Langkah-Langkah Menjadi Seorang Trader Saham

Belajar saham bersama Tn Hj Asri

Sebelum ini kami dah kongsikan 5 Tips Kepada Pelabur Saham Baru Nak ‘Up’.

Kali ini kami nak berkongsi pula langkah-langkah bagaimana nak menjadi seorang pedagang / trader saham dalam negara mahupun luar negara.

Trader saham terlibat dalam pembelian dan penjualan saham jangka pendek; sejam, lima jam, sehari atau seminggu. Mereka buat duit dengan memanfaatkan momentum pasaran.

Perkongsian ini mungkin kurang teknikal dan adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Kami tak kata ianya betul dan tepat.

Jadi apa langkah-langkah perlu diikut untuk mula menjadi seorang trader saham?

Langkah 1

Nak berjaya perlu lalui proses pembelajaran. Nak dapat ijazah pun makan masa 3-4 tahun, kos beribu-ribu. Belajarlah secara berjemaah. Cari guru atau mentor supaya lebih mudah.

Nak belajar dengan YouTube sampai lebam juga boleh, tetapi kau hanya belajar benda-benda teknikal seperti saham apa nak beli, bila nak beli, macam mana nak beli, macam mana nak jual.

Percayalah, ada skil-skil teknikal tu belum cukup.

Pengalaman dalam proses jual beli saham itu lebih penting. Ini akan membolehkan kau mengurus dan mengawal emosi dengan baik.

Pengalaman dan kesilapan yang pernah dibuat oleh orang yang dah lama bertahan dalam dunia saham itu tersangat mahal. Kalau boleh follow mereka ni jangan bagi lepas.

Ingatlah bahawa ilmu melindungi pemiliknya, sedangkan harta memerlukan pemilik untuk melindunginya.

Baca juga Senarai Sifu-Sifu Saham & Kewangan Di Malaysia

Langkah 2

Kami ulang, proses pembelajaran adalah berterusan. Tapi kalau tak praktis ibarat pokok tak berbuah.

Lepas selesai berguru, pergilah ‘bertapa’. Beli dan jual saham olok-olok dulu. Bahasa tingginya paper trade. Test semua teknik yang dah diajar sebelum ini.

Baca juga Beli Saham Olok-Olok Di BursaMarketPlace

Langkah 3

Berjaya tak buat untung masa trade olok-olok? Jika ya, sekarang barulah mula trade guna duit betul. Guna modal kecil (RM500 – RM1,000) untuk dapat feel.

Sebagai permulaan, kami cadangkan beli dan pegang saham itu selama beberapa hari atau beberapa minggu (swing trading).

Belajar kawal rasa tamak (bila untung) dan takut (bila rugi). Keputusan beli dan jual perlu dibuat berdasarkan logik dan bukan emosi.

Kalau semua saham yang dibeli tu tak untung, itu tersangat biasa. Kenalah rasa rugi sebelum dapat menjadi seorang trader saham yang berpengalaman.

Jika masih berterusan rugi, muhasabahlah. Jangan rasa malu untuk mula semula langkah 1. Sebab itu perlu berada dalam jemaah yang positif supaya boleh buat sama-sama sampai jadi.

Langkah 4

Praktis menggunakan strategi dan teknik yang sama berulang kali. Tak perlu nak advance-advance sangat lagi. Kalau orang lain boleh buat duit dengan teknik dan strategi yang sama, kenapa kau tak boleh?

Ramai orang berjaya bukan kerana dia pandai atau hebat.

Tapi sikap.

Kepada yang dah berjaya meraih pulangan yang baik di pasaran saham, tahniah kami ucapkan. Zakat saham jangan dilupakan. Kongsikan juga artikel ini supaya lebih ramai dapat manfaatnya.

Memetik nukilan sasterawan terbilang, Allahyarham Usman Awang:

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Semoga ini membantu. Nanti kami sambung lagi. Selamat maju jaya.

Kelas saham yang kami syorkan bagi yang nak mula melabur saham ialah kelas ikon Bursa Malaysia iaitu Tuan Haji Mohd Asri. Memang trusted. Beliau pun dah 20 tahun lebih dalam bidang saham ni. Kalau nak tahu beliau merupakan mentor kami sejak 5 tahun yang lepas.



Support memang padu. Ada video rakaman kelas. So, sesuai untuk belajar bila-bila kalau nak buat ulangkaji. Paling penting belajar dari kesilapan mereka supaya kita tak terbuat sama.

Kalau betul-betul ZERO boleh daftar webinar anjuran Asri Ahmad Academy & Bursa Malaysia di sini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.