Gunalah E-Wallet – Jimat dan Nampak Bergaya

Seronok juga sebenarnya kalau ‘cashless’ (nirtunai) ke mana-mana. Selamat pun selamat. Orang zaman sekarang boleh lupa nak bawa dompet. Tapi tak pernah lupa nak bawa smartphone, sentiasa ada di tangan.

Buka smartphone, scan barkod, terus siap. Memang nampak bergaya, lebih-lebih lagi kalau yang guna tu umur dah 40-an.

Tapi tahukah anda, selain aplikasi e-wallet yang popular seperti Wechat Pay dan GrabPay, masih ada lagi aplikasi yang boleh dicuba seperti Boost?

Ketiga-tiga e-wallet ini antara yang aktif, banyak peniaga yang terima.

Boost?

Boost app

Konsepnya sama seperti e-wallet yang lain. Pengguna tidak perlu lagi membayar menggunakan duit tunai sebaliknya hanya menggunakan app ini sahaja (biasanya hanya perlu scan barcode dan masukkan amaun)

Nampaknya Malaysia pun cuba berdiri setanding dengan negara China seperti bandar Hangzhou di mana penggunaan pembayaran digital sangat meluas. Lebih menakjubkan lagi mereka telah menggunakan “face id” untuk menggantikan kad pengenalan. Bila lah agaknya negara kita nak sampai ke tahap itu agaknya ya?.

Tapi bolehkah masyarakat di Malaysia hidup dengan nirtunai sepenuhnya?

Kalau ikutkan kita juga sudah terbiasa menggunakan nirtunai sejak dari dulu lagi seperti Touch ‘n Go.

Jom ‘challenge’ untuk hidup sehari tanpa tunai. Berani ke tidak? Kali ini kita cuba guna Boost, inshaAllah lain kali e-wallet lain pula.

Pergi Kerja Naik Grab Guna Boost

Kita mulakan dengan pergi kerja menaiki Grab. Eh, boleh ke guna Boost untuk naik Grab? Sebenarnya pengguna boleh beli voucher Grab dengan lebih murah dari Boost.

Boost app

Selepas itu, hanya masukkan ‘Promo code’ sebelum tempah Grab.

Nak Makan Pun Boleh Guna Boost

Dengan Boost ada dua pilihan, sama ada nak gunakan Food Delivery ataupun beli sendiri makanan dengan harga diskaun.

Boost app

Kalau rasa malas nak keluar pejabat, tempah sahaja makanan hanya dengan masukkan alamat, pilih restoran yang tersenarai, buat pembayaran dan seterusnya ‘enjoy your food!’. Wah sempoi.

Restoran yang tersenarai seperti Kenny Rogers, Fuel Shack, Texas chicken dan banyak lagi. Sebenarnya lebih daripada 200 restoran yang boleh dipilih.

Tapi kalau makan di kedai pun boleh. Tahu ke tidak anda boleh dapatkan yang diskaun lebih daripada 50% di restoran-restoran yang terpilih. Jimat bukan?

Boost app

Kalau semuanya berdiskaun, maknanya makin kuranglah duit yang keluar. Bijak ke tak bijak?

Nak Urut Badan Pun Boleh Guna Boost

Pernah nampak kerusi urut dekat mall? Contohnya seperti kerusi urut Gintell. Sebenarnya kalau nak tahu, anda boleh bayar menggunakan Boost. Dapat diskaun pula tu. Tapi pastikan ada lambang Boost di kerusi tersebut. Barulah boleh bayar dengan Boost.

Bayar Bil Pun Boleh

Bukan itu sahaja, ambil peluang masa rehat anda dengan membayar bil yang perlu dibayar. Tidak perlu lagi beratur lagi untuk membayar bil. Gunakan sahaja Boost App. Boleh bayar dari bil air sehinggalah ke bil Astro. Jimat masa.

Kalau ikutkan memang boleh gunakan terma “cashless” ke mana-mana untuk setiap hari. Tapi pastikan tempat-tempat tersebut menerima pembayaran melalui Boost ataupun mana-mana applikasi pembayaran secara digital.

Masukkan kredit ke dalam Boost Wallet

Pernah dengar Grab Wallet? Iaitu masukkan kredit ke dalam wallet. Sama juga seperti Boost wallet.

Nak topup kredit Boost ini boleh melalui 3 kaedah iaitu

  1. Debit card
  2. Credit card
  3. Online banking

Lagi satu yang menariknya tentang Boost ini, ada dua pengguna yang boleh topup kredit ke dalam wallet iaitu Basic Wallet dan Premium Wallet.

Untuk pengguna Basic Wallet, maksimum kemasukan kredit hanyalah sebanyak RM200 sekali sahaja pada satu masa dan limit kepada RM1000 sehari.

Tak cukup RM200?

Jom upgrade ke Premium. Jangan risau, yang pasti tiada charge yang dikenakan. Untuk pengguna Premium Wallet, kredit boleh ditambah sehingga RM1,500 ke dalam wallet.

