Bagaimana Indonesia Bertahan Walaupun Dana Asing Keluar Berbilion Dari Pasaran Saham?

Satu fenomena menarik sedang berlaku di pasaran saham Indonesia.

Biarpun dana asing banyak membawa keluar wang, pasaran mereka bukan sahaja tidak runtuh malah mencatat prestasi terbaik dalam tempoh 11 tahun. Pada 2025, Jakarta Composite Index (JCI) melonjak sekitar +22%, jauh mengatasi banyak pasaran serantau.

Untuk perbandingan, FBM KLCI di Malaysia turut naik, tetapi sekitar +2.3% sahaja bagi tempoh yang sama.

Ini menimbulkan persoalan penting:

Kenapa Indonesia boleh bertahan malah berkembang ketika pelabur asing keluar?

Lonjakan Besar Pelabur Runcit Indonesia

Menurut laporan The Edge, jumlah pelabur runcit di Indonesia pada 2025 melebihi 20 juta orang.
Ini bersamaan kira-kira 5 kali ganda peningkatan berbanding tahun kebelakangan.

Ini bukan kenaikan kecil. Ini menunjukkan wujudnya budaya melabur yang semakin kukuh di kalangan rakyat biasa.

Di Malaysia, data rasmi akaun CDS secara keseluruhan bagi 2025 tidak diterbitkan secara terbuka.
Memang ada pertambahan akaun baharu setiap tahun tetapi kita tidak melihat angka berjuta-juta seperti yang berlaku di Indonesia.

Perlu ditegaskan, ini bukan bermaksud rakyat Malaysia tidak berminat melabur. Struktur pasaran kita sedikit berbeza. Ramai rakyat Malaysia menyimpan melalui ASB, Tabung Haji, unit trust, tabung persaraan (KWSP, KWAP) dan produk pelaburan institusi. Jadi sebahagian besar pelaburan di Bursa Malaysia sebenarnya dipegang oleh institusi tempatan, bukannya akaun saham individu. Sebab itu angka akaun CDS di Malaysia tidak “meletup” seperti di Indonesia, walaupun dana rakyat tetap ada dalam pasaran melalui saluran lain.

Dana Asing Keluar Tetapi Pasaran Tidak Tumbang

Lebih menarik lagi:

  • Indonesia mencatat aliran keluar dana asing sekitar US$1 bilion
  • Malaysia pula mencatat aliran keluar lebih besar, sekitar US$4.8 bilion

Secara logik, apabila pelabur asing menjual saham dalam jumlah besar, pasaran sepatutnya melemah.

Namun situasi di Indonesia terbukti berbeza.

Tulang Belakang Pasaran: Rakyat Sendiri

Di Indonesia, pelabur runcit benar-benar menjadi tulang belakang pasaran. Mereka masuk secara konsisten, melabur sedikit demi sedikit, tidak mudah panik apabila pelabur asing menjual dan berani memegang pelaburan untuk jangka masa panjang. Dengan kata lain, apabila asing menjual, mereka tidak panik, sebab mereka tahu pelaburan saham ini adalah untuk jangka panjang, bukan untuk sehari dua.

Dari luar, ia mungkin nampak kecil. Tetapi apabila jutaan orang melakukan perkara yang sama, kesannya besar: apabila asing menjual, rakyat sendiri yang menyerap tekanan. Dan di situlah pasaran mereka kekal berdiri kukuh bukan hanya kerana modal besar, tetapi kerana disiplin dan keyakinan pelabur biasa.

Akhirnya, cerita di Indonesia ini tunjuk satu perkara penting: bila rakyat celik pelaburan saham, pasaran akan menjadi lebih kuat dan berdikari. Malaysia pun boleh ke arah itu asalkan kita mulakan dengan mendalami ilmu, disiplin dan pelaburan yang berhemah.

Saham dengan Prestasi Kuat di Bursa Malaysia (2025)

Walaupun indeks Bursa Malaysia keseluruhannya bergerak perlahan, peluang tetap wujud kepada pelabur yang membuat kajian dan memilih saham dengan berhati-hati.

