20 Saham Permata ‘Small Cap Malaysia RHB’ Untuk 2024

Di Malaysia biasanya kita ada pelabur jerung yang melabur ke dalam saham-saham syarikat Big Cap, dengan Market Capitalisation atas RM1 bilion.

Dan kebiasaannya harga saham Big Cap ini adalah ‘mahal’, lebih RM5 sehingga mencecah ratusan Ringgit seunit seperti saham Nestle.

Manakala pelabur runcit macam kita ini pula, suka melabur ke dalam syarikat-syarikat Small Cap, dengan Market Capitalisation di bawah RM1 bilion.

Kebanyakan daripada harga saham Small Cap ini pula berharga RM5 dan ke bawah. Ada juga yang RM1 dan ke bawah yang lebih dikenali sebagai Penny Stock.

Bila harga saham terlalu ‘murah’, ianya sangat terdedah dengan manipulasi. Maka senang untuk harga saham naik – dan senang juga untuk harga saham turun.

Tetapi di sebalik saham-saham ‘murah’ ini, pasti ada yang bernilai tinggi yang tak ramai orang nampak.

Jom kita tengok 20 saham pilihan RHB bagi saham-saham Small Cap yang dikenali sebagai ‘RHB Top 20 Malaysia Small Cap Companies Jewels 2024’ seperti berikut:

Sumber: Bloomberg dan RHB

Jom kita tengok dengan lebih mendalam saham-saham yang patuh syariah.

1. Able Global Berhad (SYR)

Sumber: Bursa Marketplace
Sumber: TradingView

2. Avaland Berhad (Sebelum ini MCT Berhad) (SYR)

Sumber: Bursa Marketplace
Sumber: TradingView

3. AWC Berhad (SYR)

Sumber: Bursa Marketplace
Sumber: TradingView

4. Cloudpoint Technology Bhd (SYR)

Sumber: Bursa Marketplace
Sumber: TradingView

5. Deleum Berhad (SYR)

Sumber: Bursa Marketplace

Sumber: TradingView

6. Engtex Group Berhad (SYR)

Sumber: Bursa Marketplace
Sumber: TradingView

7. Inta Bina Group Berhad (SYR)

Sumber: Bursa Marketplace
Sumber: TradingView

8. Karex Berhad (SYR)

Sumber: Bursa Marketplace
Sumber: TradingView

9. Kimlun Corporation Berhad  (SYR)

Sumber: Bursa Marketplace
Sumber: TradingView

10. MCE Holdings Berhad (SYR)

Sumber: Bursa Marketplace
Sumber: TradingView

11. Muhibbah Engineering (M) Bhd (SYR)

Sumber: Bursa Marketplace
Sumber: TradingView

12. New Hoong Fatt Holdings Berhad (SYR)

Sumber: Bursa Marketplace
Sumber: TradingView

13. Oppstar Berhad (SYR)

Sumber: Bursa Marketplace
Sumber: TradingView

14. P.A. Resources Berhad (SYR)

Sumber: Bursa Marketplace
Sumber: TradingView

15. QES Group (SYR)

Sumber: Bursa Marketplace
Sumber: TradingView

16. Shangri-La Hotels (Malaysia) Berhad (SYR)

Sumber: Bursa Marketplace
Sumber: TradingView

17. Supercomnet Technologies Berhad (SYR)

Sumber: Bursa Marketplace
Sumber: TradingView

18. TT Vision Holdings Berhad (SYR)

Sumber: Bursa Marketplace
Sumber: TradingView

19. UMediC Group Berhad (SYR)

Sumber: Bursa Marketplace
Sumber: TradingView

20. YBS International Berhad (SYR)

Sumber: Bursa Marketplace
Sumber: TradingView

Paling menarik, semua 20 syarikat yang tersenarai di dalam ‘RHB Top 20 Malaysia Small Cap Companies Jewels 2024’ adalah patuh syariah. Rambang mata dibuatnya.

Ada syarikat yang sedang mencatatkan kerugian, ada pula harga saham yang dah naik seratus peratus dalam masa setahun!

Bila dah buat kajian analisis fundamental dan terbukti ianya padu, maka buatlah pula analisis teknikal untuk menentukan masa terbaik untuk beli dan jual saham syarikat.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Timur Tengah Dilanda Konflik: Krisis Menjadi Peluang?

Risiko geopolitik jadi tumpuan utama

Peperangan Iran yang sedang berlaku sekarang mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pelabur, memandangkan ia memberikan kesan ekonomi yang runcing berkaitan kekurangan tenaga yang berlarutan. Harga minyak yang lebih tinggi untuk tempoh lebih lama menimbulkan risiko untuk Rizab Persekutuan AS (US Fed) menjadi lebih agresif. Para pelabur ekuiti rata-ratanya dilihat lebih munasabah, dengan mengambil kira jangkaan kes asas untuk konflik yang terkawal, yang bermakna strategi pembelian semasa harga lemah. Perjanjian gencatan senjata masih rapuh.

Semakin lama masa diambil untuk mencapai jalan penyelesaian atau jika terjerumus semula dalam pertelingkahan, semakin tinggi risiko pelabur hilang keyakinan dan menjual pegangan. Sekiranya kes asas gagal dicapai, pelabur akan menjadi lebih berhati-hati dan lebih menjaga simpanan tunai mereka. Kami anggarkan penilaian terendah buat FBM KLCI pada – 2SD (1,433 mata). Sebaliknya, pengakhiran yang berkekalan kepada konflik ini akan menyaksikan kenaikan harga susulan kelegaan, dengan tumpuan pada saham-saham pertumbuhan dan saham ketinggalan nilai yang terjejas oleh peperangan.

Keadaan makroekonomi dan jangkaan pelabur yang berubah-ubah

Andaian kes asas oleh Jabatan Ekonomi RHB, dengan kebarangkalian 60%, ialah situasi gencatan senjata yang berkekalan, dan premium risiko harga minyak mereda. Kes asas untuk ramalan makroekonomi rasmi oleh RHB tidak banyak dipinda, tetapi ia sekarang mengambil kira hanya satu potongan kadar US Fed untuk 2026 (daripada dua). Selagi saluran komunikasi antara watak-watak utama ini kekal terbuka apabila kedua-dua pihak mencari jalan penyelesaian tanpa mencalarkan reputasi, pasaran-pasaran mungkin boleh terus berharap penyelesaian akan muncul. Senario kes “lebih buruk” (kebarangkalian 30%) pula mengandaikan konflik yang berlarutan dan harga minyak meninggi.

Tempoh hari tambahan bagi harga minyak yang tinggi dan bekalan tenaga yang terhad kepada pasaran menimbulkan risiko inflasi berterusan, merendahkan pendapatan boleh belanja, menekan permintaan, menjejaskan keberuntungan syarikat, dan mendesak US Fed. Perjanjian keamanan yang berkekalan dapat mengurangkan kerosakan pada asas-asas makroekonomi dunia dan mengurangkan premium risiko dalam harga minyak mentah dengan ketara. Cabarannya dilihat pada butiran pelaksanaan – khususnya berhubung kebebasan untuk menelusuri Selat Hormuz dan pengesahan jumlah kerosakan secara beransur-ansur pada prasarana pengeluaran dan penapisan minyak di Negara-Negara Teluk.

Strategi

Berdasarkan andaian kes asas RHB, pada asasnya kami dapat kekal positif akan prospek untuk ekuiti dan membiarkan sasaran FBM KLCI kami untuk akhir tahun 2026 sama pada 1,780 mata buat masa sekarang. Walau bagaimanapun, peperangan Iran ini mencerminkan tahap risiko geopolitik yang runcing yang berpunca daripada Pentadbiran Trump. Pendirian pelaburan berjaga-jaga yang disarankan dalam laporan prospek ekuiti 2026 kami berkisar tentang pendirian berwaspada pelabur, mentaliti dagangan, dan strategi pembelian semasa harga lemah, masih terpakai.

Landskap geopolitik yang semakin meruncing memerlukan pendirian yang lebih mengelakkan risiko, dengan tumpuan pada sektor-sektor yang lebih selamat (seperti tenaga, perladangan, penjagaan kesihatan, telekomunikasi, pengguna, dan REIT) dan pegangan tunai lebih tinggi. Berdasarkan kejadian dahulu, kami anggarkan tahap penilaian terendah bagi FBM KLCI pada -2SDatau 1,433 mata. Sentimen pasaran yang kembali positif terhadap risiko bermakna strategi pelaburan menumpu pada pertumbuhan dan saham-saham ketinggalan nilai dalam pasaran

Penganalisis
Alexander Chia +603 2302 8119 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.