasehold kan? Kalau tak sure tu, boleh tengok Antara Freehold & Leasehold (Pegangan Bebas vs Pegangan Pajakan). Tapi tahukah anda jenis-jenis pasaran hartanah yang ada?

Apa kata kita ikuti perkongsian Dr Mohd Fadhli Mohd Fauzi yang menarik, lepas ni boleh follow beliau untuk dapatkan informasi mengenai perubatan dan hartanah

Pasaran rumah ada banyak jenis. Sama seperti kereta, rumah juga ada yang baru dari pemaju, beli atas owner atau beli melalui lelong. Bonus satu lagi ialah buat rumah atas tanah sendiri.

Nak beli yang mana? Baca dan hadamkan kemudian baru putuskan. Tanya bajet dan kesesuaian diri sendiri.

1. Subsale

Rumah jenis ini ialah rumah terpakai, maknanya dah ada orang lain pernah beli dan miliki. Sinonimnya ialah rumah 2nd hand. Rumah jenis ini paling selamat untuk dibeli untuk pembeli rumah pertama dan yang tak banyak modal. Jika skil nego tahap super saiya rambut biru, modal sifar pun boleh.

➡ PROs
● Rumah mungkin cantik dan mungkin buruk, bergantung kepada pemilik / penyewa sebelumnya.
● Kalau banyak rosak, boleh runding dengan penjual samada baiki dulu (letak dalam perjanjian) atau kurangkan harga lagi.
● Kos awal mungkin rendah atau tinggi, bergantung kepada skil nego.
● Boleh dapat cashback, juga bergantung kepada skil nego
● Tiada risiko terbengkalai kerana rumah sudah sedia ada, dan jika rosak boleh letak dalam perjanjian supaya penjual membaikinya
● Boleh tahu current market value kerana unit sudah sedia ada, maka bolehlah nego supaya jual lebih rendah dari nilai pasaran atau abaikan sahaja jika dijual melebihi nilai pasaran
● Kajian pasaran dan sewaan lebih lengkap boleh dilakukan kerana unit sudah sedia ada dan mungkin banyak review serta case study di kawasan sama
● Banyak pilihan di sekitar, pilih sahaja dan sesuaikan dengan bajet serta hasil rundingan
● Apa-apa tunggakan atau beban hutang perlu diselesaikan oleh penjual terlebih dahulu sebelum full disbursement

➡ CONs
● tiada jika anda ada ilmu membeli rumah subsale. Jika tiada ilmu, anda mungkin kehilangan wang deposit, ditipu broker haram, ditipu penjual, kerosakan yang tidak ditanggung dan sebagainya.

2. Lelong

Rumah lelong paling berisiko namun ia mungkin yang paling murah sekali!

➡ PROs
● Murah, boleh dapat bawah nilai pasaran
● Kajian pasaran (nilai pasaran dan kadar sewa) boleh dilakukan kerana unit sedia ada
● Kalau bernasib baik, boleh dapat unit dara yang belum pernah diduduki oleh sesiapa, atau boleh dapat unit yang sangat cantik dan terjaga rapi serta masuk cuci kaki sahaja. Fully furnished pun ada!

➡ CONs
● kalau takde ilmu, anda mungkin akan beli melebihi nilai pasaran
● kalau takde ilmu, pembiayaan mungkin ditolak
● kalau pembiayaan ditolak dan tiada backup tunai, wang deposit hangus
● kos awal yang mahal, iaitu 10% deposit, 3%-8% kos guaman, kos tunggakan (case by case basis) dan kos pembaikian (case by case basis)
● pemilik lama mungkin enggan keluar
● anda mungkin dipandang serong jiran sekeliling yang berkawan dengan pemilik lama
● urusan guaman seperti consent developer dan pihak berkuasa yang lambat mengakibatkan urusan disbursement yang tertangguh menyebabkan anda terpaksa membayar penalti atau wang deposit hangus
● tak boleh tengok dalaman rumah sebelum masuk membida. Mungkin cantik di luar tapi hancur di dalam.

3. Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Ini pun boleh juga. Kalau ada tanah sendiri dan anda berkenan nak buat rumah di lokasi tanah anda itu, buatlah. Kos lebih murah (jika geran individu dan lokasi sesuai, boleh mohon pembiayaan institusi kewangan) dan boleh custom-made ikut citarasa sendiri.

Jika nak beli tanah dulu, elakkan tanah geran kongsi. Memang murah dan lokasi menarik, tetapi geran kongsi ini banyak implikasi. Salah satunya ialah tak boleh guna pembiayaan perumahan untuk beli tanah atau buat rumah, sebaliknya kena guna pembiayaan peribadi atau beli tunai. Yang paling tak best ialah bab nak pastikan semua orang bayar cukai tanah dan apabila berlakunya isu pewarisan tanah pusaka geran kongsi dari generasi ke generasi berikutnya.

4. Rumah Baru / Under Construction

Rumah jenis inilah yang selalu menjadi mangsa kecaman dan maki hamun netizen di ruangan-ruangan komen setiap kali info hartanah viral di FB. Mahal, cekik darah, pemaju tamak, kapitalis bolot dan sebagainya menjadi ayat biasa mereka. Rumah jenis ini jugalah yang sering menjadi kegilaan ramai termasuklah newbie2 yang belum pernah ada rumah. Rumah nak baru, tapi harga mahal, maka mereka bertangguh-tangguh hingga langsung tak membeli.

➡ PROs
● Rumah baru & wangi
● Rebate / Diskaun terutamanya untuk bumi
● Kos awal yang rendah kerana ada rebat / diskaun
● Boleh dapat cashback kerana rebat / diskaun tapi hati-hati
● Kalau guna pembiayaan kerajaan, mungkin tak perlu bayar sehingga siap atau sehingga 24 bulan. Goyang kaki dapat capital appreciation dengan modal hampir sifar.

➡ CONs
● Risiko terbengkalai Kena pilih dengan berhati-hati
● Mahal, lebih mahal daripada unit sedia ada di sekitarnya
● Capital appreciation yang diharapkan tidak menjadi kenyataan kerana faktor dijual pada harga “future market value”
● Kadar sewa yang tidak dapat tampung bayaran ansuran bulanan pembiayaan (harga lebih tinggi daripada unit sekitar, maka ansuran bulanan pun tinggi, manakala unit sekitar pula kadar sewa lebih murah. Nak tak nak mungkin kena follow unit sekitar)
● Kos awal memang rendah, tapi kos untuk masuk selepas siap nanti mungkin tinggi contohnya untuk wiring, perabot, dan sebagainya (kecuali kalau beli unit yang siap fully furnished)

Kredit: Mohd Fadhli Mohd Fauzi

Dah tahu jenis-jenis hartanah yang ada tu, rajin-rajin jugalah baca:

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dilema mahu membeli atau menyewa rumah

Memiliki rumah sejak sekian lama dianggap sebagai simbol kestabilan dan kejayaan hidup bagi rakyat Malaysia.

Tidak hairanlah ramai golongan muda merasakan mereka perlu membeli rumah secepat mungkin yang memaksa mereka menanggung komitmen pinjaman perumahan selama 30 hingga 40 tahun.

Namun, dalam cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat, harga rumah yang terus berada di luar kemampuan sebahagian besar pembeli muda serta corak pekerjaan yang semakin dinamik, tiba masanya kita menilai semula maksud sebenar ‘seseorang itu ada rumah’.

Pada asasnya, rumah adalah tempat berteduh dan menyediakan keperluan asas untuk kediaman. Yang mustahak adalah ‘jaminan tempat kediaman dan kepentingan untuk mendiami’ yang lazimnya adalah melalui pemilikan tetapi boleh juga melalui penyewaan.

Bagi ramai golongan muda, terutamanya di peringkat awal kehidupan, menyewa boleh menjadi pilihan yang lebih praktikal dan fleksibel.

Ia membolehkan mereka mampu untuk menetap berhampiran tempat kerja, mengurus kewangan dengan lebih baik dan mengelakkan beban hutang jangka panjang sebelum benar-benar bersedia untuk membeli rumah sendiri.

Perubahan cara berfikir ini secara perlahan-lahan membuka ruang kepada perkembangan pasaran sewaan di Malaysia, termasuk kemunculan konsep ‘co-living’ atau kediaman bersama di dalam sebuah komuniti transit, serta juga konsep Rent-to-Own (RTO) atau Sewa-untuk-Beli.

Walaupun segmen ini masih kecil berbanding pasaran sewaan konvensional, ia semakin mendapat perhatian khususnya dalam kalangan generasi muda.

Konsep ‘co-living’ menawarkan bilik atau unit yang lengkap dengan perabot, tempoh sewaan yang lebih fleksibel serta kemudahan bersama yang diuruskan secara profesional.

Ia juga mengurangkan kos kemasukan (barrier of entry) kerana penyewa tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membeli perabot atau menanggung pelbagai kos utiliti secara berasingan.

Bagi golongan belia dan profesional muda, pekerja kontrak serta mereka yang sering berpindah lokasi pekerjaan, ‘co-living’ menyediakan pilihan perumahan yang lebih mudah dan praktikal tanpa perlu membuat komitmen membeli rumah ketika pendapatan mereka, khususnya pendapatan boleh guna mereka masih sedang dibina dan deperkukuhi.

Namun begitu, terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi sekiranya pasaran sewaan ingin berkembang menjadi satu cabang penting dalam ekosistem perumahan negara.

Cabaran pertama ialah persepsi masyarakat. Budaya pemilikan rumah masih sangat kuat dan menyewa sering dianggap sebagai pilihan sementara atau petanda seseorang mencapai kestabilan kewangan.

Persepsi ini ada benarnya, tetapi ia juga mewujudkan tekanan sosial yang menyebabkan ramai membeli rumah lebih awal daripada kemampuan sebenar mereka ataupun menyebabkan kerakusan pasaran yang sehingga mengakibatkan tekanan mental dan emosi.

Hakikatnya, keperluan perumahan setiap individu berbeza mengikut peringkat kehidupan. Ada yang memerlukan fleksibiliti untuk berpindah mengikut kerjaya, manakala ada yang lebih selesa menangguhkan pembelian rumah sehingga kedudukan kewangan mereka lebih kukuh.

Oleh itu, menyewa tidak sepatutnya sewenang-wenangnya dilihat sebagai pilihan yang kurang baik sehingga dilihat sebagai stigma berbanding pemilikan rumah.

Cabaran kedua ialah pasaran sewaan negara yang masih belum matang dan terpasung. Sebahagian besar pasaran masih dikuasai oleh pemilik individu dengan standard pengurusan, syarat penyewaan dan kualiti penyelenggaraan yang berbeza-beza.

Keadaan ini menyebabkan pengalaman menyewa tidak seragam dan kadangkala menimbulkan ketidakpastian kepada penyewa dan juga pemilik rumah.

Cabaran ketiga pula ialah kekurangan rangka kerja perundangan yang menyeluruh untuk mengawal selia sektor sewaan kediaman.

Pelaksanaan dan penggubalan sebuah akta, seperti Akta Penyewaan Kediaman (RTA) yang satu ketika dahulu diusulkan tetapi tertangguh, perlu disegerakan bagi mewujudkan pasaran sewaan yang lebih teratur dan telus.

Sebuah akta yang khusus untuk regulasi pasaran penyewaan sektor kediaman ini berpotensi untuk menyediakan perlindungan yang lebih jelas kepada penyewa dan juga pemilik, memperkukuhkan mekanisme penyelesaian pertikaian serta meningkatkan keyakinan pelabur dan pengendali profesional dalam sektor perumahan sewaan.

Bagi akta sedemikian, keutamaan harus diberikan kepada pendekatan yang mesra penyewa, mesra pemilik dan mesra pelabur yang mengimbangi secara saksama kepentingan-kepentingan setiap pemegangtaruh untuk melahirkan satu persekitaran pasaran yang menang-menang.

Tumpuan juga harus diberikan untuk memperhalusi dan mengukuhkan konsep RTO atau Sewa-untuk-Beli sebagai salah satu langkah penyelesaian menang-menang.

Dalam jangka panjang, pembangunan pasaran sewaan yang lebih tersusun akan memberikan lebih banyak pilihan kepada rakyat.

Persediaan dan ketersediaan bakal pembeli rumah adalah berbeza-beza di dalam persekitaran yang mencabar dewasa ini di samping tekanan sosial berkenaan kemampuan dan pemilikan rumah idaman.

Walaupun apapun keadaannya, yang pasti adalah setiap individu dan isi rumah seharusnya mempunyai akses dan jaminan tempat kediaman yang selesa, mempunyai akses kepada kemudahan, selamat dan mampu dibayar mengikut keperluan serta kedudukan kewangan masing-masing.

Dalam hal ini, memperkukuhkan pasaran sewaan melalui konsep seperti RTO dan ‘co-living’ serta pemerkasaan rangka kerja perundangan berpotensi untuk melengkapkan ekosistem perumahan negara dengan menyediakan pilihan yang lebih pelbagai dan inklusif untuk rakyat Malaysia.

Penulis ialah Pengarah Kanan, Penyelidikan Hartanah Rahim & Co Chestertons

— Berita Harian