Berapa Kos Perkhidmatan Pemindahan Rumah Dan Penyewaan Lori Di Malaysia?

Industri logistik merupakan salah satu industri terbesar dan tersibuk di Malaysia. Masih ramai yang tidak sedar akan potensi dalam industri ini.

Penulis secara peribadi pernah menemu ramah pemandu lori yang menawarkan khidmat pemindahan rumah di Lembah Klang.

Apa yang mengejutkan adalah, setiap hari akan ada orang yang keluar dan masuk ke rumah di seluruh Lembah Klang.

Isunya, ada banyak syarikat yang menawarkan servis pemindahan rumah ini. Jika anda Google keyword “sewa lori” sahaja pun anda akan dapati banyak syarikat yang menawarkan perkhidmatan ini.

Orang awam khususnya, agak keliru dan tidak tahu berapa kadar kos perkhidmatan untuk pindah rumah yang berpatutan. Ini tidaklah mengejutkan kerana bukan hari-hari orang pindah rumah.

Ditambah pula dengan pelbagai jenis lori untuk disewa menambah pening kepada orang awam untuk pilih lori yang terbaik dan mampu memuatkan seluruh isi barang rumah mereka dalam satu perjalanan.

Untuk itu, artikel ini akan tunjukkan anda kos perkhidmatan move in/out dan sewa lori di Malaysia.

Perbandingan perkhidmatan pindah rumah ini melibatkan dua syarikat yang popular di Lembah Klang iaitu TheLorry dan The Movers.

Sejarah Ringkas TheLorry

Ditubuhkan lewat tahun 2014 oleh Nadhir Ashafiq dan Chee Hau Goh. Idea awal TheLorry adalah menjadi “Expedia untuk logistik” sebelum menjadi “Uber untuk lori”.

Peringkat awal TheLorry fokus pada segmen business-to-consumer (B2C) sebelum beralih kepada business-to-business (B2B).

Sejarah Ringkas The Movers

Ditubuhkan pada tahun 2011 oleh Sutarthaan Nagalingam selepas 8 tahun bekerja dalam industri pemindahan barang.

Semangat beliau untuk membantu lebih ramai orang menyebabkan The Movers Online ditubuhkan di bawah domain themovers.my pada tahun 2017.

Jenis Pengangkutan Yang Ada

TheLorry menawarkan 5 jenis kenderaan dengan harga serendah RM20 merangkumi :-

  1. 4X4
  2. Van
  3. Lori 1 tan
  4. Lori 3 tan
  5. Lori 5 tan

Manakala The Movers pula menawarkan 3 jenis kenderaan untuk pemindahan rumah dan barang merangkumi :-

  1. Lori 1 tan
  2. Lori 3 tan
  3. Lori 5 tan

Penentu Harga

Sebenarnya, harga sewa lori belum termasuk dengan servis-servis lain yang anda perlukan. Disebabkan itu, jangan terkejut jika harga akhir kos pemindahan barang atau rumah anda lebih tinggi.

Penentu harga untuk pemindahan rumah dan barang melibatkan :-

  1. Saiz Kenderaan yang anda pilih. Untuk pemindahan kecil seperti bilik atau flat, anda boleh sewa lori 1 tan dengan saiz 10′ x 5′ x ‘5. Logiknya, lebih besar sebuah kenderaan itu, lebih mahal harga sewanya.
  2. Tenaga Kerja sememangnya diperlukan untuk melajukan proses pemindahan rumah. Harga untuk tenaga kerja yang akan bantu anda dalam pemindahan rumah biasanya lebih kurang RM70 – RM100 mengikut kepakaran dan skill tenaga kerja itu. Semakin ramai tenaga kerja yang anda perlukan, semakin tinggi kos pemindahan rumah dan barang anda.
  3. Bubble & Shrink Wrap diperlukan jika anda mempunyai aset mudah pecah seperti pinggan mangkuk, piala dan sebagainya. Semua ini adalah kos  tambahan di antara RM15 – RM25 per item. Ini tidak termasuk kotak untuk menyimpan barangan sebelum proses pindah rumah dan barang anda berlaku.
  4. Buka & Pasang Perabot juga merupakan salah satu servis yang popular untuk individu yang mempunyai kabinet dan perabot yang banyak. Untuk pasang 1-2 perabot mungkin tidaklah sesukar mana, tapi andai kata anda ada 20 perabot besar dan kecil, ternyata anda akan perlukan bantuan tambahan dari orang yang berpengalaman.
  5. Insurans sangat penting sekiranya ada barangan berharga yang terlibat dalam proses pemindahan rumah dan barang anda. Fungsi insurans adalah untuk melindungi perabot berharga anda sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan ketika proses pindah rumah.

