5 Cara Nak Guna Maybank Anytime, Everyone (MAE) Yang Anda Kena Tahu

Baru-baru ini, Maybank telah memperkenalkan e-wallet mereka sendiri yang dikenali sebagai MAE. MAE boleh digunakan oleh pengguna Maybank dan pengguna bank lain juga.

Ia mempunyai tujuan dan fungsinya yang tersendiri. Banyak sebenarnya kegunaan Maybank MAE selain daripada untuk transfer duit semata-mata. 

Tetapi anda perlu tahu bahawa MAE menggunakan kaedah pembayaran ‘cashless’ yang bersesuaian dengan teknologi masa kini.  Jom kita lihat cara-cara menggunakan e-wallet Maybank MAE untuk panduan kita semua.

1. Pembayaran Menggunakan MAE

  1. Buka aplikasi MAE dan tekan pada ruangan ‘Money Out’.
  2. Tekan pada butang ‘Pay With QR’.
  3. Kemudian, scan ‘QR code’ pada ruangan imbasan QR code menggunakan aplikasi Maybank MAE.
  4. Setelah imbasan dibuat, masukkan nilai yang anda inginkan di ruangan ‘Enter Amount’ dan tekan butang ‘OK’.
  5. Selepas itu, anda akan menerima SMS yang menyatakan pembayaran anda telah berjaya.

2. Transfer Duit MAE Ke Akaun Lain

Dengan MAE Maybank, anda boleh memindahkan wang ke mana-mana bank yang anda inginkan. Sebagai contoh, jika anda bukan pengguna Maybank dan menggunakan aplikasi MAE Maybank, anda boleh memindahkan wang dari e-wallet MAE dan ke akaun bank yang lain juga.

Cara-caranya adalah seperti berikut:

  1. Tekan ‘Transfer Money’ pada paparan Maybank MAE dan masukkan kata laluan anda.
  2. Anda boleh membuat pilihan sama ada ingin membuat ‘Instant Transfer’ ataupun melalui DuitNow.
  3. Selepas itu, pilih bank yang anda mahu memindahkan wang dan masukkan nombor akaun serta jumlah yang diinginkan.
  4. Kemudian, masukkan ‘recipient reference’ dan tekan butang ‘Continue’. Selepas selesai pada bahagian ‘recipient reference’, maka pilih ‘funds transfer’ dan tekan butang ‘Continue’ sekali lagi.
  5. Akhir sekali, tekan ‘Transfer Now’ dan ‘Approve’ untuk menyelesaikan urusan pemindahan wang.

3. Cara Menyemak Perbelanjaan Dengan MAE

This image has an empty alt attribute; its file name is 5-Cara-Nak-Guna-Maybank-Anytime-Everyone-MAE-Yang-Anda-Kena-Tahu1-700x388.jpg
Kredit Gambar: Harian Post

Sekiranya anda ingin membuat semakan perbelanjaan, anda boleh tekan pada ‘Spending Summary’ pada aplikasi Maybank MAE anda. Di sana, anda boleh melihat perbelanjaan secara keseluruhan pada tempoh masa yang anda inginkan.

4. Cara Menyimpan Wang Melalui Tabung MAE

Kini dengan Maybank MAE, anda boleh menyimpan wang melalui tabung Maybank MAE bagi segala tujuan yang diingini. Maybank MAE akan memaklumkan kepada anda mengenai jumlah simpanan setiap bulan yang perlu dibuat untuk mencapai matlamat tersebut.

5. Cara Memperolehi Kad Fizikal MAE

  1. Layari Maybank internet banking dan pergi ke bahagian Maybank2u dan tekan pada butang ‘Cards’.
  2. Kemudian, tekan pada ‘MAE Debit Card’ dan tekan pada butang ‘Apply For Physical MAE Card’.
  3. Selepas itu, permohonan anda diproses dan sekiranya berjaya ia akan dihantar ke lokasi anda.

Kesimpulannya, dengan Maybank MAE segala urusan anda menjadi sangat mudah. Ia juga dapat memudahkan pengurusan kewangan di era moden ini.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Pengurusan Kesihatan Mental Untuk Usahawanita Moden

usahawanita moden
  • Rutin pengurusan kesihatan mental untuk usahawanita moden
  • Usahawan wanita yang mengurus perniagaan sambil memikul tanggungjawab peribadi
  • Kehidupan moden yang pantas dan kompetitif menyebabkan wanita mudah kemurungan
  • Kesihatan mental yang baik membantu wanita urus tekanan & kekalkan produktiviti kerja

Wanita hari ini bukan lagi sekadar berada di belakang tabir dalam dunia perniagaan. Mereka menjadi pengasas syarikat, pelabur, profesional, pemilik SME dan peneraju pelbagai industri.

Namun, kejayaan tersebut datang bersama tekanan yang mungkin tidak kelihatan.

Bagi sesetengah wanita, selepas tamat waktu pejabat, tanggungjawab belum selesai. Masih ada anak yang perlu diurus, pasangan, keluarga, rumah dan pelbagai keputusan yang perlu dibuat.

Sebab itu kesihatan mental wanita tidak boleh dilihat sebagai isu sampingan.

Baca : Wanita Malaysia Jana Lebih RM176 Juta Pada 2022 Sebagai Hos – Airbnb

Data Kementerian Kesihatan Malaysia melalui NHMS 2023 menunjukkan kira-kira satu daripada lapan rakyat Malaysia berusia 15 tahun ke atas mengalami kemurungan, dan prevalens kemurungan meningkat dua kali ganda berbanding 2019.

Lebih menarik untuk konteks usahawan, satu kajian terhadap rakyat Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan simptom kemurungan yang lebih tinggi, manakala tekanan menjadi antara faktor penting yang berkait dengan simptom tersebut.

“Kajian terhadap 728 orang dewasa di Malaysia mendapati pemilik perniagaan menunjukkan tahap simptom kemurungan lebih tinggi, dengan tekanan & status sebagai pemilik perniagaan menjadi antara peramal signifikan simptom kemurungan.” – National Library of Medicine

Baca : Pelaburan Bantu Wanita Boleh Wujud Kesan Beriak Bawa Pelbagai Manfaat

Ini bukan bermaksud menjadi usahawan menyebabkan kemurungan. Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa tekanan keusahawanan dan kesihatan mental wajar diberi perhatian.

Jadi, apakah rutin yang boleh membantu usahawanita moden menjaga kesihatan mental mereka?

1. Rutin Bersenam

Senaman bukan hanya untuk menurunkan berat badan.

Bagi usahawanita yang menghabiskan sebahagian besar hari di hadapan komputer, dalam mesyuarat atau mengurus operasi perniagaan, aktiviti fizikal boleh menjadi ruang untuk keluar seketika daripada tekanan kerja.

rutin bersenam wanita

Tidak semestinya perlu melakukan senaman berat.

Berjalan kaki, berenang, berlari, berbasikal atau melakukan latihan kekuatan secara konsisten sudah boleh menjadi sebahagian daripada rutin.

Yang penting ialah konsistensi, bukan intensiti semata-mata.

Bahkan, menjadikan senaman sebagai rutin mingguan boleh memberikan satu bentuk struktur kepada kehidupan yang mungkin dipenuhi jadual kerja yang tidak menentu.

2. Rutin Penjagaan Diri

Ada satu perkara yang sering berlaku kepada wanita yang terlalu sibuk.

Mereka menjaga semua orang kecuali diri sendiri.

rutin penjagaan diri wanita

Bagi sebahagian wanita, rawatan kecantikan bukan sekadar mahu kelihatan lebih muda atau cantik. Ia juga boleh menjadi masa untuk berhenti seketika daripada rutin kerja.

Namun, penting untuk membezakan self-care daripada tekanan untuk sentiasa kelihatan sempurna.

Penjagaan diri sepatutnya membantu seseorang berasa lebih baik tentang dirinya, bukan menambahkan tekanan untuk memenuhi standard kecantikan tertentu.

