Cyber Monday, Aktiviti Shopping Online Yang Terbesar Di Amerika Syarikat

Sebelum ini kita ada baca mengenai Black Friday yang terkenal dengan kegiatan membeli-belah yang menjadi tradisi rakyat Amerika Syarikat selepas menyambut hari Thanksgiving pada setiap hari Khamis terakhir bulan November. Aktiviti membeli-belah ini meriah tetapi sangat ganas dan ianya lebih fokus kepada pembelian di dalam gedung dan pasaraya.

Baca: Sejarah ‘Black Friday’ Dan Kesannya Ketika Musim Pandemik

Selain daripada Black Friday, Amerika Syarikat mempunyai satu lagi acara membeli-belah yang dapat menyaingi kehebatan Black Friday dengan jualan yang mencecah berbilion dollar dalam masa sehari. Hari tersebut dikenali sebagai Cyber Monday yang berlaku selepas Black Friday pada hari Isnin setiap tahun.

Jika Black Friday terkenal dengan membeli-belah dalam pasaraya, Cyber Monday pula merupakan acara membeli-belah yang khusus diadakan secara online.

Asal-Usul Cyber Monday

This image has an empty alt attribute; its file name is Cyber-Monday-Aktiviti-Shopping-Online-Yang-Terbesar-Di-Amerika-Syarikat-Setiap-Tahun2-700x494.jpg
Kredit Gambar: NBC News

Aktiviti membeli-belah yang dikenali sebagai Cyber Monday ini diperkenalkan oleh Ellen Davis dari National Retail Federation, yang merupakan sebuah institusi yang membuat tawaran potongan jualan yang hampir menyaingi hari Black Friday pada tahun 2005. Pada ketika itu, perniagaan E-commerce tidaklah meriah seperti sekarang kerana ia baru saja bangkit selepas krisis bubble dot.com.

Ellen Davis yang mencipta aktiviti ini disebabkan beliau melihat trend rakyat Amerika Syarikat yang tidak sempat untuk shopping ketika Black Friday disebabkan sebahagian daripada mereka tidak mahu bersesak untuk memasuki ke pasaraya pada hari tersebut.

Selain itu juga, ada sebahagian rakyat Amerika Syarikat yang mengambil peluang untuk bercuti bersama keluarga mereka dan golongan ini akan terlepas daripada terlibat dengan aktiviti Black Friday. Oleh yang demikian, Ellen Davis telah melancarkan kempen Cyber Monday untuk golongan ini bagi membantu mereka berbelanja.

Pada hari Cyber Monday, ia merupakan hari bekerja seperti biasa. Mereka akan melakukan pembelian secara online di tempat kerja. Aktiviti ini mula diterima oleh rakyat Amerika Syarikat dari tahun ke tahun seiring dengan perkembangan industri E-commerce yang semakin berkembang.

Jualan Cyber Monday di Amerika Syarikat mula mencecah nilai satu bilion pada tahun 2010 dan mencapai angka $2 bilion pada tahun 2014.

Siapa Pemain Utama Cyber Monday?

Kredit Gambar: Business Insider

Apabila melibatkan perniagaan E-commerce di Amerika Syarikat, nama-nama biasa yang akan muncul. Pada Cyber Monday tahun lepas, Amazon telah menakluki pasaran peruncitan online sebanyak 56%, dengan tempat kedua diduduki oleh Best Buy sebanyak 11%. Manakala gergasi gedung membeli-belah terbesar di dunia, Walmart hanya menguasai sebanyak 6% pasaran di dalam Cyber Monday.

Sambutan Cyber Monday Di Musim Pandemik

Seperti yang kita sedia maklum, Black Friday yang sinonim dengan aksi perebutan ketika memasuki pasaraya kini telah bertukar kepada pembelian online ketika musim pandemik. Ianya telah menyumbang sebanyak USD4 bilion daripada USD7 bilion jualan pada tahun ini.

