Jual Rumah Secara Online, Menjadi Atau Tidak?

Semenjak tahun 2007 lagi, industri hartanah telah beradaptasi dengan dunia online dengan penglibatan iProperty sebagai portal jual beli dan sewa rumah di Asia khususnya Asia Tenggara.

Platform marketplace Mudah.my juga ditubuhkan pada November 2007. Bahkan, platform Airbnb juga dibangunkan selang setahun selepas iProperty ditubuhkan.

Baca :  5 Strategi Pelik Jual Rumah Yang Wujud

Portal Propertyguru pula dikatakan ditubuhkan pada tahun 2006, enam tahun lebih awal berbanding marketplace Lazada dan Zalora.

Adaptasi industri hartanah dengan dunia online sebenarnya sudah wujud lebih daripada 10 tahun yang lalu.

Hari ini, jika anda seorang ejen hartanah berdaftar yang ingin menjual rumah, platform online pasti akan jadi pilihan utama anda berbanding mengiklankan hartanah tersebut menerusi edaran kertas, bunting dan banner.

Baca : iProperty.com.my Menyediakan Bantuan Yang Amat Diperlukan Oleh Ejen Hartanah

Sebenarnya, trend ini tidaklah mengejutkan sama sekali kerana semenjak tahun 2011 lagi, penduduk dunia sudah mula memiliki skrin sendiri setiap orang.

Ini berkaitan dengan perkembangan teknologi telefon pintar pada era itu yang didominasi Apple dari California, Amerika Syarikat dan Samsung dari Seoul, Korea Selatan.

20 tahun dahulu, setiap rumah hanya memiliki satu skrin yaqni televisyen. Trend ini berubah dan hari ini semua orang memiliki sekurang – kurangnya satu skrin sendiri dengan telefon pintar.

Saat PKP 1.0 dikuatkuasakan pada Mac 2020 yang lalu, kita dapat saksikan banyak bisnes yang terpaksa online-kan bisnes mereka khususnya bisnes yang mempunyai kedai fizikal.

Soalannya adalah, adakah aktiviti jual beli rumah dengan platform online benar-benar menjadi?

Atau platform online hanyalah salah satu cabang untuk ejen hartanah berdaftar mencuba nasib?

 Jual Rumah Secara Online, Menjadi Atau Tidak?

Objektif kenapa wujud banyak portal hartanah online di pasaran hari ini adalah kerana ingin membantu pembeli dan penjual membeli dan menjual unit kediaman dan komersial mereka secara online.

Baca : Kenapa Kena Jual Dan Beli Rumah Dengan Ejen Hartanah?

Kedua, untuk ejen hartanah berdaftar pula, mereka mengiklankan senarai hartanah mereka dan mencari unit hartanah untuk dijual dengan harapan untuk mendapatkan leads dalam bentuk:

  1. Nama
  2. Nombor telefon
  3. Emel

Di antara strategi jual beli hartanah secara online yang paling banyak digunapakai adalah:

  • Konten di sosial media
  • Mengupah influencer sosial media
  • Mengiklankan hartanah dengan Facebook Ads & IG Ads
  • Mengiklanlan hartanah dengan Google Ads
  • Pengiklanan berantai menerusi Email Marketing
  • Pengiklanan menerusi SMS & WhatsApp daripada database sedia ada

Kos pengiklanan secara online sebenarnya lebih efektif dan senang untuk dilihat tahap kejayaannya berbanding kos pengiklanan secara offline.

Dengan mengiklankan rumah secara online, anda boleh sasarkan iklan tersebut pada audiens tertentu seperti:

  • Lelaki berkahwin
  • Berumur 30-45 tahun
  • Tinggal di Lembah Klang
  • Golongan profesional

Ataupun, anda boleh beli keyword yang biasanya digunakan bakal pembeli rumah di platform Google seperti:

  • Rumah teres Kajang untuk dijual
  • Rumah apartment bawah RM200,000
  • Landed Bangi new project

Contoh-contoh bisnes yang berjaya beradaptasi dengan online pada hari ini di Malaysia adalah restoran dan kedai buku.

