5 Langkah Untuk Mewariskan Hartanah Kepada Anak Kita

Kesedaran masyarakat Malaysia khususnya yang beragama Islam akan kepentingan melakukan wasiat harta pusaka dan hibah adalah sangat rendah.

Mencari harta kekayaan dan mengumpul harta dan wang ringgit sepatutnya mendatangkan kemudahan dan keselesaan kepada waris apabila anda meninggal dunia kelak.

Sebaliknya berlaku buat sebahagian besar rakyat Malaysia apabila data dan statistik yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad menunjukkan harta yang dibekukan sepanjang tahun 2006-2016 ada sebanyak kira-kira RM60 bilion!

Baca : Hibah Sebelum Hiba : Ketahui Perbezaan Hibah, Wasiat, Dan Faraid

“Tahukah anda, proses pengagihan harta pusaka tanpa wasiat mampu memakan masa 5 tahun ke atas!”

Pada tahun 2006, harta yang dibekukan mencatatkan angka RM38 bilion dan 90% daripadanya adalah harta orang Islam. Angka ini meningkat 2 bilion kepada RM40 bilion pada tahun 2007.

Menjelang 2012, angka ini terus meningkat kepada RM52 bilion dan data akhir yang diperoleh adalah sebanyak RM60 bilion pada tahun 2016.

Faktor utama masalah ini terjadi adalah kerana kebanyakan pemilik harta khususnya hartanah gagal merancang wasiat dan hibah harta dengan baik kerana tiada ilmu tentang pengurusan harta pusaka.

Apa yang lebih teruk lagi apabila kebanyakan mereka yang mengetahui kepentingan prosedur ini mengambil keputusan menangguhkan proses dan prosedur wasiat dan harta pusaka.

Baca : Bagaimana Hibah Membantu Anda Menguruskan Harta Dengan Cepat

Kesan yang paling besar akibat kegagalan melakukan wasiat atau hibah harta pusaka adalah akan berlakunya perbalahan dan pecah belah antara ahli keluarga si mati dan isteri / suami.

Selain daripada itu, pembahagian harta juga berkemungkinan besar tidak dapat diagihkan dengan adil dan saksama kepada pihak yang lebih layak.

Dan paling kritikal adalah, keluarga yang ditinggalkan tanpa wasiat dan hibah harta pusaka akan jatuh miskin.

Artikel kali ini akan menerangkan secara inklusif tentang cara anda (seorang pemilik hartanah) mewariskan hartanah kepada anak anda.

Cara Untuk Wariskan Hartanah Kepada Anak Kita

Solusi terbaik untuk anda ialah dengan melakukan hibah harta.

Apa itu hibah?

Hibah bermaksud pemberian atau hadiah yang dibuat semasa hidup sebagai tanda kasih dan sayang.

Baca : Tatacara Pengurusan Harta Pusaka Untuk Waris Bawah Umur

Hibah juga boleh didefinisikan sebagai satu solusi pengurusan harta benda / pusaka yang paking efektif dan praktikal berbanding proses faraid.

Sebagai pemula, kita boleh ikuti langkah di bawah sebagai cara untuk wariskan hartanah kepada anak kita.

1. Faraid

Kita perlu semak dokumen faraid harta anda untuk mengetahui waris yang layak mendapat harta kita mengikut faraid. Selepas melihat dokumen ini, kita tahu siapa yang sebenarnya layak dan siapa yang kurang layak.

2. Melantik Wasi

Wasi merupakan pentadbir yang akan menguruskan segala dokumen berkenaan perancangan harta pusaka kita. Wasi terbahagi kepada dua iaitu individu dan syarikat amanah.

Untuk aset harta pusaka di bawah RM2 juta, kita dinasihatkan untuk melantik wasi individu dan untuk aset harta pusaka melebihi RM2 juta, kita boleh melantik syarikat amanah untuk mengurusakannya.

Di antara syarikat amanah yang boleh kita lantik adalah :-

  • Amanah Raya Berhad
  • Aas Salihin Trustee
  • Universal Trustee
  • Pacific Trustee

3. Dokumen

Sekiranya kita ingin melakukan wasiat atau hibah hartanah, pastikan kita lengkapkan segala dokumen-dokumen penting dengan bantuan syarikat pengurusan harta pusaka.

Kita juga boleh lakukan proses dokumen dengan bantuan MyPusaka secara online.

4. Dana Waris

Dana waris bermaksud kita melakukan penambahan penama bagi aset kita di KWSP, Takaful dan Tabung Haji kepada waris; supaya proses pemindahan harta dan aset menjadi mudah.

Baca : Pertimbangkan 5 Benda Ini Sebelum Memilih Pelan Takaful

Kelebihannya adalah, waris boleh menggunakan wang yang dipindahkan ke akaun penama dalam masa 2 4 minggu untuk kos pengurusan pusaka dan melangsaikan hutang yang ada.

5. Hibah

Hibah adalah solusi paling praktikal berbanding faraid.

Hal ini kerana, apabila kita melakukan hibah terhadap hartanah, secara automatik hartanah tersebut tidak boleh dituntut oleh waris lain dan tidak menjadi isu perebutan harta di kalangan ahli keluarga.

Kos guaman harta pusaka melalui hibah juga adalah lebih rendah dan kita mampu meninggalkan kediaman buat keluarga kita apabila ketiadaan kita nanti.

Jika kita mempunyai impian untuk melakukan hibah hartanah, pastikan kita hubungi syarikat amanah atau individu pengurusan harta pusaka yang benar dan telus.

Semoga kadar aset dibekukan di kalangan orang Islam menurun dan lebih ramai pemilik hartanah sedar akan kepentingan mewariskan hartanah kepada anak-anak mereka.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman