4 Masalah Yang Sering Dihadapi Pelabur Saham ‘Newbie’ Yang Baru Nak Berjinak-Jinak

Dalam apa jua perkara yang anda lakukan, pastinya anda berhadapan dengan cabaran. Begitu juga dengan anda yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia pelaburan saham ni. Tak kiralah pasaran saham di Bursa Malaysia atau pun NASDAQ.

Berpuluh tahun hidup tak pernah kenal pun Bursa Malaysia, alih-alih dapat tahu boleh kembangkan duit dekat situ. Memang ‘culture shock’ juga dibuatnya.

Di antara soalan-soalan yang seringkali bermain di kepala:

  • Apakah persediaan yang perlu dilakukan sebelum nak mulakan pelaburan saham?
  • Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan ilmu berkaitan pelaburan saham?
  • Apakah tips berkesan untuk menjadi seorang pelabur saham yang berjaya?

Masih ramai di kalangan pelabur yang mengalami jalan buntu untuk menangani masalah seperti di atas. Jom kita tengok masalah yang sering dihadapi pelabur baru dan bagaimana untuk mengatasinya:

1. Modal Oh Modal

Setiap daripada kita mempunyai baki dalam bank yang berbeza-beza, dan seterusnya modal pelaburan yang berbeza-beza. Nak mulakan pelaburan saham ni, minima pembelian adalah 1 lot (100 unit), dan banyak saham yang tersenarai di Bursa Malaysia berharga RM1 dan ke bawah. Ini bermakna, modal RM100 pun dah boleh mula melabur.

Jemput baca Siapa Bilang Melabur Saham Kena Modal Besar?Ada modal RM100 cukup tak untuk melabur saham? Kita perlu tahu ROI atau Return of Investment dalam pelaburan saham ni. Kalau modal RM1,000 dengan ROI 10%, maka kita dah untung RM100. Tapi kalau modal RM10,000 dengan ROI 1%, sama juga untung RM100.

Yang lagi penting, pastikan modal tersebut adalah duit lebihan yang anda sanggup rugi 100%.

Kalau baki duit simpanan pun suam-suam, baik jauhkan diri, sebab ini bukan tempat orang tak ada duit nak cari duit.

2. Matlamat Masih ‘Blur’

Sebelum nak melabur dalam pasaran saham, ramai susah nak tetapkan matlamat. Pertama sekali nak jadi pelabur (long term), pedagang (short term) atau dua-dua? Tepuk dada tanya selera, kalau niat nak jadi pelabur (letak duit pejam mata) jangan geram tengok kawan-kawan pedagang yang dapat buat duit hari-hari atau setiap minggu tu.

Nak tetapkan matlamat pulangan (ROI) dari pelaburan pun ada yang rasa payah.

Sebelum ini terbiasa dengan ASB dan Tabung Haji beri dividen 6-8% setahun, adakah dengan pelaburan saham kita nak pulangan 15% setahun? Memang ada yang boleh mendapat pulangan 15% sebulan, tak kurang juga yang memperolehi pulangan 15% sehari., Tapi cuba tanya mereka berapa banyak mereka dah rugi. Sebab kena faham toleransi terhadap risiko rugi ni berbeza-beza.

Kalau newbie tetapkan rugi sebagai matlamat pun lagi bagus. Lebih sedikit rugi, anggaplah dah berjaya. Baru nak berjinak-jinak tetapi nak terus matlamat pulangan 100% dalam masa setahun tu tak salah tetapi rasa macam over.

Justeru, matlamat anda untuk memasuki dunia pasaran saham ini perlu jelas.

3. Ilmu

Ada yang dapat tangkap cepat dengan membaca buku, ada yang yang kena belajar face-to-face dengan sifu, ada juga yang suka belajar daripada YouTube. Tapi dekat mana nak dapat ilmu yang betul ni?

Sebab itulah kita kena pastikan ianya datang daripada sumber yang trusted seperti berikut:

4. Tak Yakin @ Cuak

Semua benda yang kita nak buat untuk pertama kalinya, pasti kita rasa takut kan? Sama juga dengan pelaburan saham ni, modal dah ada, matlamat dan ada, ilmu pun rasanya dah ada untuk mula. Tapi datang pula semangat tak yakin untuk tekan butang Buy dan Sell.

Untuk itu, apa kata anda mula dengan jual beli secara olok-olok je dulu. Boleh tengok Cara Jual Beli Saham Olok-Olok di BursaMarketPlace. Follow Tutorial Ini dan Tutorial Beli Saham Olok-Olok (Paper Trade) Melalui Investing.com.

Bila dah mahirkan ilmu untuk trade, tahu trade mana yang anda rugi, trade mana yang untung – barulah rasa yakin untuk mula jual beli guna duit sebenar.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.