  • Malayan Cement (MCEMENT) naik sekitar +55% sepanjang 2025
  • Farm Fresh (FFB) naik +55%, mendapat sambutan kerana prestasi operasi yang positif
  • Fraser & Neave (F&N) naik +25%, juga menjadi pilihan dalam segmen pengguna
  • Press Metal Aluminium (PMETAL) naik +47%, mencatat prestasi kuat dalam sektor bahan industri
  • United Plantations naik sekitar +45.0%, menonjol dalam sektor perladangan
  • Pharmaniaga – saham pengedar produk farmaseutikal terbesar Malaysia ini naik sekitar +35%

Perlu diingat, senarai ini hanyalah contoh saham terpilih yang mencatatkan prestasi cemerlang pada 2025. Ia tidak mewakili keseluruhan pasaran. Dalam masa yang sama, ada juga saham yang harganya tidak bergerak dan ada yang jatuh. Sebab itu pelaburan saham tetap memerlukan kajian, disiplin dan pengurusan risiko.

Akhirnya, matlamat pelaburan bukan semestinya untuk menjadi jutawan. Matlamat sebenar ialah untuk miliki wang yang cukup untuk hidup dengan tenang. Pelaburan bukan perlumbaan siapa paling kaya. Ia perjalanan untuk membina tabiat kewangan yang sihat, sedikit demi sedikit dengan ilmu, disiplin dan pilihan yang sesuai dengan kemampuan masing-masing.


Bagi yang berminat meneroka pasaran saham Indonesia, ada platform antarabangsa yang menyediakan akses, termasuk CGSI. Tetapi yang paling utama tetap sama: fahami risiko, belajar dulu dan jangan melabur saham hanya kerana ikut-ikut orang. Pelaburan yang bijak sentiasa bermula dengan ilmu. Baca lagi Kini Anda Boleh Melabur Saham-Saham di Indonesia (IDX) Terus Dari Malaysia

Berminat nak buka akaun saham CDS dengan CGSI (sebelum ini dikenali sebagai CGS-CIMB)? Sekarang dah mudah, boleh buka secara atas talian (online) sahaja. Kelulusan pun segera jika tiada apa-apa isu.

Rujuk tutorial mudah ini > Tutorial Buka Akaun CDS Online Dengan CGSI (CGS-CIMB), Beli Saham Bursa Malaysia & Global

Masukkan kod SP1M538 pada ruang Remisier Reference.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

CANSLIM: Apa Itu Leader & Laggard Dan Kenapa Saham Ini Boleh Gerak Dulu?

Untuk terlibat dengan pelaburan saham, kita tidak boleh lari daripada melakukan pembacaan dan analisa secara menyeluruh. Pelabur perlu melakukan analisa dengan cara yang betul supaya dapat membuat keputusan yang betul.

Terdapat pelbagai jenis dan cara analisa yang boleh pelabur gunakan antaranya adalah analisa gaya William J. O’Neil. Analisa yang dimaksudkan adalah menggunakan kaedah CANSLIM untuk mencari dan memilih saham yang mempunyai pertumbuhan yang baik.

Pemilihan saham menggunakan CANSLIM ini adalah cara terpantas untuk mencari saham berpotensi sebelum pelabur institusi melabur ke dalam saham tersebut.

Pada penulisan ini, saya akan kongsikan elemen ‘L’ iaitu leader and laggard.

Secara asasnya CANSLIM adalah singkatan akronim yang menggabungkan 7 kriteria dalam pemilihan saham.

Kriteria CANSLIM adalah seperti di bawah :

  1. ‘C’ – Current Quarter Earning
  2. ‘A’ – Annual Earning
  3. ‘N’ – New product/management/event
  4. ‘S’ – Supply and Demand
  5. ‘L’ – Leader/laggard
  6. ‘I’ – Institutional
  7. ‘M’ – Market direction

Apa Itu Leader dan Laggard?

Dalam kriteria Leader dan Laggard, kita ingin menentukan sama ada syarikat kajian kita berada dalam senarai pemain industri yang utama atau pemain industri yang kedua.

Hal ini kerana, syarikat yang menjadi pemain utama dalam industrinya akan bertindak balas lebih awal daripada yang lain dan diikuti oleh syarikat pemain kedua.

Syarikat yang menjadi pemain utama boleh dilihat berdasarkan kepada kekuatan kewangan syarikat dan saiz modal pasaran syarikat tersebut.

Pergerakan pasaran akan bermula dengan saham daripada syarikat pemain utama dalam setiap industri.

PMETAL vs LBALUM

Mari kita lihat contoh-contoh di bawah. Sektor di bawah adalah sektor pembuatan aluminium.

