Statistik Berkenaan Tekanan (Stress) Di Tempat Kerja

Satu kaji selidik terbaru terhadap 2,843 profesional yang dilakukan oleh LinkedIn Learning telah menunjukkan hampir separuh (49%) daripada responden mengalami tekanan dalam pekerjaan mereka. Apakah punca tekanan yang mereka alami?

Majoriti (70%) profesional tanpa mengira usia, jantina dan jawatan yang dipegang, melaporkan bahawa mereka berasa tertekan dengan bebanan kerja dan sedang berjuang untuk mengekalkan keseimbangan kerja dan kehidupan peribadi. Di tempat kedua pula berkaitan dengan kebimbangan tentang masa depan, manakala hilang arah tujuan pula menduduki tempat ketiga.

Generasi Mana Yang Paling Tertekan?

Golongan yang lahir pada tahun 80’an dan 90’an adalah yang paling tertekan. Ada yang menggelarkan mereka ini sebagai generasi sandwich. Ini disebabkan bebanan untuk menyara orang tua mereka yang tidak berapa berkemampuan, dan juga menyara anak yang baru lahir yang mahukan segala-galanya dengan segera.

Golongan yang lahir pada tahun 60’an dan 70’an kurang sikit tekanan, barangkali disebabkan mereka ini sudah berumur 40 lebih tahun dan bakal pencen tidak lama lagi. Jadi tak perlu bagi mereka upgrade diri mereka dengan segalanya yang terkini, seperti menggunakan peralatan canggih dan media sosial.

Manakala golongan milenial pula yang paling kurang berasa tertekan, mungkin disebabkan yang masih muda dan cepat tangkap perkara baru. Lagipun, mereka ada lagi 30 tahun untuk menjalani kehidupan mereka, masih boleh dikira zaman muda untuk berseronok.

Lagi Tinggi Pangkat Lagi Kurang Tekanan?

Pernahkah anda berfikir seperti di atas? Jika ya, anda silap. Kaji selidik yang sama menunjukkan semakin tinggi pangkat/jawatan yang dipegang seseorang dalam sebuah organisasi, semakin tinggi tahap tekanan atau bebanan kerja yang mereka alami.

Pembuat keputusan dan pemimpin dalam organisasi akan memainkan peranan utama dalam menentukan hala tuju organisasi tersebut. Oleh itu, tekanan yang dihadapi juga biasanya lebih tinggi berbanding pekerja bawahannya.

Pekerja bawahan biasanya lebih cenderung untuk berasa tertekan kerana mereka tidak mempunyai alat untuk melakukan kerja dan persekitaran yang tidak sihat turut menyumbang kepada tekanan kerana mereka tidak merasa semangat kekitaan di tempat kerja.

Lelaki atau Wanita?

Akhir sekali, siapakah yang paling tertekan di tempat kerja? Lelaki atau wanita? Secara keseluruhan, 50% lelaki melaporkan tertekan di tempat kerja dan 48% daripada wanita turut menyatakan perkara yang sama. Wanita dan lelaki berpotensi untuk mengalami tekanan yang sama di tempat kerja kecuali wanita yang lebih cenderung untuk beremosi akan berasa lebih tertekan di tempat kerja berkaitan dengan rakan sekerja dan masalah politik kerja.

Berdasarkan kaji selidik ini jelas menunjukkan bahawa jantina tidak memainkan peranan dalam menentukan sebab utama tekanan dan bebanan kerja yang dialami kerana hampir kesemua responden memberikan jawapan yang hampir sama. Tekanan di tempat kerja adalah perkara biasa, namun jika ia tidak dikawal maka boleh menjadi lebih buruk.

Tekanan mampu memajukan diri sekiranya dapat dikawal dengan mempelajari beberapa kemahiran utama. Sekiranya terkawal, kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan sudah pasti menanti.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tidur di Hotel Berharga RM40,000 Semalam: Apa Nilainya Pada Mereka yang Mampu?

Kuala Lumpur kini bukan sekadar pusat kewangan dan pelaburan, tetapi juga destinasi gaya hidup mewah yang semakin menyerlah di rantau Asia. Kehadiran hotel-hotel bertaraf antarabangsa menjadikan bandar ini tempat pilihan bukan sahaja untuk pelancong asing, malah untuk golongan elit korporat tempatan yang menghargai kemewahan, privasi dan eksklusiviti.

Dalam kalangan mereka yang benar-benar mampu, kemewahan bukan lagi soal “beli apa” tetapi “bagaimana mereka hidup”. Bilik hotel bukan sekadar ruang tidur; ia menjadi pentas identiti, privasi dan kedudukan.

“Wealth experience” (pengalaman mewah sebagai tanda status) nampaknya semakin menjadi sebahagian daripada gaya hidup golongan berkemampuan. Hotel-hotel premium di KL menunjukkan trend ini. Berikut merupakan 6 hotel paling mahal di Kuala Lumpur.

1. Grand Hyatt Kuala Lumpur — Presidential Suite (~RM40,000/malam)

Terletak di koridor KLCC, hotel ini kerap menjadi lokasi penginapan delegasi antarabangsa, ketua negara, dan tetamu kenegaraan. Presidential Suite seluas 340 m² menawarkan pemandangan menara KLCC, lengkap dengan dapur peribadi, ruang makan formal dan ruang urutan bagi privasi penuh.

Dengan kadar sekitar ~RM40,000 satu malam, ia mengekalkan reputasi “luxury with scale” menjadikan Grand Hyatt antara rujukan utama hospitaliti premium bertaraf global di Kuala Lumpur.

2. EQ Kuala Lumpur — Equator Club Suite (~RM40,000 / malam)

Simbol kejayaan jenama tempatan dalam pasaran mewah.
Dengan rekaan moden dan pemandangan panoramik Kuala Lumpur, EQ Hotel membuktikan bahawa hotel milik tempatan juga mampu menandingi standard antarabangsa.
Kadar biliknya lebih “accessible”, namun mengekalkan kualiti dan reputasi bintang 5 sebenar.

3. The St. Regis Kuala Lumpur — Royal Suite (~RM37,000/malam)

Terletak di kawasan KL Sentral, St. Regis Kuala Lumpur sering disebut sebagai simbol kemewahan tertinggi negara. Suite Diraja seluas 353 m² ini lengkap dengan butler peribadi, bilik makan 12 kerusi, bilik spa, dan ruang tamu eksklusif.

Harga bermula sekitar RM 37,000 semalam, menjadikannya bilik hotel paling mahal di Malaysia.
Bagi pelabur sektor hospitaliti, St. Regis menunjukkan bagaimana penjenamaan ultra-premium mampu mencipta pricing power yang luar biasa walaupun dalam pasaran domestik.

4. Park Hyatt Kuala Lumpur — Presidential Suite (Harga tidak dinyatakan di laman sesawang)

Hotel baharu yang menghuni Menara Merdeka 118, bangunan kedua tertinggi di dunia.
Presidential Suite seluas 630 m² ini menawarkan pemandangan bandar yang menakjubkan serta kemudahan ultra-moden.

Walaupun tiada harga rasmi dipaparkan, suite ini dijangka menjadi bilik termahal baharu di rantau Asia Tenggara, menjadikan Park Hyatt simbol kemunculan segmen “next-generation luxury” di Kuala Lumpur.

5. Four Seasons Kuala Lumpur — Royal Suite (Harga tidak dinyatakan di laman sesawang)

Dengan saiz yang besar dan lokasi unik (“only suite on the floor”), ia menyampaikan status yang sangat tinggi, sesuai untuk pelancong VIP, korporat elit atau individu berprofil tinggi yang menganggap pengalaman penginapan sebagai sebahagian daripada identiti kekayaan mereka.

Reka bentuk moden, tingkap penuh dinding (wall-to-wall) membolehkan pemandangan kota yang memukau menjadikannya bukan sekadar bilik penginapan tetapi “pentas” pengalaman mewah dalam bandar.

Terletak beberapa langkah dari Menara Berkembar Petronas dan KLCC Park, ia bukan sekadar tempat bermalam, tetapi pusat gaya hidup: beli-belah, fine dining, spa dan ruang pertemuan eksklusif.

Walaupun harga spesifik untuk Royal Suite tidak dipaparkan secara terbuka dalam laman sesawang (“call to book”), fakta bahawa ia disenaraikan sebagai bilik khas (“Specialty Suite”) dan mempunyai spesifikasi yang jauh melebihi bilik standard menunjukkan ia antara yang paling mahal dalam hotel tersebut.

6. Mandarin Oriental Kuala Lumpur — Royal Suite (Harga tidak dinyatakan di laman sesawang)

Dengan keluasan 440 m² (4,736 sq ft) menjadikannya antara suite paling besar di Kuala Lumpur.

Konfigurasi bilik-kediaman: menampilkan dapur terbuka lengkap, bilik rawatan spa peribadi, kawasan gym sendiri, ruang makan untuk 12 orang dan empat bilik mandi mewah. Servis eksklusif: Butler peribadi atas permintaan dan akses ke lounge “MO Club”.

Pemandangan: Menghadap ke taman bandar KLCC Park dan panorama kota menjadikannya lokasi yang sangat premium di tengah kawasan Menara Kembar Petronas.

📊 Analisis Kewangan & Trend Pelaburan Gaya Hidup

HotelKadar TertinggiJenama / PemilikLokasi
Grand Hyatt KLRM 40,000Hyatt Hotels CorpKL Sentral KLCC
EQ KLRM 40,000Equatorial Group (tempatan)Jalan Sultan Ismail
The St. Regis KLRM 37,000 +Marriott InternationalKL Sentral
Park Hyatt KLHarga tidak dinyatakanHyatt Hotels CorpMerdeka 118
Four Seasons KLHarga tidak dinyatakanFour Seasons Hotels LtdKLCC
Mandarin Oriental KLHarga tidak dinyatakanMOHGKLCC

Apa Relevannya Dengan Kewangan & Pelaburan?

Bagi golongan yang benar-benar mampu (HNW / UHNWI / eksekutif global), nilai RM40,000 semalam bukan diukur pada katil, saiz bilik atau kolam mandi marble sahaja. Nilai sebenar datang dalam bentuk akses, privasi dan prestij.

Berikut 3 nilai utama yang menjadi sebab mengapa suite ultra-premium tetap mempunyai permintaan:

1. Privasi & Keselamatan yang Tidak Boleh “Dibeli di Tempat Lain”

Suite kategori ini lazimnya mempunyai:

  • lif peribadi atau akses tingkat khas
  • staf yang sudah dilatih protokol VVIP
  • perimeter keselamatan yang tidak kelihatan (discreet security)

Untuk tokoh politik, ahli korporat dan keluarga berprofil tinggi, tiada harga untuk rasa selamat. Bagi mereka, privasi = aset.

2. Ruang sebagai “Extension” Identiti & Kelas Sosial

Suite bukan sekadar bilik – ia ruang :

  • untuk menerima tetamu
  • berbincang projek penting
  • menjadi “setting” imej

Di tahap ini, pengalaman = status. Mereka tidak perlu berkata “saya berjaya”. Tempat mereka tidur pun sudah menyatakannya dengan jelas.

3. Naratif “Wealth Experience” sebagai Strategi Positioning

Dalam dunia kekayaan moden, bagaimana seseorang hidup menjadi sebahagian daripada:

  • jenama peribadi
  • kredibiliti
  • akses kepada rangkaian tertentu

Hotels like these are not just places to sleep but gateways to rooms where deals, influence and relationships happen.

Ia bukan “pembaziran”; ia pelaburan dalam kehadiran dan reputasi.

Hotel-hotel ini mencerminkan transformasi Kuala Lumpur sebagai pusat kekayaan dan gaya hidup mewah Asia Tenggara. Bagi pelabur atau pemerhati ekonomi gaya hidup, sektor ini memberi gambaran jelas bahawa Malaysia kini bersedia menempatkan diri sebagai destinasi pelaburan hospitaliti premium yang kompetitif di rantau ini.

Penafian : Harga penginapan yang dinyatakan adalah anggaran berdasarkan maklumat rujukan awam, musim tempahan dan ketersediaan pada tarikh tertentu. Kadar sebenar mungkin berubah bergantung kepada tarikh, jenis tempahan, polisi hotel, acara khas atau pakej tambahan. Untuk maklumat kadar terkini dan pengesahan tempahan, sila rujuk atau hubungi pihak hotel.