Insan Penting Di Sebalik Kejayaan SpaceX Selain Daripada Elon Musk

Tidak dinafikan bahawa SpaceX pada hari ini merupakan syarikat persendirian yang paling berjaya dalam penerokaan angkasa lepas. Sebelum ini, penerokaan angkasa lepas hanyalah dilakukan oleh negara-negara tertentu saja dan SpaceX telah membuktikan mereka mampu menghasilkan teknologi roket yang sukar dengan kos yang rendah.

SpaceX juga merupakan syarikat perintis kepada penggunaan teknologi guna semula enjin roket selepas enjin roket dilancurkan ke orbit bumi. Sebelum ini, enjin roket boleh digunakan hanya sekali setiap kali pelancaran roket.

Dengan teknologi yang dibagunkan oleh SpaceX, ia membuka mata banyak pihak bahawa teknologi seperti itu boleh dihasilkan yang akan mengurangkan kos pelancaran roket ke angkasa.

Permulaan SpaceX

SpaceX merupakan syarikat yang dibangunkan oleh Elon Musk pada tahun 2002. Selepas berjaya menjual PayPal kepada eBay, Elon Musk pada ketika itu mempunyai sejumlah wang yang cukup banyak.

Menurut kawannya Jim Cantrell (seorang jurutera NASA dalam pembinaan roket), Elon Musk telah menelefon beliau untuk pergi ke Rusia bagi membeli sebuah roket (ICBM- Intercontinental Ballistic Missile) refurbished yang digunakan untuk melancarkan senjata nuklear.

Elon Musk mendapat maklumat bahawa Jim Cantrell mempunyai kenalan di Rusia yang mampu menjual roket kepadanya. Setelah tiba di Rusia, permintaan mereka untuk mendapatkan roket refurbished di sana ditolak kerana teknologi iu dibuat untuk peperangan, bukan dijual kepada jutawan yang berasal dari Amerika Syarikat.

Paling diingati mereka berdua adalah, Rusia bukan sahaja enggan menjual roket tersebut kepada mereka, malah mereka juga telah meludah sehingga terkena kasut mereka.

Mereka berdua pulang ke Amerika Syarikat dalam keadaan hampa. Walaupun begitu, Elon Musk tidak berputus asa dalam impiannya menubuhkan syarikat berkaitan dengan aeroangkasa.

Siapa Thomas Mueller?

Kredit Gambar: Popular Mechanics

Tanpa Thomas Mueller, sukar untuk kita melihat apa yang kita lihat pada SpaceX. Thomas Mueller merupakan orang yang sangat penting dan menjadi tulang belakang SpaceX selepas Elon Musk.

Beliau merupakan ketua jurutera yang menghasilkan roket untuk SpaceX. Beliau dilahirkan di Idaho dan sejak kecil lagi dia berminat dengan roket dan telah mengambil jurusan kejuruteraan mekanikal di Universiti Idaho.

Selepas tamat pengajian di perigkat ijazah, Thomas Mueller berhijrah ke California dan mula mencari perkejaan yang sesuai dengan kelayakannya. Akhirnya beliau berjaya mendapat kerja di TRW yang merupakan sebuah syarikat aeroangkasa dan bekerja di sana selama 15 tahun.

Beliau dapat merasakan bahawa TRW tidak mempunyai visi yang jelas dan akhirnya bertindak untuk keluar dari syarikat tersebut. Beliau kemudian berjumpa dengan Elon Musk ketika berada di gurun Mojave.

Pada ketika itu, Thomas Mueller merupakan ahli kelab Reaction Research Society dan mencipta roket amatur untuk kelab ini. Elon Musk yang tertarik dengan ciptaannya itu, kemudian mengajak Thomas Mueller untuk mengasaskan syarikat SpaceX bersamanya.

Thomas Mueller begitu kagum dengan visi yang dibawa oleh Elon Musk terus bersetuju bersama Elon Musk dalam membangunkan syarikat SpaceX bersama-sama untuk menerokai angkasa.

Jasa Thomas Mueller Terhadap SpaceX

Kredit Gambar: Twitter

Sumbangan paling besar Thomas Mueller adalah dengan membangunkan enjin roket Merlin. Enjin roket ini dibangunkan dari kosong sehingga berjaya dilancarkan ke orbit bumi pada tahun 2008.

Jatuh bangun SpaceX adalah bergantung kepada Thomas Mueller selain daripada Elon Musk.

Baca: Bagaimana SpaceX Tewaskan Boeing Di Dalam Perlumbaan Angkasa Lepas?

Enjin yang dibangunkan oleh Thomas Mueller ini telah menyedarkan banyak pihak bahawa industri roket ini boleh dilancarkan dengan kos yang rendah jika roket dapat digunakan berulang kali. SpaceX yang mendapat kontrak daripada NASA, telah berupaya menyelamatkan kedudukan kewangan syarikat ini selain daripada duit poket Elon Musk sendiri.

Kini, SpaceX bukan sahaja berjaya melancarkan roket mereka ke orbit malah turut berjaya membawa angakasawan NASA ke ISS dengan menggunakan roket buatan mereka pada tahun lepas. Tanpa kepakaran Thomas Mueller, sukar untuk kita melihat SpaceX seperti yang kita lihat pada hari ini.

Thomas Mueller meninggalkan SpaceX pada akhir tahun lepas dan telah bersara sebagai ketua jurutera SpaceX setelah hampir dua dekad mencurah bakti di sana.

Sumber Rujukan: News Think

Previous ArticleNext Article

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.