Dron, Teknologi Masa Depan Yang Bakal Memudahkan Kerja Manusia

Sejak sedekad yang lalu, penggunaan dron semakin mendapat sambutan yang luar biasa dikalangan pengguna masyarkat awam. Teknologi dron ini berasal daripada teknologi Unmanned Aerial Vehicle (UAV) yang banyak digunakan dalam bidang ketenteraan bagi mengintip atau memusnahkan pihak musuh.

Sebelum wujudnya UAV, aktiviti pengintipan dilakukan menggunakan jet khusus yang dicipta yang membolehkan ia terbang pada altitude yang tinggi serta pada kelajuan supersonic untuk elak daripada dikesan oleh radar.

Jet yang paling popular ketika era perang dingin yang melibatkan Amerika Syarikat dan Soviet Union adalah Jet Lockheed SR-71 Blackbird yang digunakan oleh Amerika Syarikat untuk melakukan pengintipan.

Kini dengan kemunculan syarkat dari China yang menyediakan teknologi dron pada harga yang mampu milik kepada orang awam, populariti dron semakin meningkat naik.

Selain syarikat dari China yang dapat mengeluarkan dron ini dengan harga yang mampu milik, teknologi kamera dan juga video perakam bergerak seiring dengan teknologi tersebut yang mana menambah lagi tarikan dron ini kepada golongan awam.

Anatara kegunaan dron yang paling popular adalah menangkap gambar atau mengambil video pada jarak yang tinggi. Sebelum ini, penggunaan helikopter adalah satu-satunya cara untuk mengambil gambar atau video pada jarak yang tinggi dan kos untuk mengambil video atau gambar adalah sangat tinggi apabila melibat helikopter dan juga jurukamera profesional.

Dengan lahirnya teknologi dron, gambar sukar yang perlu diambil oleh jurugambar melalui helikopter kini hanya boleh diambil menggunakan dron dengan kos yang sangat rendah.

Image by Gerd Altmann from Pixabay

Kini teknologi dron bergerak selangkah lagi maju ke hadapan dengan pengunaannya untuk menghantar barangan pengguna. Syarikat gergasi peruncitan telah melabur sejumlah besar bagi tujuan penyelidikan untuk menjayakan misi membangunkan dron bagi penghantaran barangan.

Di antara syarikat gergasi yang menggunakan dron untuk menjalankan penghantaran adalah Amazon, Walmart dan tidak ketinggalan syarikat penghantaran terkenal di Amerika Syarikat iaitu Fedex.

Mereka membangunkan teknologi ini bagi memudahkan proses penghantaran kepada para pelanggan mereka.

Amazon dan Walmart kini berlumba-lumba dalam membangunkan teknologi dron ini bagi memenuhi kehendak pelanggan mereka yang inginkan penghantaran dalam tempoh yang singkat.

Amazon telah berjaya mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa Amerika Syarikat iaitu Federal Aviation Administration (FAA) untuk beroperasi bagi menggunakan dron sebagai penghantar barang untuk pelanggan mereka.

Setiap penerbangan di ruang udara milik negara Amerika Syarikat memerlukan kelulusan yang bertulis. Ini disebabkan Amerika Syarikat merupakan negara kuasa besar dunia dan ruang udaranya sering terdedah dengan pelbagai pengintipan.

Untuk mengelakkan perkara yang tidak dinigini berlaku di ruang angkasa mereka, kerajaan Amerika Syarikat telah mengeluarkan panduan yang khusus kepada pemilik dron untuk mendaftar dron mereka.

Di Malaysia juga, pengunaan dron semakin popular terutamanya di dalam sektor pertanian. Ramai pengusaha di luar sana yang menyediakan dron untuk melakukan proses pembajaan dan juga meracun tanaman padi para petani.

Dengan menggunakan teknologi ini, kerja pembajaan dan meyembur racun semakin mudah serta menjimatkan.

Dan tidak mustahil dalam masa terdekat ini, Malaysia juga akan dilengkapi dengan dron penghantar barang dan pembelian online akan menjadi semakin rancak.

Sumber Rujukan: Business Insider

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Monee Perkenal SFinancing-i Kepada Semua Pengguna Shopee Dengan Pembiayaan Digital Patuh Syariah

Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (Monee) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi SFinancing-i, iaitu penyelesaian pembiayaan digital patuh Syariah yang kini dibuka kepada semua pengguna Shopee* di Malaysia. Direka untuk memberikan lebih fleksibiliti kewangan, SFinancing-i membolehkan pengguna mengakses pembiayaan tunai segera dengan mudah terus melalui aplikasi Shopee.

Dengan pembiayaan sehingga RM20,000 dan tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan, SFinancing-i direka untuk membantu memenuhi keperluan kewangan peribadi pengguna melalui pengalaman yang mudah dan lancar secara digital. Pengguna yang diluluskan boleh mengeluarkan dana serta-merta ke akaun bank atau ShopeePay Wallet, tanpa perlu mengemukakan dokumen pendapatan atau membayar sebarang yuran pengaktifan.

Sempena pelancaran ini, pengguna yang mengaktifkan dan membuat permohonan pembiayaan pertama akan menikmati promosi istimewa kadar bulanan 1%* untuk tempoh bayaran balik sehingga 24 bulan.

Dikuasai oleh Monee Capital Malaysia dengan kerjasama Sedania As Salam Capital, serta disahkan oleh Masryef Advisory, SFinancing-i dibangunkan berasaskan prinsip Syariah Komoditi Murabahah (Tawarruq). Ia menawarkan penyelesaian pembiayaan yang telus dan mudah diakses, selaras dengan prinsip kewangan Islam.

Ciri-ciri utama SFinancing-i termasuk:

  • Pembiayaan sehingga RM20,000
  • Tempoh bayaran balik yang fleksibel sehingga 24 bulan
  • Pengeluaran tunai segera ke akaun bank atau ShopeePay Wallet
  • Kadar bulanan 1% untuk permohonan pembiayaan pertama
  • Proses permohonan 100% digital tanpa dokumen pendapatan
  • Tiada yuran pengaktifan

Pengguna yang layak boleh mengaktifkan SFinancing-i terus melalui tab “Saya” di aplikasi Shopee. Perkhidmatan ini terbuka kepada warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur 18 tahun ke atas.

Bagi pengguna yang memerlukan jumlah pembiayaan lebih tinggi, Monee turut menawarkan SFinancing-i Xtra, iaitu penyelesaian pembiayaan bertempoh yang menyediakan pembiayaan sehingga RM50,000 kepada pengguna yang layak**, dengan kadar bulanan serendah 0.75%.

Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI.

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**SFinancing-i Xtra pada masa ini hanya tersedia untuk pengguna terpilih sahaja.