Ini Pelaburan Mata Wang Patuh Syariah Untuk Pelabur Runcit

Lupakan Forex Trading Online. Sejak tahun 2012 lagi instrumen ini telah difatwakan tidak patuh syariah (bukan kami yang kata, sila rujuk sini). Nampak para Ustaz terlibat dalam Forex Trading Online tidak menjadikan ia patuh syariah.

Ini kerana urusniaga forex trading (baca Broker Forex) tersebut tidak mematuhi beberapa rukun / syarat yang menyebabkannya tidak patuh syariah.

Majoriti Broker Forex Trading Online di luar sana menggunakan CFD. Tiada produk yang didagangkan, hanya bermain dengan pergerakan harga. Nak tahu apa itu CFD, boleh rujuk video ini.

Tetapi kenapa Islamic bank boleh trade forex? Nak tahu jawapannya, jemput baca artikel Betul Ke Perbankan Islam Trade Forex?

Pelaburan Mata Wang Islamik?

Kredit Gambar: Maybank

Bagi pelabur runcit, kini ada peluang untuk melabur ke dalam pelaburan mata wang Islamik dengan modal minima RM50,000, secara spesifiknya Islamic Dual Currency Investment oleh Maybank Islamik.

Ianya merupakan pelaburan jangka masa pendek yang patuh syariah ke dalam mata wang pilihan dan mata wang alternatif. Ianya patuh syariah kerana mematuhi prinsip:

  • Murabahah (kos tambah / cost plus) menerusi persetujuan Tawarruq
  • Wa’d (usaha / undertaking)
  • Bai’ al-Sarf (kontrak tukaran mata wang / currency exchange contract)

Di antara ciri-ciri dan kelebihan produk Islamic Dual Currency Investment ini:

  • Tempoh pelaburan patuh syariah jangka masa pendek (1 minggu ke 2 bulan)
  • Kadar keuntungan yang dipertingkatkan (sehingga dua digit)
  • Pelbagai pilihan pasangan mata wang
  • Apabila matang, jumlah pelaburan dan keuntungan boleh dibayar ke dalam Mata Wang Asas atau Mata Wang Alternatif
  • Boleh disesuaikan – pilih pasangan mata wang, tempoh dan kadar keuntungan berdasarkan keperluan pelaburan dan risiko
  • Pulangan tinggi, tempoh pelaburan jangka pendek
  • Tiada yuran dan caj tersembunyi
  • Kepelbagaian portfolio pelaburan

Nampaknya sekarang kita sudah ada pilihan untuk melabur dalam mata wang (currency) yang patuh syariah.

Semoga usaha memperhebatkan lagi produk-produk patuh Syariah sebegini diperluas supaya dapat mengelakkan umat Islam terlibat dalam sistem kewangan yang berasaskan riba.

Previous ArticleNext Article

Wahed Real Estate Perkenal Cara Baharu Melabur Hartanah

Bila sebut Wahed, ramai mengenalinya sebagai platform pelaburan patuh syariah yang menawarkan robo-advisor untuk melabur dalam portfolio saham, sukuk dan emas secara digital.

Di Malaysia, Wahed beroperasi melalui Wahed Technologies Sdn Bhd yang dilesenkan dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) sebagai Digital Investment Manager (DIM). Ini bermakna ia tertakluk kepada keperluan pelesenan, tadbir urus dan perlindungan pelabur yang ditetapkan oleh SC.

Selepas berjaya menarik ramai pelabur melalui platform robo-advisor mereka, Wahed kini memperkenalkan satu lagi produk pelaburan iaitu Wahed Real Estate, yang membolehkan pelabur memiliki sebahagian daripada hartanah melalui konsep fractional ownership atau pemilikan pecahan.

Terbaharu, projek Sky Suites @ KLCC, sebuah unit kediaman 3 bilik yang terletak kira-kira 300 meter dari Menara Berkembar Petronas, dilaporkan habis dilanggan (sold out) sepenuhnya ketika fasa akses awal sebelum sempat dibuka kepada orang ramai.

Menurut Wahed, apabila pendaftaran awam sepatutnya dibuka, keseluruhan kuota pelaburan telah pun diambil oleh pelabur yang berada dalam senarai menunggu.

Menarik Perhatian Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

Menariknya, Wahed X Sdn Bhd, yang merupakan sebahagian daripada kumpulan Wahed, telah dipilih sebagai salah satu peserta kohort pertama Regulatory Sandbox Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di bawah kategori Alternative Real Estate Investments pada tahun 2025.

Regulatory Sandbox diwujudkan bagi membolehkan syarikat menguji produk dan model pelaburan baharu dalam persekitaran yang dipantau oleh SC sebelum diperkenalkan secara lebih meluas kepada pasaran. Penyertaan Wahed X menunjukkan bahawa model pelaburan hartanah alternatif seperti pemilikan pecahan (fractional ownership) semakin mendapat perhatian dalam industri pasaran modal Malaysia.