Tahun 2020 menyaksikan banyak restoran maya atau virtual restaurant yang dibuka.

Konsepnya adalah, mereka menyewa premis perniagaan sebagai dapur dan tempat menyediakan makanan.

Pelanggan mereka 100% datangnya daripada pembeli online menerusi website mereka, marketplace dan sosial media.

Kedua, trend kedai buku maya atau virtual bookstore juga sedang meningkat naik kerana orang ramai lebih gemar membeli buku untuk menambah ilmu pengetahuan dan muhasabah diri mereka sepanjang tempoh PKP di rumah.

Untuk jual beli hartanah, ada dua strategi yang biasanya diguna pakai ejen hartanah berdaftar bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara-negara maju yang lain.

1. Platform Online

Anda boleh mengiklankan senarai hartanah anda di platform online seperti iProperty, Propertyguru, Hi Home dan sebagainya.

Baca : 4 Tips Berunding Dengan Ejen Hartanah Untuk Menjual Rumah

Ada baiknya jika anda melanggan pakej platform online ini secara tahunan kerana ianya memberikan senarai hartanah anda lebih besar peluang untuk terjual.

2. Personal Branding

Salah satu cara yang paling sukar, memakan masa tetapi berbaloi untuk dicuba adalah membuat personal branding di sosial media.

Caranya adalah dengan membuat perkongsian konten yang bermanfaat berkenaan tips dan strategi beli rumah di sosial media seperti Facebook, Instagram, Twitter, YouTube dan TikTok.

Mempunyai konten kalendar membantu anda kekal konsisten dan berstamina untuk membina personal branding.

Kesimpulannya, jual rumah dengan teknik online sebenarnya telah lama berjaya.

Rata-rata ejen hartanah berdaftar menggunakan platform hartanah online dan sosial media untuk mengumpul leads dan akhirnya menjual rumah tersebut.

Baca : Ulasan Industri Hartanah Sepanjang Tahun 2020, 6 Perkara Yang Berlaku

Bukti terbaik adalah saat PKP 1.0 yang lalu pun masih ada orang membeli rumah dan segala proses dilakukan 100% secara online sahaja.

Sumber Rujukan: Edgeprop

This image has an empty alt attribute; its file name is beli-rumah-tanpa-modal-27-jan-700x393.jpg

Pada tahun 2020, waktu PKP pertama, Tuan Faizul Ridzuan telah membuat 6 ramalan yang satu persatu menjadi kenyataan.

1. PKP mustahil hanya 2 minggu, akan berakhir pada bulan Jun 2020

2. Kita berada dalam recession yang paling teruk dalam sejarah moden Malaysia – Disahkan selepas beberapa minggu oleh World Bank

3. Interest bakal jatuh banyak akibat recession. Hari ni interest rate kita adalah pada kadar terendah dalam masa 50 tahun.

4. Bull run bagi saham dalam jangka masa 12-24 bulan sehingga boleh buat pulangan lebih daripada 100%. 2 bulan lepas ramalan saya, volume bursa naik pecah rekod 

5. Transaksi hartanah tahun 2020 akan jadi tahun paling teruk sejak tahun 2000, dan kita akan sampai market bottom. Sila nantikan data NAPIC yang akan keluar lagi beberapa minggu.

6. Property bull run akan tiba dalam masa 5 tahun

Terlepas nak hadiri webinar percuma Tuan Faizul Ridzuan minggu-minggu yang lalu? Jom kita sertai webinar seterusnya yang akan diadakan pada hari Ahad, 21 Februari 2021, jam 830 malam.

Daftar sekarang di -> Webinar Faizul Ridzuan

Slot ke webinar adalah terhad. Sila pastikan anda daftar dan hadir awal pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Kita jumpa nanti Ahad ini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman