IPO Tashin Holdings Baru Dibuka, Boleh Beli Online Pada Harga RM0.58 Seunit

Sumber: Bursa Malaysia

Sebanyak 59,329,000 saham dibuka untuk jualan pada harga RM0.58 sen seunit, tarikh tutup permohonan adalah pada 19 Julai 2019 (Jumaat) dan bakal disenaraikan pada 1 Ogos 2019 (Khamis).

Siapa Tashin Holdings Berhad Ni?

Oh, baru tahu Tashin Holdings ni terlibat dalam industri besi. Banyak jugalah sektor penglibatan mereka, dan produk yang mereka tawarkan.

Prestasi Kewangan Tashin Holdings

Ratus juta juga perolehan syarikat Tashin Holdings ni. Tapi pada tahun 2018, perolehan meningkat tetapi keuntungan merosot. Margin keuntungan juga kelihatan jatuh sedikit.

Untuk Tujuan Apa Tashin Holdings Guna Duit Daripada IPO?

Tiada langsung daripada RM34.41 juta yang bakal diperolehi menerusi IPO ini akan digunakan untuk tujuan nak bayar balik hutang. Yang bestnya, sebahagian besar daripadanya akan digunakan untuk membeli tanah dan membeli kilang baru.

Nanti bila dah siap kilang baru, mesti pendapatan baru dapat dijana. Pendapatan meningkat, keuntungan pun meningkat.

Ada Kena Mengena Dengan Prestar Resources Rupanya

Rupa-rupanya, Prestar Resources yang disenaraikan di Bursa Malaysia ada share dalam Tashin Holdings ni. Adakah ia bakal memberi impak kepada prestasi saham Tashin Holdings ni nanti?

Mana tahu saham Prestar naik, saham Tashin Holdings pun ikut naik sekali.

Jemput Beli IPO Tashin Holdings Secara Online

1. Melalui CIMB Clicks

Modal RM58 je minima untuk beli IPO Tashin Holdings ni. Nak tahu secara terperinci, sila rujuk Tutorial Bergambar Beli Saham IPO Menggunakan CIMB Clicks.

Rahsia Nak Mudah Lulus Permohonan IPO

Sabar, takkan nak beli 1 lot je kot. Nampak gayanya kalau beli 1 lot, peluang sangat tipis untuk lulus.

Habis tu berapa lot nak kena beli ni?

Kalau nak tahu rahsianya, jemput baca Rahsia Nak Mudah Lulus Permohonan IPO di Malaysia. Semoga berjaya!

Status Patuh Syariah Tashin Holdings

Buat masa ini, belum konfem lagi samada saham Tashin Holdings ni patuh Syariah atau tidak. Biasanya BIMB Securities (Bank Islam) akan update dalam masa terdekat. Maklumlah, baru sangat IPO ni.

Apa Yang Best Sangat IPO Ni?

This image has an empty alt attribute; its file name is 190102-Prestasi-IPO-2018-table.png

Tengok saja prestasi IPO tahun lepas, memang best siapa yang dapat beli IPO ni. Boleh rujuk Prestasi IPO Sepanjang Tahun 2018. Ada Yang Harganya Naik 130.43% Selepas Sehari.

Ada juga yang naik 270.27% dalam masa hanya beberapa bulan!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

UUE Holdings: Buku Pesanan Memperkukuh Kebolehlihatan Perolehan

Saranan BELI dan harga sasar (TP) MYR0.54 dikekalkan, potensi kenaikan harga 23%

Perolehan teras yang dicatat oleh UUE Holdings untuk FY26 (Feb) melangkaui jangkaan kami sedikit (106%) dan mengatasi ramalan konsensus (110%). Buku pesanan belum bayar berjumlah MYR536.4j memberikan kebolehlihatan perolehan melebihi tempoh dua tahun. Kami tetap memandang positif akan UUE, diperkukuh oleh CAGR perolehan tiga tahun mencecah 29% (FY26-29F), yang dipacu oleh kitaran menaik capex dalam Tenaga Nasional (TNB MK, BELI, TP: MYR16.50) dan SP PowerAssets

Keputusan melangkaui jangkaan

UUE melaporkan untung bersih teras 4QFY26 (Feb) bernilai MYR7.3j (+15% QoQ, +1% YoY), lalu membawa untung bersih teras FY26 kepada MYR22.1j (-1% YoY). Keputusan dilihat mengatasi jangkaan pada 106% ramalan kami dan 110% ramalan konsensus, terutamanya didorong oleh margin yang lebih kukuh daripada yang dijangka.

Rumusan keputusan

Pengebilan 4QFY26 daripada segmen kejuruteraan utiliti bawah tanah dilihat lebih rendah sedikit berbanding suku lalu (-5% QoQ, +30% YoY) akibat kurangnya kegiatan pembinaan semasa tempoh perayaan. Walaupun begitu, margin kasar berkembang kepada 27.4% (+2.3ppts QoQ), disokong oleh pengebilan lebih tinggi di Singapura (+4% QoQ), dan sumbangan lebih kukuh daripada segmen pembuatan dan perdagangan (+35% QoQ). Tekanan kos jelas dilihat, dengan belanja pentadbiran meningkat kepada MYR5j (berbanding kadar suku tahun biasa sekitar MYR4.5j)

Buku pesanan belum bayar mencecah MYR536.4j

Jumlah ini termasuklah kontrak EPCC yang baru diraih bernilai MYR16j, yang kami anggap penting dari segi nilai strategiknya kerana ia menandakan keupayaan UUE untuk menaiki rantaian nilai. Sementara itu, MoU dengan syarikat ASEAN Cableship, yang melibatkan potensi usaha sama (JV) untuk kerja penggerudian arah mendatar (HDD) dalam laut, telah tamat tempoh. Namun begitu, kami tidak begitu bimbang kerana UUE masih boleh menyertai tender-tender dalam laut secara bebas, lantas berpotensi mendapatkan bahagian untung penuh berbanding struktur 50:50 yang dicadangkan sebelum ini.

Anggaran perolehan

Kami rendahkan perolehan FY27-FY28F sebanyak -3% dan -13% disebabkan oleh penyelarasan masa pengiktirafan buku pesanan. Meskipun begitu, kami kekalkan andaian penambahan kontrak tahunan pada MYR320j, yang kami percaya dapat dicapai memandangkan kedudukan UUE yang kukuh dalam projek-projek melibatkan TNB, tumpuan khususnya dalam segmen 11kV dan 33kV yang berpermintaan tinggi di Malaysia, pendedahan kepada kitaran capex SP PowerAssets di Singapura, dan usaha-usaha yang sedang dilaksanakan untuk menaiki rantaian nilai. TP kami diperoleh berdasarkan asas separa tercair (912j saham dan skim pilihan saham pekerja (ESOS) sebanyak 89.8j pada MYR0.54), dengan kiraan diskaun ESG 4%. Mengikut asas tercair penuh (dengan waran), TP kami adalah sekitar MYR0.48.

Risiko-risiko negatif

Kegagalan untuk memperoleh kontrak baharu, kelewatan dalam mendapatkan kelulusan permit, dan kos bahan mentah lebih mahal daripada anggaran.

Faktor Pemacu Utama

i. Kadar penambahan buku pesanan yang lebih tinggi daripada yang dijangka
ii. Pengembangan margin

Risiko Utama

i. Penambahan kerja yang lebih perlahan daripada yang dijangka
ii. Kelewatan projek yang tidak diduga
iii. Kos berlebihan

Profil Syarikat

UUE ialah sebuah pusat penyelesaian sehenti yang menyediakan perkhidmatan kejuruteraan utiliti
menyeluruh kepada pelanggan, termasuklah perancangan dan pengurusan projek, pengesanan dan pemetaan utiliti, dan kepakaran teknikal penggerudian arah mendatar (HDD).

Carta Saranan

Penganalisis
Eddy Do +603 2302 8125 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.