Permintaan Lebih Tinggi Daripada Jangkaan

Sebelum ini, projek jemputan khas pertama Wahed iaitu Mosaic Southkey di Johor Bahru berjaya mengumpul kira-kira RM1 juta dalam tempoh hanya enam hari. Malah, berdasarkan maklumat yang dikongsikan Wahed, projek tersebut menawarkan pulangan tahunan unjuran sekitar 10.54% setahun, gabungan daripada hasil sewaan dan potensi kenaikan nilai hartanah.

Menariknya, Wahed Real Estate masih beroperasi menggunakan sistem waiting list. Ini bermakna pelabur yang berminat perlu mendaftar terlebih dahulu bagi mendapatkan akses kepada projek-projek yang akan datang. Melihat kepada beberapa projek terdahulu yang habis dilanggan dalam tempoh singkat, tidak mustahil projek akan datang turut menerima sambutan yang sama daripada pelabur yang ingin mendapatkan pendedahan kepada pasaran hartanah premium melalui modal yang lebih rendah.

Bagaimana Wahed Real Estate Berfungsi?

Secara ringkas, pelabur tidak membeli keseluruhan hartanah.

Sebaliknya, ramai pelabur akan mengumpulkan modal untuk memiliki sebuah hartanah melalui struktur pemilikan yang ditetapkan oleh platform. Pulangan pula biasanya datang daripada dua sumber utama:

  • Pendapatan sewaan hartanah
  • Kenaikan nilai hartanah apabila dijual pada masa hadapan

Ini membolehkan pelabur mendapat pendedahan kepada pasaran hartanah premium tanpa perlu menyediakan modal yang besar seperti membeli hartanah secara individu.

Selain itu, pelabur juga tidak perlu menguruskan urusan harian seperti mencari penyewa, mengutip sewa, mengurus penyelenggaraan atau menangani pelbagai isu berkaitan hartanah. Semua urusan pengurusan aset dilakukan oleh pihak yang dilantik, menjadikan pelaburan hartanah lebih mudah diakses oleh pelabur biasa.

Kenapa Ramai Berminat?

Antara faktor yang mungkin menarik perhatian pelabur:

  • Modal permulaan lebih rendah berbanding membeli hartanah secara individu
  • Pendedahan kepada pasaran hartanah premium seperti KLCC dan Johor Bahru
  • Pendapatan daripada hasil sewaan
  • Potensi keuntungan apabila hartanah dijual pada harga lebih tinggi
  • Patuh syariah melalui pemilikan aset sebenar

Jangan Lupa Risikonya

Walaupun sambutannya menggalakkan, pelaburan hartanah bukanlah jaminan keuntungan.

Pulangan bergantung kepada beberapa faktor seperti:

  • Kadar penghunian penyewa
  • Kos penyelenggaraan
  • Keadaan pasaran hartanah
  • Harga jualan apabila aset dilupuskan

Jika harga hartanah menurun atau unit gagal disewakan, pulangan pelabur juga boleh terjejas.

Adakah Ini Masa Depan Pelaburan Hartanah?

Dahulu, nak memiliki hartanah bernilai hampir RM1 juta mungkin di luar kemampuan ramai orang.

Hari ini, teknologi membolehkan pelabur memiliki sebahagian kecil hartanah premium dengan modal yang jauh lebih rendah.

Persoalannya, adakah model fractional ownership seperti ini bakal menjadi alternatif kepada pelaburan hartanah tradisional?

Kalau diberi pilihan, anda lebih suka beli satu rumah sendiri atau memiliki sebahagian daripada beberapa hartanah melalui platform seperti Wahed Real Estate?

Nak cuba platform Wahed? Pertama sekali, kita kena muat turun aplikasi Wahed Invest di Google Play Store atau Apple App Store. Gunakan kod referral MOHAHM884 semasa pendaftaran dan anda akan menerima RM20 sebagai tambahan modal pelaburan untuk memulakan perjalanan pelaburan anda (tertakluk kepada terma dan syarat semasa).
Kod Referral: MOHAHM884

MajalahLabur mungkin menerima manfaat apabila pembaca mendaftar menggunakan pautan tersebut. Terima kasih!

Penafian: Artikel ini bertujuan untuk perkongsian maklumat dan bukan merupakan nasihat kewangan atau cadangan untuk membeli, menjual atau melanggan mana-mana produk pelaburan. Setiap pelaburan mempunyai risiko tersendiri dan prestasi masa lalu tidak menjamin pulangan pada masa hadapan. Pelabur disarankan untuk membaca dokumen berkaitan, memahami risiko yang terlibat serta mendapatkan nasihat profesional sebelum membuat keputusan pelaburan.