Senarai Semak Rumah Defect Liability Period (DLP)

Buat individu yang pernah membeli rumah, pernahkah anda alami masalah rumah yang anda beli mengalami kecacatan (defect)?

Anda betul-betul dapat mengenal pasti kecacatan unit kediaman anda apabila mengupah orang yang berpengalaman untuk menyemak kecacatan dari struktur atas hingga bawah, luaran dan dalaman rumah.

Biasanya, apabila berlaku sebarang kecacatan pada unit kediaman yang baru dibeli, pembeli akan lanjutkan isu ini kepada wakil pemaju hartanah.

Baca : 6 Kelebihan Beli Rumah Baru Berbanding Rumah Subsale (Second Hand)

Ada yang membuat tuntutan secara bersurat ke atas kecacatan rumah dan juga hanya membuat aduan menerusi aplikasi yang disediakan pemaju hartanah.

Bagaimana jika pemaju hartanah tersebut berkeras dan berdegil untuk membaik pulih kecacatan unit kediaman anda?

Sebenarnya, anda sebagai pemilik unit kediaman mempunyai hak untuk menuntut pemaju hartanah untuk membaik pulih struktur rumah yang mengalami kecacatan samada ketara atau tidak ketara.

Dengan syarat, rumah yang anda beli itu masih lagi berada dalam Defect Liability Period (DLP).

Apa Itu Defect Liability Period (DLP)?

Singakatannya adalah DLP yang bermaksud satu tempoh jaminan yang diberikan pemaju hartanah kepada pembeli rumah sekiranya berlaku kecacatan pada unit kediaman.

Baca : Apa Perlu Buat Bila Dapat Kunci Rumah Daripada Pemaju?

Tempoh sebenar DLP adalah 24 bulan dari tarikh pembeli rumah mendapat kunci rumah.

Kecacatan pada struktur rumah tidak berlaku pada projek hartanah dari pemaju hartanah kecil sahaja.

Bahkan, ada juga kes kecacatan melibatkan pemaju hartanah ternama tanah air dan berlaku hampir di setiap negeri di Malaysia.

Untuk membuat tuntutan dengan syarat unit kediaman anda masih lagi mempunyai DLP, ikut langkah di bawah.

Senarai Semak Rumah Defect Liability Period (DLP)

1. Hantar Surat Rasmi

Caranya adalah dengan menghantar sepucuk surat rasmi kepada pemaju hartanah dan CC peguam S&P rumah anda. Pastikan anda guna pos berdaftar supaya ada rekod.

“Tahukah anda, duit pinjaman hartanah dari bank anda dikawal oleh peguam S&P anda. Peguam dan bank hanya meluluskan 95% kepada pemaju hartanah. Baki 5% adalah untuk retention sum.”

Baca : 3 Sebab Kita Kena Gunakan Kuota Pinjaman Hartanah Sebaik Mungkin

“Rentetion sum adalah sejumlah wang yang perlu didepositkan kepada pihak LHDN untuk Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT).”

2. Aduan Tribunal

Selepas tempoh 30 hari anda menghantar surat dan tiada tindak balas dari wakil pemaju hartanah, anda boleh hantarkan surat kedua untuk peringatan sebelum melanjutkan aduan anda ke Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah.

Berkemungkinan surat pertama tidak berjaya sampai ke alamat pemaju hartanah atau isu – isu lain.

Jangan lupa untuk CC surat tersebut kepada peguam S&P anda juga.

3. Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah

Jika tiada tindakan diambil dari wakil pemaju hartanah selepas tempoh 14 hari, maka anda boleh bawa kedua – dua surat tadi ke Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah.

Jangan risau, pihak Tribunal akan memihak kepada pembeli hartanah.

Retention sum sebanyak 5% tadi hanya akan dilepaskan pihak peguam dan bank hanya selepas tempoh DLP tamat yaqni 24 bulan.

Kenapa pihak bank tahan 5% retention sum?

Objektifnya adalah supaya pemaju hartanah membaik pulih kecacatan unit kediaman sepanjang tempoh DLP.

