Bagaimana Perniagaan Boleh Kekal Relevan Pada Masa Depan?

Kita sekarang berada di era digital dan globalisasi, di mana persaingan dilihat semakin ketat. Dengan dunia tanpa sempadan dan semakin ramai orang beralih ke e-dagang dan shopping secara online, apa yang boleh kita lakukan untuk memastikan perniagaan kita kekal relevan pada masa akan datang?

Berikut merupakan 3 perkara yang boleh kita pertimbangkan dan lakukan.

1. Berfikir Di Luar Kotak dan Jadi Disruptif

Kalau kita perasan, nama-nama besar dunia seperti Uber dan Grab telah menjadi disruptif dalam industri masing-masing. Orang ramai tidak lagi menggunakan perkhidmatan teksi seperti cara tradisional, kena duduk tepi jalan dan menahan teksi yang mungkin mengambil masa yang lama. Kini pengguna mempunyai kuasa untuk memilih, lalu kita pilih untuk menggunakan teknologi untuk membantu kita. Kini kita tak perlu lagi tunggu lama untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan menggunakan perkhidmatan Uber dan Grab. Bayaran yang dikenakan juga amat berpatutan.

Begitu juga halnya dengan Airbnb. Kalau dulu kita gunakan perkhidmatan online untuk menempah bilik hotel, kini kita boleh tempah bukan saja bilik; tetapi sebiji rumah terus menggunakan aplikasi telefon pintar. Ianya semakin popular, malah ada pengguna yang buat duit lumayan pula dengan menyenaraikan perkhidmatan hartanah homestay mereka dengan Airbnb. Kini kita boleh sewakan dan menyewa daripada hartanah di seluruh dunia.

Apa lagi? Pernah guna GrabFood atau Food Panda? Ada sebab mereka ini semakin hari semakin maju ke depan. Dengan kehidupan kita yang semakin sibuk sehingga tak sempat untuk keluar makan, gunakan saja perkhidmatan mereka. Tunggu di rumah atau pejabat, mereka hantar sampai depan pintu. Mudah kan?

2. Keperluan Latihan Dalam Era Digital

Sekarang merupakan zaman media sosial, di mana pengaruhnya tidak boleh dipertikaikan. Satu kesilapan boleh membawa padah yang besar, oleh itu amat penting untuk kita menitikberatkan keperluan pekerja-pekerja di bawah kita tentang tingkahlaku dan adab di media sosial.

Ianya boleh membawa perubahan yang drastik kepada syarikat, kerana kita boleh jadi viral dengan sekelip mata saja. Tetapi kalau nak viral pun, pastikan ianya viral yang cenderung untuk kita mendapat nama baik dan bukannya cemuhan daripada netizen.

3. Perubahan Gaya Kerja dan Tempat Kerja

Semakin banyak syarikat yang mengamalkan kerja di mana saja atau menggunakan pejabat maya (virtual office). Tak perlu lagi untuk kita masuk pukul 9 pagi dan keluar pukul 5 petang setiap hari.

Ini bagi memastikan pekerja dapat mendapat keseimbangan di antara pekerjaan dan keluarga. Sudah tiba masanya untuk kita mengamalkan kebebasan bekerja, selagi kualiti kerja dapat dijaga. Apabila pekerja berasa gembira melakukan kerja, pastinya kita pun gembira juga.

Jemput Datang Ke BFF2019 Dan Belajar

Ini baru mukadimah saja dulu, kerana ada banyak lagi yang akan dikongsikan oleh mereka yang pakar dalam industri. Jangan lepaskan peluang untuk datang ke acara yang dianjurkan Securities Industry Development Corporation (SIDC), Business Foresight Forum (BFF) 2019; yang akan berlangsung pada hari Khamis, 19 September 2019 ini. Ianya bertemakan ‘New Business Directions 2025 – Catalysts for Change’ dan akan diadakan di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bukit Kiara.

Kita ada May Knight, Presiden, Asia Pasifik, Korn Ferry Advisory Hong Kong, China; Aiza Azreen Ahmad, Pengarah, Pembangunan Strategik, Boost eWallet dan Kathirgugan Kathirasen, Pengasas, Chowbotics China yang akan membincangkan topik hangat ini.

Tapi itu pun baru sebahagian sahaja daripada acara penuh yang akan diadakan pada hari tersebut. Jemput baca 7 Sebab Anda Kena Datang Business Foresight Forum (BFF) 2019, dan layari laman web BFF untuk maklumat lanjut.

Harga tiket adalah seperti berikut:
RM1,500 harga biasa untuk seorang
RM1,250 seorang untuk kumpulan tiga atau lebih orang
RM1,000 seorang untuk kumpulan lebih daripada 10 orang

Atau secara alternatif, alami BFF 2019 secara maya melalui strim secara langsung. Untuk sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran atau strim secara langsung, sila hubungi SIDC di talian: +603 6204 8274 / 8439 / 8664.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

7 Strategi Realistik Capai Kesenangan Hidup Masa Hadapan

Kesenangan hidup sering disalah tafsir sebagai kemewahan atau kemapanan kewangan yang luar biasa. Namun, kesenangan yang sebenar ialah kebebasan untuk membuat pilihan hidup yang sejajar dengan nilai diri sendiri, tanpa tekanan luar, dan dengan ketenangan yang stabil.