Perbandingan Kos Perkhidmatan Pemindahan Rumah

Untuk servis TheLorry, kami meletakkan alamat Reflection Residences, Petaling Jaya ke Banjaria Court, Batu Caves dengan jarak 17KM. Untuk harga lori 1 tan, 3 tan dan 5 tan, anda boleh rujuk imej di bawah.

Sumber: TheLorry.com

Perbandingan harga untuk proses pemindahan rumah dan barang adalah di bawah.

Sumber: TheLorry.com

Selepas itu, anda boleh pilih servis tambahan yang anda perlukan seperti :-

  • Boxes
  • Manpower
  • Wrapping
  • Long Push
  • Insurance
  • Stair Carry
  • Assembly/Disassembly

Untuk manpower, anda boleh pilih minimum 1 orang dan maksimum 5 orang.

Sumber: TheLorry.com

Servis assembly/disassembly pula bergantung kepada jenis perabot dan kabinet.

Sumber: TheLorry.com

Jika anda perlukan plastik wrap, anda boleh rujuk imej di bawah.

Sumber: TheLorry.com

Harga kotak untuk membungkus perkakas rumah dan barangan lain pula ada di bawah.

Sumber: TheLorry.com

Berikut merupakan kadar insurans dengan perlindungan maksimum RM10,000 yang anda perlu bayar untuk melindungi barangan anda sepanjang proses pemindahan rumah.

Sumber: TheLorry.com

Harga akhir untuk servis dari TheLorry adalah sekitar RM418 sahaja. Harganya mungkin berbeza mengikut keperluan yang anda perlukan.

Sumber: TheLorry.com

Untuk servis The Movers, kami meletakkan alamat Reflection Residences, Petaling Jaya ke Banjaria Court, Batu Caves dengan jarak 17KM.

Sumber: The Movers

Servis yang digunakan adalah lori 5 tan tanpa manpower.

Sumber: The Movers

Dan harga akhir untuk servis The Movers bagi pemindahan rumah ini adalah RM340.10 sahaja.

Kesimpulannya, perbezaan harga di antara TheLorry dan The Movers tidaklah besar dan hampir sama sahaja.

Dari segi pengalaman pula, TheLorry berjaya memberikan pengalaman yang unik sewaktu membuat tempahan secara online.

Kelebihan The Movers pula adalah, manpower seramai 3 orang sudah termasuk dalam pakej utama servis pemindahan rumah dan barang mereka. Ini mudah untuk orang yang memang memerlukan kudrat tambahan untuk pindah rumah.

Pendapat penulis, sebenarnya tidak kisah anda gunakan servis TheLorry atau The Movers asalkan anda tahu kenderaan yang betul untuk angkut barang dan sediakan wang yang cukup sahaja.

Sekiranya anda sedang mencari servis penghantaran barang (delivery) secara online, anda digalakkan menggunakan platform Delyva.

Delyva merupakan platform online untuk delivery servis di Malaysia yang membolehkan anda buat perbandingan harga & memilih pelbagai jenis kurier untuk penghantaran barang domestik & antarabangsa.

Baca juga:

Banyak perkara yang perlu anda ambil tahu sebelum memiliki rumah. 


InshaAllah, kami berhasrat untuk berkongsi ilmu yang kami ada mengenai hartanah kepada pembaca setia Majalah Labur.

Kunci pertama sebelum beli rumah adalah ilmu, ilmu dan ilmu. 

Lebih awal belajar, lebih cepat dapat menilai sesebuah rumah.Jika berminat boleh isi borang .

ILMU PREMIUM HARTANAHSEKARANG!

Previous ArticleNext Article

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman