5 Orang Paling Kaya Di Malaysia Datangnya Dari Industri Hartanah

Menurut Forbes, terdapat 50 orang terkaya di Malaysia dengan umur semuda 37 tahun sehingga 96 tahun daripada kedua-dua jantina lelaki dan perempuan.

Apa yang menarik tentang pendedahan Forbes ini adalah, 5 daripada 10 teratas dalam senarai orang terkaya di Malaysia adalah yang berada dalam industri hartanah!

Latar belakang senarai orang terkaya di Malaysia adalah pelbagai. Di antaranya kita ada perladangan, perkapalan, hartanah, perisian mudah alih, telekomunikasi, media, e-dagang dan juga perbankan.

Buat anda yang berminat menjadikan hartanah sebagai instrumen pelaburan dan strategi untuk mencapai financial freedom, boleh terus membaca untuk mendapatkan inspirasi.

Di antara persamaan golongan orang paling kaya di Malaysia ini adalah, mereka tidak bergantung kepada industri sahaja. Sebaliknya mereka mempunyai pelbagai portfolio dalam pelbagai industri.

Macam pernah dengar kan pepatah, “Don’t put all your eggs in one basket”.

5. Tan Sri Datuk Seri Panglima Lau Cho Kun

Beliau mempunyai aset sebanyak $3.4 bilion setakat 26 Disember 2019 dan tersenarai dalam senarai 50 Orang Terkaya Di Malaysia.

Beliau merupakan pemegang saham terbesar Hap Seng Consolidated, melalui syarikat induk Gek Poh dan cabang pelaburan Lei Shing Hong.

Firma tersebut mempunyai pelbagai kepentingan dalam hartanah, bahan binaan, perladangan, pembiayaan kredit, baja dan automotif.

Semenjak tahun 1969, Hap Seng Consolidated telah mengendalikan pengedaran automotif Mercedes-Benz.

Beliau kini berusia 83 tahun dan menetap di Tawau, Sabah.

4. Lee Shin Cheng

This image has an empty alt attribute; its file name is 5-Orang-Paling-Kaya-Di-Malaysia-Dalam-Industri-Hartanah3-700x479.jpg

Dilahirkan pada 3 Jun 1939 di Kuala Lumpur, mendiang Lee Shin Cheng merupakan orang nombor satu dalam IOI Corporation yang merangkumi IOI Plantation, IOI Properties dan IOI Oleo Chemical.

IOI Properties merupakan salah satu pemaju hartanah terkemuka di Malaysia yang membangunkan Bandar IOI Segamat, PJ Midtown, Bandar Puteri Klang, 16 Sierra Puchong South dan juga pembangunan hartanah di Singapura dan China.

Buat masa ini, IOI Properties bertanggunjawab membina kawasan perbandaran baru, pusat beli-belah, kondominium, pejabat dan juga resort.

Di antara projek hartanah ikonik daripada IOI adalah IOI City Mall dan IOI Resort City, Putrajaya.

Aset kekayaan beliau adalah sebanyak $5.4 bilion.

3. Tan Sri Chen Lip Keong

Siapa sangka anak kelahiran Kuala Lumpur pada tahun 1948 dan menetap di Ulu Kinta ini, merupakan orang keenam paling kaya di Malaysia.

Beliau kini berusia 72 tahun dan menetap di Pnom Penh, Kemboja dan merupakan lulusan Medical Doctor dari Universiti Malaya.

Aset kekayaan beliau setakat 26 Disember 2019 adalah $6.3 bilion dan meningkat hampir 26% berbanding $5 bilion pada awal Disember tahun sebelumnya.

Di bawah NagaWorld, konsep resort kasino dan pusat membeli-belah di Kemboja adalah punca kekayaan beliau. Syarikat beliau diberi lesen untuk operasi kasino di sana sehingga tahun 2035.

NagaCorp pula kasino yang beroperasi di Hong Kong. Kini, NagaCorp sedang membangunkan sebuah resort kasino di Vladivostok, Rusia.

2. Quek Leng Chan

Beliau kini berusia 78 tahun dan menetap di Kuala Lumpur dan mempunyai 3 orang anak.

Kekayaan beliau setakat 26 Disember 2019 adalah $9.3 bilion hasil daripada industri perbankan, hartanah dan makanan.

Beliau mewarisi kekayaan bapanya, salah seorang daripada 3 orang yang memulakan Hong Leong Bank pada tahun 1920-an.

Beliau merupakan pengerusi dan ketua pegawai eksekutif Hong Leong Company, Hong Leong Industries Berhad, Hume Industries Malaysia Berhad, Hong Leong Assurance Berhad, Hong Leong Islamic Bank Berhd dan Yayasan Hong Leong.

Di antara projek hartanah ikonik dari Hong Leong adalah Emerald Hill, Alam Damai Cheras, Areca @Emerald Sepang dan Chloe Residence, Rawang.

Quek Leng Chan mempunyai pengalaman yang luas dalam sektor perkhidmatan kewangan, pembuatan dan hartanah.

1. Robert Kuok

Dengan kekayaan mencecah $12.6 bilion setakat 26 Disember 2019, Robert Kuok merupakan orang nombor satu paling kaya di Malaysia.

Beliau yang dilahirkan di Johor Bahru pada 6 Oktober 1923 kini berusia 96 tahun dan menetap di Hong Kong, dan mempunyai 8 orang anak.

Sumber kekayaan beliau adalah daripada industri perladangan, perkapalan dan hartanah.

Beliau merupakan pemilik Kuok Group yang mempunyai portfolio dalam hotel, hartanah dan komoditi.

Beliau merupakan orang bertanggungjawab menubuhkan Hotel Shangri-La di Singapura pada tahun 1971. Robert Kuok mempunyai pelbagai portfolio di luar negara seperti di Singapura, Filipina, Thailand, China, Indonesia, Fiji dan Australia.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Aktiviti Jual Beli Hartanah Berkurangan Pada Awal Tahun, Harga Rumah Stabil

Pasaran hartanah Malaysia memulakan tahun 2026 dengan momentum yang lebih sederhana apabila aktiviti transaksi menyusut susulan persekitaran ekonomi global yang lebih perlahan dan sentimen pasaran yang lebih berhati-hati.

Namun begitu, sektor kediaman terus menunjukkan daya tahan disokong oleh pertumbuhan harga rumah yang stabil, permintaan pemilik kediaman yang berterusan serta pelbagai insentif perumahan kerajaan.

Menurut Laporan Pasaran Harta Suku Tahun Pertama 2026 yang dikeluarkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), jumlah transaksi hartanah keseluruhan menurun 8.0 peratus tahun ke tahun kepada 89,966 transaksi pada suku pertama 2026.

Nilai transaksi turut mencatat penyusutan marginal sebanyak 0.6 peratus kepada RM51.09 bilion. Walaupun prestasi ini lebih perlahan berbanding tempoh sama tahun lalu, aktiviti pasaran masih dilihat stabil dan trend yang dilihat sekarang merupakan suatu yang selaras dengan jangkaan dalam suasana ekonomi yang lebih mencabar.

Segmen kediaman kekal menjadi tunjang utama pasaran, dengan harga rumah terus meningkat meskipun momentum transaksi lebih perlahan.

Indeks Harga Rumah Malaysia (IHRM) meningkat 1.7 peratus tahun ke tahun kepada 235.2 mata, menjadikan harga purata rumah di Malaysia sekitar RM507,533 seunit.

Pertumbuhan ini mencerminkan permintaan asas terhadap perumahan yang masih kukuh, khususnya di pusat bandar utama dan kawasan pinggir bandar yang berkembang pesat.

Kebanyakan negeri mencatat pertumbuhan harga rumah positif antara 0.3 peratus hingga 7.2 peratus, menandakan keyakinan pasaran yang masih baik walaupun berdepan ketidaktentuan ekonomi.

Dari segi jumlah transaksi kediaman, Malaysia merekodkan penurunan sebanyak 10.7 peratus dengan 52,936 transaksi bernilai RM22.60 bilion.

