Nasihat Dan Peringatan Daripada Billionaire Terkemuka Mark Cuban

Ada yang biasa dengar nama Mark Cuban ni tak? Kalau tak kenal, Mark Cuban dilahirkan pada tahun 1958 dan merupakan seorang businessman dan pelabur. Beliau merupakan pemilik kelab bola keranjang terkenal NBA iaitu Dallas Mavericks. Beliau juga merupakan pelabur ‘shark’ tersohor dalam rancangan televisyen, Shark Tank.

Jom kita sama-sama dengarkan nasihat dan peringatan untuk dijadikan tauladan kita semua.

Menurut beliau, nasihat terbaik yang diberikan kepada beliau dalam dunia pelaburan ketika masih berada di zaman kanak-kanak adalah:

“Mesti mengalami kemiskinan teruk pada fasa awal kehidupan”.

Beliau turut menambah:

“Semua orang berpeluang untuk menjadi jutawan jika mereka mempunyai pemikiran (mindset) yang betul”

Ketika saya mula minat untuk meningkatkan cara hidup, saya selalu membaca buku yang bertajuk ‘How To Retire At 35’. Saya sangat tertarik dengan isi kandungan utama buku tersebut:

“Jika anda dapat menyimpan wang $1juta dan hidup seperti seorang pelajar (kurang berbelanja), anda boleh bersara awal. Walau bagaimanapun anda perlu berdisiplin ketika menyimpan wang anda”

Inilah motivasi yang menaikkan semangat untuk saya meneruskan hasrat meningkatkan diri pada usia muda.

Ketika saya mengharungi zaman kolej, hampir setiap hari saya hanya makan makaroni dan cheese. Saya cuba berjimat cermat ketika membelanjakan wang saya.

Saya tidak pernah mempunyai barang-barang mewah sehinggakan kereta yang saya gunakan ketika itu hanya berharga kurang dari $200 (seperti model kereta FiatX1/9 dan Buick LeSabre keluaran 1966).

Mungkin ia kedengaran seperti kurang masuk akal tapi itulah realitinya. Ianya memang kehendak saya untuk menyimpan wang yang lebih supaya saya dapat bersara ketika masih muda.

Namun hakikatnya pada hari ini, bukan semua orang mengejar kebebasan dalam  kewangan dan tidak berazam untuk bersara awal. Kebanyakkan orang menyimpan untuk berbelanja. Semakin banyak simpanan yang mereka berja usahakan, maka semakin besar nafsu untuk berbelanja.

Mereka berfikir, “tidak dapat menggambarkan bersara pada usia muda” dan ini menyukarkan atau melambatkan mereka ke arah matlamat bebas kewangan. Ramai yang menjadi mangsa kegagalan dan terperangkap dalam kitaran ‘perbelanjaan-kerja’ iaitu bekerja untuk mendapat pendapatan dan digunakan untuk berbelanja.

Akhir sekali jom kita renungkan kata-kata emas Warren Buffet:

“If you don’t find a way to make money while you sleep, you will work until you die”.

Semoga kita semua belajar sesuatu daripada perkongsian kali ini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.