Seusai tambah kredit ke dalam wallet, pengguna boleh menggunakan “Shake Reward” pula dengan hanya “menggocangkan” smartphone dan menerima cashback secara rawak bermula dari RM0.50 sehinggalah RM5 bagi setiap penambahan kredit ke dalam wallet.

Bukan itu sahaja, Boost juga membenarkan kita melakukan transaksi perpindahan kredit kepada pengguna Boost yang lain dan “Go Dutch” feature untuk membayar bil secara asing. Tidak perlu risau lagi selepas ini untuk keluar makan bersama kawan-kawan dan bayar bil secara berasingan.

Sebenarnya Boost ini bukan sahaja untuk mendapat diskaun tetapi anda juga boleh menderma ke persatuan Tabung Bersamamu dan Persatuan Kebajikan Anak-anak Istimewa Selangor (ORKIDS) yang terpilih melalui Boost App.

Wow banyak betul kegunaan Boost rupanya. Bukan sahaja membeli-belah untuk diri sendiri tetapi juga dapat menyumbang dana kepada yang memerlukan.

Features seperti insurans, parking, dan events semuanya ada di dalam Boost ini. Jadi, tidak hairanlah suatu hari nanti pengguna Boost akan lebih ramai pada masa akan datang.

 Jom lihat apa yang ditawarkan oleh Boost App.

F&B:

Bayar RM8.50 untuk dapatkan RM10 Dunkin Donuts Voucher

Bayar RM9 untuk dapatkan RM10 myBurgerLab Voucher

 

Transportation:

Bayar RM9.50 untuk dapatkan RM10 Grab Ride

Bayar RM7 untuk mejadi ahli VIP oBike selamanya 7 hari.

Online shop:

Bayar RM46 untuk dapatkan RM50 11Street Voucher

Bayar RM40 untuk dapatkan RM50 FashionValet Voucher

Fave deals:

A&W: Golden/Spicy Aroma Chicken Combo with Fries and RB for 2-3 people (n/p: RM39.90) – RM35

Tony Romas: Tony’s Roma’s New York Strip Steak (7oz) with Bake Potato Soup (n/p: RM55.51) – RM45

Original Cake: One Large-Sized Golden Cheese Cake (n/p: RM17) – RM13

90-Minute Full Body Signature Massage and Treatment for 1 Person @ Embun Day Spa (n/p:RM200) – RM48

Sebenarnya banyak lagi features yang pengguna boleh dapat.

Dowload lah Boost sekarang.

Jangan lupa masukkan invite code ini sekali untuk nikmati cashback:

khahs6x

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pengurusan Kesihatan Mental Untuk Usahawanita Moden

usahawanita moden
  • Rutin pengurusan kesihatan mental untuk usahawanita moden
  • Usahawan wanita yang mengurus perniagaan sambil memikul tanggungjawab peribadi
  • Kehidupan moden yang pantas dan kompetitif menyebabkan wanita mudah kemurungan
  • Kesihatan mental yang baik membantu wanita urus tekanan & kekalkan produktiviti kerja

Wanita hari ini bukan lagi sekadar berada di belakang tabir dalam dunia perniagaan. Mereka menjadi pengasas syarikat, pelabur, profesional, pemilik SME dan peneraju pelbagai industri.

Namun, kejayaan tersebut datang bersama tekanan yang mungkin tidak kelihatan.

Bagi sesetengah wanita, selepas tamat waktu pejabat, tanggungjawab belum selesai. Masih ada anak yang perlu diurus, pasangan, keluarga, rumah dan pelbagai keputusan yang perlu dibuat.

Sebab itu kesihatan mental wanita tidak boleh dilihat sebagai isu sampingan.

Baca : Wanita Malaysia Jana Lebih RM176 Juta Pada 2022 Sebagai Hos – Airbnb

Data Kementerian Kesihatan Malaysia melalui NHMS 2023 menunjukkan kira-kira satu daripada lapan rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, dan prevalens kemurungan meningkat dua kali ganda berbanding 2019.

Lebih menarik untuk konteks usahawan, satu kajian terhadap rakyat Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan simptom kemurungan yang lebih tinggi, manakala tekanan menjadi antara faktor penting yang berkait dengan simptom tersebut.

“Kajian terhadap 728 orang dewasa di Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan tahap simptom kemurungan lebih tinggi, dengan tekanan & status sebagai pemilik perniagaan menjadi antara peramal signifikan simptom kemurungan.” – National Library of Medicine

Baca : Pelaburan Bantu Wanita Boleh Wujud Kesan Beriak Bawa Pelbagai Manfaat

Ini bukan bermaksud menjadi usahawan menyebabkan kemurungan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa tekanan keusahawanan dan kesihatan mental wajar diberi perhatian.

Jadi, apakah rutin yang boleh membantu usahawanita moden menjaga kesihatan mental mereka?

1. Rutin Bersenam

Senaman bukan hanya untuk menurunkan berat badan.

Bagi usahawanita yang menghabiskan sebahagian besar hari di hadapan komputer, dalam mesyuarat atau mengurus operasi perniagaan, aktiviti fizikal boleh menjadi ruang untuk keluar seketika daripada tekanan kerja.

rutin bersenam wanita

Tidak semestinya perlu melakukan senaman berat.

