Nak Tahu Personaliti Diri? Ambil Ujian MBTI Ini

Personaliti diri bermaksud ciri tingkah laku, kondisi diri dan emosi yang berkembang daripada faktor biologi dan persekitaran. Walaupun tidak terdapat definisi personaliti yang dipersetujui oleh semua orang, namun kebanyakan teori memberikan tumpuan kepada motivasi dan interaksi psikologi dengan persekitaran seseorang.

Teori keperibadian atau personaliti diri berdasarkan sifat seperti yang ditakrifkan oleh Raymond Cattell, menentukan keperibadian sebagai ciri-ciri yang meramalkan tingkah laku seseorang. Lebih banyak pendekatan berdasarkan tingkah laku menentukan keperibadian melalui pembelajaran kajian dan tabiat seseorang.

Kajian psikologi personaliti diri yang dikenali sebagai psikologi personaliti, cuba menjelaskan kecenderungan untuk memahami perbezaan dalam tingkah laku. Banyak pendekatan telah diambil untuk mengkaji personaliti, termasuk teori biologi, kognitif, pembelajaran dan sifat berdasarkan teori, serta pendekatan psikodinamik dan humanistik. 

Psikologi keperibadian telah dihuraikan para ahli teori pertama, dengan beberapa teori berpengaruh yang diketengahkan oleh Sigmund Freud, Alfred Adler, Gordon Allport, Hans Eysenck, Abraham Maslow, dan Carl Rogers.

Personaliti diri boleh ditentukan melalui pelbagai ujian. Oleh kerana personaliti adalah perkara yang rumit, dimensi personaliti dan skala ujian personaliti berbeza-beza dan sering kurang jelas dengan penilaian personaliti seseorang.

Disebabkan inilah kemunculan dua elemen utama untuk mengukur keperibadian, melalui ujian objektif dan langkah-langkah proaktif. 

Contoh-contoh ujian personaliti adalah:

*Big Five Inventory (BFI).

*Minnesota Multiphasic Personality Inventory (MMPI-2).

*Rorschach Inkblot test.

*Neurotic Personality Questionnaire KON-2006.

*Eysenck’s Personality Questionnaire (EPQ-R).

Di antara ujian personaliti diri yang baru diperkenalkan adalah 16 Personalities Factor (16PF). Kebiasaannya ia digunakan oleh ahli psikologi, bagi mengukur keperibadian diri berdasarkan teori 16 faktor personaliti yang dibangunkan oleh Raymond Cattell. 

Pakar psikologi juga menggunakannya sebagai indeks pengukur kesihatan mental, bagi mendiagnos gangguan psikiatri dan membantu dengan terapi yang sesuai.

Tahukah anda Big Five Inventory (BFI) merupakan indeks pengukur yang paling banyak digunakan, kerana ia mempunyai kriteria yang luas seperti faktor-faktor yang berbeza dalam personaliti diri, sekaligus membolehkan ahli psikologi mendapatkan maklumat yang paling tepat?

Manakala salah satu ujian personaliti diri yang paling lengkap pernah dibina adalah MBTI (Myers–Briggs Type Indicator).

MBTI (Myers–Briggs Type Indicator):

MBTI adalah soal selidik laporan introspektif yang menunjukkan keutamaan psikologi yang berbeza, dalam konsep bagaimana seseorang melihat dunia dan membuat keputusan. Pada asalnya MBTI dibangunkan oleh 2 orang rakyat Amerika Syarikat, iaitu Katharine Cook Briggs dan anak perempuannya Isabel Briggs Myers.

MBTI di kembangkan dari idea asal teori konseptual (the conceptual theory), yang dicadangkan oleh pakar psikiatri Switzerland, Carl Jung. MBTI menggunakan empat fungsi psikologi utama iaitu sensation, intuition, feeling, dan thinking.

Melalui penilaian tersebut, ianya dapat mengenalpasti 4 elemen tingkah laku yang dominan iaitu Introversion/Extraversion, Sensing/Intuition, Thinking/Feeling, Judging/Perception. Disebabkan inilah lahirnya ujian 16 personaliti yang memecahkan personaliti seseorang kepada beberapa kategori.

Hari ini, banyak syarikat gergasi menjalankan ujian MBTI untuk menilai prestasi dan ketika ujian pengambilan pekerja baru.

Berminat nak tahu personaliti diri anda?

Layari 16 Personalities untuk melakukannya. Sekaligus kita dapat memahami bagaimana nak menyesuaikan personaliti diri dengan aktiviti pelaburan.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.