Selain itu, 5% retention sum ini juga boleh dituntut sekiranya pemilik rumah melakukan pembaikan pulih kecacatan rumah sendiri.

Baca : 5 Sebab Kenapa Orang Suka Beli Rumah Baru Berbanding Rumah Subsale

Syaratnya, anda perlu ikut langkah-langkah yang dikongsikan di atas beserta resit.

Nota Tambahan:

  • Sekiranya berlaku kecacatan ketara seperti retak pada struktur bangunan rumah, anda perlu semak waranti rumah anda dan buat proses yang sama.

Kesimpulannya dalam setiap projek hartanah, kemungkinan untuk sebuah unit mengalami kecacatan itu agak besar.

Boleh jadi unit kediaman itu adalah unit anda atau keluarga, sahabat dan kenalan anda.

Baca : Turun Naik Pasaran Hartanah Suku Pertama 2020

Dengan mengetahui hak anda sebagai pembeli, anda boleh baik pulih kecacatan struktur rumah anda menjadi semakin parah di kemudian hari.

Selepas selesai segala proses membaik pulih kecacatan rumah, barulah sesuai untuk anda melakukan renovasi.

Dengan harga rumah yang sangat tidak masuk akal hari ini, penting untuk anda sebagai pembeli mengetahui dan menggunakan hak anda sebaik mungkin.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dilema mahu membeli atau menyewa rumah

Memiliki rumah sejak sekian lama dianggap sebagai simbol kestabilan dan kejayaan hidup bagi rakyat Malaysia.

Tidak hairanlah ramai golongan muda merasakan mereka perlu membeli rumah secepat mungkin yang memaksa mereka menanggung komitmen pinjaman perumahan selama 30 hingga 40 tahun.

Namun, dalam cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat, harga rumah yang terus berada di luar kemampuan sebahagian besar pembeli muda serta corak pekerjaan yang semakin dinamik, tiba masanya kita menilai semula maksud sebenar ‘seseorang itu ada rumah’.

Pada asasnya, rumah adalah tempat berteduh dan menyediakan keperluan asas untuk kediaman. Yang mustahak adalah ‘jaminan tempat kediaman dan kepentingan untuk mendiami’ yang lazimnya adalah melalui pemilikan tetapi boleh juga melalui penyewaan.

Bagi ramai golongan muda, terutamanya di peringkat awal kehidupan, menyewa boleh menjadi pilihan yang lebih praktikal dan fleksibel.

Ia membolehkan mereka mampu untuk menetap berhampiran tempat kerja, mengurus kewangan dengan lebih baik dan mengelakkan beban hutang jangka panjang sebelum benar-benar bersedia untuk membeli rumah sendiri.

Perubahan cara berfikir ini secara perlahan-lahan membuka ruang kepada perkembangan pasaran sewaan di Malaysia, termasuk kemunculan konsep ‘co-living’ atau kediaman bersama di dalam sebuah komuniti transit, serta juga konsep Rent-to-Own (RTO) atau Sewa-untuk-Beli.

Walaupun segmen ini masih kecil berbanding pasaran sewaan konvensional, ia semakin mendapat perhatian khususnya dalam kalangan generasi muda.

Konsep ‘co-living’ menawarkan bilik atau unit yang lengkap dengan perabot, tempoh sewaan yang lebih fleksibel serta kemudahan bersama yang diuruskan secara profesional.

Ia juga mengurangkan kos kemasukan (barrier of entry) kerana penyewa tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membeli perabot atau menanggung pelbagai kos utiliti secara berasingan.

Bagi golongan belia dan profesional muda, pekerja kontrak serta mereka yang sering berpindah lokasi pekerjaan, ‘co-living’ menyediakan pilihan perumahan yang lebih mudah dan praktikal tanpa perlu membuat komitmen membeli rumah ketika pendapatan mereka, khususnya pendapatan boleh guna mereka masih sedang dibina dan deperkukuhi.

