Sejarah Penubuhan Syarikat Porsche

Sebut saja Porsche, ramai dari kita mengenali jenama kenderaan mewah yang berasal dari Jerman ini. Mungkin ada juga yang berimpian menjadikan kenderaan keluaran Porsche sebagai kenderaan yang bakal dimiliki bila tahap kewangan sudah stabil.

Syarikat Porsche merupakan salah satu syarikat automotif yang paling berjaya di dunia dalam menghasilkan kenderaan supercar yang mampu dimiliki oleh golongan jutawan. Kenderaan yang dihasilkan oleh Syarikat Porsche ini sangat unik, di mana mereka tidak sama sekali merubah identiti kenderaan mereka secara agresif dalam reka bentuk dan mempunyai identiti yang kukuh dalam pasaran kereta sport.

Terdapat cerita yang menarik disebalik kejayaan syarikat Porsche ini, di mana syarikat ini diasaskan oleh tiga rakyat Jerman iaitu Ferdinand Porsche, Anton Piëch dan paling kontroversi adalah Adolf Rosenberger. Beliau merupakan salah seorang pengasas yang paling penting dan bertanggungjawab dalam mencari sumber kewangan ketika permulaan penubuhan syarikat tersebut.

Sumber: The Truth About Car

Adolf Rosenberger merupakan seorang rakyat Jerman berketurunan Yahudi yang dilahirkan pada tahun 1900 di Pforzheim. Sejak zaman mudanya lagi, beliau amat meminati dunia automotif dan pernah menjadi pemandu kereta lumba pada era 1920-an. Dunia perlumbaan yang diceburinya tidak bertahan lama apabila beliau telah terlibat dalam kemalangan pada tahun 1926 yang memaksa dirinya bersara dalam aktiviti tersebut. Beliau kemudianya berjinak dalam dunia perniagaan hartanah dan automotif selepas bersara dalam dunia perlumbaan.

Beliau bersama dua lagi pengasas bersama berpakat untuk menubuhkan syarikat kenderaan yang diketuai oleh Ferdinand Porsche pada tahun 1931. Adolf Rosenberger yang mengenali Ferdinand Porsche ketika mereka berlumba untuk pasukan Mercedes. Ferdinand Porsche adalah orang yang bertanggungjawab dalam meyediakan kereta lumba kepada Adolf Rosenberger ketika beliau menjadi seorang pelumba pasukan Mercedes. Ketika permulaaan, syarikat ini mengalami banyak persaingan dalam industri automotif di mana syarikat ini terpaksa bergantung kepada kerajaan untuk terus bertahan dalam industri yang mencabar itu.

Ketika awal penubuhan Porsche, syarikat tersebut hanya mempunyai perancangan membuat kenderaan sahaja tanpa modal yang besar. Selepas Adolf Hitler menjadi Chancellor Jerman, beliau mengamalkan dasar politik anti Yahudi. Bagi Adolf Hitler, bangsa Yahudi merupakan bangsa yang paling jahat di muka bumi ini dan mereka selalu memanipulasi perniagaan di mana mereka berada.

Disebabkan perkara tersebut, Adolf Hitler telah mengeluarkan arahan yang menindas bangsa Yahudi di Jerman. Dengah akta yang dikenali sebagai Aryanization. Akta ini adalah sebuah akta yang mana membenarkan mana-mana rakyat Jerman yang bukan Yahudi membeli mana-mana perniagaan yang dimiliki oleh orang Yahudi dengan harga di bawah pasaran yang sebanar.

Tindakan yang dilakukan oleh Adolf Hitler ini adalah bertujuan merampas segala jenis perniagaan yang dimiliki oleh orang Yahudi secara halus. Disebabkan Adolf Rosenberger ini adalah berketurunan Yahudi, beliau terpaksa menjual  segala pemilikan saham yang dimilikinya itu dengan harga yang sangat murah kepada rakan niaganya iaitu Ferdinand Porsche.

Selain dijual dengan harga yang sangat murah, beliau juga dipenjara selama sebulan atas kesalahan bercinta dengan gadis yang bukan berketurunan Yahudi. Selepas itu, syarikat Porsche telah mendapat kontrak yang luar biasa dari kerjaaan Jerman pimpinan Adolf Hitler. Pada masa tersebut, Adolf Hitler telah memberi kontrak yang sangat lumayan kepada Porsche dalam menghasilkan reka bentuk kenderaan yang sangat popular pada era tersebut iaitu kereta Beetle.

Sumber: The Truth About Cars

Dalam tempoh setahun, Porsche telah mendapat keuntungan lebih dari $ 1.5 juta hasil dari kerjasama dalam menghasilkan kenderaan Beetle dengan Syarikat Volkswagen. Adolf Rosenberger akhirnya terpaksa melarikan diri ke Perancis apabila Adolf Hitler mula memburu mana-mana bangsa Yahudi yang terdapat di Jerman untuk dibunuh. Pada tahun 1936 ketika berada di Paris, Adolf Rosenberger cuba untuk menjadi pengedar kepada kenderaan keluaran Porsche tetapi permintaan telah ditolak oleh syarikat Porsche. Syarikat tersebut tidak ingin bekerjasama dengan mana-mana keturunan Yahudi kerana ia adalah arahan yang jelas dikeluarkan oleh Adolf Hitler.

Adolf Rosenberger yang kemudian berpindah ke Amerika Syarikat untuk meneruskan kehidupan baharunya setelah tamatnya perang dunia kedua. Walaupun beliau pergi sebagai pelarian, beliau yang mempunyai pengalaman dalam dunia perniagaan telah berjaya di negara tersebut. Beliau menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya dengan menjadi pengedar barangan dekorasi yang mewah.

Sebelum itu, Adolf Rosenberger cuba untuk menjadi pengedar kepada jenama Porsche ketika dia berada di Amerika Syarikat tetapi syarikat Porsche tidak berminat untuk bekerjasama dengan beliau walaupun pada ketika itu, syarikat tersebut telah bebas dari pengaruh Nazi.

Sehingga kini, pihak Porsche tidak menjadikan Adolf Rosenberger salah seorang pengasas kepada syarikat tersebut walaupun sejarah ada membuktikan bahawa beliau merupakan pelabur terawal yang melabur dalam syarikat tersebut. Kini Porsche merupakan salah sebuah syarikat kederaan sport yang paling berjaya dunia walaupun terpalit dengan kontroversi yang jarang didedahkan kepada umum.

Baca juga:

Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.

Topik-topik yang bakal kami kongsikan

1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli

…Dan banyak lagi …

Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Ramai kata mudah faham. Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!

https://www.facebook.com/watch/?v=1322166808601507

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!

Previous ArticleNext Article

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.