Berita Baik Untuk Pemegang Saham Top Glove Dan AMMB Holdings (AmBank), Bakal Masuk FBMKLCI

Tahniah buat Top Glove Corporation dan AMMB Holdings kerana bakal diterima masuk ke dalam golongan elit syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia iaitu FBMKLCI.

Dan takziah pula diucapkan kepada Telekom Malaysia (TM) dan KLCC Property, yang terkeluar daripada senarai.

Bagi yang tak tahu apa benda FBMKLCI ni, boleh baca dengan lebih mendalam di Apa Itu FBM KLCI? Hari-Hari Keluar Suratkhabar Dan TV. Secara ringkasnya, ia merupakan 30 syarikat terbesar Bursa Malaysia yang bergabung menjadi penanda aras pasaran saham di Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Indeks.

Oh ya, Top Glove adalah patuh syariah, tapi AMMB Holdings tak patuh syariah.

Sumber: Bursa Malaysia

Mengikut kepada siaran media yang dikeluarkan oleh Bursa Malaysia, ia akan berkuatkuasa pada hari Isnin 24 Disember 2018.

Apa kata kita buat kajian sedikit mengenai berita terbaru ini.

Senarai Top 50 Berdasarkan Market Cap

Pada tarikh pengumuman dibuat iaitu pada 6 Disember 2018, kita dapat lihat bahawa:

  • Top Glove berada di tempat #28
  • AMMB Holdings berada di tempat #30
  • KLCC Property berada di tempat #29
  • Telekom Malaysia berada di tempat #39

Malaysia Airport (MAHB) pula merupakan syarikat yang tersenarai dalam FBMKLCI, tetapi bukan di dalam Top 30, iaitu di tempat #32.

Jom kita kaji pula prestasi harga saham syarikat.

Top Glove Corporation

Sumber: Bursa Marketplace

Boleh dikatakan bahawa saham Top Glove memang mantap. Fundamental power. Harga saham daripada RM3 pada awal tahun, naik sampai RM6.

Syarikat yang gemar bagi dividen, terbaru bagi Bonus Issue pula pada bulan Oktober yang lalu.

AMMB Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

AmBank ma… Ayat tersebut masih terngiang-ngiang dalam kepala, setiap kali nama ternampak atau terdengar AmBank ni.

Kalau tengok pada harga saham, ianya downtrend sejak dari bulan Februari yang lalu, namun telah rebound dan kini sedang membuat uptrend pula.

Telekom Malaysia (TM)

 

Sumber: Bursa Marketplace

Kalau tengok berdasarkan carta, memang sedih. Daripada RM6 pada awal tahun, kini jatuh ke paras RM2 pula. Memang downtrend teruk sejak pertengahan tahun.

Banyak faktor yang menyumbang kepada kejatuhan harga saham yang ketara ni, boleh baca lebih lanjut Bertabahlah Wahai Pemegang-Pemegang Saham Telekom Malaysia Berhad (TM).

KLCC Property Holdings

Sumber: Bursa Marketplace

Sumber: Bursa Marketplace

Kalau diikutkan, KLCC Property ni macam OK je. Saham pun steady je naik, walaupun sekarang tengah buat sideways.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PNB Institusi Pelaburan Keempat Terbaik Global Dalam Skor GSR

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) mencatat pencapaian baharu apabila menduduki tempat keempat terbaik di peringkat global dalam Papan Skor Governance, Sustainability and Resilience (GSR) 2026 yang diterbitkan oleh Global SWF.

PNB turut mengekalkan kedudukan sebagai institusi pelaburan milik negara dengan penarafan tertinggi di Malaysia dalam penilaian yang membabitkan lebih 200 institusi pelaburan milik kerajaan di seluruh dunia.

Dalam penarafan itu, PNB memperoleh markah keseluruhan 88 peratus, merangkumi 90 peratus bagi tadbir urus, 100 peratus untuk kelestarian dan 60 peratus bagi aspek daya tahan.

Pencapaian berkenaan menunjukkan peningkatan ketara berbanding kedudukan ke-17 yang direkodkan pada tahun lalu, sekali gus mencerminkan usaha berterusan organisasi memperkukuh tadbir urus serta amalan perniagaan yang bertanggungjawab.

Menurut PNB, skor penuh bagi komponen kelestarian diberikan berdasarkan kekuatan rangka kerja tadbir urus, ketelusan pendedahan maklumat, komitmen terhadap agenda iklim dan penerapan pertimbangan kelestarian dalam aktiviti pelaburan.

PNB juga memaklumkan bahawa pihaknya memperbaharui Rangka Kerja Kelestarian dengan memberi tumpuan kepada tiga teras strategik iaitu Kelestarian Organisasi, Kepengurusan Bertanggungjawab dan Pembangunan Negara.

Selain itu, antara faktor yang menyokong pencapaian itu ialah kejayaan memenuhi sasaran Perusahaan Sifar Bersih bagi pelepasan Skop 1 dan Skop 2 pada 2025 serta usaha memperkukuh aspirasi Portfolio Sifar Bersih menjelang 2050.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Rizal Rickman Ramli, berkata peningkatan daripada tangga ke-17 kepada tangga keempat global dalam tempoh setahun mencerminkan usaha kolektif organisasi memperkukuh tadbir urus dan daya tahan institusi.

“Pencapaian ini mencerminkan kemajuan yang telah kami capai dalam memperkukuh tadbir urus, menerapkan amalan yang bertanggungjawab dan membina organisasi yang lebih berdaya tahan.

“Pencapaian skor kelestarian sempurna ini merupakan pengiktirafan yang amat bermakna kepada PNB kerana ia mencerminkan komitmen dan usaha berterusan kami untuk mengintegrasikan pertimbangan kelestarian ke dalam cara kami beroperasi, melabur dan melaksanakan kepengurusan.

“Menerusi Rangka Kerja Kelestarian yang telah diperbaharui, kami terus memperkukuh pendekatan yang lebih holistik, berteraskan kelestarian organisasi, kepengurusan bertanggungjawab dan pembangunan negara,” katanya.

— Berita Harian