Siapa Sangka Nintendo Juga Hampir Gulung Tikar

Bagi mereka yang membesar sekitar tahun 80-an dan 90-an, pasti kenal dengan Super Mario bukan? Permainan video keluaran Nintendo ini sangat terkenal serta mencatat sejarah menjadi permainan konsol yang paling berjaya di dalam sejarah.

Tahukah anda? Syarikat Nintendo ini telah berdiri teguh lebih daripada 100 tahun!

Jadi mari kita lihat serba sedikit mengenai sejarah syarikat terkenal ini.

Asal-Usul Nintendo

Kredit Gambar: YouTube

Nintendo telah diasaskan oleh Fusajiro Yamauchi pada 23 September 1889. Pada masa tersebut, belum wujud lagi permainan video seperti sekarang.

Jadi, apa yang diniagakan oleh Yamauchi?

Beliau membuat perniagaan menjual kad handmade secara kecil-kecilan. Pada tahun 1951, syarikat ini telah dinamakan Nintendo Playing Card Company.

Pada tahun 1953 pula, mereka telah mula menjual kad yang diperbuat daripada plastik. Kad plastik ini mendapat sambutan di luar jangkaan.

Pada tahun 1959, Nintendo telah bekerjasama dengan Disney untuk mengeluarkan kad yang memaparkan karakter terkenal Disney. Dalam masa setahun sahaja mereka telah berjaya menjual hampir 620,000 pek kad!

Namun kejayaan mereka ini tidak berpanjangan. Sekitar tahun 1962 hingga 1970, mereka telah melalui zaman suram sehingga hampir gulung tikar.

Mereka juga turut mencuba pelbagai cabang perniagaan lain seperti syarikat teksi, rangkaian hotel dan perniagaan vacuum cleaning. Namun semua ini gagal. Hanya perniagaan barang permainan sahaja yang mampu membuatkan mereka terus bertahan.

Pada tahun 1964, harga saham Nintendo merudum kepada 60 Yen daripada 900 Yen sebelum ini.

Kredit Gambar: Before Mario

Jadi Nintendo mengambil keputusan untuk fokus kepada perniagaan barang permainan. Namun mereka tetap berasa sukar untuk bertahan. Pada tahun 1970, syarikat ini telah mereka permainan baru yang diberi nama ‘Ultra Hand’.

Sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Hampir satu juta unit permainan ini telah terjual. Bermula dari sini, setiap permainan yang mereka keluarkan pasti akan mendapat sambutan.

Mereka juga berminat untuk mengeluarkan permainan video. Untuk tujuan ini, mereka telah menjalankan R&D selama bertahun-tahun. Usaha ini akhirnya terbalas apabila permainan video mereka mendapat sambutan luar jangkaan seperti Donkey Kong, Radar Scop dan yang paling terkenal Mario Bros.

Kredit Gambar: Nintendo Life

Seterusnya lahirlah lebih banyak lagi permainan video seperti Game Boy yang turut digilai oleh kanak-kanak diseluruh dunia sekitar tahun 90-an dan awal tahun 2000.

Kerjasama antara Niantic dan Nintendo telah menghasilkan Pokémon Go yang menjadi fenomena pada tahun 2016. Kalau ikut data yang mereka keluarkan pada tahun 2019, jumlah bilangan muat turun dah cecah 1 bilion!

Siapa sangka perniagaan yang hampir bungkus akhirnya menjadi satu jenama yang sangat terkenal.

Kini Nintendo masih bersaing dengan pesaing utama mereka iaitu Microsoft dan Sony.

Cumanya saham Nintendo hanya tersenarai di Tokyo Stock Exchange (TYO). Rasanya masih belum ada broker tempatan yang boleh kita gunakan untuk beli saham di TYO. Tapi kalau nak tahu antara pembekal komponen utama Nintendo (Switch) adalah NVIDIA. Manakala pembekal komponen utama bagi Sony (PS4) dan Micorosft (Xbox) pula adalah AMD.

Sumber Rujukan : https://successstory.com

Dah lama pendam perasaan nak beli saham terkemuka dunia seperti Facebook, Google, Apple, McDonalds, NVIDIA dan AMD yang patuh syariah? Jangan lepaskan peluang ini.

SEKEJAP, INI FAKTA KENA TAHU

1. Harga saham Tesla milik Elon Musk, dah naik lebih daripada 700% dalam masa setahun ni.

2. Tak perlu mula dengan modal besar. Ramai kata saham-saham dekat Wall Street tu mahal tetapi mereka semua tak tahu minimum kena beli 1 unit sahaja. Jadi contohnya kalau nak beli saham Twitter modal yang kena keluar hanyalah RM185.

3. Kalau nak tahu, market US ada hampir 10,000 saham, 519 daripadanya adalah patuh syariah.

4. Pasaran saham dekat Bursa Malaysia tak sama dengan Wall Street. Tetapi yang confirm sama adalah dua-dua boleh buat untung atau rugi.

WEBINAR SAHAM WALL STREET
24-25 Oktober 2020 (Sabtu dan Ahad)
Masa: 9 pagi – 5 petang
Speaker: Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI, CFTe, MSTA)

Alhamdulillah seminar ini mendapat kerjasama Islamicly dan CGS-CIMB Securities. Belajar secara santai dari rumah untuk 2 hari berturut-turut melalui aplikasi Zoom.

Cepat rebut harga promosi. Klik >>SINI untuk maklumat lanjut.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.