Google Plus, Media Sosial Keluaran Google Yang Gagal Bersaing

Sebelum wujudnya Facebook seperti yang dilihat oleh genarasi baru hari ini, dunia media sosial sudah pun berkembang pada awal kurun ke-21. Myspace dan Friendster merupakan media yang pernah menjadi fenomena dalam dunia media sosial sehingga tahun 2005.

Facebook yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg telah melihat potensi yang cerah di dalam media sosial dan menubuhkan Facebook setahun sebelumnya. Pada ketika itu, Google juga turut serta di dalam pasaran media sosial.

Nasib malang menimpa Myspace yang pada ketika itu merupakan pemain nombor satu dalam media sosial akibat pihak pengurusan yang tidak faham kehendak pengguna dan melakukan iklan dalam media sosial secara hard-sell menyebabkan media sosial itu terkubur.

Pada ketika itu, hanya Facebook yang mengambil peluang dengan meningkatkan ciri-ciri yang menawan para peminat media sosial yang sudah bosan dengan Myspace. Ciri-ciri yang ditawarkan oleh Facebook sangat sesuai dengan cita rasa para pengguna dan disebabkan perkara tersebut, bilangan pengguna untuk media sosial ini semakin bertambah setiap hari.

Google juga tidak ketinggalan dalam membangunkan media sosial mereka Orkut tetapi tidak fokus kepada media sosial kerana teras perniagaan Google pada ketika itu adalah enjin carian atau search engine. Facebook yang semakin berkembang telah meninggalkan Google dalam perlumbaan media sosial.

Orkut yang dibangunkan oleh Google banyak mendatang masalah kepada pengguna mereka. Selepas membangunakan Orkut, Google turut membangunkan Google Friend Connect dan Google Buzz tetapi aplikasi ini juga tidak berjaya menarik minat orang ramai untuk menggunakanya.

Google Mula Serius Dalam Membangunkan Media Sosial Mereka

Google mula serius untuk mengembangkan platform media sosialnya apbila Facebook bercadang untuk melakukan IPO pada tahun 2012. Keadaan ini akan memberi ruang kepada Facebook untuk mengembangkan lagi syarikat mereka.

Secara asasnya, Google tidak perlu bimbang dengan kebangkitan yang terjadi kepada Facebook kerana Google hanya fokus kepada carian internet manakala Facebook pula fokus kepada media sosial.

Kredit Gambar: Business Insider

Jika diteliti secara terperinci, kita akan sedar bahawa teras perniagaan kedua-dua syarikat ini adalah iklan. Google mengambil langkah awal untuk bersaing dengan Facebook dengan membangukan Google Plus.

Google Plus, Sebuah Media Sosial Yang Gagal

Google Plus merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Google pada tahun 2011. Google percaya mereka mempunyai ruang di dalam media sosial kerana pada masa itu mereka mempunyai hampir setengah bilion pengguna yang menggunakan Gmail.

Kredit Gambar: Techno Bezz

Google yang membangunkan Google Plus yang diintegrasi dalam Gmail bagi memudahkan pengguna akaun Gmail untuk mendaftar ke media sosial Google Plus.

Pada permulaan media sosial ini, Google telah berjaya menarik seramai 10 juta pengguna menggunakan aplikasi ini dalam tempoh 2 minggu ianya dilancarkan. Sayangnya, momentum tersebut tidak dapat diteruskan kerana orang ramai mula sedar aplikasi ini tidak dapat menggantikan Facebook.

Kemuncak pengguna Google Plus (Gmail dintegrasi dengan Google Plus) adalah seramai 524 juta, tetapi mereka tidak menggunakan media sosial itu secara aktif melainkan menggunakan emel sahaja. Media sosial tersebut diibarat sebuah bandar berhantu yang tidak mempunyai pengguna.

Selain itu juga, aplikasi ini dilihat sangat terdesak untuk bersaing dengan Facebook di dalam pasaran tetapi kekurangan ciri-ciri yang terdapat pada Facebook. Disebabkan perkara tersebut, aplikasi ini tidak dipandang oleh orang ramai.

Statistik menunjukan orang ramai menggunakan aplikasi ini hanya 3 minit berbanding menggunakan Facebook selama 7.5 jam dan menunjukan orang sememangnya tidak berminat untuk menggunakan Google Plus.

Akhirnya, Google tidak dapat meneruskan persaingan di dalam media sosial dan secara rasmi telah menutup Google Plus pada tahun 2019 kerana sambutan yang hambar.

Walaupun tidak berjaya seperti yang diharapkan, Google telah mendapat pengalaman dalam aplikasi tersebut dan mereka telah membangunkan satu aplikasi yang dikenali sebagai G Suite yang fokus kepada pengurusan masa dan produktiviti para pengguna mereka.

Sumber Rujukan: Mashable

Sumber: Trading View

Tahukah anda bahawa saham Alphabet (Google) disenaraikan di pasaran saham Amerika Syarikat dan telah naik 73% dalam masa setahun?

First Step Melabur Di Wall Street

Dah lama pendam niat nak melabur saham di Wall Street?
Nak ada pegangan saham syarikat yang terkemuka di dunia seperti FacebookGoogleTesla dan banyak lagi?
Nak merasa buat duit ekstra dalam USD?

Kami tahu kebanyakan buku-buku yang dijual di pasaran adalah dalam Bahasa Inggeris dan susah nak difahami…

Jangan risau…

Demi followers yang disayangi, kami hasilkan e-book yang mudah difahami.

Tak kira anda pelabur baru atau lama, e-book ini memang sesuai untuk anda.