Berjalan kaki, berenang, berlari, berbasikal atau melakukan latihan kekuatan secara konsisten sudah boleh menjadi sebahagian daripada rutin.

Yang penting ialah konsistensi, bukan intensiti semata-mata.

Bahkan, menjadikan senaman sebagai rutin mingguan boleh memberikan satu bentuk struktur kepada kehidupan yang mungkin dipenuhi jadual kerja yang tidak menentu.

2. Rutin Penjagaan Diri

Ada satu perkara yang sering berlaku kepada wanita yang terlalu sibuk.

Mereka menjaga semua orang kecuali diri sendiri.

rutin penjagaan diri wanita

Bagi sebahagian wanita, rawatan kecantikan bukan sekadar mahu kelihatan lebih muda atau cantik. Ia juga boleh menjadi masa untuk berhenti seketika daripada rutin kerja.

Namun, penting untuk membezakan self-care daripada tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna.

Penjagaan diri sepatutnya membantu seseorang berasa lebih baik tentang dirinya, bukan menambahkan tekanan untuk memenuhi standard kecantikan tertentu.

3. Rutin Tidur Awal

Usahawan mungkin terkenal dengan bekerja sehingga lewat malam.

Laptop dibuka selepas anak tidur. Telefon masih berbunyi dengan WhatsApp pelanggan. E-mel masih masuk. Idea perniagaan pula datang ketika semua orang sudah tidur.

rutin tidur awal

Masalahnya, otak juga memerlukan masa untuk berehat.

Rutin tidur yang konsisten boleh menjadi salah satu bentuk pengurusan diri yang paling mudah tetapi sering diabaikan.

Sebelum tidur, usahakan untuk mengurangkan penggunaan skrin dan cahaya terang, khususnya apabila ia menyebabkan kita terus terangsang dengan kerja, media sosial atau notifikasi.

Kadangkala masalahnya bukan kita tidak mempunyai masa untuk tidur.

Kita tidak pernah benar-benar berhenti bekerja.

4. Rutin Travel dan Melihat Dunia

Travel juga boleh menjadi satu bentuk “reset” daripada rutin.

Bagi usahawanita yang sentiasa membuat keputusan untuk syarikat, pekerja dan keluarga, perjalanan seorang diri boleh memberikan ruang untuk membuat keputusan berdasarkan diri sendiri.

Tidak perlu sentiasa memilih destinasi popular.

rutin melancong wanita

Asia Tengah, misalnya, menawarkan pengalaman yang berbeza, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan negara-negara lain mempunyai sejarah, budaya dan landskap yang jauh berbeza daripada destinasi pelancongan biasa.

Solo travel juga tidak semestinya bermaksud melarikan diri daripada kehidupan.

Kadangkala ia sekadar memberikan seseorang ruang untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza.

Namun, perjalanan perlu dirancang mengikut kemampuan kewangan, keselamatan dan keadaan diri. Travel yang menambahkan hutang atau tekanan bukanlah self-care.

5. Rutin Beribadah & Kebajikan

Bagi wanita Muslim, pengurusan kehidupan tidak semestinya berhenti pada aspek fizikal dan psikologi.

Ia juga mempunyai dimensi spiritual.

rutin beribadah wanita

Solat, membaca al-Quran, menghadiri kelas ilmu, melakukan amal jariah, menunaikan umrah atau haji boleh menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan yang memberikan ruang untuk seseorang kembali mengingati tujuan hidup yang lebih besar daripada pekerjaan.

Ini juga memberikan perspektif kepada dunia keusahawanan.

Syarikat boleh berkembang. Duit boleh bertambah. Jawatan boleh berubah. Tetapi kehidupan tetap mempunyai dimensi yang lebih luas daripada keuntungan.

Baca : Perangai Wanita Malaysia Selepas Dapat Gaji

Bagi sesetengah usahawanita, amal jariah juga menjadi cara untuk menukar sebahagian daripada kejayaan material kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Alhasil

Menjadi usahawanita moden bukan sekadar tentang membina syarikat dan mencapai keuntungan.

Ia juga tentang kemampuan untuk terus berfungsi sebagai seorang individu, sebagai wanita, ibu, isteri, anak, pemimpin dan manusia yang mempunyai keperluan emosi serta fizikal sendiri.

Sebab itu rutin kecantikan, senaman, tidur, travel dan ibadah tidak sepatutnya dilihat sebagai aktiviti yang membuang masa daripada pekerjaan.

Sebaliknya, ia boleh menjadi sebahagian daripada cara seseorang membina kehidupan yang lebih seimbang.

Pada akhirnya, perniagaan yang berjaya memerlukan seorang pemimpin yang mampu bertahan dalam jangka panjang.

Baca : Kisah Emas Dan Wanita Kelantan

Usahawanita tidak perlu memilih antara kejayaan dan kesejahteraan diri. Yang lebih penting ialah belajar mengurus kedua-duanya.