5 Kelebihan Beli Rumah Below Market Value Untuk Pelaburan

Rumah di bawah harga pasaran atau below market value kekal menjadi topik paling hangat di kalangan semua individu yang terlibat dengan pelaburan hartanah.

Sana sini orang sibuk mencari rumah below market value samada menerusi portal hartanah online, bertanya kepada ejen hartanah atau paling kritikal bertanya kepada pemilik rumah sendiri.

Untuk 5 tahun kebelakangan ini, trend membeli rumah below market value di Malaysia telah meningkat bermula sejak tahun 2015 lagi.

Baca : Harga Dan Transaksi Hartanah Malaysia 2008 – 2018

Ini berpunca daripada kesan ‘mismatch’ dalam hartanah apabila pemaju hartanah menawarkan terlalu banyak hartanah high-rise pada harga tinggi dan gagal dijual selepas 9 bulan rumah tersebut siap untuk diduduki.

Trend ini juga kelihatan mula meningkat dalam pasaran lelong pada tahun 2018 apabila pembeli hartanah mula beralih ke pasaran lelong berbanding hartanah undercon yang harganya dijual dalam kurungan harga ‘mampu tengok’ dan bukan lagi mampu milik.

Photo by Pixabay from Pexels

Terdapat pelbagai faktor seseorang itu memperoleh rumah below market value. Antaranya adalah kerana :-

  • Penawaran harga yang murah oleh pemilik hartanah yang terdesak.
  • Pasaran lelong yang semakin rancak di Lembah Klang dengan hampir 1,000 hartanah dilelong setiap bulan oleh bank dan mahkamah.
  • Beli pada harga murah dari keluarga atau kenalan atas faktor kekeluargaan dan persahabatan.
  • Tawaran yang ‘too good to be true’ oleh ejen hartanah.

“Beli rumah pada harga murah belum menjanjikan anda untung dan beli rumah pada harga mahal belum tentu menjadikan anda rugi.”

Baca : Ini Teknik Paling Cepat Kaya Dengan Hartanah

Tapi, sebenarnya apa punca ramai sangat orang yang memilih untuk membeli rumah below market value berbanding rumah undercon walaupun dari projek subsidi kerajaan?

Adakah untuk pelaburan jangka panjang atau disewakan? Jom kita lihat apa sebenarnya kelebihan beli rumah below market value untuk pelaburan ini.

Jom kita tengok 5 kelebihan beli rumah below market value untuk pelaburan.

1. Kurangkan Risiko

Pelaburan hartanah adalah pelaburan yang paling tinggi risikonya kerana melibatkan amaun yang besar dan tempoh pembiayaan yang memakan masa hampir 30 tahun.

Baca : 5 Punca Pelaburan Hartanah Anda Gagal

Dengan membeli rumah below market value, anda sebenarnya mengurangkan risiko kerugian sekiranya rumah tersebut gagal mendatangkan aliran tunai positif atau gagal diperam untuk dijual semula selepas 10 tahun hingga 20 tahun mendatang.

2. Perlindungan Terhadap Kejatuhan Pasaran

Apabila anda membeli rumah below market value, anda secara automatik selamat daripada impak kejatuhan pasaran yang merugikan.

Bayangkan anda membeli sebuah rumah flat di Cheras dengan harga RM150,000 sedangkan nilai semasa adalah RM200,000 iaitu 25% lebih murah. 

Tiba – tiba anda bangun dari tidur dan melihat di televisyen dan media sosial bahawa ekonomi jatuh dan harga rumah turut jatuh.

Peratus harga rumah perlu turun melebihi 25% untuk anda rugi.

3. Untung Modal

Memandangkan anda membeli rumah tersebut below market value, anda masih mampu menjualnya mengikut harga pasaran semasa.

Contohnya, rumah flat di Cheras tadi anda beli pada harga RM150,000 sedangkan harganya RM200,000. Anda akan memperoleh untung modal RM50,000 apabila anda flip rumah tersebut sungguhpun dalam masa terdekat.

Baca : Berapa Modal Untuk Rumah Subsales, Undercon Dan Lelong?

Kalau dalam masa terdekat pun anda mampu untung modal, apatah lagi sekiranya anda menjualnya selepas tempoh 5 tahun hingga 10 tahun.

4. Pembiayaan Rumah Lebih Rendah

Apabila harga rumah yang anda beli lebih murah, pembiayaan rumah dari bank atau institusi kewangan juga akan lebih murah menjadikan ansuran bulanan lebih murah.

Dalam kiraan mudah, rumah yang berharga RM200,000 dengan kadar faedah 4% setahun dan pembiayaan selama 30 tahun memerlukan anda membayar RM954 ansuran bulanan.

