5 Rumah Paling Mahal Di Dunia

Bagi kebanyakan orang terkaya dunia, rumah bukan sahaja dijadikan tempat tinggal, tetapi sebagai aset kekayaan mereka. Ada juga yang beli rumah untuk dijadikan aset semata-mata.

Ada juga yang tinggal di rumah yang mahal mereka sendiri, takkan dah beli mahal-mahal kemudian nak sewakan pula.

Mari kita lihat rumah yang paling mahal di dunia. Siapakah pemilik rumah mahal ini?

5. Villa Les Cedres, Saint-Jean-Cap-Ferrat, Perancis

Kredit Gambar: Tips Make

Villa ini dibina pada tahun 1830, kemudiannya dibeli pada tahun 1904 oleh Raja Belgia Leopold II. Ia dianggap sebagai salah sebuah rumah termahal di dunia ketika dijual pada tahun 2017 dengan harga USD410 juta.

Les Cedres mempunyai taman seluas 35 hektar dan menempatkan 14 buah bilik tidur. Selain daripada itu, ia juga mempunyai kolam renang yang bersaiz Olimpik, ruang dalaman yang cukup indah dan mengagumkan.

4. Witanhurst, London

Kredit Gambar: Eco Blast Supplies

Nilai anggaran rumah bernilai USD450 juta ini dibina pada awal abad ke-20. Ia adalah rumah kedua terbesar di London, dengan lebih daripada 90,000 kaki persegi. Terdapat 65 buah bilik, termasuk 25 buah bilik tidur.

Rumah ini juga telah digunakan sebagai lokasi penggambaran untuk produksi filem, di antaranya adalah filem The Lost Prince, Tipping the Velvet, dan Fame Academy.

3. Villa Leopolda, Villefranche-Sur-Mer, Perancis

Kredit Gambar: Worthly

Villa Leopolda ini dimiliki oleh Lily Safra dengan nilai anggaran USD750 juta. Ia memiliki 11 bilik tidur dan bilik ini bertempat di kawasan seluas 50 ekar.

Villa La Leopolda dinamakan sempena pemilik asalnya iaitu Raja Leopold II sebelum ianya direka semula oleh arkitek Amerika, Ogden Codman Jr pada tahun 1920-an.

Rumah ini turut mempunyai tempat untuk helikopter, dapur luar dan kolam renang yang sangat menakjubkan.

2. Antilia, Mumbai India

Kredit Gambar: Pinterest

Antilia bernilai sekitar USD2 bilion ini adalah milik jutawan India iaitu Mukesh Ambani. Rumah ini dibina dengan rekabentuk luar biasa yang pastinya memukau sesiapa saja.

Rumah ini dikatakan seluas 400,000 kaki persegi dan terletak di kejiranan Bukit Cumballa, Mumbai. Ia adalah setinggi 27 tingkat.

Rumah ini juga dikatakan dapat menahan gempa bumi setinggi 8 Skala Richter. Selain daripada itu, rumah ini turut mempunyai enam tingkat yang dikhaskan untuk tempat letak kereta, tempat servis kereta, kuil, panggung wayang dan sembilan lif yang berkelajuan tinggi.

1. Istana Buckingham, London

Kredit Gambar: Grid

Dengan memiliki 775 buah bilik, termasuklah 52 buah bilik tidur Diraja dan tetamu, 78 buah bilik mandi dan buah 92 pejabat, rumah Ratu Elizabeth II ini masih memegang kedudukan teratas bagi rumah termahal di dunia dengan harga USD2.9 bilion.

Walaupun beliau memiliki banyak istana dan ladang di seluruh Inggeris, Istana Buckingham ini telah menjadi kediaman rasmi Raja sejak tahun 1837. Memang padan sangat dengan kekayaan melimpah ruah Keluarga Diraja Britain.

Sumber Rujukan:

  1. The Tower Info
  2. Wealthy Gorilla
Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Pengurusan Kesihatan Mental Untuk Usahawanita Moden

usahawanita moden
  • Rutin pengurusan kesihatan mental untuk usahawanita moden
  • Usahawan wanita yang mengurus perniagaan sambil memikul tanggungjawab peribadi
  • Kehidupan moden yang pantas dan kompetitif menyebabkan wanita mudah kemurungan
  • Kesihatan mental yang baik membantu wanita urus tekanan & kekalkan produktiviti kerja

Wanita hari ini bukan lagi sekadar berada di belakang tabir dalam dunia perniagaan. Mereka menjadi pengasas syarikat, pelabur, profesional, pemilik SME dan peneraju pelbagai industri.

Namun, kejayaan tersebut datang bersama tekanan yang mungkin tidak kelihatan.

Bagi sesetengah wanita, selepas tamat waktu pejabat, tanggungjawab belum selesai. Masih ada anak yang perlu diurus, pasangan, keluarga, rumah dan pelbagai keputusan yang perlu dibuat.

Sebab itu kesihatan mental wanita tidak boleh dilihat sebagai isu sampingan.

Baca : Wanita Malaysia Jana Lebih RM176 Juta Pada 2022 Sebagai Hos – Airbnb

Data Kementerian Kesihatan Malaysia melalui NHMS 2023 menunjukkan kira-kira satu daripada lapan rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, dan prevalens kemurungan meningkat dua kali ganda berbanding 2019.

Lebih menarik untuk konteks usahawan, satu kajian terhadap rakyat Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan simptom kemurungan yang lebih tinggi, manakala tekanan menjadi antara faktor penting yang berkait dengan simptom tersebut.

“Kajian terhadap 728 orang dewasa di Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan tahap simptom kemurungan lebih tinggi, dengan tekanan & status sebagai pemilik perniagaan menjadi antara peramal signifikan simptom kemurungan.” – National Library of Medicine

Baca : Pelaburan Bantu Wanita Boleh Wujud Kesan Beriak Bawa Pelbagai Manfaat

Ini bukan bermaksud menjadi usahawan menyebabkan kemurungan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa tekanan keusahawanan dan kesihatan mental wajar diberi perhatian.

Jadi, apakah rutin yang boleh membantu usahawanita moden menjaga kesihatan mental mereka?

1. Rutin Bersenam

Senaman bukan hanya untuk menurunkan berat badan.

Bagi usahawanita yang menghabiskan sebahagian besar hari di hadapan komputer, dalam mesyuarat atau mengurus operasi perniagaan, aktiviti fizikal boleh menjadi ruang untuk keluar seketika daripada tekanan kerja.

rutin bersenam wanita

Tidak semestinya perlu melakukan senaman berat.

Berjalan kaki, berenang, berlari, berbasikal atau melakukan latihan kekuatan secara konsisten sudah boleh menjadi sebahagian daripada rutin.

Yang penting ialah konsistensi, bukan intensiti semata-mata.

Bahkan, menjadikan senaman sebagai rutin mingguan boleh memberikan satu bentuk struktur kepada kehidupan yang mungkin dipenuhi jadual kerja yang tidak menentu.

2. Rutin Penjagaan Diri

Ada satu perkara yang sering berlaku kepada wanita yang terlalu sibuk.

Mereka menjaga semua orang kecuali diri sendiri.

rutin penjagaan diri wanita

Bagi sebahagian wanita, rawatan kecantikan bukan sekadar mahu kelihatan lebih muda atau cantik. Ia juga boleh menjadi masa untuk berhenti seketika daripada rutin kerja.

Namun, penting untuk membezakan self-care daripada tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna.

Penjagaan diri sepatutnya membantu seseorang berasa lebih baik tentang dirinya, bukan menambahkan tekanan untuk memenuhi standard kecantikan tertentu.

3. Rutin Tidur Awal

Usahawan mungkin terkenal dengan bekerja sehingga lewat malam.

Laptop dibuka selepas anak tidur. Telefon masih berbunyi dengan WhatsApp pelanggan. E-mel masih masuk. Idea perniagaan pula datang ketika semua orang sudah tidur.

rutin tidur awal

Masalahnya, otak juga memerlukan masa untuk berehat.

Rutin tidur yang konsisten boleh menjadi salah satu bentuk pengurusan diri yang paling mudah tetapi sering diabaikan.

Sebelum tidur, usahakan untuk mengurangkan penggunaan skrin dan cahaya terang, khususnya apabila ia menyebabkan kita terus terangsang dengan kerja, media sosial atau notifikasi.

Kadangkala masalahnya bukan kita tidak mempunyai masa untuk tidur.

Kita tidak pernah benar-benar berhenti bekerja.

4. Rutin Travel dan Melihat Dunia

Travel juga boleh menjadi satu bentuk “reset” daripada rutin.

Bagi usahawanita yang sentiasa membuat keputusan untuk syarikat, pekerja dan keluarga, perjalanan seorang diri boleh memberikan ruang untuk membuat keputusan berdasarkan diri sendiri.

Tidak perlu sentiasa memilih destinasi popular.

rutin melancong wanita

Asia Tengah, misalnya, menawarkan pengalaman yang berbeza, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan negara-negara lain mempunyai sejarah, budaya dan landskap yang jauh berbeza daripada destinasi pelancongan biasa.

Solo travel juga tidak semestinya bermaksud melarikan diri daripada kehidupan.

Kadangkala ia sekadar memberikan seseorang ruang untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza.

Namun, perjalanan perlu dirancang mengikut kemampuan kewangan, keselamatan dan keadaan diri. Travel yang menambahkan hutang atau tekanan bukanlah self-care.

5. Rutin Beribadah & Kebajikan

Bagi wanita Muslim, pengurusan kehidupan tidak semestinya berhenti pada aspek fizikal dan psikologi.

Ia juga mempunyai dimensi spiritual.

rutin beribadah wanita

Solat, membaca al-Quran, menghadiri kelas ilmu, melakukan amal jariah, menunaikan umrah atau haji boleh menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan yang memberikan ruang untuk seseorang kembali mengingati tujuan hidup yang lebih besar daripada pekerjaan.

Ini juga memberikan perspektif kepada dunia keusahawanan.

Syarikat boleh berkembang. Duit boleh bertambah. Jawatan boleh berubah. Tetapi kehidupan tetap mempunyai dimensi yang lebih luas daripada keuntungan.

Baca : Perangai Wanita Malaysia Selepas Dapat Gaji

Bagi sesetengah usahawanita, amal jariah juga menjadi cara untuk menukar sebahagian daripada kejayaan material kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Alhasil

Menjadi usahawanita moden bukan sekadar tentang membina syarikat dan mencapai keuntungan.

Ia juga tentang kemampuan untuk terus berfungsi sebagai seorang individu, sebagai wanita, ibu, isteri, anak, pemimpin dan manusia yang mempunyai keperluan emosi serta fizikal sendiri.

Sebab itu rutin kecantikan, senaman, tidur, travel dan ibadah tidak sepatutnya dilihat sebagai aktiviti yang membuang masa daripada pekerjaan.

Sebaliknya, ia boleh menjadi sebahagian daripada cara seseorang membina kehidupan yang lebih seimbang.

Pada akhirnya, perniagaan yang berjaya memerlukan seorang pemimpin yang mampu bertahan dalam jangka panjang.

Baca : Kisah Emas Dan Wanita Kelantan

Usahawanita tidak perlu memilih antara kejayaan dan kesejahteraan diri. Yang lebih penting ialah belajar mengurus kedua-duanya.