Untung Saham Kita Bantu Orang, Dunia Dapat Saham Akhirat Pun Dapat

Si A kata “Orang Islam kena kaya supaya dapat bantu org lain yg susah..”

Si B pula kata “Tak payahlah kaya harta dunia ni, bukan boleh bawak mati..”

Korang pilih yang mana?

Nabi Muhammad S.A.W seorang peniaga dan memilih hidup bersederhana.

Haritu ada orang sebut, pepatah yang paling dekat dengan sifat nabi adalah ; “Make more money and be happier with less.. “

Pernah dengar yang nabi suruh para sahabat jadi miskin supaya masuk syurga cepat?

Orang Islam yang kaya pasti mempunyai lebihan pendapatan, sekali gus mampu melaksanakan ibadat dengan menggunakan modal harta itu.

Begitulah indahnya Islam, kita digalakkan untuk menjadi kaya agar kita dapat membantu orang lain. Ada orang kaya disebabkan pandai berniaga, tapi ada juga segolongan lain yang kaya disebabkan pelaburan atau perdagangan saham.

Kalau diikutkan, pelaburan saham juga boleh dikategorikan sebagai kita berniaga. Tanpa kita perlu pening kepala untuk mengurus perniagaan, untuk mencari pelanggan, untuk menjual produk dan sebagainya.

Dan sepertimana adat perniagaan, ada kala untung dan ada kala rugi.

Buat Untung Secara Berjemaah, Lagi Besar Keuntungan Lagi Banyak Bantuan Dapat Disalurkan

Yang lagi bestnya, bila kita saling bantu-membantu dalam dunia pasaran saham. Sama-sama belajar, sama-sama mengkaji, sama-sama untung dan sama-sama rugi. Ingat ya, untung itu wajib rugi itu pasti.

Siapa yang tak kenal dengan Tuan Haji Mohd Asri Ahmad, mentor pelaburan saham yang popular di Malaysia. Masa bulan puasa tempoh hari, program 10X KAYA SAHAM DUNIA & AKHIRAT telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM600,000.

Program yang dianjur bersama oleh pihak Asri Ahmad Academy (AAA), Murtadha Dakwah Center (MADAD) dan Bursa Malaysia-i menampilkan ramai nama-nama besar tanahair seperti Prof Dr. Muhaya, Datuk Faridah Hanim, Ustaz Hakim Avengers, Datuk Dr. Ustazah Norhafizah Musa dan ramai lagi.

Bila ramai-ramai kita buat live trade, ramai-ramai kita buat untung dalam saham, maka lebih besar sumbangan yang boleh kita dermakan.

Kutipan RM1.6 Juta Dalam Masa 10 Hari

Kalau tadi dapat kutip RM600,000, bagaimana pula dengan kutipan RM1.6 juta dalam masa tak sampai 10 hari? Begitulah hebatnya orang Islam kita.

Kenal tak Ustaz Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof? Kalau nak tahu, beliau merupakan Pengarah Urusan MADAD yang giat membangunkan pusat tahfiz di utara tanah air dan juga rajin berkongsi ilmu.

Beliau juga merupakan anak didik Tuan Haji Asri dan merupakan seorang yang aktif berdagang saham. Lebih unik lagi, apabila Ustaz Yusra menerapkan pembelajaran saham patuh shariah bagi anak-anak tahfiz sebagai salah satu sumber pendapatan apabila mereka tamat pengajian.

TERIMA KASIH SEMUA

KUTIPAN GENAP CAPAI RM1.6 JUTA DALAM TEMPOH 10 HARI.Tahniah ! Alhamdulillah syukur dengan izin Allah dan bantuan semua kita dah genap mencapai kutipan RM1.6 juta kurang daripada tempoh 10 hari.Apa yang ana harapkan sama-sama kita bangunkan Murtadha Dakwah Centre (MADAD). Ini bukan ana yang punya, dan bukan siapa-siapa yang punya tapi adalah milik kita bersama.Bagi sesiapa yang sudah menyumbang sebelum ini, tetapi masih belum dapatkan ebook dan video teknik hafalan secara percuma, sila klik link dibawah ya : http://bit.ly/Madad-PKIP/S : Mohon tonton video dibawah ini sampai habis ya, mungkin dengan cara ini ana dapat sampaikan ucapan ribuan terima kasih buat semua yang sudi bersama dalam pembangunan MADAD.

Posted by Murtadha Dakwah Centre on Khamis, 28 Mei 2020

Boleh lihat video penuh tersebut di sini: https://www.facebook.com/DarulMurtadha/videos/180567913280195/

Kuatkan Ukhwah

Dengan berwakaf, kita boleh membangun masjid, sekolah dan universiti untuk melahirkan pelajar cemerlang dunia dan akhirat. Persoalannya bagaimana untuk menjayakan semua itu jika ekonomi orang Islam ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang?

Seorang diri, mungkin kita hanya mampu menyumbang sebanyak RM10 atau RM50. Paling kuat pun mungkin RM100.

Tetapi apabila kita bersatu-padu sebagai satu ummah, banyak yang kita boleh buat bersama-sama. Lebih banyak yang kita boleh sumbangkan, samada tenaga atau wang ringgit.

Jadikanlah pasaran saham sebagai lubuk emas dan menjadi asbab untuk kita menjadi kaya. Lagi kaya kita, lagi banyak kita boleh bersedekah.

Hiduplah dengan keberkatan, kaya dunia untung akhirat.

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Timur Tengah Dilanda Konflik: Krisis Menjadi Peluang?

Risiko geopolitik jadi tumpuan utama

Peperangan Iran yang sedang berlaku sekarang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelabur, memandangkan ia memberikan kesan ekonomi yang runcing berkaitan kekurangan tenaga yang berlarutan. Harga minyak yang lebih tinggi untuk tempoh lebih lama menimbulkan risiko untuk Rizab Persekutuan AS (US Fed) menjadi lebih agresif. Para pelabur ekuiti rata-ratanya dilihat lebih munasabah, dengan mengambil kira jangkaan kes asas untuk konflik yang terkawal, yang bermakna strategi pembelian semasa harga lemah. Perjanjian gencatan senjata masih rapuh.

Semakin lama masa diambil untuk mencapai jalan penyelesaian atau jika terjerumus semula dalam pertelingkahan, semakin tinggi risiko pelabur hilang keyakinan dan menjual pegangan. Sekiranya kes asas gagal dicapai, pelabur akan menjadi lebih berhati-hati dan lebih menjaga simpanan tunai mereka. Kami anggarkan penilaian terendah buat FBM KLCI pada – 2SD (1,433 mata). Sebaliknya, pengakhiran yang berkekalan kepada konflik ini akan menyaksikan kenaikan harga susulan kelegaan, dengan tumpuan pada saham-saham pertumbuhan dan saham ketinggalan nilai yang terjejas oleh peperangan.

Keadaan makroekonomi dan jangkaan pelabur yang berubah-ubah

Andaian kes asas oleh Jabatan Ekonomi RHB, dengan kebarangkalian 60%, ialah situasi gencatan senjata yang berkekalan, dan premium risiko harga minyak mereda. Kes asas untuk ramalan makroekonomi rasmi oleh RHB tidak banyak dipinda, tetapi ia sekarang mengambil kira hanya satu potongan kadar US Fed untuk 2026 (daripada dua). Selagi saluran komunikasi antara watak-watak utama ini kekal terbuka apabila kedua-dua pihak mencari jalan penyelesaian tanpa mencalarkan reputasi, pasaran-pasaran mungkin boleh terus berharap penyelesaian akan muncul. Senario kes “lebih buruk” (kebarangkalian 30%) pula mengandaikan konflik yang berlarutan dan harga minyak meninggi.

Tempoh hari tambahan bagi harga minyak yang tinggi dan bekalan tenaga yang terhad kepada pasaran menimbulkan risiko inflasi berterusan, merendahkan pendapatan boleh belanja, menekan permintaan, menjejaskan keberuntungan syarikat, dan mendesak US Fed. Perjanjian keamanan yang berkekalan dapat mengurangkan kerosakan pada asas-asas makroekonomi dunia dan mengurangkan premium risiko dalam harga minyak mentah dengan ketara. Cabarannya dilihat pada butiran pelaksanaan – khususnya berhubung kebebasan untuk menelusuri Selat Hormuz dan pengesahan jumlah kerosakan secara beransur-ansur pada prasarana pengeluaran dan penapisan minyak di Negara-Negara Teluk.

Strategi

Berdasarkan andaian kes asas RHB, pada asasnya kami dapat kekal positif akan prospek untuk ekuiti dan membiarkan sasaran FBM KLCI kami untuk akhir tahun 2026 sama pada 1,780 mata buat masa sekarang. Walau bagaimanapun, peperangan Iran ini mencerminkan tahap risiko geopolitik yang runcing yang berpunca daripada Pentadbiran Trump. Pendirian pelaburan berjaga-jaga yang disarankan dalam laporan prospek ekuiti 2026 kami berkisar tentang pendirian berwaspada pelabur, mentaliti dagangan, dan strategi pembelian semasa harga lemah, masih terpakai.

Landskap geopolitik yang semakin meruncing memerlukan pendirian yang lebih mengelakkan risiko, dengan tumpuan pada sektor-sektor yang lebih selamat (seperti tenaga, perladangan, penjagaan kesihatan, telekomunikasi, pengguna, dan REIT) dan pegangan tunai lebih tinggi. Berdasarkan kejadian dahulu, kami anggarkan tahap penilaian terendah bagi FBM KLCI pada -2SDatau 1,433 mata. Sentimen pasaran yang kembali positif terhadap risiko bermakna strategi pelaburan menumpu pada pertumbuhan dan saham-saham ketinggalan nilai dalam pasaran

Penganalisis
Alexander Chia +603 2302 8119 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.