Berikut adalah tujuh strategi yang bukan sekadar teori klise, tetapi langkah praktikal dan berimpak tinggi untuk anda yang serius mahu membina masa depan yang lebih tenang dan tersusun.

1. Pilih Gaya Hidup Berdasarkan Nilai, Bukan Trend

Ramai orang hidup mengejar status sosial atau pengiktirafan masyarakat, tanpa sedar mereka sedang menggadai ketenangan sebenar. Contohnya, membeli rumah besar semata-mata kerana orang lain melakukannya, atau melancong untuk dipaparkan di media sosial, bukan kerana ia memenuhi keperluan jiwa sendiri.

Kesenangan bermula apabila kita hidup berdasarkan prinsip dan keutamaan peribadi, bukan tekanan sosial.

Tindakan penting:

Tanya diri sendiri, “Apakah erti hidup senang bagi saya secara peribadi?”

Gunakan jawapan itu sebagai asas untuk membuat keputusan kewangan dan gaya hidup.

2. Bina Pendapatan Yang Tidak Bergantung Pada Masa dan Tenaga Diri

Masa depan yang tenang bermula apabila duit bekerja untuk kita, bukan hanya kita yang bekerja untuk duit. Ini bukan bermakna berhenti kerja, tetapi mula membina sekurang-kurangnya satu sumber pendapatan yang boleh menjana hasil tanpa perlu kehadiran fizikal kita setiap masa.

Antara contoh:

– Pelaburan hartanah yang memberi hasil sewaan

– Produk digital seperti eBook, kursus atau template

– Saham patuh syariah yang konsisten beri dividen

Matlamat utama: Kurangkan kebergantungan sepenuhnya pada gaji tetap.

3. Bina Sistem Hidup Yang Terurus dan Automatik

Kesenangan tidak semestinya datang daripada lebih banyak usaha, tetapi daripada sistem yang membantu kita mengurus hidup dengan lebih baik.

Contohnya:

– Bahagikan gaji secara automatik ke lima akaun berasingan: keperluan, simpanan, pelaburan, sumbangan, dan hiburan

– Guna aplikasi untuk memantau bajet, tabiat, atau penggunaan masa

– Jadualkan hari rehat dan refleksi kehidupan setiap tiga bulan

Hidup yang tersusun menjadikan minda lebih lapang dan tekanan lebih terkawal.

4. Gunakan Kaedah Perspektif 10-10-10 Untuk Buat Keputusan Besar

Setiap keputusan besar dalam hidup wajar dinilai dengan perspektif jangka panjang. Tanya soalan ini sebelum buat keputusan besar:

“Apa kesan keputusan ini dalam 10 hari, 10 bulan, dan 10 tahun akan datang?”

Contoh aplikasi:

– Pilih kerjaya berdasarkan potensi jangka panjang, bukan hanya gaji semasa

– Nilai kesan berpindah tempat tinggal terhadap keluarga dan kesihatan

– Tentukan bila masa sesuai untuk membeli rumah atau terus menyewa

Perspektif yang jauh mengurangkan risiko penyesalan besar dalam hidup.

5. Asah Satu Kemahiran Unik Yang Relevan Sepanjang Hayat

Tidak semua kemahiran dicipta sama. Pilih satu kemahiran yang:

– Jarang dimiliki ramai

– Tinggi nilai di pasaran

– Anda minat dan sanggup asah dalam jangka masa panjang

Contohnya: penulisan strategik, pengaturcaraan (coding), komunikasi pitching, analisis kewangan, atau jualan produk bernilai tinggi.

Kemahiran yang tepat boleh membuka pintu kepada lebih banyak peluang dan menjadikan anda lebih bebas untuk memilih projek, bukan terikat pada kerja semata-mata.

6. Latih Diri Untuk Tahan Ketidakselesaan Sementara

Kebebasan masa hadapan memerlukan disiplin untuk menanggung ketidakselesaan sekarang. Ini termasuk:

– Belajar tentang pelaburan walaupun terasa mencabar

– Menolak tawaran kerja dengan gaji tinggi jika tidak selari dengan nilai hidup

– Menangguhkan pembelian besar demi simpanan atau pelaburan

Sikap ini membina ketahanan kewangan dan emosi, asas penting untuk kestabilan jangka panjang.

7. Sediakan Pelan Hidup Untuk Situasi Luar Jangka

Dalam dunia yang tidak menentu, kita perlu bersedia untuk menghadapi situasi yang tidak dirancang. Bina pelan fleksibel jika:

– Anda kehilangan kerja secara tiba-tiba

– Ibu bapa jatuh sakit dan memerlukan penjagaan

– Kesihatan anda menghalang kemampuan untuk bekerja

Rancang dana kecemasan, pelan insurans, dan struktur sokongan awal. Ini bukan semata-mata soal kewangan, tetapi membina ketenangan bila menghadapi ujian.

Jadi, kesenangan hidup sebenar bukan terletak pada jumlah harta atau kemewahan yang dipamerkan. Ia terletak pada sejauh mana kita bebas membuat pilihan hidup yang sejajar dengan nilai dan keutamaan diri sendiri, walaupun dunia berubah. Ia tentang rasa cukup, bukan semata-mata memiliki banyak.

Dengan strategi yang betul, konsisten dalam tindakan dan pemikiran yang jelas, kesenangan masa hadapan bukan mustahil ia hanya menunggu untuk dibina, satu hari demi satu hari.