Peratus Perbelanjaan Isi Rumah Yang Disarankan

Cara berbelanja setiap individu adalah berbeza mengikut status dan faktor-faktor kehidupan seseorang. Bukan negara saja ada Belanjawan, kita seisi keluarga perlu juga membuat perancangan yang rapi agar bijak berbelanja.

Ramai yang salah faham bahawa membuat rancangan perbelanjaan tidak bertujuan untuk menyekat perbelanjaan, tetapi sebenarnya mendorong kita untuk memperuntukkan keperluan hidup mengikut keutamaan dan minat.

Dalam bahasa lain, rancangan perbelanjaan dapat membantu kita hidup mengikut kemampuan masing-masing. Sesuai sangat dengan pepatah “Ukur baju di badan sendiri”.

Jom kita lihat antara peratus perbelanjaan isi rumah yang disarankan mengikut Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK).

Sumber: AKPK

1. 30% Untuk Ansuran Rumah Atau Sewa Rumah

Bagi perbelanjaan isi rumah, ansuran pembayaran rumah atau pembayaran sewa rumah perlu diletakkan sebanyak 30% daripada pendapatan. Sekiranya pendapatan kita sekitar RM3,000 sebulan, maka kita harus mencari rumah sewa atau ansuran rumah yang tidak lebih daripada RM900.

Dengan ansuran bulanan sebanyak RM900, dapat juga merasa beli rumah berharga ~RM200,000.

Baca: Ketahui Debt Service Ratio (DSR) Anda Untuk Harga Rumah Yang Mampu Dimiliki Berdasarkan Gaji

2. 25% Untuk Barangan Runcit Dan Makanan

Seterusnya, perbelanjaan isi rumah yang disarankan untuk barangan runcit dan keperluan makanan adalah sebanyak 25%. Ini termasuklah makanan, barangan dapur, pampers, susu anak dan lain-lain lagi.

Pendek kata, kita perlu utamakan keperluan terlebih dahulu sebelum memikirkan akan kemahuan. Nak lagi bagus, elakkan makanan di kedai makan dan masak sendiri agar boleh berjimat.

Baca: 5 Sifat “Haji Bakhil” Yang Boleh Bantu Jimat Duit

3. 15% Untuk Pinjaman

This image has an empty alt attribute; its file name is coffee-2608864_1920-700x466.jpg

Sekiranya kita mempunyai sebarang pinjaman, maka peruntukkan 15% daripada perbelanjaan isi rumah tersebut untuk menguruskan bahagian pinjaman. Tapi pastikan kita tahu nak bezakan di antara hutang baik dan hutang jahat.

Nak buat pinjaman kereta tiada masalah, tapi pastikan ianya tidak melebihi paras ini.

Baca: 3 Kaedah Nak Selesaikan Hutang Tertunggak

4. 10% Untuk Simpanan Dan Utiliti

Bagi peruntukan simpanan dan utiliti pula, kita disaran untuk menyediakan 10% untuk perbelanjaan utiliti dan juga simpanan. Pastikan kita mempunyai tabung simpanan sebanyak 3 bulan gaji sekurang-kurangnya, atau 6 bulan gaji yang paling ideal.

Baca: 7 Tabung Simpanan Yang Perlu Ada. Mulakan Sekarang!

5. 5% Untuk Perlindungan Dan Pengangkutan

Perlindungan dan pengangkutan yang dimaksudkan di sini adalah seperti medical card, takaful, cukai jalan dan sebagainya. Sekiranya perkara yang tidak diingini berlaku, dapat juga duit pampasan untuk meneruskan kehidupan.

Nak isi minyak, bayar tol atau parking, pastikan ianya tak lebih daripada 5%.

Kesimpulannya, peratus perbelanjaan isi rumah ini adalah garis panduan yang baik untuk kita semua ikuti. Ia dapat mengelakkan kita menjadi boros dan sedikit sebanyak dapat meningkatkan tahap kewangan.

Sumber Rujukan:

Bila dah simpan dan ada duit lebih sikit, seterusnya kita kenalah belajar melabur untuk kembangkan duit.

Anda sedang mencari ilmu pelaburan dan perdagangan SAHAM dari asas (atau zero) sampai boleh beli jual dengan pengetahuan fundamental, teknikal dan sentimen yang komprehensif?

Bahasa mudahnya, kita belajar dari kosong step-by-step!

Buat julung kalinya, memperkenalkan:

WEBINAR SENANG SAHAM

bersama speaker:
Tuan Eza Ezamie
COO Majalah Labur

&

Tuan Somad Albasit
Remisier M+ (Malacca Securities)

#Hari 1 : 19 Disember 2020
Sabtu, 9 pagi – 5 petang

#Hari 2 : 20 Disember 2020
Ahad, 9 pagi – 5 petang

#Hari 3 : 21 Disember 2020
Isnin, 2 petang – 5 petang

Ini adalah kelas intensif. Ini bukan kelas preview. Mana ada kelas preview sampai 3 hari?

Belajar secara santai dari rumah melalui aplikasi ZOOM.

Daftar sekarang -> http://thekapital.my/senangsaham19Dis

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Jimat Berlebihan Boleh Melumpuhkan Ekonomi Negara

Dalam ilmu kewangan, kita sering ditekankan dengan pesanan supaya menyimpan wang untuk kegunaan masa hadapan. Pesanan itu tidak salah sama sekali. Namun, dari sudut ekonomi makro, wujud satu fenomena yang dipanggil sebagai ‘Paradox of Thrift’. Jika semua orang, terutamanya mereka yang masih mempunyai pendapatan stabil memutuskan untuk berhenti berbelanja secara drastik, ekonomi tidak akan menjadi lebih kukuh. Sebaliknya, ia akan menjadi lumpuh!

Suntikan tunai daripada perbelanjaan anda sebenarnya adalah minyak pelincir yang menggerakkan enjin ekonomi negara. Jika pendapatan anda tidak terjejas, berikut adalah tiga perkara yang anda perlu teruskan demi kelangsungan ekonomi komuniti.

1. Terus Makan Di Restoran Seperti Biasa

Apabila anda melangkah masuk ke dalam restoran dan memesan sepinggan nasi atau secawan sirap limau, wang tersebut tidak hanya terhenti di tangan pemilik kedai. Ia sebenarnya memulakan satu rantaian ekonomi yang sangat luas.

Sebagai contoh, bayangkan anda membayar RM20 untuk makan tengah hari. Wang itu akan digunakan oleh pemilik restoran untuk membayar bil elektrik kedai, sewa premis dan yang paling penting adalah gaji para pekerja. Pekerja tersebut pula akan menggunakan gaji mereka untuk membeli barangan keperluan harian di pasar raya. Selain itu, pemilik restoran juga perlu membayar pembekal ayam, sayur dan beras di pasar borong.

Jika anda dan ramai lagi orang lain berhenti makan di situ, rantaian ini akan putus. Pembekal sayur akan kehilangan pembeli dan pekerja restoran mungkin kehilangan pekerjaan. Ekonomi adalah satu kitaran yang saling berkait.

2. Terus Membeli Di Gerai Tepi Jalan

Peniaga marhaen atau peniaga kecil biasanya tidak mempunyai simpanan tunai yang besar seperti syarikat korporat. Mereka sangat bergantung kepada aliran tunai harian untuk meneruskan hidup.

Ambil contoh seorang peniaga goreng pisang di simpang jalan. Pelanggan utama mereka mungkin terdiri daripada pekerja pejabat di kawasan sekitar yang masih mempunyai gaji tetap. Jika semua pelanggan ini memutuskan untuk berhenti membeli kerana terlalu panik, jualan peniaga tersebut akan jatuh menjunam.

Kesannya, peniaga kecil ini tidak lagi mampu untuk membeli bahan mentah daripada pembekal lain atau membayar keperluan sekolah anak-anak mereka. Apabila peniaga kecil tidak mempunyai kuasa beli, ekonomi di peringkat akar umbi akan mula mati secara perlahan lahan.

3. Terus Gunakan Perkhidmatan Penghantaran Makanan

Mungkin ada yang berasa bersalah untuk memesan makanan melalui aplikasi seperti Grab atau Foodpanda kerana dianggap membazir kos penghantaran. Namun, sedarilah bahawa dalam situasi ekonomi yang mencabar, sektor ekonomi gig adalah penyelamat utama bagi mereka yang telah kehilangan pekerjaan tetap.

Misalnya, anda memesan makanan secara segera kerana tidak sempat memasak atau ada urusan penting. Wang yang anda belanjakan itu bukan sahaja memberi keuntungan kepada vendor makanan, tetapi ia memberikan pendapatan langsung kepada rider yang menghantarnya.

Bagi anda, caj penghantaran mungkin sekadar beberapa ringgit sahaja. Tetapi bagi seorang rider, itulah modal untuk mereka mengisi minyak motosikal dan menyediakan makanan di atas meja untuk keluarga mereka. Dengan terus membuat pesanan, anda sedang memastikan ekosistem logistik ini terus bernafas.

Berjimat Biar Bertempat

Kita perlu bijak membezakan antara amalan berjimat dengan tindakan berhenti berbelanja. Berjimat bermaksud anda mengurangkan pembelian barangan mewah yang tidak perlu seperti gajet terbaharu atau barangan berjenama.

Memang benar, mengurangkan pembelian gajet atau barangan mewah mungkin menjejaskan pekerja di sektor tersebut. Namun, dalam fasa menghadapi krisis, keutamaan kita adalah pada keperluan asas dan ekonomi tempatan.

Wang yang dibelanjakan di gerai nasi lemak atau restoran tempatan berpusing lebih cepat dalam komuniti setempat berbanding pembelian barangan import yang keuntungannya akan mengalir ke luar negara. Pekerja kedai gajet mungkin terkesan, namun kerosakan ekonomi adalah jauh lebih parah jika peniaga makanan dan pembekal bahan mentah (nadi utama rakyat) yang tumbang dahulu.

Jika anda masih mempunyai slip gaji yang stabil dan aliran tunai yang sihat, jadilah wira ekonomi yang tidak didendang. Teruskan menyokong peniaga marhaen di sekeliling anda.