3. Rutin Tidur Awal

Usahawan mungkin terkenal dengan bekerja sehingga lewat malam.

Laptop dibuka selepas anak tidur. Telefon masih berbunyi dengan WhatsApp pelanggan. E-mel masih masuk. Idea perniagaan pula datang ketika semua orang sudah tidur.

rutin tidur awal

Masalahnya, otak juga memerlukan masa untuk berehat.

Rutin tidur yang konsisten boleh menjadi salah satu bentuk pengurusan diri yang paling mudah tetapi sering diabaikan.

Sebelum tidur, usahakan untuk mengurangkan penggunaan skrin dan cahaya terang, khususnya apabila ia menyebabkan kita terus terangsang dengan kerja, media sosial atau notifikasi.

Kadangkala masalahnya bukan kita tidak mempunyai masa untuk tidur.

Kita tidak pernah benar-benar berhenti bekerja.

4. Rutin Travel dan Melihat Dunia

Travel juga boleh menjadi satu bentuk “reset” daripada rutin.

Bagi usahawanita yang sentiasa membuat keputusan untuk syarikat, pekerja dan keluarga, perjalanan seorang diri boleh memberikan ruang untuk membuat keputusan berdasarkan diri sendiri.

Tidak perlu sentiasa memilih destinasi popular.

rutin melancong wanita

Asia Tengah, misalnya, menawarkan pengalaman yang berbeza, Kazakhstan, Uzbekistan, Kyrgyzstan dan negara-negara lain mempunyai sejarah, budaya dan landskap yang jauh berbeza daripada destinasi pelancongan biasa.

Solo travel juga tidak semestinya bermaksud melarikan diri daripada kehidupan.

Kadangkala ia sekadar memberikan seseorang ruang untuk melihat kehidupan dari perspektif yang berbeza.

Namun, perjalanan perlu dirancang mengikut kemampuan kewangan, keselamatan dan keadaan diri. Travel yang menambahkan hutang atau tekanan bukanlah self-care.

5. Rutin Beribadah & Kebajikan

Bagi wanita Muslim, pengurusan kehidupan tidak semestinya berhenti pada aspek fizikal dan psikologi.

Ia juga mempunyai dimensi spiritual.

rutin beribadah wanita

Solat, membaca al-Quran, menghadiri kelas ilmu, melakukan amal jariah, menunaikan umrah atau haji boleh menjadi sebahagian daripada rutin kehidupan yang memberikan ruang untuk seseorang kembali mengingati tujuan hidup yang lebih besar daripada pekerjaan.

Ini juga memberikan perspektif kepada dunia keusahawanan.

Syarikat boleh berkembang. Duit boleh bertambah. Jawatan boleh berubah. Tetapi kehidupan tetap mempunyai dimensi yang lebih luas daripada keuntungan.

Baca : Perangai Wanita Malaysia Selepas Dapat Gaji

Bagi sesetengah usahawanita, amal jariah juga menjadi cara untuk menukar sebahagian daripada kejayaan material kepada sesuatu yang memberi manfaat kepada orang lain.

Alhasil

Menjadi usahawanita moden bukan sekadar tentang membina syarikat dan mencapai keuntungan.

Ia juga tentang kemampuan untuk terus berfungsi sebagai seorang individu, sebagai wanita, ibu, isteri, anak, pemimpin dan manusia yang mempunyai keperluan emosi serta fizikal sendiri.

Sebab itu rutin kecantikan, senaman, tidur, travel dan ibadah tidak sepatutnya dilihat sebagai aktiviti yang membuang masa daripada pekerjaan.

Sebaliknya, ia boleh menjadi sebahagian daripada cara seseorang membina kehidupan yang lebih seimbang.

Pada akhirnya, perniagaan yang berjaya memerlukan seorang pemimpin yang mampu bertahan dalam jangka panjang.

Baca : Kisah Emas Dan Wanita Kelantan

Usahawanita tidak perlu memilih antara kejayaan dan kesejahteraan diri. Yang lebih penting ialah belajar mengurus kedua-duanya.