Hal ini berbeza apabila anda membeli rumah tersebut pada harga RM150,000 di mana anda hanya perlu membayar RM716 ansuran bulanan selama 30 tahun.

5. Kelebihan Rental Yield

Apabila kos ansuran bulanan kini semakin rendah, anda boleh sewakan rumah tersebut pada penyewa mengikut harga pasaran atau pada harga lebih tinggi.

Caranya adalah dengan menjadikan rumah tersebut fully furnished atau jika anda mampu, lakukan ubah suai hiasan dalaman bak ruang pameran IKEA.

Adalah tidak mustahil untuk anda mendapat rental yield melebihi paras normal di Kuala Lumpur iaitu 5% ke atas.

Baca : Pelaburan Saham vs Saham : Ini 9 Perbandingannya.

Walhasel, rumah below market value tidak menjanjikan anda akan untung dalam pelaburan hartanah.

Membeli rumah below market value hanyalah satu kelebihan kepada anda dalam mengurangkan kos modal dan ansuran bulanan.

Lokasi, jenis hartanah, kondisi hartanah dan permintaan setempat untuk sewaan kekal menjadi faktor utama dalam menentukan untung atau rugi pelaburan hartanah anda.

Baca : Bukan Semuanya Indah Dalam Pelaburan Hartanah

Sebaiknya, anda tahu dan jelas akan jenis pelaburan yang anda ingin lakukan samada anda inginkan aliran tunai positif melalui sewaan atau lumpsum dengan cara flip rumah tersebut.

Dengan syarat, anda berjaya mendapatkan pembeli yang bersetuju untuk membeli rumah tersebut mengikut harga pasaran semasa.

Nak Tahu Rahsia Beli Rumah Lelong?

Kita selalu dengar beli rumah lelong ni best sebab dapat beli pada harga jauh lebih murah daripada harga pasaran, tapi bagaimana caranya? Apa langkah-langkahnya? Bagaimana nak bermula?

Jom belajar daripada Tuan Shafie Bustan yang juga dikenali sebagai Pie2020. Beliau beli rumah lelong pertama sejak tahun 2007 lagi.

Beliau akan kongsikan:

  • Macam mana nak pilih RUMAH LELONG TERBAIK dan MENGUNTUNGKAN?
  • Kat mana nak tengok senarai beribu-ribu LISTING RUMAH LELONG lelong supaya senang nak pilih?
  • Macamana cara STEP BY STEP untuk buat BIDAAN rumah lelong?
  • Macamana cara nak ELAKKAN KESILAPAN dan RISIKO semasa membeli rumah lelong?
  • Macamana cara nak BELI DAN BIDA RUMAH LELONG secara online – E-BIDDING je?….. dan banyak lagi.

Bukan itu saja, beliau kongsikan juga mengenai real case study dan step-by-step mudahnya beli rumah lelong.

Dapatkan 3-in-1 Kombo eBook Rumah Lelong hari ini!

Previous ArticleNext Article

Aktiviti Jual Beli Hartanah Berkurangan Pada Awal Tahun, Harga Rumah Stabil

Pasaran hartanah Malaysia memulakan tahun 2026 dengan momentum yang lebih sederhana apabila aktiviti transaksi menyusut susulan persekitaran ekonomi global yang lebih perlahan dan sentimen pasaran yang lebih berhati-hati.

Namun begitu, sektor kediaman terus menunjukkan daya tahan disokong oleh pertumbuhan harga rumah yang stabil, permintaan pemilik kediaman yang berterusan serta pelbagai insentif perumahan kerajaan.

Menurut Laporan Pasaran Harta Suku Tahun Pertama 2026 yang dikeluarkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), jumlah transaksi hartanah keseluruhan menurun 8.0 peratus tahun ke tahun kepada 89,966 transaksi pada suku pertama 2026.

Nilai transaksi turut mencatat penyusutan marginal sebanyak 0.6 peratus kepada RM51.09 bilion. Walaupun prestasi ini lebih perlahan berbanding tempoh sama tahun lalu, aktiviti pasaran masih dilihat stabil dan trend yang dilihat sekarang merupakan suatu yang selaras dengan jangkaan dalam suasana ekonomi yang lebih mencabar.

Segmen kediaman kekal menjadi tunjang utama pasaran, dengan harga rumah terus meningkat meskipun momentum transaksi lebih perlahan.

Indeks Harga Rumah Malaysia (IHRM) meningkat 1.7 peratus tahun ke tahun kepada 235.2 mata, menjadikan harga purata rumah di Malaysia sekitar RM507,533 seunit.

