Elon Musk dan Steve Jobs, Daripada Kacamata Bill Gates

Elon  Musk dan Steve Jobs merupakan tokoh yang tidak perlu diperkenalkan lagi di dalam dunia teknologi moden. Dua tokoh tersebut merupakan tokoh yang sangat penting di Silicon Valley dan menjadi idola yang menjadi pembakar semangat kepada mereka yang ingin berjaya di dalam bidang keusahawanan dan teknologi.

Walaupun mereka berdua mempunyai persamaan di dalam menjayakan misi untuk membangunkan teknologi untuk kemudahan manusia sejagat, namun menurut Bill Gates; mereka berdua tidak sama dari sudut peranan yang mereka lakukan di dalam menguruskan syarikat mereka.

Bagi Bill Gates, mereka mempunyai keunikan tersendiri yang membezakan di antara mereka berdua.

Kredit Gambar: Twitter

Bill Gates mempunyai sejarah yang panjang bersama dengan Steve Jobs ketika era komputer baru bermula pada dekad 1980-an. Beliau yang bersaing rapat dengan Steve Jobs dalam merevolusikan komputer dan komputer riba kepada orang ramai.

Bagi Bill Gates, kehebatan yang ada pada pada Steve Jobs terletak kepada kepandaiannya mereka bentuk produk serta kebolehan dalam memasarkan produk untuk dijual kepada pelanggan mereka. Steve Jobs juga menurut Bill Gates boleh dibaratkan sebagi seorang ahli sihir yang mampu menjampi pekerjanya untuk melakukan apa yang dikehendakinya.

Apa yang dikatakan oleh Bill Gates kepada Steve Jobs itu ada benarnya kerena Steve Jobs bukan seorang programmer seperti dirinya. Ketika Steve Jobs mengasaskan Apple, beliaua hanya memfokuskan kepada pemasaran komputer Apple. Sahabatnya yang juga pengasas bersama syarikat tersebut Steve Wozniak pula, merupakan jurutera yang membangunkan komputer Apple tersebut.

Sepanjang hidup Steve Jobs, beliau telah dikelilingi oleh jurutera yang terbaik dalam menghasilkan produk terbaik yang disukai orang ramai.

Kredit Gambar: Wikipedia

Sejak era 1980-an, Steve Jobs terkenal dengan gaya yang sangat minimalit dalam kehidupan beliau. Beliau seorang yang tidak suka perkara yang complicated, termasuklah di dalam kehidupan seharianya. Di dalam rumahnya sendiri, tidak mempunyai perabot yang banyak walaupun bergelar seorang jutawan.

Oleh yang demikian, barangan keluaran Apple terkenal dengan konsep minimalism daripada sudut hardware mahu pun software.

Hal ini berbeza pula dengan Elon Musk.

Kredit Gambar: Entrepreneur

Bagi Bill Gates, Elon Musk adalah seorang hands-on engineer yang tahu apa yang berlaku di dalam industri yang beliau ceburi. Bagi Bill Gates, Elon Musk merupakan person-in-charge di dalam proses kejuruteraan yang berlaku di dalam syarikatnya. Elon Musk adalah pemimpin yang turun padang untuk melihat sendiri proses yang dilakukan oleh pekerja syarikatnya.

Elon Musk juga turut mengakui bahawa 80% daripada waktunya dihabiskan bagi kerja-kerja yang berkaitan dengan engineering design. Beliau akan turut serata jika terdapat masalah yang berlaku di dalam proses pembuatan industri syarikatnya.

Walaupun Bill Gates secara umumnya tidak pernah bersaing dengan Elon Musk dalam industri teknologi seperti Steve Jobs, ia tidak bermakna kedua-dua ikon ini tidak mengkritik di antara satu sama lain.

Elon Musk yang berang dengan Bill Gates kerana beliau telah membeli kereta elektrik buatan Porsche sedangkan Tesla menurut merupakan pencetus kepada revolusi kenderaan elektrik.

Walaubagaimanapun Bill Gates tetap memuji Elon Musk di dalam usaha membantu menyelamatkan dunia daripada kesan rumah hijau dengan mengkomersialkan kenderaan elektrik, yang telah memaksa syarikat automotif dunia lain turut serta dalam membangunkan teknologi tersebut.

Sumber Rujukan: CNBC

Panduan melabur saham global:

Berhajat untuk kembangkan portfolio pelaburan ke luar negara?

Rugi korang yang tak mulakan langkah pertama beli saham-saham global seperti Apple, Microsoft, Tesla, NVIDIA, AMD dan banyak lagi.

Takut saham tu mahal? Eh, banyak lagi saham-saham yang murah dan patuh syariah.

Waktu jual beli saham dibuka sekitar 9.30/10.30 malam. Boleh buat analisis, beli saham dan buat profit tanpa perlu ganggu waktu kerja.

Miliki e-book step by step untuk melabur saham di US. Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. 3 indeks yang ada di Wall Street
2. Cara pilih saham-saham yang berkualiti
3. Cara pilih saham mengikut kriteria
4. Teknik yang berkesan untuk beli saham US
5. Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
6. Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham US
7. Dua screener percuma

Miliki e-book ini sekarang -> Dari Malaysia Ke Wall Street

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.