Berfikir merupakan asas kepada kejayaan dalam kehidupan. Walaubagaimanapun, tidak ramai di kalangan kita yang suka berfikir kerana proses berfikir ini adalah sesuatu yang rumit dan tidak menyenangkan.
Ramai di kalangan kita suka membuang masa dengan perkara yang tidak bermanfaat, daripada berfikir benda yang mendatangkan manafaat kepada kita. Kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan kehidupan artis berbanding perkara yang boleh membantu perkembangan kerjaya kita .
Bill Gates merupakan individu yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia keusahawanan dan teknologi. Beliau merupakan salah seorang lelaki terkaya dunia sebelum dipintas oleh Jeff Bezos.
Seorang yang sangat dermawan dengan menderma hampir keseluruhan kekayaannya kepada badan kebajikan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik. Beliau telah membina kekayaannya melalui Microsoft, sebuah syarikat perkomputeran yang mendominasi perisian komputer sejak dari zaman 1980-an lagi.
Kejayaan yang dikecapi oleh Bill Gates ini sangat sukar untuk dicapai oleh manusia biasa. Ianya tidak datang bergolek melainkan hasil usaha yang sangat keras dan tidak mengenal erti berputus asa.
Di antara faktor kejayaan yang dimiliki oleh Bill Gates adalah beliau seorang yang sangat tegas dalam membuat keputusan dan tidak mengambil kisah perasaan seseorang dalam membuat keputusan tersebut. Sesiapa yang berhati tisu memang tidak sesuai untuk berada di bawah Bill Gates.
Selain itu juga, rahsia terbesar kejayaan Bill Gates dalam membangunkan Microsoft adalah dengan memperkenalkan konsep “Think Week.”
Beliau akan mengambil masa seminggu setiap tahun, untuk membaca kertas kajian yang dilakukan oleh para pekerja-pekerja Syarikat Microsoft dan juga para pelabur. Melalui pembacaannya itu, Bill Gates akan berfikir tentang produk yang akan menemui pasaran dan apa yang akan berlaku pada masa hadapan.
Beliau menjalani Think Week ini di kawasan rahsia di tempat yang merupakan sebuah kawasan yang kaya dengan alam semulajadi. Bill Gates akan pergi ke tempat tersebut dengan menggunakan helikopter.
Purata pembacaan yang dilakukan oleh Bill Gates adalah selama 18 jam dalam masa sehari ketika melalui proses Think Week ini. Ini bererti beliau membaca dari awal pagi sehingga lewat pagi hari berikutnya untuk mengembangkan idea perniagaannya.
Dalam tempoh tersebut, beliau tidak membenarkan sesiapa sahaja untuk berjumpa dengannya termasuk ahli keluarganya sendiri. Ini kerana beliau ingin fokus.
Di antara kejayaan besar yang dikecapi oleh Bill Gates melalui Think Week ini adalah dengan berjaya mencipta sebuah produk yang bernama Internet Explorer pada tahun 1995.
Selain itu juga, pada tahun 2005 Bill Gates telah pun membaca sebuah kertas kajian yang bertajuk Virtual Earth yang merupakan sebuah peta seperti Waze sekarang yang menunjukkan aliran trafik dan arah jalan secara langsung kepada pengguna.
Idea Think Week ini bermula pada tahun 1980-an ketika beliau berada di rumah neneknya. Bill Gates mendapat ilham apabila keadaan di situ sangat sunyi dan beliau mampu berfikir mengenai bagaimana untuk mengembangkan lagi Syarikat Microsoft pada ketika itu.
Komputer merupakan sesuatu yang sangat baru di kalangan masyarakat pada masa itu. Oleh itu, beliau memerlukan kreativiti yang tinggi untuk mengembangkan teknologi perkomputeran pada waktu tersebut.
Aktiviti berfikir ini sangat penting bagi mewujudkan persaingan dalam perniagaan. Jika kita lambat bertindak dengan idea yang terlintas dalam fikiran kita, pesaing kita akan mengambil peluang tersebut dan kita akan berputih mata sekiranya apa yang mereka lakukan itu menjadi satu fenomena yang luar biasa.
Adakah anda pernah mencuba aktiviti berfikir seperti Bill Gates ini?
Dah lama pendam perasaan nak beli saham terkemuka dunia seperti Microsot, Facebook, Google, Apple dan McDonalds yang patuh syariah?
SEKEJAP, INI FAKTA KENA TAHU
1. Harga saham Tesla milik Elon Musk, dah naik lebih daripada 700% dalam masa setahun ni.
2. Tak perlu mula dengan modal besar. Ramai kata saham-saham dekat Wall Street tu mahal tetapi mereka semua tak tahu minimum kena beli 1 unit sahaja. Jadi contohnya kalau nak beli saham Twitter modal yang kena keluar hanyalah RM185.
3. Kalau nak tahu, pasaran saham Amerika Syarikat adalah yang terbesar di dunia. Nilai keseluruhan pasaran saham Amerika Syarikat adalah sebanyak USD36 trilion – 43% daripada nilai keseluruhan pasaran saham yang ada di seluruh dunia!
Memperkenalkan: WEBINAR SAHAM WALL STREET Tarikh: 24-25 Oktober 2020 (Sabtu dan Ahad) Masa: 9 pagi – 5 petang Speaker: Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI, CFTe, MSTA)
Belajar secara santai dari rumah untuk 2 hari berturut-turut melalui aplikasi Zoom.
Hampir setiap ketua keluarga mempunyai bajet yang cukup terperinci untuk perlindungan kesihatan samada menerusi insurans atau takaful.
Di Majalah Labur, kami percaya ramai pembaca setia kami rata-rata bersetuju yang sejumlah 5% – 15% dari gaji bulanan adalah amaun yang cukup sihat untuk perlindungan kesihatan.
Akan tetapi, ada satu perkara yang sering tidak mempunyai bajet khusus: pemeriksaan kesihatan berkala.
Kita lebih mudah menyediakan RM200 untuk membaiki sesuatu selepas rosak berbanding memperuntukkan sejumlah wang untuk memastikan masalah itu dapat dikenal pasti lebih awal.
Dalam kewangan peribadi, cara berfikir seperti ini mungkin kelihatan kecil. Tetapi apabila melibatkan kesihatan, penangguhan boleh membawa kepada keadaan yang memerlukan lebih banyak masa, rawatan dan perbelanjaan.
Sebab itu preventive healthcare wajar dilihat sebagai sebahagian daripada perancangan kewangan keluarga, bukan sekadar perbelanjaan tambahan.
Ada bajet insurans. Bagaimana dengan bajet kesihatan?
Insurans atau takaful penting untuk melindungi kewangan apabila berlaku keadaan yang memerlukan rawatan atau kemasukan ke hospital.
Tetapi perlindungan kewangan tidak semestinya bermaksud kita tidak perlu menyediakan bajet untuk penjagaan kesihatan rutin.
Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan untuk mengenal pasti faktor risiko, memberi nasihat pengurusan risiko dan membuat rujukan lanjut jika diperlukan.
Pada asasnya, terdapat perbezaan antara:
“Saya mempunyai perlindungan jika sesuatu berlaku”
dengan
“Saya memperuntukkan wang untuk mengetahui keadaan kesihatan saya secara berkala.”
Kedua-duanya memainkan peranan yang berbeza dalam perancangan kewangan kesihatan.
Kesilapan ibu bapa : tunggu anak sakit baru bawa berjumpa doktor gigi
Perkara ini lebih mudah berlaku dalam kalangan ibu bapa. Anak tidak mengadu sakit, jadi pemeriksaan ditangguhkan. Gigi susu pula dianggap tidak begitu penting kerana akhirnya akan tanggal.
Apabila sakit mula berlaku, barulah ibu bapa mencari rawatan. Masalahnya, ketiadaan sakit tidak semestinya bermaksud tiada masalah.
Masalah ini yang cuba diketengahkan oleh Dr. A’tikah U’zed (Doktor Gigi di Klinik Pergigian Aesira) yang melihat ada keperluan untuk ibu bapa di Malaysia mengkhususkan wang untuk rawatan gigi anak mereka atau mereka sendiri!
Penegasan ini nampak ada intinya selepas kami melihat bahawa data National Oral Health Survey of Adults (NOHSA) 2020 menunjukkan ;
“Prevalens karies dalam kalangan rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas ialah 85.1%, manakala dalam kumpulan umur 15–19 tahun pun prevalensnya masih 51.7%. Dalam kalangan orang dewasa yang mempunyai gigi, 40.7% mempunyai keperluan rawatan restoratif, 28.9% keperluan cabutan dan 4.5% keperluan rawatan endodontik.”
