10 Benda Kita Kena Tahu Tentang Dividen KWSP Tahun 2019

Pada hari Sabtu bersamaan 22 Februari 2020 yang lalu, segala teka-teki mengenai kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akhirnya terjawab.

Bagi simpanan Syariah, KWSP mengisytiharkan dividen sebanyak 5%. Manakala bagi simpanan konvensional, KWSP mengisytiharkan dividen sebanyak 5.45%.

Ianya merupakan kadar dividen yang terendah sejak tahun 2009.

Apa-apa pun, ucapkan Alhamdulillah di atas prestasi ini di kala keadaan pasaran ekonomi yang mencabar, dengan perang perdagangan yang berlaku pada tahun 2019; dan serangan wabak penyakit COVID-19 yang melanda pada awal tahun 2020.

Jom kita dengarkan pandangan pakar mengenai dividen KWSP ini. Beliau yang dimaksudkan adalah Tuan Nazarry Rosli, yang sering keluar di kaca televisyen dan suratkhabar bagi membincangkan topik-topik berkenaan pelaburan dan ekonomi.

1. Pengagihan dividen 5.45 peratus untuk simpanan konvensional (terendah sejak 2008) dan 5.0 peratus untuk simpanan shariah munasabah dengan perkembangan semasa ekonomi?. Mohon jelaskan.

– Peratus dividen yang dilapurkan oleh KWSP bagi tahun 2019 dianggap lebih baik jika dibandingkan dengan prestasi indeks FBM KLCI yang menunjukkan pulangan negatif pada tahun lepas.

2. Adakah pengumuman ini selaras unjuran penganalisis?

– Ya, pengumuman dividen ini adalah selaras dengan unjuran kebanyakan penganalisis pasaran.

3. Berdasarkan perkembangan semasa, adakah KWSP memiliki kemampuan untuk mengisytiharkan dividen lebih baik untuk 2020?

– Kita memang menjangkakan ekonomi dunia akan berkembang pada kadar yang lebih baik untuk tahun 2020 tetapi ada sedikit kebimbangan dengan perkembangan terbaru tentang wabak Coronavirus yang telah pun menunjukkan sedikit kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi dunia.

4. Aset pelaburan keseluruhan KWSP mencatatkan RM924.75 bilion setakat 31 Disember 2019. Sasaran KWSP adalah menguruskan aset RM1 trilion dalam 2020 hingga 2023. Adakah KWSP berada dalam landasan tepat untuk mencapai sasaran itu?

– Ini bergantung kepada unjuran kadar pertumbuhan pekerjaan kerana KWSP sebenarnya berfungsi sebagai pengurus dana kepada penyimpan-penyimpan yang menabung untuk hari tua mereka.

5. Dengan situasi ekonomi domestik dan global, adakah KWSP memiliki potensi dan keupayaan untuk memiliki aset lebih RM1 trilion?.Apakah jangka masa yang sesuai untuk mencapainya? 2020 atau lebih lagi?

– KWSP dijangka memerlukan masa yang lebih lama untuk mencapai sasaran mengurus aset melebihi RM1 trilion berikut perkembangan semasa ekonomi dunia.

6. Apakah aset-aset baharu yang difikirkan terbaik untuk KWSP teroka bagi mencapai sasaran RM1 trilion?

– KWSP mungkin perlu lebih memberi tumpuan kepada pelaburan-pelaburan didalam kategori ‘ekonomi baru’ seperti didalam sektor IT dan ‘tenaga baru’

7. Apakah strategi yang terbaik dan difikirkan perlu oleh KWSP untuk meningkat pendapatan sekali gus menjadi cerminan jelas kepada pengagihan dividen lebih baik?

– KWSP perlu lebih agresif untuk melabur diluar dari pasaran tempatan untuk memberikan pulangan dividen yang lebih tinggi kepada penyimpan.

8. Apakah langkah yang perlu untuk meningkatkan keahlian KWSP yang kini berjumlah 14.6 juta ahli?

KWSP perlu bertindak tegas kepada golongan majikan dengan menentukan mereka mencarum bagi pihak pekerja dan juga mempromosikan simpanan KWSP kepada golongan yang bekerja sendiri.

9. Berdasarkan perkembangan semasa termasuk langkah Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan OPR, adakah KWSP perlu menurunkan jumlah caruman kepada 8 peratus seperti pernah dilakukan sebelum ini bagi meningkatkan pendapatan boleh guna pencarum dan meningkatkan penyertaan ahli dalam ekonomi negara?

– Ini bergantung kepada keperluan semasa kerana dengan mengurangkan kadar caruman pekerja ia akan menyebabkan simpanan hari tua penyimpan akan menjadi berkurangan.

10. Untuk tempoh berapa lama (tahun) yang sesuai untuk KWSP melaksanakan caruman 8 peratus?. Mengapa?

– Jika caruman 8 peratus ini dilaksanakan, ia perlu dilakukan hanya untuk satu tempoh yang singkat kerana ia akan mengurangkan dana pekerja sewaktu mereka mencapai umur persaraan kelak.

