7 Fakta Menarik Mengenai Bill Gates

Bill Gates adalah seorang rakyat Amerika yang sangat dikenali di seluruh dunia dan merupakan salah seorang di antara orang yang terkaya di dunia.

Nama sebenar belaiu adalah William Henry Gates III dan merupakan pengasas kepada Microsoft Corporation bersama Paul Allen.

Beliau amat terkenal sebagai ahli perniagaan dalam revolusi komputer peribadi di Amerika Syarikat. dan sangat dihormati oleh orang disebabkan oleh kepintaran dan kejayaan yang beliau miliki.

Berikut adalah 7 fakta menarik mengenai Bill Gates.

1. Gaji Yang Tidak Masuk Akal

Bill Gates mempunyai gaji mencecah RM48.4 billion setahun (2013), iaitu sebanyak RM1,624 setiap saat. Hebat bukan?

2. Menjual Program Pertama Pada Usia 15 Tahun

Pada usia muda iaitu 15 tahun, beliau telah membuat sebuah program pemantau lalulintas di Seattle. Melalui penjualan program tersebut, beliau telah memperolehi US$20,000.

3. Menghafal Nombor Plet Pekerja

Dengan keunikan cara tersendiri, Bill Gates telah menghafal kesemua nombor plet kenderaan pekerja beliau bagi memantau setiap aktiviti-aktiviti mereka.

4. Membaca Keseluruhan Siri World Book Encyclopedia

Bill Gates sentiasa menjadikan buku sebagai pendampingnya. Minat beliau yang mendalam untuk membaca telah membuatkan belaiu membaca keseluruhan siri buku ‘’World Book Encyclopedia” sewaktu usia remaja.

5. Markat SAT Yang Sangat Mengkagumkan

Di Amerika Syarikat, mereka yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat kolej atau pun universiti perlu menduduki peperiksaan SAT. Bill Gates telah memperolehi markah yang hampir sempurna iaitu 1590/1600. Kalau di Malaysia, bayangkan seseorang itu mengambil STPM atau A-Level dan mempunyai markah yang sangat mengagumkan.

6. Menaiki Pesawat Seperti Orang Biasa (Kelas Ekonomi)

Bill Gates adalah seorang yang sangat berjimat-cermat dan tidak bermewah dengan kekayaan yang beliau miliki.Malah, beliau akan menaiki kapal terbang sama seperti orang biasa yang lain.

Beliau juga telah duduk di tempat duduk tengah sambil membaca seperti tiada apa yang sedang berlaku ketika itu.

7. BIjak Mengajar Anak-anak Dan Tidak Terlalu Memanjakan

Bill Gates seorang yang tidak suka akan anak-anak yang membesar dengan mewarisi kekayaan yang banyak. Beliau tidak pernah memberikan anak-anak beliau telefon pintar sehingga anak-anak berusia 14 tahun.

Dan apabila beliau sudah tiada lagi, anak-anak beliau hanya akan diwarisi dengan USD10 juta sahaja kepada setiap anaknya.

Tidak Bangga Dengan Kekayaan Dan Tidak Suka Menunjuk

Apa yang kita boleh simpulkan daripada kisah menarik Bill Gates di atas? Walaupun beliau orang terkaya di dunia sekalipun, beliau sangat merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk akan kekayaan yang dimilikinya.

Tindakah beliau yang paling dikagumi adalah dengan menderma sebahagian besar hartanya kepada rumah-rumah kebajikan dan badan-badan amal, kerana beliau pun tahu wang yang banyak tidak boleh bawa sehingga ke liang lahad.

Salah satu sebab beliau mempunyai kekayaan yang sangat banyak, adalah disebabkan pegangan atau share dalam syarikat Microsoft Corporation yang kini berharga USD80 dolar sesaham.

Sumber: Google Finance

Lagi mahal saham Microsoft, lagi tinggi permintaan terhadap saham Microsoft, lagi tinggi keyakinan pelabur terhadap Microsoft, maka lagi kayalah Bill Gates.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.