Masalah gusi juga tidak semestinya bermula dengan kesakitan.
NOHSA 2020 mendapati hanya 5.1% populasi bergigi mempunyai periodontium yang sihat, sementara 38.2% mempunyai periodontitis. KKM turut menerangkan bahawa penyakit periodontal boleh tidak disedari kerana pada peringkat awal ia boleh berlaku tanpa sakit.
Ini menjadikan pemeriksaan berkala satu perkara yang relevan bukan sahaja kepada kesihatan, tetapi juga kepada cara keluarga merancang perbelanjaan.
Kos rawatan gigi sebenarnya boleh dilihat sebagai kos tahunan
Bil
Rawatan
Anggaran kos
Kekerapan /
Perspektif
1
Konsultasi & pemeriksaan gigi
RM30–RM100
6–12 bulan / mengikut risiko
Kos asas untuk mengetahui keadaan gigi sebelum membuat keputusan rawatan
2
X-ray gigi kecil (periapikal/bitewing)
RM30–RM80
Jika diperlukan doktor
Membantu melihat masalah yang tidak jelas melalui pemeriksaan biasa
3
X-ray panoramic (OPG)
RM80–RM200
Jika diperlukan
Biasanya untuk penilaian keseluruhan rahang, gigi bongsu atau perancangan tertentu
4
Scaling & polishing
RM80–RM250
Mengikut keadaan gigi/gusi
Penjagaan berkala yang boleh dimasukkan dalam bajet pergigian tahunan
5
Rawatan fluorida
RM50–RM120
Berdasarkan risiko, terutama kanak-kanak
Preventive care yang boleh dirancang lebih awal
6
Fissure sealant
±RM50–RM100/gigi
Terutama gigi tertentu kanak-kanak
Perbelanjaan pencegahan yang dibuat berdasarkan penilaian doktor
7
Tampalan gigi
RM80–RM300/gigi
Apabila terdapat karies
Contoh kos rawatan yang mungkin timbul selepas pemeriksaan
8
Cabutan gigi biasa
RM80–RM300/gigi
Jika gigi tidak dapat dikekalkan / perlu dicabut
Kos meningkat berbanding penjagaan rutin apabila masalah memerlukan prosedur
9
Rawatan saluran akar (root canal)
±RM600–RM2,000/gigi
Untuk gigi dengan masalah pulpa tertentu
Contoh bagaimana rawatan boleh menjadi lebih kompleks dan memerlukan bajet lebih besar
10
Pembedahan gigi bongsu
±RM800–RM2,500/gigi
Jika impaksi/kerumitan memerlukan pembedahan
Contoh kos prosedur yang lebih besar dan sukar dirancang sebagai perbelanjaan rutin
“Berapa bajet saya perlu sediakan setiap tahun untuk penjagaan gigi?”
Ini tidak bermaksud seseorang perlu menjalani rawatan setiap tahun.
Sebaliknya, bajet tersebut boleh merangkumi pemeriksaan, penjagaan pencegahan dan rawatan yang diperlukan berdasarkan penilaian doktor gigi.
Kekerapan pemeriksaan pula bukan satu angka yang wajib sama untuk semua orang. Sesetengah individu mungkin memerlukan pemeriksaan lebih kerap berdasarkan risiko karies, keadaan gusi, sejarah rawatan dan faktor kesihatan lain.
Matlamatnya ialah tidak menunggu sehingga keadaan menjadi kecemasan sebelum mula merancang.
Contohnya, gigi jarang bukan semata-mata soal kosmetik
Ambil contoh diastema, atau gigi jarang.
Menurut Dr. A’tikah U’zied, diastema ialah ruang antara dua gigi yang paling kerap dilihat pada gigi hadapan atas.
Ia boleh berkait dengan saiz gigi berbanding rahang, faktor struktur semula jadi atau tabiat tertentu. Antara perkara yang boleh diperhatikan ialah ruang yang jelas antara gigi atau ruang yang semakin melebar.
Tetapi apabila ibu bapa atau individu menyedari perubahan pada kedudukan atau jarak gigi, pemeriksaan memberikan peluang untuk menentukan sama ada ia sekadar variasi normal atau sesuatu yang memerlukan pemantauan atau rawatan.
Inilah konsep financial planning yang sering terlepas pandang.
Pemeriksaan bukan bermaksud kita sudah bersetuju untuk menjalani rawatan.
Pemeriksaan bermaksud kita mendapatkan maklumat terlebih dahulu.
Dengan maklumat itu, keluarga boleh membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan, bila ia perlu dilakukan dan bagaimana perbelanjaannya boleh dirancang.
Jadi, enam bulan atau setahun sekali?
Jawapannya bergantung kepada individu.
Jadual pemeriksaan gigi sepatutnya mengambil kira keadaan gigi dan gusi, tahap risiko, umur, sejarah rawatan serta penilaian doktor gigi.
Bagi sesetengah orang, pemeriksaan enam bulan sekali mungkin sesuai. Bagi yang lain, doktor mungkin mencadangkan sela masa yang berbeza.
Yang penting ialah jangan menjadikan “tidak sakit” sebagai satu-satunya ukuran untuk menentukan sama ada pemeriksaan diperlukan.
Konsep yang sama digunakan dalam kesihatan secara umum. KKM menerangkan bahawa saringan kesihatan bertujuan membantu mengenal pasti faktor risiko dan penyakit lebih awal supaya pengurusan dapat dimulakan.
Bagaimana keluarga boleh masukkan kesihatan dalam financial planning?
Satu pendekatan mudah ialah membahagikan perancangan kepada beberapa lapisan:
Pertama, perlindungan. Insurans atau takaful untuk risiko kesihatan yang besar, mengikut kemampuan dan keperluan keluarga.
Kedua, dana kecemasan. Simpanan tunai untuk perbelanjaan kesihatan atau kecemasan yang tidak dirancang.
Ketiga, preventive healthcare. Bajet tahunan untuk pemeriksaan dan saringan yang bersesuaian dengan umur serta faktor risiko.
Keempat, penjagaan rutin. Termasuk pergigian dan keperluan kesihatan lain yang boleh dijangka.
Dengan cara ini, kesihatan tidak hanya muncul dalam bajet apabila sesuatu sudah berlaku.
Kesihatan juga perlukan bajet sebelum ia menjadi kecemasan
Financial planning yang baik bukan sekadar mempunyai wang apabila berlaku masalah.
Ia juga tentang mengetahui perbelanjaan yang boleh dijangka, menyediakan ruang untuk penjagaan berkala dan membuat keputusan berdasarkan maklumat sebelum keadaan menjadi mendesak.
Pemeriksaan kesihatan tidak menjamin seseorang akan terlepas daripada penyakit atau rawatan mahal. Begitu juga pemeriksaan gigi tidak menjamin seseorang tidak akan memerlukan prosedur kompleks pada masa hadapan.
Namun, pemeriksaan memberikan sesuatu yang penting dalam perancangan kewangan:
maklumat lebih awal.
Dan maklumat lebih awal memberikan keluarga peluang untuk membuat keputusan dengan lebih tenang, sama ada perlu merawat sekarang, memantau dahulu atau menyediakan bajet untuk rawatan pada masa akan datang.
Jadi, apabila menyediakan bajet keluarga untuk tahun hadapan, jangan hanya tanya:
“Berapa saya perlu simpan kalau saya jatuh sakit?”
Tanya juga:
“Berapa yang saya sanggup peruntukkan untuk mengetahui keadaan kesihatan saya sebelum ia menjadi kecemasan?”
Kerana dalam pengurusan kewangan kesihatan, bil rawatan bukan satu-satunya kos yang perlu difikirkan.
Masa, ketidakselesaan, kehilangan produktiviti dan keputusan yang dibuat ketika keadaan sudah mendesak juga mempunyai nilai.
Preventive healthcare bukan tentang berbelanja sebanyak mungkin untuk kesihatan.
Ia tentang merancang supaya kesihatan tidak menjadi kejutan kewangan kepada keluarga.
Artikel ini bertujuan memberikan maklumat umum dan bukan pengganti nasihat doktor atau doktor gigi. Keperluan pemeriksaan, saringan dan rawatan berbeza mengikut keadaan individu.