Panduan Jika Ingin Beli Helikopter Di Malaysia

Dekat Malaysia helikopter banyak digunakan oleh Pak Menteri, petugas media, pekerja-pekerja industri oil & gas, pihak polis dan sudah tentunya oleh pihak tentera. Terkini yang kita dengar, golongan kartel pun menjadikan helikopter sebagai benda yang wajib dibeli.

Rujuk Kartel projek kerajaan: Helikopter, kapal mewah, kereta mewah milik Datuk dirampas

High-banking Agusta helicopter.

Bunyi macam seronok je kalau dapat balik kampung naik helikopter. Tak perlu mendarat di airport, hanya perlu cari padang untuk mendarat dengan selamat.

Kalau rakyat marhaen yang memasang impian untuk memiliki helikopter, itu bukan golongan T20 lagi dah, tetapi dah masuk level kayangan. Tetapi walaupun anda golongan kayangan, kalau ada penyakit gayat memang tak sesuai naik helikopter.

Berapa agak-agak harga helikopter di pasaran?

Di antara laman web yang ada untuk tengok senarai helikopter untuk dijual di Malaysia:

Kebanyakannya adalah untuk helikopter ‘second-hand’. Jom tengok berapa harga helikopter ni sebenarnya?

Sumber: AV Buyer
Sumber: AV Buyer

Daripada harga serendah USD775,000 sehinggalah ke USD11.5 juta. Ianya bergantung kepada banyak perkara seperti kegunaan, enjin, berapa tempat duduk, masa perjalanan dan banyak lagi.

Ada nombor penjual di laman tersebut untuk dihubungi sekiranya berminat.

Bagaimana pula sekiranya nak beli helikopter baru?

Mengikut insider info, sesiapa yang nak beli helikopter memang akan ditapis terlebih dulu. Bukan boleh walk-in showroom, jalan-jalan tengok-tengok pegang-pegang dan ‘test drive’ helikopter ni.

Biasanya kena buat appointment dulu, ditanya macam-macam soalan, apa keperluan dan spesifikasi, nak guna untuk apa, barulah dapat cadangan helikopter jenis macam mana dan berapa harganya.

Banyak ke helikopter di Malaysia?

Sumber: Asian Sky Media

Kecil sangat pula, jom kami zoomkan untuk anda.

Sumber: Asian Sky Media
Sumber: Asian Sky Media

Mengikut laporan Asian Sky Media, ada 136 buah helikopter di Malaysia dengan 71 helikopter buatan Airbus. Ianya merangkumi 3% daripada keseluruhan jumlah helikopter yang ada di rantau Asia Pasifik.

Sumber: Asian Sky Media

Di antara pengendali helikopter terbesar di Malaysia adalah Weststar Aviation Services Sdn Bhd.

Sumber: Weststar Aviation

Kepakaran Weststar Aviation adalah di dalam pengangkutan helikopter ke offshore terutamanya dalam industri oil & gas. Selain daripada itu, ada juga perkhidmatan untuk VIP dan VVVIP serta pemindahan perubatan atau kecemasan.

Baca juga Bilionair Melayu ‘Low Profile’ Miliki 4 Jet Eksekutif

Selain Weststar, syarikat Systematic Aviation Services Sdn Bhd juga ada menawarkan servis menjual / membeli dan sewaan helikopter.

Dalam laman web ini ada disenaraikan pemilik-pemilik helikopter di Malaysia. Nampaknya model yang popular digunakan di Malaysia adalah Airbus, Agusta, Eurocopter, Aerospatiale dan Robinson.

Lesen Apa Diperlukan Untuk Bawa Helikopter?

Badan yang bertanggungjawab bagi mengawal selia dan memberi lesen untuk terbang di udara adalah pihak Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM) Masih ingat tragedi yang menimpa MH370 & MH17? Ketika itu setiap hari akan ada sidang akhbar menteri bersama Jabatan Penerbangan Awam atau Department of Civil Aviation (DCA). Untuk pengetahuan semua, DCA telah dijenama menjadi CAAM.

