Lima Bilionaire Yang Berjaya Menambah Kekayaan Mereka Pada Tahun Lepas

Tahun 2020 baru sahaja melabuhkan tirainya dan ianya merupakan tahun yang sangat mencabar buat semua orang. Pandemik Covid-19 yang melanda dunia masih belum nampak jalan keluar sehingga sekarang.

Kegiatan ekonomi dunia telah menyebabkan kegawatan ekonomi dan banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar. Walaupun begitu, ada juga yang tidak mengalami sebarang kesan dengan krisis ini.

Sektor penjagaan kesihatan dan sektor teknologi teknologi merupakan sektor yang berkembang pesat dan mendapat tempat di kalangan pelabur runcit dan institusi untuk melabur di dalam sektor tersebut.

Mari kita lihat 5 orang yang berjaya menambah nilai kekayaan mereka sepanjang krisis yang berlaku tahun lepas.

1. Elon Musk

Kredit Gambar: CNBC

Tokoh terkenal di dalam bidang teknologi dunia. Elon Musk merupakan orang yang paling banyak mendapat keuntungan sepanjang tahun lepas. Tesla dan Space X merupakan penyumbang terbesar kepada kekayaan yang dimilikinya.

Saham Tesla meningkat secara luar biasa di mana pada bulan Januari tahun lalu, harga saham syarikat tersebut hanyalah sekitar USD90 seunit dan akhir tahun lepas saham Tesla berada di paras USD700 seunit.

Elon Musk yang memiliki 20% pegangan saham Tesla telah menjadikan kekayaan dirinya sekarang berada pada paras USD160 bilion.

Baca: Elon Musk Kini Orang Kedua Terkaya Dunia

*Terkini, nilai kekayaan Elon Musk adalah sebanyak USD195 bilion, mengatasi Jeff Bezos di tempat kedua dengan kekayaan sebanyak USD185 bilion.

2. Jeff Bezos

Kredit Gambar: CNBC

Ketika krisis pandemik melanda dunia, kebanyakan urusan jual beli telah tergendala. Para pembeli kini beralih kepada pembelian secara online bagi memudahkan urusan seharian mereka.

Amazon yang merupakan syarikat e-commerce terbesar dunia telah mendapat durian runtuh daripada peristiwa ini. Saham Amazon meningkat naik secara mendadak pada tahun lepas.

Amazon yang menguasai hampir 50% pasaran online di Amerika Syarikat menyebabkan ramai pelabur memilih saham mereka berbanding pesaing yang lain. Hasilnya, Jeff Bezos berjaya menambah kekayaan sebanyak USD72 bilion pada tahun lepas dan menjadikannya bernilai sebanyak USD185 bilion.

3. Zhong Shanshan

Beliau merupakan seorang usahawan yang berjaya menggandakan kekayaannya pada tahun lepas. Kini, beliau merupakan lelaki terkaya di Asia.

Beliau yang mempunyai syarikat air minuman dan juga farmaseutikal yang menjadikan kekayaanya berganda-ganda pada tahun lepas. Kini dianggarkan kekayaan beliau adalah sebanyak USD90 bilion.

Baca:  Zhong Shanshan, Bilionaire Terkaya Di China Dalam Industri Minuman Dan Farmaseutikal

4. Colin Huang

Kredit Gambar: FT

Beliau merupakan pengasas kepada syarikat e-commerce terkenal di China yang bernama Pinduoduo. Beliau telah membangunkan syarikat ini pada tahun 2015 dan telah menjadi terkenal ketika krisis melanda dunia pada tahun lepas.

Syarikatnya itu menjadi terkenal dengan cepat berbanding dengan syarikat e-commerce  yang lain disebabkan komisen yang rendah dikenakan kepada para peniaga yang menggunakan platform Pinduoduo. Dalam masa yang singkat sahaja, platform tersebut telah menjadi terkenal di seluruh China.

Colin Huang kemudianya meletak jawatan sebagai CEO dan diganti oleh Lei Chen. Walaupun telah meninggalkan jawatan CEO syarikat tersebut, beliau masih lagi memiliki saham Pinduoduo sebanyak 29.4%.

Pada tahun lepas, kekayaan yang dimiliki Colin Huang telah meningkat kepada USD53 bilion hasil daripada peningkatan harga saham Pinduoduo.

5. Dan Gilbert

Kredit Gambar: CNBC

Beliau mungkin bilionaire yang kurang dikenali tetapi merupakan salah seorang yang tersenarai di dalam golongan billionaire yang berjaya menambah kekayaan pada tahun lepas. Syarikatnya merupakan mortgage lender yang terbesar di Amerika Syarikat yang berpangkalan di Detroit.

Dan Gilbert memiliki syarikat Rocket Companies dan Quicken Loans. Dengan interest rate rumah yang semakin rendah di Amerika Syarikat, ianya telah menyebabkan beliau semakin kaya.

Kekayaan yang beliau miliki adalah sebanyak USD50 bilion dan menjadikan beliau lelaki ke-15 terkaya di Amerika Syarikat pada ketika ini.

Mungkin kita tak boleh menjadi kaya-raya seperti dalam senarai ini, tapi kita boleh meningkatkan kekayaan dengan membeli saham-saham milik mereka.

Sedap buat duit dalam USD. Saham-saham gergasi dunia seperti Microsoft, Google, Twitter dan Zoom semua ada di Wall Street.

Kejap, tahu tak berapa pulangan saham ini pada 2020?

Zoom – 390.86%
AMD – 86.78%
Twitter – 67.65%
Microsoft – 38.48%
Google (Alphabet) – 28.05%

Dan yang bestnya, minimum unit untuk memiliki saham ini semua hanya satuuuuu unit je.

Teringin nak explore pasaran saham Wall Street yang patuh shariah? Pendaftaran SAHAM WALL STREET 2.0 kini dibuka..!!!

Ini adalah kelas intensif.

Bila tu?

Tarikh: 6-7 Februari 2021 (Sabtu-Ahad)
Masa: 9 pagi – 5 petang
Belajar secara Live melalui aplikasi ZOOM

Menampilkan Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI, CFTe, MSTA) sebagai coach utama.

ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI WEBINAR SAHAM WALL STREET

1. LEARN A WINNING SYSTEM

• Cara mula dengan modal kecil dan cara untuk gandakannya – “roll profits”

2. PROVEN FUNDAMENTAL

3. READ CHART LIKE A PRO

4. PLATFORM

• Cara guna Platform global untuk melabur dan berdagang di pasaran saham US

5. SCREENER

6. PORTFOLIO MANAGEMENT

7. SENTIMEN

8. SAHAM KAJIAN

9. SAHAM-SAHAM WATCHLIST

Alhamdulillah, antara feedback yang kami dapat dari webinar yang lalu…

“Pengajaran Tuan Mukhriz straight to the point. Strategi & trading mekanikal boleh difahami dan dipraktiskan.”

“Dapat lebih info dari pengalaman seorang pelabur sebenar bagi saham USA..”

“Silibus tersusun, cara pemilihan saham dan market structure..”

Speaker dah power, modul pun power.

InshaAllah kita jadikan 2021 tahun untuk kita tambah skill baru agar dapat memberi kesenangan kepada keluarga.

Seperti biasa ada harga istimewa menanti kepada early bird, cepat klik:

➡️ https://thekapital.my/wallstreet

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.