Fahami 4 Kitaran Hartanah Ini Dulu Sebelum Melabur

Kegawatan ekonomi kini telah tiba. Malaysia juga tidak terkecuali daripada menerima nasib yang sama. Industri hartanah yang selama ini berkembang pesat, turut terkesan dengan keadaan semasa.

Sebelum kita memulakan bicara mengenai kitaran hartanah, elok juga kita tengok dulu kitaran ekonomi. Dalam asas ekonomi, terdapat 4 kitaran ekonomi yang bakal dilalui mana-mana negara dan juga pasaran. Kitaran tersebut adalah perkembangan, puncak, penguncupan dan dasar.

Perkembangan bermaksud ekonomi dalam keadaan sangat sihat dan berada dalam tempoh pertumbuhan yang pesat.

Puncak pula bila mana ekonomi di satu tahap ekonomi tidak lagi mampu berkembang dan telah tepu.

Penguncupan pula apabila kemeseletan ekonomi berlaku kerana keadaan ekonomi global yang tidak menentu dan harga barang komoditi naik.

Dan akhir sekali adalah dasar. Dalam kitaran ini, ekonomi berada di bahagian paling teruk di dalam kitaran ekonomi atau dikenali sebagai trough.

Kesannya, kadar pengangguran yang tinggi, pemberhentian pekerja dalam skala besar, penguncupan jualan dan pengurangan akses pinjaman daripada pihak bank.

4 Kitaran Hartanah Untuk Pelaburan Di Malaysia

Begitu juga dengan industri hartanah yang mempunyai kitaran hartanahnya yang tersendiri dan unik.

Teori kitaran hartanah mula popular seawal tahun 1933 oleh Fred Harrison yang mengkaji dan menganalisa kitaran hartanah dengan cara melakukan kajian terhadap kitaran hartanah beratus tahun ke belakang.

Baca : Rumusan Industri Hartanah Sepanjang Tahun 2019

Hasilnya, beliau berjaya mendapat konsep ekonomi ’18 years property cycle‘ dan diguna pakai oleh ramai pelabur hartanah bukan sahaja di Malaysia tetapi di dunia.

Kitaran hartanah boleh dibahagikan kepada empat iaitu :-

1. Pemulihan (Recovery)
2. Pengembangan (Expansion)
3. Ledakan (Boom)
4. Kemelesetan (Explosion)

1. Pemulihan

Kitaran ini bermula selepas kemelesetan dan menandakan bermulanya kenaikan kitaran hartanah.

Memandangkan harga hartanah telah turun dengan mendadak, pelabur akan kembali ke pasaran dengan melabur ke hartanah yang mampu memberikan pulangan yang paling tinggi.

Baca : Harga Hartanah Di 24 Kawasan Ini Akan Melonjak Naik Menjelang 2021

Pada saat ini, pelabur yang mengambil langkah membeli hartanah untuk di sewakan mempunyai potensi yang tinggi untuk memperoleh keuntungan kerana permintaan untuk sewaan tidak pernah jatuh.

Polisi bank yang mengetatkan pinjaman pembiayaan hartanah juga menjadikan persaingan dalam pelaburan hartanah adalah rendah.

Dalam kitaran ini juga ramai pelabur akan keliru untuk melabur dalam hartanah atau tunggu harga jatuh lagi.

Tiada tempoh yang jelas akan tempoh masa fasa ini, tetapi fasa ini boleh memakan masa kurang dari 7 tahun.

2. Pengembangan

Dan selepas fasa pemulihan berlaku, fasa pengembangan akan mengambil alih pula.

Dalam fasa ini, pembeli hartanah telah mula yakin dengan pasaran hartanah seiring dengan peningkatan harga hartanah pada kadar normal yakni 1% hingga 3% setahun.

Baca : Harga Rumah Naik 313% Sejak 2002. Ini 4 Punca Dan 2 Solusinya

Pada fasa ini juga, syarikat gergasi mula yakin untuk menambah portfolio hartanah mereka dengan melabur ke dalam pasaran hartanah semula.

Pasaran komersial akan menerima permintaan yang tinggi menandakan perniagaan telah mula pulih dan ekonomi sesebuah negara sedang dalam proses pembangunan.

Fasa pengembangan ini biasanya memakan masa di antara 1 tahun hingga 7 tahun.

3. Ledakan

Fasa kitaran hartanah ini adalah apabila industri hartanah sedang mengalami pembangunan yang sangat pesat dengan lambakan kren untuk hartanah mewah dan projek perumahan oleh syarikat pemaju hartanah.

Sungguhpun harga rumah meningkat pada fasa ini, akses pinjaman pembiayaan hartanah adalah mudah.

Baca : Harga Median Rumah Teres Di 8 Lokasi Lembah Klang Sepanjang 2019

Harga rumah juga dilihat akan meningkat secara drastik dan peningkatan ini tidak selari dengan kadar kenaikan pendapatan isi rumah.

Punca harga rumah naik meningkat adalah kerana nilaian yang dibuat terlalu tinggi dan wujud spekulasi bahawa harga rumah akan meningkat lagi bagi tahun mendatang. 

Pelabur hartanah yang bijak akan berhenti melabur dalam hartanah pada fasa ini dan mula menjual hartanah dan mengutip keuntungan dari pelaburan mereka.

Orang biasa pula akan melihat inilah tempoh yang paling sesuai dan terbaik untuk membeli rumah.

Kitaran ini berlaku selama 1 tahun hingga 7 tahun.

4. Kemelesetan

Fasa terakhir ini menandakan berakhirnya zaman kegemilangan industri hartanah dan bermulanya zaman kegelapan pembeli hartanah.

Dalam fasa ini, harga rumah telah menjadi terlampau mahal dan kebanyakan hartanah komersial seperti pusat beli belah kosong tanpa penyewa.

Baca : Kajian Menunjukkan Harga Rumah Bakal Turun Sampai 2021

Kesan daripada harga rumah yang terlampau mahal, kadar non-performing loan (NPL) dan jumlah individu yang diisytihar muflis akan meningkat dengan mendadak.

Kesan lain kemelesetan kitaran hartanah adalah rumah yang dahulunya mahal kini dijual semula di bawah harga pasaran.

Baca : 5 Jenis Rumah Yang Rugi Jika Dibeli Tahun 2019

Tanda-tanda awal kemelesetan adalah apabila wujudnya pelbagai projek luar biasa untuk pasaran komersial. Fasa ini akan berlangsung kurang lebih 7 tahun.

Sebenarnya apa yang berlaku terhadap industri hartanah di Malaysia mampu dibaca dengan konsep kitaran ekonomi oleh Fred Harrison ini.

Walau betapa dahsyatnya kemelesetan yang berlaku, kitaran hartanah akan tetap melalui fasa pemulihan dan  pengembangan dan ledakan.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman