Prinsip 3R – Pengurusan, Kawalan Emosi Dan Psikologi Dalam Dunia Dagangan Saham

The Markets Are Unforgiving, And Emotional Trading Always Results In Losses

Demikianlah petikan kata-kata daripada seorang pedagang saham dan Penulis buku terkenal – Dr. Alexander Elder.

Daripada petikan kata-kata tersebut, ianya menggambarkan betapa pentingnya aspek pengurusan, kawalan emosi dan psikologi yang betul; dapat menentukan kejayaan seseorang di dalam dunia dagangan saham.

Di sini kami kongsikan Prinsip 3R, semoga ianya dapat dijadikan panduan dan manfaat bersama.

1. Rasional

– Jangan jatuh cinta dengan sesuatu saham, kerana anda sukar membuat keputusan dan akan terlepas peluang lain yang akan datang.

– Elakkan urusniaga kontra dan pastikan setiap transaksi yang dibuat mampu untuk dibayar. Statistik menunjukan bahawa 90% urusniaga kontra akan mengalami kerugian besar dalam jangka masa panjang dan akan menjejaskan emosi dan psikologi pelabur.

– Elakkan membeli waran atau Call/Put Warrant hanya kerana harganya rendah, sebaliknya buatlah kaji selidik terlebih dahulu. Statistik menunjukan bahawa 90% pemain waran rugi kerana gagal mengawal emosi.

– Elakkan mengejar harga yang telah naik dan membuat pembelian panik di penghujung atau puncak trend.

“Don’t Catch the Falling Sword, we don’t know how bottom is bottom”. Elakkan membeli ketika harga baru mula turun atau di awal downtrend, kerana kita tidak tahu di mana paras terendah yang akan muncul nanti.

– Sebelum memasuki pasaran dan mula berurus niaga, pastikan anda mempunyai perancangan dan trading sistem yang berkesan. Ini kerana apabila anda gagal merancang, anda sedang merancang kegagalan diri sendiri.

2. Realistik

-“ BERSABAR”. Buat perkara yang betul bukan buat perkara yang disukai dan diharapkan.

– Jangan berharap untuk membeli harga terendah dan jual pada harga tertinggi dalam setiap kali transaksi urusniaga. Sebaiknya apabila harga telah naik dan capai sasaran, jual secara beransur-ansur mengikut paras harga tertentu.

– Tetapkan sasaran keuntungan dan kadar kerugian yang boleh diterima untuk setiap transaksi urusniaga.

– “Trading Is Easy But We Make It Hard”. Buat catatan setiap kali anda jual beli saham, kerana daripada catatan ini anda akan dapat melihat di mana kesilapan yang telah anda lakukan. Dengan belajar daripada kesilapan yang lalu, ia akan menjadikan anda lebih berhati-hati. Berusahalah untuk memperbaiki kelemahan dan meningkat kemahiran berurus niaga di masa hadapan.

3. Relevan

“Trend Is Your friend Until It Bends”. Berurus niaga mengikut trend dan jangan sesekali melawan trend.

If You Don’t Follow A Written Trading Plan, You Court Disaster Every Time You Enter The Market”. Pastikan anda ikut betul-betul ‘trading rules’ yang telah dirancang.

– “Cash Is King” bermaksud bahawa berada dalam keadaan tunai di tangan adalah lebih baik kerana lebih fleksibel dan kurang berisiko ketika pasaran menurun.


Rothalizam Sumar adalah seorang Remisier berlesen di RHB Investment Bank, Johor Bahru. Beliau mempunyai pengalaman lebih daripada 10 tahun sebagai Dealer/Remisier dan juga penulis Modul Panduan Pelaburan & Dagangan Saham Syariah. Beliau boleh dihubungi melalui WhatsApp 018-2744843 atau melalui laman FB Remisier Rothalizam.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.