Nazarry Rosli
Penasihat, Persatuan Penganalisa Teknikal Malaysia (MATA)

Sumber: FB Nazarry Rosli

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Perladangan: Perolehan 1Q26F Bakal Melemah Secara QoQ dan YoY

Saham Pilihan Utama: Johor Plantations Group (JPG), Sarawak Oil Palms (SOP), IOI Corp (IOI), PP London Sumatra Indonesia (LSIP), SD Guthrie (SDG), dan First Resources (FR)

Kami menjangka sektor perladangan akan mencatat perolehan lebih lemah untuk 1Q26 secara QoQ dan YoY, walaupun hal ini dijangka pulih pada 2Q ekoran keluaran dan harga lebih tinggi. Di Malaysia, stok minyak sawit(PO) menokok 1.7% MoM kepada 2.31j tan pada Apr 2026. Paras inventori patut kekal stabil dalam jangka terdekat, kerana peningkatan pengeluaran secara bermusim dilemahkan oleh pembeli-pembeli yang menantikan pelancaran B50 di Indonesia pada bulan Julai. Kami kekalkan pendirian perdagangan positif dan taktikal.

Untuk 1QCY26, kami menjangka akan melihat trend perolehan yang sama untuk syarikat-syarikat perladangan yang menumpu pada pasaran Malaysia dan Indonesia – dengan untung 1Q26F mungkin menurun secara QoQ dan YoY

Perolehan QoQ akan diheret oleh keluaran lebih lemah akibat faktor musim walaupun harga CPO agak stabil, sementara perolehan YoY akan susut akibat harga CPO dan PK yang lebih rendah dan juga keluaran lebih lemah di Indonesia

Margin segmen hiliran mungkin mengalami tekanan bagi syarikat-syarikat Indonesia, manakala syarikat-syarikat Malaysia mungkin mengalami penambahbaikan.

Tanpa mengira margin biodiesel, kami menjangka syarikatsyarikat perladangan Indonesia yang memiliki operasi hiliran akan merekodkan prestasi QoQ yang lebih lemah akibat perbezaan cukai yang lebih kecil untuk operasi huluan ke hiliran iaitu sebanyak USD74/tan (-12% QoQ). Secara YoY, margin juga dijangka akan melemah apabila perbezaan cukai menyusut 26.2% YoY.

Sebaliknya, syarikat-syarikat hiliran Malaysian dapat meraih manfaat daripada margin lebih kukuh QoQ dan YoY apabila persaingan dari Indonesia mereda. Namun begitu, kami menegaskan bahawa kenaikan harga CPO yang mendadak pada bulan Mac mungkin sedikit sebanyak akan menganggu keseimbangan ini.

Keseluruhannya, kami menjangkakan syarikat-syarikat lain yang akan melaporkan keputusan kewangan bulan ini, akan merekodkan perolehan yang amnya menepati jangkaan untuk 1Q26

Berdasarkan anggaran paras pengeluaran FFB (Rajah 1). Daripada enam syarikat yang sudah melaporkan keputusan, empat tersasar daripada jangkaan – SDG, Wilmar International (WIL), Nusantara Sawit Sejahtera (NSSS), dan LSIP, manakala satu syarikat melangkaui jangkaan – Astra Agro Lestari (AALI), dan satu lagi menepati ramalan – SOP. Syarikat lain yang belum melaporkan prestasi – Kuala Lumpur Kepong (KLK), JPG, IOI, Ta Ann (TAH), FR, Golden Agri Resources (GGR), dan Bumitama Agri (BAL), rata-ratanya dijangka akan memenuhi ramalan, manakala TSH Resources (TSH) mungkin menghampakan apabila melihat pada trend keluaran FFB. Menuju ke 2Q26, kami menjangka perolehan akan memulih secara QoQ berikutan keluaran lebih kukuh secara bermusim dan harga CPO lebih tinggi

Didorong jumlah keluaran lebih tinggi dan eksport lebih rendah, paras inventori Malaysia pada Apr 2026 menaik kepada 2.31j tan (+1.71% MoM)

Lalu menaikkan nisbah stok/penggunaan tahunan kepada 11.1%. Menuju ke hadapan, kami berpendapat momentum eksport mungkin bertambah baik pada bulan Mei, apabila pembeli-pembeli di serata dunia menambah paras stok sebelum Indonesia beralih kepada mandat biodiesel B50 pada bulan Julai dan apabila jurang harga antara CPO dan minyak kacang soya (SBO) berkembang kepada USD504/tan sekarang (daripada USD377/tan pada April). Oleh itu, inventori mungkin mendatar pada Mei kerana permintaan yang lebih tinggi mungkin mengimbangi trend keluaran yang menaik.

Kami kekalkan pendirian perdagangan positif secara taktikal terhadap sektor ini

Walaupun wajaran NEUTRAL kami secara asasnya kekal sama. Andaian harga CPO kami ialah MYR4,400/tan an MYR4,300/tan untuk 2026 dan 2027.

Pandangan Awal Keputusan 1Q26

Perangkaan Bulanan

Risiko-Risiko

Risiko-risiko negatif utama yang boleh menjejaskan prospek kami termasuk:
i. Perang perdagangan terus berlarutan;
ii. Perubahan ketara dalam trend harga minyak mentah yang mengakibatkan pindaan
dalam mandat biodiesel;
iii. Ketidaknormalam cuaca yang menyebabkan berlakunya lambakan atau kekurangan
bekalan minyak sayuran;
iv. Perubahan mendadak dalam permintaan minyak sayuran yang disebabkan oleh
perubahan dalam kitaran ekonomi atau dinamik harga;
v. Keadaan buruh di Malaysia semakin memburuk lalu menyebabkan pengeluaran terjejas;
vi. Semakan pada struktur cukai dan dasar-dasar perdagangan Indonesia;
vii. Semakin banyak isu ESG yang perlu diteliti untuk syarikat-syarikat yang tersenarai di
bursa.

Penganalisis
Hoe Lee Leng +603 2302 8110 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.