Tyler Perry, Bilionaire Berkulit Hitam Di Hollywood Yang Tak Dikenali Ramai

Industri hiburan menjanjikan pulangan yang lumayan bagi mereka yang menceburinya. Industri hiburan di Hollywood pula merupakan industri yang menjanjikan pulangan yang luar biasa tinggi kepada mereka yang terlibat di dalamnya.

Sebelum ini kita telah membaca kisah bagaimana David Geffen yang merupakan orang di belakang tabir menjadi begitu kaya di dalam industri hiburan pada ketika ini.

Baca: David Geffen, Lelaki Terkaya Dalam Industri Hiburan Di Hollywod

Pada artikel kali ini, kita akan lihat bagaimana seorang lelaki berkulit hitam yang berjaya di Hollywod yang mana industri ini dikuasai oleh golongan berkulit putih.

Siapa Tyler Perry?

Tyler Perry atau nama sebenarnya Emmitt Perry, Jr dilahirkan di New Orleans, Louisiana pada tahun 1969. Beliau dilahirkan di dalam keluarga yang sangat miskin. Sejak kecil lagi, bapanya sering menderanya dan beliau tidak gemar untuk tinggal bersama dengan bapanya.

Ketika remaja, beliau gagal untuk menghabiskan pelajaran di peringkat sekolah menengah dan pernah cuba untuk membunuh diri akibat daripada tekanan hidup.

Pada usia 16 tahun, beliau telah membuang nama keluarganya kerana tidak mahu ada kaitan dengan ayahnya yang selalu mendera dirinya.

Kredit Gambar: Shadow and Act

Ketika berusia 20 tahun, Tyler Perry mula berpindah ke Atlanta untuk hidup berdikari. Beliau terpaksa bekerja beberapa jenis pekerjaan termasuk menjadi jurujual kenderaan. Beliau kemudiannya bekerja hampir 25 jenis pekerjaan sebelum berjumpa dengan passion yang ada di dalam dirinya.

Kehidupanya mula berubah apabila melihat rancangan temubual Oprah Winfrey pada awal tahun 1990-an. Dalam rancangan tersebut, ianya telah menyedarkan beliau tentang seseorang boleh berubah jika betul-betul mahukannya.

Tyler Perry kemudianya menggunakan wang simpanan peribadinya berjumlah USD12,000 untuk membuka studio kecil menghasilkan filem.

Kredit Gambar: Forbes

Filem pertama yang dihasilkan berjudul ‘I Know I’ve Been Changed’ yang telah berjaya menjadikannya seorang pengarah dan juga producer. Filem tersebut telah menjadi batu loncatan kepada Tyler Perry di dalam industri hiburan di Hollywood.

Watak Yang Menaikkan Nama Tyler Perry Di Hollywood

Kredit Gambar: Eonline

Di antara watak yang berjaya menjadikan Tyler Perry sebagai pelakon yang terkenal adalah Madea. Watak ini merupakan seorang wanita pertengahan abad berkulit hitam yang sering memberontak dengan keadaan sekelilingnya.

Madea sinonim dengan kegiatan jenayah kecil di dalam kehidupan sehariannya. Watak yang dibawa oleh Tyler Perry ini dilhamkan dari ibu dan makciknya. Ianya diperkenalkan di dalam filem yang berjudul ‘I Can Do Bad All by Myself’.

Watak ini sangat popular dan sering kali digunakan di dalam filem-filem yang dikeluarkan beliau. Sepanjang dua dekad sejak watak ini diperkenalkan kepada umum, sebanyak 11 buah filem telah dihasilkan dengan kutipan mencecah USD670 juta.

Kejayaan Tyler Perry

Setelah menempa nama di Hollywood, banyak syarikat penyiaran gergasi mula bekerjasama dengan Tyler Perry dalam menghasilkan drama dan juga filem. Selama hampir 3 dekad di dalam industri hiburan, syarikat beliau kini mempunyai hak cipta sebanyak 1,200 episod drama, 22 buah filem dan memiliki studio yang berkeluasan 330 ekar.

Beliau juga memiliki kontrak penyiaran dengan ViacomCBS yang bernilai USD150 juta setahun.

Kredit Gambar: Forbes

Kini beliau merupakan seorang ikon terkenal di Hollywood yang bertaraf bilionaire. Pihak Forbes telah meletakkan Tyler Perry ini sebaris dengan David Geffen, Steven Spielberg, George Lucas dan Oprah Winfrey di dalam industry Hollywood.

Walaupun tidak sepopular seperti pelakon Kelas A di Hollywood, peranan Tyler Perry di belakang tabir mampu memberikan sentuhan yang diperlukan.

Kejayaan yang diperolehi oleh Tyler Perry ini boleh dijadikan inspirasi kepada usahawan di luar sana dengan menempa nama dari bawah sehinggalah berjaya menjadi seorang bilionaire.

Sumber Rujukan:

Sesiapa yang rasa nak mulakan perubahan tetapi masih rasa kurang keyakinan diri. Rasa lemah semangat untuk bertindak. Rasa macam semua benda dia buat, tak menjadi. Penat buat kerja. Pernah rasa nak GIVE UP! Hampir BURN OUT!

Dapatkan buku “Percaya Sebelum Berjaya” Edisi Terkini. Apa bestnya buku ni?

InsyaAllah, Buku PSB ni telah terbukti membantu beribu pembacanya untuk:

🔥 Lebih bermotivasi untuk mengejar impian dan cita-cita

🔥 Lebih keyakinan untuk berhadapan dan mengatasi masalah yang menghalang impian tercapai

🔥 Lebih jelas bagaimana untuk mengatasi mental block yang menyebabkan usaha anda terbantut

🔥 Lebih konsisten dengan usaha dan tindakan agar pantas mencapai kejayaan.

🔥 Mencapai ketenangan yang luar biasa kerana mampu berdamai dengan kekecewaan demi kekecewaan

Dapatkannya sekarang di -> www.PercayaBerjaya.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.