Namun begitu, terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi sekiranya pasaran sewaan ingin berkembang menjadi satu cabang penting dalam ekosistem perumahan negara.

Cabaran pertama ialah persepsi masyarakat. Budaya pemilikan rumah masih sangat kuat dan menyewa sering dianggap sebagai pilihan sementara atau petanda seseorang mencapai kestabilan kewangan.

Persepsi ini ada benarnya, tetapi ia juga mewujudkan tekanan sosial yang menyebabkan ramai membeli rumah lebih awal daripada kemampuan sebenar mereka ataupun menyebabkan kerakusan pasaran yang sehingga mengakibatkan tekanan mental dan emosi.

Hakikatnya, keperluan perumahan setiap individu berbeza mengikut peringkat kehidupan. Ada yang memerlukan fleksibiliti untuk berpindah mengikut kerjaya, manakala ada yang lebih selesa menangguhkan pembelian rumah sehingga kedudukan kewangan mereka lebih kukuh.

Oleh itu, menyewa tidak sepatutnya sewenang-wenangnya dilihat sebagai pilihan yang kurang baik sehingga dilihat sebagai stigma berbanding pemilikan rumah.

Cabaran kedua ialah pasaran sewaan negara yang masih belum matang dan terpasung. Sebahagian besar pasaran masih dikuasai oleh pemilik individu dengan standard pengurusan, syarat penyewaan dan kualiti penyelenggaraan yang berbeza-beza.

Keadaan ini menyebabkan pengalaman menyewa tidak seragam dan kadangkala menimbulkan ketidakpastian kepada penyewa dan juga pemilik rumah.

Cabaran ketiga pula ialah kekurangan rangka kerja perundangan yang menyeluruh untuk mengawal selia sektor sewaan kediaman.

Pelaksanaan dan penggubalan sebuah akta, seperti Akta Penyewaan Kediaman (RTA) yang satu ketika dahulu diusulkan tetapi tertangguh, perlu disegerakan bagi mewujudkan pasaran sewaan yang lebih teratur dan telus.

Sebuah akta yang khusus untuk regulasi pasaran penyewaan sektor kediaman ini berpotensi untuk menyediakan perlindungan yang lebih jelas kepada penyewa dan juga pemilik, memperkukuhkan mekanisme penyelesaian pertikaian serta meningkatkan keyakinan pelabur dan pengendali profesional dalam sektor perumahan sewaan.

Bagi akta sedemikian, keutamaan harus diberikan kepada pendekatan yang mesra penyewa, mesra pemilik dan mesra pelabur yang mengimbangi secara saksama kepentingan-kepentingan setiap pemegangtaruh untuk melahirkan satu persekitaran pasaran yang menang-menang.

Tumpuan juga harus diberikan untuk memperhalusi dan mengukuhkan konsep RTO atau Sewa-untuk-Beli sebagai salah satu langkah penyelesaian menang-menang.

Dalam jangka panjang, pembangunan pasaran sewaan yang lebih tersusun akan memberikan lebih banyak pilihan kepada rakyat.

Persediaan dan ketersediaan bakal pembeli rumah adalah berbeza-beza di dalam persekitaran yang mencabar dewasa ini di samping tekanan sosial berkenaan kemampuan dan pemilikan rumah idaman.

Walaupun apapun keadaannya, yang pasti adalah setiap individu dan isi rumah seharusnya mempunyai akses dan jaminan tempat kediaman yang selesa, mempunyai akses kepada kemudahan, selamat dan mampu dibayar mengikut keperluan serta kedudukan kewangan masing-masing.

Dalam hal ini, memperkukuhkan pasaran sewaan melalui konsep seperti RTO dan ‘co-living’ serta pemerkasaan rangka kerja perundangan berpotensi untuk melengkapkan ekosistem perumahan negara dengan menyediakan pilihan yang lebih pelbagai dan inklusif untuk rakyat Malaysia.

Penulis ialah Pengarah Kanan, Penyelidikan Hartanah Rahim & Co Chestertons

— Berita Harian