Moratorium Dah Habis, TIPS Jika Tak Mampu Bayar Hutang

Kalau pendapatan ahli keluarga semuanya adalah di bawah RM 3,000 dan RM 5,000, pasti akan merasa terkesan dan membolehkan anda memohon moratorium pada tahun lepas. 

Kini, moratorium dah tamat, hutang tetap kena bayar tetapi sekarang wajib bayar dalam jumlah yang penuh. Hutang pun bukan perkara main-main, ia adalah komitmen penting buat anda seperti duit rumah bulanan, duit kereta bulanan dan lain-lain lagi komitmen bulanan anda dan keluarga.

Sudah tamat moratorium, ramai risau takut tidak mampu nak bayar segala komitmen, jangan risau. Jom ikuti tips jika tak mampu bayar hutang ini.

Perkhidmatan Pengurusan Hutang Oleh AKPK (Debt Consolidation)

Sekiranya anda benar-benar buntu tak tahu apa nak buat kerana tidak dapat membayar hutang-hutang, perkhidmatan pengurusan hutang oleh AKPK ini mungkin diperlukan.  

Anda boleh hubungi pihak AKPK untuk memaklumkan anda perlu perkhidmatan uruskan hutang dimana mereka akan bantu anda membuat penstrukturan semula pinjaman anda. Ini adalah untuk memudahkan anda membuat bayaran pinjaman mengikut kemampuan anda.

Apa Itu AKPK?

AKPK adalah sebuah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, ia sering disebut AKPK. AKPK juga merupakan sebuah agensi yang telah ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia pada bulan April 2006.

Misi dan matlamat utama AKPK ditubuhkan adalah untuk membantu individu bagi menguasai situasi kewangan mereka serta mencapai ketenangan minda hasil daripada penggunaan kredit secara bijak. AKPK bertanggung jawab memberi khidmat nasihat kewangan, pendidikan kewangan dan juga program pengurusan kredit. Serah diri kepada AKPK sebelum terlambat jika sudah buntu. 

Pembiayaan Semula Pinjaman

Tips jika tak mampu bayar hutang bukanlah untuk menyuruh anda berhutang lagi. Tetapi dengan cara pembiayaan semula pinjaman yang dilakukan mengikut syarat, anda boleh membayar hutang menggunakan pembiayaan semula pinjaman. 

Namun, perbezaannya adalah kadar faedah yang baru dan lebih rendah akan menyebabkan jumlah bayaran bulanan anda menjadi kurang. 

Tempoh Pinjaman Dipanjangkan

Jika tidak mampu bayar hutang atau komitmen bulanan, anda boleh berbincang dengan pihak bank. Mungkin ada pilihan lain lagi sebenarnya? Ya, anda boleh memanjangkan tempoh bayaran pinjaman. Pastinya pada bulan-bulan berikutnya, ansuran juga dapat dikurangkan jumlahnya.

Oleh itu, ringanlah sedikit bebanan untuk bayar hutang sekiranya jumlah komitmen tersebut dikurangkan secara bulanan.

Berbincang Dengan Pegawai Bank

Jika diikutkan, bank mempunyai prosedur yang ketat dari segi pembiayaan hutang bulanan. Namun begitu, anda tetap boleh ke bank berdekatan dan berjumpa dengan pegawai untuk bercakap tentang masalah pinjaman yang anda hadapi.

Jika meminta lebih masa untuk membayar komitmen, mungkin akan dipertimbangkan tetapi amat sukar. Jika lebihkan masa, mungkin dalam tempoh beberapa hari sahaja. 

Jika bank melihat anda benar-benar bermasalah, mereka akan mencadangkan untuk berbincang dengan AKPK mengenai masalah kewangan ini.

Berikut adalah perkara yang boleh anda lakukan jika tak mampu bayar hutang. Harus difahami bahawa semua ini adalah dari segi bantuan dan inisiatif diri kita sendiri untuk harunginya. 

Sekiranya tidak mampu, serah diri kepada AKPK adalah jalan terakhir dan pilihan akhir anda, tetapi ia bukanlah penutup segalanya. Ia adalah permulaan hidup baru anda untuk merancang kewangan dengan lebih baik lagi insyaAllah.

Previous ArticleNext Article

Wakaf: Cara ‘Pro’ Untuk Kurangkan Cukai Pendapatan

Bagi kebanyakan orang, musim e-Filing adalah musim kena keluarkan duit. Waktu inilah bermulanya episod memburu resit. Kita selongkar setiap laci dan emel, mencari segala resit buku, alatan sukan, SSPN, hinggalah ke caruman takaful semata-mata mahu memenuhkan setiap ruang pelepasan cukai yang ada. (situasi ini tidak lagi sesuai di zaman e-invois)

Persoalannya, adakah itu sahaja pelepasan cukai yang ada?

Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, membayar cukai adalah sumbangan kita untuk pembangunan negara. Namun, sebagai pembayar cukai yang bijak, kita pasti mahu memanfaatkan setiap insentif yang disediakan oleh kerajaan untuk mengoptimumkan aliran tunai kita.

Sebenarnya, kerajaan melalui Akta Cukai Pendapatan 1967 telah menyediakan satu instrumen yang sangat istimewa namun jarang dimanfaatkan sepenuhnya: iaitu Wakaf Tunai. Di bawah Subseksyen 44(11D), sumbangan wakaf bukan sekadar satu ibadah harta, malah ia adalah instrumen perancangan cukai (tax planning) yang sangat efektif.