Pertumbuhan ini mencerminkan permintaan asas terhadap perumahan yang masih kukuh, khususnya di pusat bandar utama dan kawasan pinggir bandar yang berkembang pesat.

Kebanyakan negeri mencatat pertumbuhan harga rumah positif antara 0.3 peratus hingga 7.2 peratus, menandakan keyakinan pasaran yang masih baik walaupun berdepan ketidaktentuan ekonomi.

Dari segi jumlah transaksi kediaman, Malaysia merekodkan penurunan sebanyak 10.7 peratus dengan 52,936 transaksi bernilai RM22.60 bilion.

Walaupun kebanyakan negeri mencatat penyusutan aktiviti transaksi, empat negeri masih merekodkan pertumbuhan positif iaitu Kuala Lumpur sebanyak 0.2 peratus, Pahang (4.3 peratus), Terengganu (3.1 peratus) dan Sabah (2.4 peratus).

Mengikut jenis kediaman, rumah bertanah terus menjadi pilihan utama pembeli. Rumah teres dan rumah berkembar mendahului pertumbuhan harga dengan peningkatan masing-masing sebanyak 2.2 peratus, mencerminkan permintaan yang berterusan terhadap produk kediaman bertanah.

Unit kediaman bertingkat tinggi turut mencatat pertumbuhan sederhana sebanyak 1.3 peratus, didorong oleh permintaan di lokasi bandar dan pembangunan berorientasikan transit (TOD).

Namun begitu, segmen pembangunan kediaman mula menunjukkan tanda-tanda penyederhanaan dari segi bekalan. Pelancaran baharu kediaman menurun kepada 9,112 unit berbanding 12,498 unit pada tempoh sama tahun lalu, iaitu penyusutan sebanyak 27.1 peratus.

Pemaju dilihat lebih berhati-hati dalam memperkenalkan bekalan baharu susulan kos pembinaan yang meningkat dan pembeli yang semakin selektif.

Pada masa sama, isu lambakan unit siap dibina tidak terjual terus menjadi cabaran utama pasaran. Jumlah kediaman siap dibina tidak terjual mencecah 32,801 unit dengan nilai RM16.37 bilion.

Apabila mengambil kira hartanah kediaman berstatus komersil seperti pangsapuri perkhidmatan dan SOHO, jumlah tersebut meningkat kepada 54,795 unit bernilai RM32.12 bilion pada suku pertama 2026.

Secara tahunan, jumlah lambakan meningkat 25.9 peratus dari segi bilangan dan 11.1 peratus dari segi nilai berbanding 43,510 unit bernilai RM30.71 bilion pada suku pertama 2025.

Mengikut julat harga, sebanyak 38.6 peratus unit tidak terjual terdiri daripada kediaman berharga antara RM200,001 hingga RM500,000 yang lazimnya dianggap dalam kategori mampu milik.

Sebanyak 23.4 peratus pula berada dalam julat RM500,001 hingga RM800,000, manakala hanya 13.2 peratus unit tidak terjual berharga melebihi RM1 juta.

Ini menunjukkan isu lambakan bukan semata-mata disebabkan faktor harga, tetapi turut dipengaruhi faktor lokasi, jenis produk dan padanan permintaan pasaran.

Subsektor pangsapuri perkhidmatan terus berdepan tekanan bekalan apabila unit siap dibina tidak terjual meningkat kepada 19,263 unit bernilai RM16.52 bilion berbanding 18,246 unit bernilai RM14.61 bilion pada tempoh sama tahun lalu.

Lambakan pangsapuri perkhidmatan meningkat 5.6 peratus, mencerminkan cabaran berterusan dalam menyerap pembangunan bercampur dan berorientasikan pelaburan, khususnya di kawasan dengan bekalan yang tinggi seperti Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.

Melihat ke hadapan, prospek pasaran hartanah Malaysia dijangka kekal berhati-hati tetapi stabil. Walaupun ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi global boleh mempengaruhi sentimen pelabur, pelbagai inisiatif kerajaan dijangka terus menyokong sektor perumahan.

Antaranya termasuk lanjutan pengecualian penuh duti setem bagi pembeli rumah pertama untuk rumah berharga sehingga RM500,000 sehingga akhir 2027.

Disokong oleh pembangunan infrastruktur dan inisiatif pembangunan berorientasikan transit di bawah kerangka Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), pasaran kediaman negara dijangka terus berdaya tahan meskipun pertumbuhannya semakin sederhana dan akan bergerak seiring dengan paras kemampumilikan pembeli.

Penulis ialah Pengarah Penyelidikan Hartanah Rahim & Co Chestertons

— Berita Harian