Pembiayaan Perumahan Dilanjutkan Sehingga 40 Tahun, Bagus Ke Tak?

Baru-baru ini, ada desas-desus bahawa kerajaan sedang pertimbangkan untuk melanjutkan tempoh pembiayaan perumahan daripada 35 tahun sekarang ini, kepada 40 tahun. Ini bermakna kalau kita mula bekerja umur 25 tahun, dan mula beli rumah pada umur 30 tahun setelah kedudukan kewangan stabil sedikit dan cukup wang deposit, maka kita akan berhutang dengan pihak bank sehingga umur 70 tahun.

Nampak macam bagus, sebab ingin membantu orang ramai untuk memiliki rumah. Tetapi adakah pembeli atau pemaju yang untung dalam kes ini?

Untuk itu, jom kita bersama-sama dengan Hartabumi bagi mengupas isu menarik ini.

Rumah Tidak Terjual Semakin Meningkat

Melihat kepada lanskap hartanah di Malaysia pada hari ini, bilangan unit rumah tidak terjual dilaporkan semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah (NAPIC), jumlah keseluruhan unit kediaman yang sudah siap tetapi tidak terjual kini mencecah nilai tertinggi RM19.54 bilion.

Pada suku ketiga tahun 2018, unit kediaman tidak terjual yang direkodkan berjumlah sebanyak 30,115 unit. Pada tempoh yang sama tahun 2017 pula, unit kediaman tidak terjual mencatatkan jumlah 20,304 unit.

Kredit :iProperty

Ini bermakna unit kediaman tidak terjual meningkat sebanyak 48.35% hanya dalam tempoh setahun.

“Pihak pemaju kini sedang ‘pening kepala’ kerana banyak rumah yang sudah disiapkan namun masih belum berjaya dijual.”

Baru-baru ini pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) telah melancarkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang berjalan untuk tempoh enam bulan sehingga 30 Jun 2019.

Kredit : The Star

Kempen ini dikatakan mahu membantu orang ramai memiliki rumah dengan memberi diskaun sekurang-kurangnya 10% bagi setiap pembelian. Namun dikhabarkan kempen itu hanyalah “indah khabar dari rupa” dan tidaklah seperti yang dijanjikan.

Pengarah Urusan PPC International, Datuk Siders Sittampalam menyatakan HOC mungkin tidak akan dapat mencapai sasaran jualan bernilai RM3 bilion.

Terdapat juga konsultan hartanah lain yang menyatakan nilai RM3 bilion yang ditetapkan untuk jualan HOC ini sebagai tidak realistik.

Susulan daripada situasi pasaran hari ini yang dilihat terdapatnya lambakan hartanah, kini mula timbul cadangan supaya tempoh maksimum pinjaman perumahan 35 tahun dipanjangkan kepada 40 tahun bagi membendung masalah lambakan rumah ini menjadi semakin parah.

Namun, adakah pembeli akan lebih untung jika tempoh maksimum pinjaman ini dilanjutkan kepada 40 tahun?

Sebagai contoh (rujuk gambar), sekiranya pinjaman sebuah rumah itu bernilai RM400,000 dan tempoh pinjaman ialah 35 tahun dengan kadar faedah 4.9%, jumlah yang perlu dibayar setiap bulan ialah RM1,993.

Kredit : The Star Online

Untuk tempoh pinjaman 40 tahun pula, dengan jumlah pinjaman RM400,000 ini, pembeli perlu membayar RM1,902 setiap bulan.

Jika dikira, perbezaan bayaran bulanan untuk pinjaman 35 tahun dan 40 tahun ialah RM91.

Ini bermakna, peratusan perbezaan harga bayaran bulanan untuk pinjaman 35 tahun dan 40 tahun hanyalah 4.6%.

Dari segi kiraan keseluruhan pula, pembeli yang mengambil pinjaman 40 tahun perlu membayar tambahan RM75,946 berbanding pinjaman 35 tahun.

Selain itu, sekiranya tempoh maksimum pinjaman ini dilanjutkan kepada 40 tahun, ia mungkin akan meningkatkan permintaan untuk membeli rumah dalam jangka masa yang pendek kerana bebanan bayaran bulanan berkurang.

Tetapi, apabila permintaan meningkat mendadak ianya berisiko menaikkan harga rumah.

Jika harga rumah hanya naik sebanyak 5%, ia hanya akan menyebabkan tempoh lanjutan pinjaman kepada 40 tahun adalah sia-sia sahaja.

Kredit : Star Property

Lanjutan tempoh pinjaman juga sebenarnya akan menjadikan kos insurans rumah dan kos kadar faedah menjadi lebih tinggi. Ini adalah merugikan rakyat jika akhirnya harga rumah akan meningkat naik.

“Persoalannya, adakah ini akan menguntungkan pembeli? Atau ia hanya untuk membantu pemaju menghabiskan rumah tidak terjual mereka?”

Sebelum ini juga telah wujud gesaan supaya pihak pemaju mengalah dan menurunkan harga rumah. Ini kerana, lambakan rumah ini dikatakan terjadi berpunca daripada salah pemaju sendiri yang tidak memahami kehendak pasaran dan telah membina produk yang salah.

Apabila berlaku ketidaksepadanan (mismatch) bekalan (supply) dan permintaan (demand), sudah semestinya harga produk itu akan jatuh. Rumah dengan saiz selesa begitu mahal manakala rumah yang mampu dibeli pula terlalu kecil. Maka, akhirnya ramai memilih untuk tidak membeli.

Tetapi, kenapa pemaju di Malaysia pula masih ‘degil’ untuk menurunkan harga rumah?

Kredit : Troika

Sebagai rekod, Malaysia telah mula menetapkan tempoh maksimum pinjaman perumahan 35 tahun ini bermula dari tahun 2013. Sebelum itu, tempoh maksimum pinjaman perumahan yang ditawarkan adalah 45 tahun.

Negara jiran Singapura juga sudah menetapkan tempoh maksimum pinjaman perumahan 35 tahun sejak tahun 2012 lagi.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Monetary Authority of Singapore (MAS) sebelum ini telah menyatakan “long tenure loans pose risks to both lenders and borrowers”.

Dengan bayaran bulanan yang lebih rendah, ia sebenarnya boleh menyebabkan peminjam “over-estimate” keupayaan untuk membayar pinjaman tersebut.

Ini akhirnya menyebabkan peminjam membuat pinjaman melebihi kemampuan mereka dan seterusnya tidak mampu membayar kembali pinjaman terbabit.

Dengan rata-rata negara di dunia ini telah menetapkan tempoh maksimum pinjaman pembelian rumah pada 30 tahun hingga 35 tahun, adakah Malaysia mahu menjadi regresif dengan melanjutkan tempoh itu kepada 40 tahun?

Sumber: Hartabumi

Mantapkan Lagi Ilmu Hartanah

Daripada kita mengharapkan bantuan daripada pihak kerajaan, adalah lebih baik sekiranya kita mantapkan lagi ilmu hartanah sehingga mampu juga beli rumah. Jemput baca tips-tips berikut:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

LPPSA Kedua: Boleh Mohon Walaupun Pembiayaan Pertama Belum Habis, Ini Syarat & Kelayakannya

Ada pembiayaan LPPSA pertama yang masih berjalan tetapi sudah terfikir nak beli rumah kedua?

Mulai 4 Oktober 2026, penjawat awam yang layak boleh memohon Pembiayaan Kedua LPPSA tanpa perlu menyelesaikan sepenuhnya Pembiayaan Pertama.

Pada masa yang sama, LPPSA turut menaikkan had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan sehingga RM1 juta.

Namun, ini bukan bermaksud semua penjawat awam automatik boleh meminjam RM1 juta. Jumlah sebenar masih bergantung kepada pendapatan bersih, kelayakan pemohon, baki kelayakan pembiayaan serta syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Apa perubahan LPPSA 2026?

Menurut notis rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026, dua perubahan utama mula berkuat kuasa pada 4 Oktober 2026:

Pertama, had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan LPPSA dinaikkan sehingga RM1 juta.

Kedua, pemohon boleh membuat permohonan Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan syarat yang ditetapkan.

Ini memberi lebih banyak fleksibiliti kepada penjawat awam yang masih mempunyai pembiayaan pertama tetapi mahu menggunakan baki kelayakan mereka untuk pembiayaan kedua.

Had pembiayaan LPPSA sehingga RM1 juta

LPPSA menetapkan jadual had kelayakan berdasarkan pendapatan bersih.

Pendapatan BersihHad Kelayakan Maksimum
Lebih RM10,000RM1,000,000
RM10,000RM950,000
RM9,500RM930,000
RM9,000RM900,000
RM8,500RM880,000
RM8,000RM850,000
RM7,500RM830,000
RM7,000RM800,000
RM6,500RM780,000
RM6,000RM730,000
RM5,500RM670,000
RM5,000RM610,000
RM4,500RM550,000
RM4,000RM480,000
RM3,500RM430,000
RM3,000RM350,000
Sehingga RM2,500RM280,000

Jadual ini adalah berdasarkan FAQ rasmi LPPSA mengenai penambahbaikan 2026.

Nota penting: Had maksimum ini bukan bermaksud pemohon pasti menerima jumlah tersebut. Amaun yang diluluskan masih bergantung kepada kelayakan pemohon dan syarat pembiayaan yang berkuat kuasa.

Siapa yang layak menikmati had baharu?

LPPSA menyatakan jadual kelayakan baharu ini terpakai kepada kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA, tertakluk kepada syarat dan kelayakan semasa.

Bagaimanapun, terdapat kumpulan tertentu yang tidak menggunakan jadual ini, antaranya:

  • Anggota Pentadbiran Persekutuan;
  • Anggota Pentadbiran Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri; dan
  • Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Golongan tersebut tertakluk kepada peruntukan atau keputusan berkaitan yang berasingan.

Apa maksud “Pembiayaan Kedua” sekarang?

Ini bahagian yang paling menarik.

Sebelum penambahbaikan ini, pemohon secara amnya perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama sebelum membuat Pembiayaan Kedua.

Mulai 4 Oktober 2026, syarat tersebut tidak lagi diperlukan.

LPPSA menyatakan pemohon boleh memohon Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA.

Contohnya:

Ali membeli rumah pertama menggunakan LPPSA.

Pembiayaan pertama masih mempunyai baki.

Kemudian Ali mahu membeli rumah kedua.

Dengan peraturan baharu, Ali tidak perlu melangsaikan pembiayaan pertama terlebih dahulu semata-mata untuk memohon pembiayaan kedua.

Tetapi Ali masih perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi dan memenuhi syarat LPPSA.

Apakah syarat Pembiayaan Kedua?

LPPSA menetapkan beberapa syarat utama.

Pemohon perlu:

1. Merupakan kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA.

2. Potongan gaji bagi Pembiayaan Pertama telah dilaksanakan.

3. Tidak mempunyai tunggakan bayaran balik bagi Pembiayaan Pertama sedia ada.

Selain itu, permohonan tetap tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA yang berkuat kuasa.

Berapa margin Pembiayaan Kedua?

Ini juga penting kerana margin pembiayaan bergantung kepada status Pembiayaan Pertama.

Jika Pembiayaan Pertama sudah selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 100%.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Untuk Jenis 5 dan Jenis 7 bagi hartanah yang sama

LPPSA menetapkan margin sehingga 100% bagi:

  • Jenis 5 – Ambil Alih; dan
  • Jenis 7 – Ubah Suai,

bagi hartanah yang sama, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Contoh mudah Pembiayaan Kedua

Katakan seseorang masih mempunyai Pembiayaan Pertama LPPSA.

Kemudian dia mahu membeli rumah kedua berharga RM500,000.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum diselesaikan, margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Secara mudah:

RM500,000 × 90% = RM450,000

Jadi, secara teori, pembiayaan boleh mencapai sehingga RM450,000, manakala baki RM50,000 perlu ditanggung melalui sumber lain.

Tetapi angka sebenar masih tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan penilaian LPPSA.

Maksudnya, jangan terus anggap rumah RM500,000 akan mendapat pembiayaan RM450,000 kerana kelayakan sebenar setiap pemohon adalah berbeza.

Bagaimana LPPSA menentukan kelayakan?

LPPSA menggunakan kaedah pengiraan berdasarkan kemampuan bayaran balik.

Antara kriteria yang dinyatakan LPPSA ialah:

  • Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap yang diambil kira;
  • Jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih; dan
  • Gaji bersih sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Pendapatan bersih bagi tujuan pengiraan LPPSA pula merujuk kepada gaji pokok + elaun tetap yang diambil kira – potongan wajib.

Jadi, seseorang yang mempunyai gaji tinggi sekalipun tidak semestinya mendapat jumlah maksimum RM1 juta kerana pengiraan turut mengambil kira kemampuan bayaran balik.

Bagaimana pula kadar keuntungan?

Untuk pembiayaan hartanah sehingga RM1 juta, LPPSA memperkenalkan struktur kadar purata wajaran (blended rate).

Strukturnya:

Sehingga RM750,000 → 4.00% setahun

Bahagian melebihi RM750,000 sehingga RM1 juta → 4.50% setahun

Yang menariknya, pengiraan ini mengambil kira jumlah pembiayaan hartanah yang diluluskan bagi Pembiayaan Pertama dan Pembiayaan Kedua.

Contoh RM800,000

Bagi pembiayaan RM800,000:

RM750,000 pertama → 4.00%

Baki RM50,000 → 4.50%

Kadar purata wajaran yang terhasil ialah kira-kira 4.03% setahun.

RM1 juta bukan bermaksud boleh ambil RM1 juta untuk rumah kedua

Ini perkara yang ramai mungkin salah faham.

Had maksimum RM1 juta ialah had kelayakan maksimum, bukannya jumlah automatik yang boleh dipinjam.

Untuk Pembiayaan Kedua pula, LPPSA secara jelas menyatakan ia tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan.

Contohnya, jika seseorang mempunyai had kelayakan RM800,000 tetapi telah menggunakan RM600,000 bagi Pembiayaan Pertama, baki kelayakannya tidak bermaksud dia boleh terus mengambil RM800,000 lagi.

Sebaliknya, pengiraan baki kelayakan perlu dibuat berdasarkan ketetapan LPPSA.

Sebab itu LPPSA menyediakan kemudahan SmartKira untuk membuat semakan anggaran kelayakan mulai 4 Oktober 2026.

Boleh beli rumah kedua sebelum rumah pertama habis bayar?

Ya, mulai 4 Oktober 2026, boleh memohon.

Tetapi terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian:

Pertama: Pembiayaan Pertama tidak perlu diselesaikan sepenuhnya.

Kedua: Pemohon perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi.

Ketiga: Pemohon masih perlu memenuhi syarat kemampuan bayaran balik dan syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Jadi, kemudahan ini memberikan fleksibiliti, tetapi bukan “lesen” untuk mengambil hutang rumah tanpa mengambil kira kemampuan kewangan.

Semua jenis pembiayaan boleh digunakan?

Menurut FAQ LPPSA, semua jenis pembiayaan dibenarkan bagi Pembiayaan Kedua, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Namun, terdapat pengecualian tertentu.

Sebagai contoh, pelanggan yang sedang menikmati Pembiayaan Pertama Jenis 4 atau Jenis 5 bagi tanah dan belum memohon Jenis 6 untuk membina rumah, tidak dibenarkan memohon Pembiayaan Kedua bagi Jenis 4 atau Jenis 5 tanah tersebut.

LPPSA juga menjelaskan bahawa jika seseorang membeli tanah melalui Jenis 4 atau Jenis 5 dan kemudian memohon Jenis 6 untuk membina rumah di atas tanah tersebut, ia masih dianggap sebagai satu kelayakan pembiayaan, bukan Pembiayaan Kedua.

Bila boleh mula memohon?

Kemudahan baharu ini berkuat kuasa pada:

4 OKTOBER 2026

LPPSA menyatakan pelanggan boleh mengemukakan permohonan bagi kemudahan tersebut mulai tarikh berkenaan.

Bagi permohonan yang telah dikemukakan sebelum 4 Oktober 2026, LPPSA menyatakan ia akan diproses berdasarkan had kelayakan amaun pembiayaan hartanah yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan diterima.

Kesimpulan

Penambahbaikan LPPSA 2026 membawa perubahan yang agak besar kepada penjawat awam.

Had kelayakan maksimum pembiayaan kini dinaikkan sehingga RM1 juta, manakala Pembiayaan Kedua boleh dipohon tanpa perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama terlebih dahulu.

Tetapi perkara paling penting untuk difahami ialah:

RM1 juta = had kelayakan maksimum, bukan jumlah automatik.

Dan:

Pembiayaan Kedua = boleh mohon walaupun pembiayaan pertama masih berjalan, tetapi tertakluk kepada baki kelayakan dan kemampuan bayaran balik.

Jadi, kalau memang bercadang membeli rumah kedua, langkah pertama bukan terus cari rumah RM1 juta.

Semak dahulu baki kelayakan LPPSA.

Kemudian barulah tengok harga rumah yang benar-benar mampu ditanggung.

Nota: Maklumat ini berdasarkan pengumuman dan FAQ rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026. Syarat dan pengiraan sebenar adalah tertakluk kepada pekeliling, garis panduan serta ketetapan LPPSA yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan.

Sumber rasmi: LPPSA – Penambahbaikan Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2026 termasuk jadual kelayakan RM280,000 hingga RM1 juta.