Ivan Boesky, Penyangak Terbesar Di Wall Street Era 1980-An

Penipuan di dalam pasaran saham merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Walaupun mempunyai badan yang bertanggungjawab untuk memantau kegiatan pelaburan, ia tidak menghalang para scammers daripada menipu para pelabur lain terutamanya yang masih baru dan tamak.

Jom berkenalan dengan Ivan Boesky yang merupakan pelabur yang sangat licik di Wall Street pada era 1980-an. Kisah Ivan Boesky ini telah diinspirasikan di dalam filem “Wall Street” sebagai Gordon Gekko dan filem tersebut telah berjaya memenangi beberapa anugerah.

Walaupun ramai yang membuat spekulasi siapa Gordon Gekko yang sebenar, kisah Ivan Boesky ini hampir menyamai kehidupan yang dilalui oleh Gordon Gekko dalam watak filem tersebut.

Siapa Ivan Boesky?

Ivan Boesky merupakan anak imigran yang berasal dari Rusia dan dilahirkan di Michigan pada tahun 1937. Beliau merupakan graduan dari Universiti Detroit dalam bidang undang-undang.

Permulaan kerjayanya adalah sebagai seorang kerani di sebuah syarikat di Michigan. Beliau kemudian telah berkahwin dengan anak perempuan seorang hartawan terkenal di Detroit yang mempunyai rangkaian hotel.

Selepas bapa mertuanya meninggal dunia, isterinya telah mewarisi harta kekayaan bapanya selepas perebutan dengan adik-beradik yang lain berakhir di mahkamah.

Ivan Boesky dan isterinya kemudian berpindah ke New York untuk membina kehidupan yang baru. Di sana, beliau bekerja sebagai penganalisis saham di L.F. Rothschild. Setelah memiliki pengalaman yang cukup di dalam pasaran saham, beliau tekad untuk menubuhkan syarikat pelaburan sahamnya yang sendiri.

Maka pada tahun 1975, lahirlah syarikat Ivan Boesky and Company. Beliau memulakan syarikat tersebut dengan menggunakan duit isterinya sebanyak USD700 ribu. Dari sinilah bermulanya kegiatan jenayah yang beliau mulakan.

Kegiatan Jenayah Yang Dilakukan Ivan Boesky

Di era 1980-an ketika Ronald Reagan menjadi presiden Amerika Syarikat, beliau telah membuat polisi di bawah pentadbirannya yang menggalakkan syarikat bergabung di antara satu sama atau membeli pesaing mereka. Ini telah memberi peluang kepada Ivan Boesky untuk melakukan jenayah terancang.

Kredit Gambar: CNBC

Di antara jenayah yang dilakukan oleh Ivan Boesky adalah melakukan arbitrage di mana mereka membeli saham syarikat yang bakal dijual  dengan jumlah yang sangat besar sebelum syarikat itu secara rasmi dijual kepada pihak ketiga. Secara umumnya, teknik ini tidak melanggar undang-undang jika dilakukan tanpa melibatkan orang dalam.

Dengan melakukan demikian, Ivan Boesky akan mendapat keuntungan di atas angin tanpa perlu melakukan kajian terhadap perniagaan yang syarikat tersebut lakukan. Beliau hanya perlu tahu senarai syarikat yang bakal dijual dan membeli saham dalam kuantiti yang besar.

Dengan berbuat demikian, beliau akan membeli pada harga yang rendah dan menjual pada harga yang tinggi.

Disebabkan teknik yang digunakan tersebut memerlukan orang dalam di dalam sesebuah syarikat, maka di sinilah terjadinya Insider Trading.

Ivan Boesky berjaya melakukanya dan mendapat keuntungan yang luar biasa di dalam pasaran Wall Street. Kkemuncak kejayaannya iaitu pada pertengahan 1980-an, beliau dan isterinya mempunyai kekayaan sebanyak USD280 juta dan syarikatnya menguruskan wang sebanyak USD3 bilion.

Kejatuhan Ivan Boesky

Kredit Gambar: Business Insider

Bak kata pepatah, ‘sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua’. Pada tahun 1987, pihak SEC dapat megesan kegiatan Insider Trading yang dilakukan oleh Ivan Boesky.

Beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat dan dikenakan denda sebanyak USD100 juta dan 3 tahun penjara. Beliau kemudiannya bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membongkar kegiatan haram yang berlaku dalam dunia Wall Street ini.

Hukuman penjaranya dipendekkan menjadi 22 bulan. Pihak mahkamah kemudiannya telah mengharamkan Ivan Boesky daripada terlibat dalam dunia saham sepanjang hayat beliau.

Sumber Rujukan:

Nak tahu lebih lanjut mengenai kisah ini, jemput baca Gordon Gekko (The King Of Wall Street): Tamak Itu Bagus.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

SK Hynix Pecahkan Rekod Alibaba. Kenapa Syarikat Buat ‘RAM’ Ini Tiba-Tiba Bernilai Beratus Bilion?

Kalau ditanya syarikat AI paling terkenal hari ini, ramai akan jawab Nvidia, OpenAI atau Anthropic.

Tetapi hakikatnya, revolusi AI bukan hanya menguntungkan syarikat yang menghasilkan chatbot.

Ada satu lagi kumpulan syarikat yang mungkin lebih sibuk daripada mereka.

Mereka ialah pembuat cip.

Masih ingat saham Micron yang melonjak lebih 200% tahun ini dan sempat melepasi AS$1,000 sesaham?

Itu bukan kebetulan.

Ledakan AI bukan sahaja menguntungkan Nvidia, tetapi turut melonjakkan permintaan terhadap cip memori.

Kini, pesaing utamanya, SK hynix, pula mencuri perhatian selepas mencipta sejarah dengan IPO terbesar oleh syarikat asing di Amerika Syarikat. SK hynix dari Korea Selatan berjaya mencipta sejarah apabila mengumpul AS$26.5 bilion (sekitar RM112 bilion) menerusi penyenaraian saham mereka di Amerika Syarikat.

Ia sekali gus mengatasi rekod yang sebelum ini dipegang oleh Alibaba, menjadikannya penyenaraian syarikat asing terbesar dalam sejarah pasaran saham AS.

Persoalannya, kenapa syarikat yang ramai orang tidak kenal ini mampu menarik minat pelabur seluruh dunia?

Bukan Buat ChatGPT, Tetapi Tanpanya AI Pun Susah Nak Bergerak

SK hynix bukan syarikat yang membangunkan chatbot.

Mereka juga bukan pembangun aplikasi AI.

Sebaliknya, mereka menghasilkan cip memori seperti DRAM, NAND Flash dan yang paling mendapat perhatian sekarang ialah HBM (High Bandwidth Memory).

Kalau nak bagi mudah faham, HBM ini ibarat RAM versi Formula 1. Lebih laju. Lebih cekap.

Direka khas untuk bekerja bersama GPU berkuasa tinggi seperti Nvidia. Tanpa memori seperti ini, GPU yang hebat sekalipun tidak mampu mencapai prestasi maksimum ketika melatih model AI.

Sebab itu permintaan terhadap HBM melonjak sejak ledakan AI bermula.

Kenapa HBM Sangat Penting?

Bayangkan seorang chef yang sangat pantas memasak.

Tetapi pembantunya lambat menghantar bahan mentah.

Walaupun chef itu hebat, kerja tetap akan menjadi perlahan.

Begitulah hubungan antara GPU dan memori.

GPU memerlukan data dihantar sepantas mungkin.

Jika memori lambat, keseluruhan sistem menjadi kurang efisien.

HBM dibangunkan untuk menyelesaikan masalah itu.

Ia menawarkan jalur lebar (bandwidth) yang jauh lebih tinggi berbanding memori biasa, membolehkan AI memproses data dalam jumlah yang sangat besar.

AI Boom Mengubah Nasib SK hynix

Beberapa tahun lalu, SK hynix lebih dikenali sebagai pengeluar cip memori untuk komputer dan telefon pintar.

Hari ini, fokus pelabur sudah berubah.

Mereka melihat SK hynix sebagai antara syarikat yang paling mendapat manfaat daripada ledakan AI.

Apabila syarikat seperti OpenAI, Meta, Microsoft, Amazon dan Google membina lebih banyak pusat data AI, permintaan terhadap GPU dan cip memori premium juga meningkat.

Inilah sebabnya pendapatan dan keuntungan SK hynix berkembang dengan begitu pantas.

Siapa Jual Penyodok?

Ada satu analogi yang sering digunakan oleh pelabur.

Semasa zaman perlombongan emas, bukan semua pencari emas menjadi kaya.

Tetapi penjual penyodok hampir sentiasa mempunyai pelanggan.

Dalam revolusi AI hari ini, SK hynix boleh dianggap sebagai salah satu “penjual penyodok”.

Mereka mungkin tidak menghasilkan chatbot.

Tetapi mereka membekalkan komponen penting kepada syarikat-syarikat yang menghasilkan AI.

Apa Maksudnya Kepada Pelabur?

Kisah SK hynix mengingatkan kita bahawa peluang pelaburan tidak semestinya datang daripada syarikat yang paling popular.

Kadangkala syarikat yang bekerja di belakang tabir juga mampu mencipta pulangan yang luar biasa apabila sesuatu industri berkembang pesat.

Sebab itu ramai pelabur bukan sahaja melihat syarikat AI, tetapi juga keseluruhan rantaian bekalan (AI supply chain) seperti pembuat GPU, cip memori, wafer, peralatan semikonduktor dan pusat data.

baca juga Arteris: Saham Semikonduktor Paling ‘Hot’ Di Samping AMD Dan NVIDIA

Nota untuk pelabur Muslim: Status patuh Syariah bagi saham luar negara boleh berbeza mengikut metodologi saringan yang digunakan. Sebagai contoh, saringan AAOIFI pada masa ini mengklasifikasikan SK hynix sebagai "Doubtful", manakala sesetengah indeks atau ETF Islamik mungkin menggunakan metodologi berbeza dan masih memasukkan saham ini dalam portfolio. Oleh itu, semak dahulu status mengikut penyedia saringan yang anda gunakan sebelum membuat keputusan pelaburan.

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.