1. Kenapa Wakaf Lebih “Padu” Daripada Pelepasan Cukai Biasa?

Kebanyakan pelepasan cukai (relief) ada had yang kecil (RM2,500 – RM3,000). Tapi Wakaf di bawah Subseksyen 44(11D) membolehkan anda menolak sehingga 10% daripada pendapatan agregat. Makin tinggi pendapatan, makin “berbisa” kesan potongan Wakaf ni berbanding pelepasan (relief) biasa yang ada had. Jika pendapatan setahun anda RM100,000, pelepasan gaya hidup tetap terhad pada RM2,500. Tetapi melalui Wakaf, anda boleh memotong sehingga RM10,000 terus daripada pendapatan anda.

  • Pelepasan biasa: Mengurangkan pendapatan selepas dikira untung (kesannya kecil).
  • Wakaf: Mengurangkan pendapatan agregat (kesannya besar!). Ia boleh merendahkan tax bracket anda ke tahap yang jauh lebih rendah.

2. Simulasi

Bila anda sedang mengisi e-Filing, cari bahagian bertajuk DERMA / HADIAH / SUMBANGAN.

Anda perlu cari ayat: “Hadiah wang dalam bentuk wakaf kepada pihak berkuasa agama / badan agama / universiti awam…”. Masukkan JUMLAH (RM) sumbangan wakaf yang sepanjang tahun tersebut (berdasarkan resit rasmi yang anda terima).

Katakan pendapatan tahunan anda adalah RM60,000.

Tanpa Wakaf (RM)Dengan Wakaf (RM)
Pendapatan Agregat60,00060,000
Sumbangan Wakaf0(6,000)
Baki Pendapatan Agregat60,00054,000
Tolak Pelepasan Diri/KWSP/Gaya Hidup(15,000)(15,000)
Pendapatan Bercukai (A)45,00039,000

Pengiraan Cukai

Sekarang kita kira cukai berdasarkan baki (A) tadi:

Kes 1: Tanpa Wakaf (RM45,000)

  • RM35,000 pertama = RM600
  • Baki RM10,000 seterusnya (x 6%) = RM600
  • JUMLAH CUKAI KENA BAYAR = RM1,200

Kes 2: Dengan Wakaf (RM39,000)

  • RM35,000 pertama = RM600
  • Baki RM4,000 seterusnya (x 6%) = RM240
  • JUMLAH CUKAI KENA BAYAR = RM840

Dengan berwakaf, cukai anda menjadi RM840 sahaja. Anda jimat RM360 dan pada masa yang sama, anda sudah ada RM6,000 pelaburan akhirat yang pahalanya mengalir sampai kiamat.

Kalau orang kata: “Aku bayar zakat pun dah cukup kot…”

“Betul bos, Zakat itu wajib. Dalam Islam, 2.5% daripada harta kita itu bukan milik kita. Ia adalah hak asnaf yang “menumpang” dalam harta kita. Jika kita tak bayar, kita seolah-olah “memegang” harta orang lain. Wakaf itu pula macam kita buat “simpanan tetap” (fixed deposit) yang bagi dividen pahala sampai kiamat. Kalau sedekah itu macam bagi orang ikan, wakaf itu macam kita buatkan kolam.

Kalau boleh buat dua-dua, kenapa nak pilih satu? LHDN bagi tolakan untuk kedua-duanya.

PerkaraSituasi A (Zakat Sahaja)Situasi B (Zakat + Wakaf)
Pendapatan AgregatRM100,000RM100,000
Sumbangan WakafRM0(RM10,000)
Baki Pendapatan AgregatRM100,000RM90,000
Tolak Pelepasan Individu(RM15,000)(RM15,000)
Pendapatan Boleh DicukaiRM85,000RM75,000
Cukai Kasar (Anggaran)RM8,200RM6,100
Tolak Rebat Zakat(RM2,500)(RM2,500)
Cukai Perlu BayarRM5,700RM3,600

Pengiraan ini adalah sekadar ilustrasi sahaja. Nilai sebenar bergantung kepada pelepasan individu dan kadar cukai semasa.

2. Cara Nak Berwakaf (Saluran Rasmi)

1. Portal Rasmi (Paling Senang)

Layari laman web Wakaf Wilayah Persekutuan (www.wakafwilayah.com.my).

  • Boleh pilih projek spesifik yang nak dibantu.
  • Bayar terus guna FPX (online banking).
  • Resit digital biasanya akan dihantar terus ke emel.

2. Kaunter Zakat & Wakaf MAIWP/PPZ

Geng bisnes yang suka urusan face-to-face boleh terus ke kaunter PPZ-MAIWP yang berdekatan.

  • Cakap sahaja: “Saya nak buat Wakaf Tunai untuk potongan cukai.”
  • Dapat resit fizikal on-the-spot.

Semua negeri di Malaysia mempunyai institusi Wakaf masing-masing di bawah Majlis Agama Islam Negeri dan peraturan Subseksyen 44(11D) ini terpakai di seluruh Malaysia, bukan di Wilayah Persekutuan sahaja. Maksudnya, kalau anda duduk di Selangor, Johor atau Pulau Pinang anda tetap boleh guna strategi ini melalui institusi wakaf negeri masing-masing.

  • Selangor: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)
  • Johor: Saham Wakaf Johor (Yayasan Wakaf Johor)
  • Pulau Pinang: Wakaf Pulau Pinang
  • Perak: Wakaf Perak Ar-Ridzuan (WPAR)
  • Kedah: Wakaf Kedah
  • Negeri Sembilan: Perbadanan Wakaf Negeri Sembilan
  • Melaka: Wakaf Melaka
  • Pahang: Wakaf Pahang
  • Kelantan: Wakaf Tunai MAIK
  • Terengganu: Wakaf MAIDAM
  • Sabah: Wakaf Sabah (MUIS)
  • Sarawak: Tabung Baitulmal Sarawak