Cyber Monday yang sememangnya khusus untuk pembelian secara online telah mendapat jualan yang sebanyak USD10.4 bilion pada tahun ini, berbanding tahun lalu sebanyak USD9.4 bilion.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kantoi Beli Kereta dan Aset Tetapi Tidak Lapor Pendapatan Yang Betul

Merujuk kepada kenyataan media rasmi yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) bertarikh 20 Jun 2026, agensi tersebut mendedahkan bahawa seramai 52,540 pembayar cukai telah tampil mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi tahun-tahun taksiran ke belakang.

Melalui pelaporan semula ini, jumlah keseluruhan pendapatan yang diisytiharkan adalah sebanyak RM4.07 bilion, dengan jumlah cukai kena dibayar mencecah RM1.009 bilion.

Persoalannya: Bagaimana LHDN boleh “hidu” golongan yang culas ni? Dah tak boleh lari ke sekarang?

Jawapannya ada pada e-Invois dan model analitik data milik HASiL.

3 “Lubang” Yang Berjaya Dikesan Sistem Baharu LHDN

Berdasarkan kenyataan media rasmi HASiL, mereka kini menggunakan analisis data e-invois. Hasilnya, mereka berjaya mengesan tiga corak utama “anomali” atau transaksi mencurigakan pembayar cukai:

  • 1. Transaksi Aktif Tapi Rekod Cukai Kosong: Sistem mengesan individu yang transaksi kewangannya sangat aktif, tetapi apabila disemak dengan profil cukai sedia ada, datanya langsung tidak sepadan.
  • 2. Beli Aset Mewah Melebihi RM100,000: Sesiapa yang membuat pembelian bernilai tinggi seperti kenderaan dan aset melebihi RM100k, automatik “lampu merah” akan menyala di sistem HASiL jika pelaporan pendapatan mereka sebelum ini mencurigakan.
  • 3. Buat Duit Melalui Ekonomi Digital: Aktiviti transaksi dalam talian (online) yang rancak tanpa pengisytiharan cukai yang sewajarnya juga kini berada dalam radar pemantauan rapat.

Kuasa Pendekatan “Nudging” (Cuitan Mesra)

Menariknya, 52,540 pembayar cukai ini bukanlah diseret terus ke mahkamah. HASiL menggunakan pendekatan “nudging” iaitu memberi teguran berasaskan bukti data, memberikan mereka peluang terakhir untuk tampil menyerah diri dan membetulkan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi tahun sebelum ini secara sukarela sebelum tindakan tegas diambil.

Perkembangan Terkini e-Invois di Malaysia

Sejak pelaksanaan e-Invois bermula pada 1 Ogos 2024, sistem percukian negara telah mengalami anjakan digital yang sangat besar:

Statistik Utama Pelaksanaan e-InvoisAngka
Jumlah Pembayar Cukai Mengemukakan e-InvoisLebih 230,000 pembayar cukai
Jumlah Pengeluaran e-Invois Secara Keseluruhan1.505 bilion e-Invois

Malah bermula 1 Januari 2026, ketelusan sistem diperketatkan lagi di mana semua pembayar cukai wajib mengeluarkan e-Invois bagi setiap transaksi jualan barang atau perkhidmatan yang melebihi RM10,000. Pembeli pula perlu memberikan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) atau nombor kad pengenalan (IC) kepada penjual untuk pengesahan tepat.

Nota Penting: Walaupun sistem semakin ketat, HASiL mendedahkan masih ada segelintir pembayar cukai yang gagal mematuhi keperluan pelaksanaan e-Invois dan pemantauan berterusan sedang giat dijalankan.

Kesimpulan

Zaman untuk “sorok” pendapatan atau buat-buat lupa bayar cukai nampaknya sudah semakin berakhir. Pengajaran daripada angka RM4.07 bilion ini mudah: Sistem cukai Malaysia kini semakin pintar. Sebelum “dicuit” mesra oleh LHDN, ada baiknya kita semak semula pelaporan cukai masing-masing.