Tips Mencari Saham Berpotensi

Hampir setiap hari kita dikejutkan dengan pelbagai berita menarik dalam dunia pasaran saham tempatan.

“Bursa Malaysia memecah rekod daripada segi volume dan nilai dagangan!”

“Banyak kaunter-kaunter membuat Limit Up hari ini”

Tapi bagaimana caranya untuk kita mencari saham-saham yang berpotensi ini? Apa kriteria yang perlu kita tengok?

Perkongsian Daripada Mentor Saham Malaysia

Baru-baru ini, Tuan Haji Asri, ikon Bursa Malaysia-i ada bersiaran secara langsung menerusi Facebook Live dalam segmen Sembang Saham.

Video ini telah mencatatkan lebih daripada 30,000 views dan lebih daripada 1,800 komen!.

Saham Adalah Perniagaan

Sebelum itu, kita mulakan dulu dengan kesilapan yang sering dibuat. Ramai yang sering tersalah sangka bahawa saham adalah nombor-nombor semata-mata. Sebaliknya asas dalam pelaburan saham adalah perniagaan.

Di sebalik Technical Analysis dan kajian berkenaan chart, adanya perniagaan dengan produk yang dijual dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada orang ramai.

Di sebalik naik turun harga saham, di situ adanya perniagaan.

Nak Gandakan Duit Tetapi Rugi

Pastinya kita teruja untuk menggandakan duit dengan pelaburan saham, nak cepat kaya dengan saham, yang akhirnya mengalami kerugian.

Itu belum masuk lagi berapa ramai orang yang terlibat dengan skim cepat kaya yang entah apa-apa.

Kita kena ingat, dalam pelaburan saham “Rugi itu pasti, untung itu wajib”.

Potensi Perniagaan Syarikat

Tipsnya adalah dengan mengkaji potensi perniagaan syarikat yang disenaraikan di pasaran saham.

Kita boleh guna Top Down Approach. Kita kena tahu apa yang sedang berlaku dalam ekonomi negara, dan apa kesannya kepada syarikat-syarikat.

Baca: Apakah Maksud Pendekatan Top-Down dan Bottom-Up Dalam Analisa Fundamental, Dan Perbezaan Di Antara Keduanya?

Tapi sebelum itu, kita kena fahamkan dulu berkenaan industri atau sektor yang harus diberi tumpuan, serta faktor ekonomi yang akan mempengaruhinya.

Ekonomi Memainkan Peranan Besar

Bila krisis ekonomi berlaku, ada industri yang berkembang baik. Sebagai contoh ketika berlakunya pandemik Covid-19, industri getah dan penjagaan kesihatan meningkat naik.

Maklumlah, permintaan terhadap sarung tangan dan perubatan meningkat naik. Permintaan naik, pendapatan naik, keuntungan naik, harga saham biasanya akan ikut naik.

Sebaliknya harga minyak dan gas merudum. Maka harga-harga saham yang berada di dalam industri oil & gas juga merudum.

Mana taknya, harga minyak murah tapi kita bukan boleh jalan-jalan pun. Bila permintaan menurun, pendapatan syarikat menurun, harga saham biasanya akan jatuh.

Baca: 5 Panduan Pelaburan Ketika Ekonomi Gawat

Potensi Industri Pada Masa Depan

Bukan semua industri yang akan turun apabila ekonomi merudum, dan bukan semua industri yang akan naik apabila ekonomi mula pulih.

Baca: Pengenalan Kepada Sektor Dan Industri Dalam Saham

Untuk mengetahui potensi sesebuah industri, kita kena rajin baca berita dan kenalpasti catalyst samada ianya positif atau negatif.

Bila kita dah tahu berita dan catalyst yang boleh mempengaruhi sesebuah industri, maka kita perlu tahu syarikat-syarikat yang ada di dalam industri tersebut.

Bila dah tahu syarikat yang ada dalam industri yang berpotensi, kaji pula berkenaan syarikat tersebut. Buatlah kajian mengenai Fundamental syarikat, pengurusan syarikat, untung rugi syarikat, cabaran syarikat dan banyak lagi.

Saham Penny Stock Digemari Ramai

Jika dilihat kepada saham-saham yang naik mendadak sejak kebelakangan ini dan yang aktif didagangkan setiap hari, kebanyakannya adalah saham penny stock atau berharga di bawah RM1. Saham bawah 20 sen pun banyak.

Baca: Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Julai 2020

Bila harga ‘murah’, maka senang untuk menolak harga saham naik tinggi. Sedangkan Fundamental syarikat tak memberangsangkan. Ada syarikat sedang mengalami kerugian.

Nak dengar versi penuh apa yang dikongsikan oleh Tuan Haji Asri, jemput layan video penuh di bawah ini.

Kredit: FB Tuan Haji Mohd Asri

Previous ArticleNext Article

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Minat Nak Jadi Remisier? Begini Caranya

Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.

Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.

Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.

Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu

Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).

Siapakah Securities Commission (SC)?

Sumber gambar: The Malaysian Reserve

Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:

Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:

  • Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
  • Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
  • Meluluskan terbitan bon;
  • Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
  • Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
  • Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
  • Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
  • Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
  • Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.

Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.

Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.

Aktiviti Yang Memerlukan Lesen Di Malaysia

Sumber: Licensing Handbook mukasurat 10 – fail PDF

Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.

Ada Syarat Nak Jadi Remisier?

Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.

Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:

  1. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
  2. Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
  3. Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
  4. Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.

Untuk mengetahui kombinasi modul peperiksaan yang diperlukan, anda boleh merujuk kepada panduan modul peperiksaan CMSRL mengikut aktiviti.

Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.

Maklumat lanjut mengenai syarat kelayakan dan pelesenan boleh dirujuk dalam Licensing Handbook Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:

  • Modul 6 dan Modul 7
  • Modul 6 dan Modul 18
  • Modul 7 dan Modul 17
  • Modul 17 dan Modul 18

Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.

Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus

Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?

Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)

Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.

Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula

Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.

Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.

Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.

Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.

Yuran Peperiksaan

Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.

Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.

Sumber rasmi: SIDC – The SC Licensing Examinations

Senang Ke Nak Lulus?

Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.

Sumber: Kadar kelulusan mengikut modul, 2015–2024

Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja

Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.

Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!

Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier

1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?

Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?

Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.

3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?

Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.

4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?

Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.

5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?

Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.