Bagaimana SpaceX Tewaskan Boeing Di Dalam Perlumbaan Angkasa Lepas?

Industri berkaitan aeroangkasa bakal memberi pulangan yang sangat lumayan kepada pemain yang ada di dalam bidang tersebut. Sebelum ini, teknologi pembuatan roket yang berupaya untuk menghantar manusia ke angkasa lepas hanya dimiliki oleh dua negara sahaja.

Amerika Syarikat dan Rusia merupakan negara yang pertama di dunia menghantar manusia ke angkasa lepas. Oleh kerana hanya dua negara ini sahaja yang mempunyai kepakaran di dalam teknologi roket yang melibatkan aeroangkasa, kos untuk menghasilkan teknologi ini sangat tinggi.

Rusia pula menghantar para angkasawan mereka menggunakan roket Soyuz yang mana teknologi roket ini sudah terkenal lebih murah dan juga terbukti selamat untuk membawa manusia ke angkasa lepas berbanding dengan Amerika Syarikat.

Sebelum ini, mereka membangunkan program Space Shuttle yang mempunyai kos operasi yang sangat tinggi sehingga menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat terpaksa menghentikannya pada tahun 2011.

Sejak dari itu, pihak NASA (National Aeronautics and Space Administration) tidak lagi menghantar angkasawan mereka melalui roket buatan sendiri. Sebaliknya hanya membayar kepada pihak Rusia bagi membawa angkasawan negara mereka ke Stesen Angkasa Lepas (ISS).

Pada ketika itu, hanya roket Soyuz sahaja yang merupakan satu-satunya jalan untuk ke ISS. Peningkatan kos yang semakin tinggi dari tahun ke tahun telah menyebabkan NASA mula membuka kontrak mereka kepada syarikat aeroangkasa di negaranya bagi menjimatkan kos menghantar angkasawan ke ISS.

Hasilnya, dua buah syarikat berjaya mendapat kontrak dari NASA ini iaitu Boeing dan juga SpaceX.

Boeing VS SpaceX

This image has an empty alt attribute; its file name is Bagaimana-SpaceX-Tewaskan-Boieng-Di-Dalam-Perlumbaan-Angkasa-Lepas2.jpg
Kredit Gambar: Space

Boeing merupakan syarikat yang tidak asing lagi dalam menjalinkan kerjasama dengan NASA di dalam pembangunan roket untuk ke angkasa lepas. Boeing merupakan salah sebuah syarikat yang membina enjin roket Apollo ketika membawa misi utama negara tersebut ke bulan pada akhir tahun 1960-an.

SpaceX pula merupakan syarikat yang baru jika dibandingkan dengan Boeing, yang jauh lebih berpenglaman di dalam menghasilkan roket dan peralatan untuk industri aeroangkasa. Ianya telah diasaskan oleh Elon Musk pada tahun 2002.

Beliau mengasaskan SpaceX apabila pihak Rusia enggan menjual roket untuk membawa manusia ke stesen angkasa lepas. Elon Musk yang kecewa dan kemudian kembali ke Amerika Syarikat untuk membina roket mereka sendiri.

Selepas kejadian tersebut, Elon Musk tidak lagi menoleh ke belakang untuk membina roket bagi membawa manusia ke angkasa lepas.

Jika dibandingkan dengan Boeing, SpaceX banyak kekurangan pada peringkat awalnya daripada segi kepakaran dan juga kewangan. Boeing  merupakan syarikat penerbangan terbesar di dunia pada ketika itu, dengan kedudukan kewangan yang lebih kukuh jika dibandingkan dengan SpaceX.

Keuntungan yang diperolehi oleh Boeing telah disalurkan bagi tunjuan untuk membangunkan roket berbanding dengan SpaceX yang menggunakan duit peribadi Elon Musk pada permulaan perjalanan syarikat tersebut.

Bagaimana SpaceX Berjaya Tewaskan Boeing?

Walaupun kelebihan memihak kepada Boein, itu tidak dapat menghalang Elon Musk daripada terus mengejar impiannya. Kedua-dua syarikat ini berlumba membina roket generasi baru, dengan SpaceX memberi nama Dragon manakala Boeing dengan nama Starliner.

Roket generasi baru ini dibina menggunakan kontrak yang diberi oleh NASA bagi mengurangkan kebergantungan kepada Rusia. Boeing mendapat sebanyak USD4.3 bilion berbanding dengan SpaceX yang hanya dapat USD2.5 bilion ketika kontrak ini diberikan.

Kredit Gambar: Evolving Science

Pada tahun lepas, SpaceX telah berjaya membawa angkasawan NASA ke ISS dan secara rasminya telah menewaskan Boeing di dalam perlumbaan tersebut. Boeing mengalami masalah di dalam pelancaran roket buatan mereka apabila perisian untuk mengawal roket tidak berfungsi seperti sepatutnya.

Dengan masalah teknikal yang dihadapai oleh Boeing, mereka terpaksa mengubah hampir keseluruhan program mereka untuk menjayakan misi ini. Dengan kelewatan tersebut, mereka telah ditewaskan oleh SpaceX dalam menghantar angkasawan NASA ke ISS.

Pengajarannya, walaupun syarikat yang dibina oleh Elon Musk pada mulanya dipandang lekeh oleh pesaing mereka kerana tidak mempunyai pengalaman di dalam bidang aeroangkasa; tetapi mereka akhirnya berjaya dengan semangat jitu dan sikap tidak mudah putus asa.

Sumber Rujukan:

Saham SpaceX mungkin tidak disenaraikan di pasaran saham, namun saham Tesla yang juga dimiliki oleh Elon Musk boleh kita beli di Wall Street.

Sedap buat duit dalam USD. Saham-saham gergasi dunia seperti Microsoft, Google, Twitter dan Zoom semua ada di Wall Street.

Kejap, tahu tak berapa pulangan saham ini pada 2020?

Zoom – 390.86%
AMD – 86.78%
Twitter – 67.65%
Microsoft – 38.48%
Google (Alphabet) – 28.05%

Dan yang bestnya, minimum unit untuk memiliki saham ini semua hanya satuuuuu unit je.

Teringin nak explore pasaran saham Wall Street yang patuh shariah? Pendaftaran SAHAM WALL STREET 2.0 kini dibuka..!!!

Ini adalah kelas intensif.

Bila tu?

Tarikh: 6-7 Februari 2021 (Sabtu-Ahad)
Masa: 9 pagi – 5 petang
Belajar secara Live melalui aplikasi ZOOM

Menampilkan Tuan Mukhriz Mangsor (ACSI, CFTe, MSTA) sebagai coach utama.

ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI WEBINAR SAHAM WALL STREET

1. LEARN A WINNING SYSTEM

• Cara mula dengan modal kecil dan cara untuk gandakannya – “roll profits”

2. PROVEN FUNDAMENTAL

3. READ CHART LIKE A PRO

4. PLATFORM

• Cara guna Platform global untuk melabur dan berdagang di pasaran saham US

5. SCREENER

6. PORTFOLIO MANAGEMENT

7. SENTIMEN

8. SAHAM KAJIAN

9. SAHAM-SAHAM WATCHLIST

Alhamdulillah, antara feedback yang kami dapat dari webinar yang lalu…

“Pengajaran Tuan Mukhriz straight to the point. Strategi & trading mekanikal boleh difahami dan dipraktiskan.”

“Dapat lebih info dari pengalaman seorang pelabur sebenar bagi saham USA..”

“Silibus tersusun, cara pemilihan saham dan market structure..”

Speaker dah power, modul pun power.

InshaAllah kita jadikan 2021 tahun untuk kita tambah skill baru agar dapat memberi kesenangan kepada keluarga.

Seperti biasa ada harga istimewa menanti kepada early bird, cepat klik:

➡️ https://thekapital.my/wallstreet

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.