CAAM ni tak ubah macam JPJ, tetapi untuk helikopter, jet, kapal terbang dan Unmanned Aircraft System (UAS) atau lebih popular dengan nama dron.

Sekarang dah tahu berapa harga helikopter, siapa pengendali helikopter terbesar di Malaysia; apa pula lesen yang diperlukan untuk menerbangkan helikopter ni?

Jawapannya adalah Private Pilot Licence for helicopters atau PPL (H). Ianya diperlukan sebelum kita boleh bawa helikopter.

Perlu lalui kursus selama 100 jam yang merangkumi 7 subjek, sekali dengan 45 jam latihan penerbangan.

Harganya?

Menurut Helang Flying Academy dan Johor Flying Club

Dalam lingkungan RM45,000 – RM65,000 termasuk sewa helikopter (minyak dan insurans) dan yuran tenaga pengajar.

Selain daripada itu, ada juga beberapa yuran lain seperti:

  • Peperiksaan: RM1,000
  • Sekolah: RM5,500
  • Pemeriksaan Kesihatan: RM300 – RM500
  • Headset: RM1,500 – RM4,600
  • Yuran Keahlian: Yuran kemasukan (RM800), Deposit (RM900), Langganan (RM900 setahun)
  • Bahan Kursus: Peta (RM100), Plotter (RM60), Lain-lain (RM2,000)

Boleh tahan juga kos-kosnya, itu baru nak dapat lesen.

Lesen dah mahal, nak beli helikopter lagilah mahal. Belum masuk bab pembaharuan permit (ASP), pemeriksaan berkala (airworthiness) dan maintenance lagi.

Dengarnya tak banyak pinjaman untuk beli helikopter, kalau ada pun mahal dan tempoh bayar balik dah macam nak beli rumah. Rasanya semua pembeli helikopter ini adalah cash buyer kot. Nantikan pula selepas ini panduan jika nak beli jet peribadi.

Tak mampu beli lagi? Kita sewa dulu, boleh ambil feel naik helipkopter juga!

Sejak kerajaan benarkan sektor pelancongan dibuka, ramai yang dah mula melancong dalam negara. Antara lokasi yang popular ialah Langkawi. Dengan keindahan pantai dan keunikan alam semula jadinya, apa kata cuba pula terokai kepulauan di Langkawi dengan menaiki helikopter. Yang bestnya, tempah guna shopee pun boleh! Kalau nak tengok harga dan pakej yang ditawarkan, klik sini.

P/S : Kami doakan semoga anda menjadi pelabur dan pedagang saham yang berjaya supaya mampu nak beli helikopter beserta dengan pilot peribadi.

Previous ArticleNext Article

Hyundai Motor Malaysia Pratonton ‘Wehicle’ Keluarga Baharu Hyundai STARGAZER di KLIMS 2026, Kini Dibuka Untuk Tempahan

KUALA LUMPUR, 15 Jun 2026 – Hyundai Motor Malaysia (HMY) menyuntik keterujaan baharu ke dalam Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2026 yang sedang berlangsung menerusi pratonton eksklusif pertengahan acara bagi Hyundai STARGAZER yang dinanti-nantikan. Sebagai pratonton awam untuk tempoh terhad, pameran khas ini memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat sendiri perkembangan rangkaian mobiliti Hyundai serta hala tuju produk masa depan yang progresif untuk pasaran Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada naratif pertumbuhan HMY selepas penubuhannya sebagai subsidiari langsung, pengenalan Hyundai STARGAZER baharu mengukuhkan komitmen jenama tersebut dalam menawarkan kenderaan yang versatil, inovatif dan berorientasikan gaya hidup yang memenuhi keperluan pengguna tempatan.

Pratonton di KLIMS 2026 ini menyerlahkan keupayaan Hyundai untuk mempelbagaikan portfolio tempatan dengan pantas, daripada kenderaan elektrik berprestasi tinggi kepada kenderaan keluarga serba guna, sekali gus memastikan terdapat sebuah kenderaan Hyundai premium dan inovatif yang sesuai untuk setiap fasa kehidupan rakyat Malaysia.

“Hyundai STARGAZER baharu ialah apa yang kami panggil sebagai sebuah ‘Wehicle’,” kata Puan Jahabarnisa Haja Mohideen, Pengarah Urusan Hyundai Motor Malaysia. “Ia bukan sekadar sebuah kereta, tetapi tentang orang yang berada di dalam dan di sekelilingnya. Kami percaya bahawa ‘WE’ dalam ‘WEhicle’ adalah bahagian yang paling penting. Oleh sebab ‘WE’ itu penting, Hyundai mereka bentuk kenderaan ini sebagai teman perjalanan yang pintar dan melindungi keluarga moden di Malaysia. Hyundai STARGAZER baharu menawarkan kelebihan dari segi keselamatan, teknologi dan kemudahan untuk setiap ahli keluarga.”

Rangkaian Produk Yang Semakin Berkembang

STARGAZER baharu yang bakal dilancarkan dijangka memperkukuh lagi landskap mobiliti keluarga di Malaysia. Direka dengan penekanan terhadap penggunaan ruang yang selesa, reka bentuk futuristik, kepraktisan harian dan teknologi pintar, ia dibangunkan sebagai teman gaya hidup ideal untuk perjalanan jauh, perjalanan harian dan aktiviti keluarga.

Dibina Untuk Keluarga Malaysia

Hyundai STARGAZER baharu tampil berbeza daripada reka bentuk konvensional dengan siluet aerodinamik yang moden serta lampu LED penuh berbentuk “H” di bahagian belakang yang menjadi identiti Hyundai.

Bagi memenuhi citarasa keluarga muda yang mahukan penampilan lebih berani, HMY turut memperkenalkan varian STARGAZER X di KLIMS. Varian berinspirasikan SUV ini dilengkapi bampar sporty, spoiler belakang sporty, overfender dan elemen penjenamaan berwarna hitam.

Di bahagian dalaman, kabin tiga baris tempat duduk direka sebagai ruang yang luas dan selesa untuk kehidupan keluarga moden, bukan sekadar kenderaan penumpang biasa. Ia menawarkan kemudahan premium menerusi teknologi yang mudah diakses dan mesra gaya hidup, termasuk paparan digital sehingga 10.25 inci, pengecas peranti tanpa wayar serta meja lipat terbina pada belakang tempat duduk untuk keselesaan penumpang.

Dikuasakan oleh enjin Smartstream 1.5 liter bersama transmisi Intelligent Variable Transmission (IVT) yang lancar, kenderaan ini mengutamakan keselamatan keluarga melalui pakej bantuan pemanduan Hyundai SmartSense ADAS, yang menawarkan ciri-ciri seperti Smart Cruise Control dengan fungsi Stop & Go.

Hyundai STARGAZER baharu juga akan hadir dengan jaminan yang mengubah landskap segmennya iaitu jaminan 8 tahun atau 160,000 kilometer.

Pratonton Eksklusif di MITEC

Pratonton Hyundai STARGAZER baharu merupakan antara tarikan utama KLIMS 2026 yang berlangsung dari 11 hingga 21 Jun 2026 di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).

Hyundai STARGAZER baharu kini dibuka untuk tempahan dengan tiga pilihan varian dan anggaran harga seperti berikut:

  • Style 7 tempat duduk: RM99,XXX
  • Prime 7 tempat duduk: RM109,XXX
  • X 6 tempat duduk: RM121,XXX

Pengunjung juga boleh memandu uji “WEhicle” terbaharu Hyundai ini bermula 16 Jun 2026 serta membuat tempahan terus di acara tersebut.

Pameran khas ini memberikan satu lagi sebab menarik untuk pembeli kereta dan keluarga mengunjungi pameran tersebut serta melihat sendiri Hyundai STARGAZER baharu dari dekat sebelum ia membuat kemunculan rasmi di bilik pameran dalam masa terdekat.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.hyundai.com/my/en