Walaupun kebanyakan negeri mencatat penyusutan aktiviti transaksi, empat negeri masih merekodkan pertumbuhan positif iaitu Kuala Lumpur sebanyak 0.2 peratus, Pahang (4.3 peratus), Terengganu (3.1 peratus) dan Sabah (2.4 peratus).

Mengikut jenis kediaman, rumah bertanah terus menjadi pilihan utama pembeli. Rumah teres dan rumah berkembar mendahului pertumbuhan harga dengan peningkatan masing-masing sebanyak 2.2 peratus, mencerminkan permintaan yang berterusan terhadap produk kediaman bertanah.

Unit kediaman bertingkat tinggi turut mencatat pertumbuhan sederhana sebanyak 1.3 peratus, didorong oleh permintaan di lokasi bandar dan pembangunan berorientasikan transit (TOD).

Namun begitu, segmen pembangunan kediaman mula menunjukkan tanda-tanda penyederhanaan dari segi bekalan. Pelancaran baharu kediaman menurun kepada 9,112 unit berbanding 12,498 unit pada tempoh sama tahun lalu, iaitu penyusutan sebanyak 27.1 peratus.

Pemaju dilihat lebih berhati-hati dalam memperkenalkan bekalan baharu susulan kos pembinaan yang meningkat dan pembeli yang semakin selektif.

Pada masa sama, isu lambakan unit siap dibina tidak terjual terus menjadi cabaran utama pasaran. Jumlah kediaman siap dibina tidak terjual mencecah 32,801 unit dengan nilai RM16.37 bilion.

Apabila mengambil kira hartanah kediaman berstatus komersil seperti pangsapuri perkhidmatan dan SOHO, jumlah tersebut meningkat kepada 54,795 unit bernilai RM32.12 bilion pada suku pertama 2026.

Secara tahunan, jumlah lambakan meningkat 25.9 peratus dari segi bilangan dan 11.1 peratus dari segi nilai berbanding 43,510 unit bernilai RM30.71 bilion pada suku pertama 2025.

Mengikut julat harga, sebanyak 38.6 peratus unit tidak terjual terdiri daripada kediaman berharga antara RM200,001 hingga RM500,000 yang lazimnya dianggap dalam kategori mampu milik.

Sebanyak 23.4 peratus pula berada dalam julat RM500,001 hingga RM800,000, manakala hanya 13.2 peratus unit tidak terjual berharga melebihi RM1 juta.

Ini menunjukkan isu lambakan bukan semata-mata disebabkan faktor harga, tetapi turut dipengaruhi faktor lokasi, jenis produk dan padanan permintaan pasaran.

Subsektor pangsapuri perkhidmatan terus berdepan tekanan bekalan apabila unit siap dibina tidak terjual meningkat kepada 19,263 unit bernilai RM16.52 bilion berbanding 18,246 unit bernilai RM14.61 bilion pada tempoh sama tahun lalu.

Lambakan pangsapuri perkhidmatan meningkat 5.6 peratus, mencerminkan cabaran berterusan dalam menyerap pembangunan bercampur dan berorientasikan pelaburan, khususnya di kawasan dengan bekalan yang tinggi seperti Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.

Melihat ke hadapan, prospek pasaran hartanah Malaysia dijangka kekal berhati-hati tetapi stabil. Walaupun ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi global boleh mempengaruhi sentimen pelabur, pelbagai inisiatif kerajaan dijangka terus menyokong sektor perumahan.

Antaranya termasuk lanjutan pengecualian penuh duti setem bagi pembeli rumah pertama untuk rumah berharga sehingga RM500,000 sehingga akhir 2027.

Disokong oleh pembangunan infrastruktur dan inisiatif pembangunan berorientasikan transit di bawah kerangka Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), pasaran kediaman negara dijangka terus berdaya tahan meskipun pertumbuhannya semakin sederhana dan akan bergerak seiring dengan paras kemampumilikan pembeli.

Penulis ialah Pengarah Penyelidikan Hartanah Rahim & Co Chestertons

— Berita Harian