Sumber : iSaham

Gambar di atas menunjukkan syarikat PMETAL berada paling atas dengan modal pasaran sebanyak RM40.38 billion. Ini menjadikan PMETAL pemain industri utama dalam sektor pembuatan Aluminium.

Sumber : Trading View

Pergerakan saham PMETAL berada pada aliran menaik dalam jangka masa 2-3 tahun. Namun begitu, pada Disember 2020, harga PMETAL melakukan kenaikan yang besar daripada RM3.00 sehingga mencecah RM4.00.

Hal ini disebabkan kenaikan harga komoditi Aluminium yang ketara dan telah memberikan keuntungan berganda pada syarikat PMETAL.

Syarikat mencatatkan kenaikan pada margin keuntungan sejak suku tahun kedua 2020. Profit margin yang meningkat juga menyumbang pada kenaikan harga saham.

Sumber : MalaysiaStock.biz

Laggard dalam sektor aluminium pula boleh dilihat pada syarikat LBALUM dengan modal pasaran yang lebih kecil iaitu sebanyak RM228 juta.

Leader seperti saham PMETAL telah mulakan kenaikan pada Disember 2020 manakala, laggard seperti LBALUM hanya memulakan kenaikan pada penghujung Mac 2021 daripada RM0.75 sehingga RM1.30 dengan kenaikan hampir 100%.

Sumber : Trading View
Sumber : MalaysiaStock.biz

Syarikat LBALUM mengalami kerugian pada suku ke-4 tahun 2020 dan hanya berjaya mencatatkan keuntungan pada suku tahun seterusnya. Oleh itu, harga saham LBALUM harga bergerak selepas mencatatkan keuntungan yang meningkat.

Syarikat LBALUM mencatatkan profit margin yang lebih tinggi dari leader PMETAL. Hal ini memberikan peluang yang besar untuk LBALUM menjadi syarikat yang lebih berdaya saing di masa hadapan.

Inilah gaya pemilihan saham menggunakan CANSLIM. Kita perlu mengkaji sektor tersebut dan menentukan siapa leader dan siapa laggard.

Dengan hanya memfokuskan pada kriteria ‘L’ sahaja kita sudah mampu untuk menjana keuntungan yang berganda.

Ini kerana analisis menggunakan metod CANSLIM adalah satu teknik yang sangat berkesan untuk memilih saham yang betul.

Nota: Contoh PMETAL dan LBALUM yang digunakan ini adalah berdasarkan data dan situasi pasaran pada tempoh tersebut dan digunakan semata-mata untuk menerangkan konsep Leader & Laggard dalam strategi CANSLIM. Kedudukan sesuatu saham sebagai leader atau laggard boleh berubah mengikut pergerakan harga dan relative strength dari semasa ke semasa. Contoh ini bukan gambaran prestasi semasa kedua-dua saham dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan untuk membeli, menjual atau memegang mana-mana saham.

AMD vs NVIDIA

Sebagai contoh lain, kita boleh lihat perbezaan antara Advanced Micro Devices (AMD) dan NVIDIA dalam industri cip AI. NVIDIA merupakan pemain yang jauh lebih besar dari segi revenue dan kedudukan pasaran, tetapi dalam analisis saham, saiz syarikat bukan satu-satunya perkara yang menentukan sama ada sesuatu saham itu dianggap sebagai leader atau laggard.

Jika harga saham AMD mencatat kenaikan yang lebih tinggi berbanding NVIDIA dalam tempoh tertentu, AMD boleh dianggap sebagai stock leader untuk tempoh tersebut dari sudut price performance, walaupun NVIDIA kekal sebagai peneraju industri dari segi saiz. Sebab itu, apabila menggunakan konsep Leader & Laggard, pelabur perlu melihat relative strength dan prestasi harga berbanding saham lain dalam sektor yang sama, bukannya sekadar membandingkan harga seunit saham atau revenue syarikat.

Namun begitu, status leader atau laggard bukanlah sesuatu yang kekal. Sesebuah saham boleh menjadi leader pada satu tempoh dan kemudiannya menjadi laggard apabila momentum harga berubah. Oleh itu, konsep ini lebih sesuai digunakan sebagai salah satu alat untuk mengenal pasti saham yang menunjukkan momentum relatif yang kuat, bukannya sebagai ukuran mutlak tentang syarikat mana yang lebih baik.


Belilah saham yang baik. Nak tahu apa lebih mendalam tentang formula ini? Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.