Dalam e-book ini, anda akan belajar:
• 3 indeks yang ada di Wall Street
• Cara pilih saham-saham yang berkualiti
• Cara pilih saham mengikut kriteria
• Teknik yang berkesan untuk beli saham Wall Street
• Cara menentukan saham patuh syariah atau tidak
 Kenali broker-broker yang ada untuk jual beli saham Wall Street
• Dua screener percuma

Dapatkannya sekarang di -> eBook Dari Malaysia Ke Wall Street

Previous ArticleNext Article

Jimat Berlebihan Boleh Melumpuhkan Ekonomi Negara

Dalam ilmu kewangan, kita sering ditekankan dengan pesanan supaya menyimpan wang untuk kegunaan masa hadapan. Pesanan itu tidak salah sama sekali. Namun, dari sudut ekonomi makro, wujud satu fenomena yang dipanggil sebagai ‘Paradox of Thrift’. Jika semua orang, terutamanya mereka yang masih mempunyai pendapatan stabil memutuskan untuk berhenti berbelanja secara drastik, ekonomi tidak akan menjadi lebih kukuh. Sebaliknya, ia akan menjadi lumpuh!

Suntikan tunai daripada perbelanjaan anda sebenarnya adalah minyak pelincir yang menggerakkan enjin ekonomi negara. Jika pendapatan anda tidak terjejas, berikut adalah tiga perkara yang anda perlu teruskan demi kelangsungan ekonomi komuniti.

1. Terus Makan Di Restoran Seperti Biasa

Apabila anda melangkah masuk ke dalam restoran dan memesan sepinggan nasi atau secawan sirap limau, wang tersebut tidak hanya terhenti di tangan pemilik kedai. Ia sebenarnya memulakan satu rantaian ekonomi yang sangat luas.

Sebagai contoh, bayangkan anda membayar RM20 untuk makan tengah hari. Wang itu akan digunakan oleh pemilik restoran untuk membayar bil elektrik kedai, sewa premis dan yang paling penting adalah gaji para pekerja. Pekerja tersebut pula akan menggunakan gaji mereka untuk membeli barangan keperluan harian di pasar raya. Selain itu, pemilik restoran juga perlu membayar pembekal ayam, sayur dan beras di pasar borong.

Jika anda dan ramai lagi orang lain berhenti makan di situ, rantaian ini akan putus. Pembekal sayur akan kehilangan pembeli dan pekerja restoran mungkin kehilangan pekerjaan. Ekonomi adalah satu kitaran yang saling berkait.

2. Terus Membeli Di Gerai Tepi Jalan

Peniaga marhaen atau peniaga kecil biasanya tidak mempunyai simpanan tunai yang besar seperti syarikat korporat. Mereka sangat bergantung kepada aliran tunai harian untuk meneruskan hidup.

Ambil contoh seorang peniaga goreng pisang di simpang jalan. Pelanggan utama mereka mungkin terdiri daripada pekerja pejabat di kawasan sekitar yang masih mempunyai gaji tetap. Jika semua pelanggan ini memutuskan untuk berhenti membeli kerana terlalu panik, jualan peniaga tersebut akan jatuh menjunam.

Kesannya, peniaga kecil ini tidak lagi mampu untuk membeli bahan mentah daripada pembekal lain atau membayar keperluan sekolah anak-anak mereka. Apabila peniaga kecil tidak mempunyai kuasa beli, ekonomi di peringkat akar umbi akan mula mati secara perlahan lahan.

3. Terus Gunakan Perkhidmatan Penghantaran Makanan

Mungkin ada yang berasa bersalah untuk memesan makanan melalui aplikasi seperti Grab atau Foodpanda kerana dianggap membazir kos penghantaran. Namun, sedarilah bahawa dalam situasi ekonomi yang mencabar, sektor ekonomi gig adalah penyelamat utama bagi mereka yang telah kehilangan pekerjaan tetap.

Misalnya, anda memesan makanan secara segera kerana tidak sempat memasak atau ada urusan penting. Wang yang anda belanjakan itu bukan sahaja memberi keuntungan kepada vendor makanan, tetapi ia memberikan pendapatan langsung kepada rider yang menghantarnya.

Bagi anda, caj penghantaran mungkin sekadar beberapa ringgit sahaja. Tetapi bagi seorang rider, itulah modal untuk mereka mengisi minyak motosikal dan menyediakan makanan di atas meja untuk keluarga mereka. Dengan terus membuat pesanan, anda sedang memastikan ekosistem logistik ini terus bernafas.

Berjimat Biar Bertempat

Kita perlu bijak membezakan antara amalan berjimat dengan tindakan berhenti berbelanja. Berjimat bermaksud anda mengurangkan pembelian barangan mewah yang tidak perlu seperti gajet terbaharu atau barangan berjenama.

Memang benar, mengurangkan pembelian gajet atau barangan mewah mungkin menjejaskan pekerja di sektor tersebut. Namun, dalam fasa menghadapi krisis, keutamaan kita adalah pada keperluan asas dan ekonomi tempatan.

Wang yang dibelanjakan di gerai nasi lemak atau restoran tempatan berpusing lebih cepat dalam komuniti setempat berbanding pembelian barangan import yang keuntungannya akan mengalir ke luar negara. Pekerja kedai gajet mungkin terkesan, namun kerosakan ekonomi adalah jauh lebih parah jika peniaga makanan dan pembekal bahan mentah (nadi utama rakyat) yang tumbang dahulu.

Jika anda masih mempunyai slip gaji yang stabil dan aliran tunai yang sihat, jadilah wira ekonomi yang tidak didendang. Teruskan menyokong peniaga marhaen di sekeliling anda.