Perkara 102(a) Boleh Pastikan Kesinambungan Program Kerajaan, Dengan Kelulusan Sebahagian Bajet 2023

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) — Kerajaan boleh menggunakan Perkara 102(a) Perlembagaan Persekutuan untuk mendapatkan kelulusan sebahagian Bajet 2023 bagi memastikan kesinambungan program kerajaan pada tahun depan, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Kewangan, Datuk Johan Mahmood Merican.

“Bajet 2023 perlu dibentangkan semula untuk memastikan kerajaan terus beroperasi menjelang Januari 2023. 

“Satu perkara yang kita perlu ketengahkan adalah keadaan seperti ini pernah berlaku pada 1999 apabila parlimen dibubarkan sebelum belanjawan dibahaskan sepenuhnya dan diluluskan,” katanya. 

“Perkara 102(a) Perlembagaan Persekutuan membolehkan kita mendapatkan kelulusan bagi bahagian pertama belanjawan agar perbelanjaan (pembangunan) dapat diteruskan, manakala belanjawan penuh boleh mendapatkan kelulusan kemudiannya,” katanya kepada Bernama di luar majlis Forum Tinjauan Perniagaan Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti 2022, hari ini.

Perkara 102(a) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa parlimen hendaklah mempunyai kuasa, berkenaan dengan mana-mana tahun kewangan sebelum meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan, untuk membenarkan perbelanjaan menerusi undang-undang bagi sebahagian tahun itu.

Bajet 2023 Malaysia yang berjumlah RM372.3 bilion dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku  Aziz di Parlimen pada Jumaat, 7 Okt, 2022.

Parlimen dibubarkan pada 10 Okt, 2022, untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

— BERNAMA

Artikel asal: https://thekapital.my/perkara-102a-boleh-pastikan-kesinambungan-program-kerajaan-dengan-kelulusan-sebahagian-bajet-2023/

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

OPR Dijangka Turun Jika Ekonomi Merosot Ketara – Penganalisis

KUALA LUMPUR: Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka kekal pada paras 2.75 peratus sepanjang tahun ini dan hanya berpotensi diturunkan jika pertumbuhan ekonomi negara merosot secara ketara ke paras 4.0 peratus, menurut penganalisis.

BIMB Securities Research percaya Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus menunggu isyarat yang lebih jelas sebelum membuat sebarang keputusan pelarasan dasar.

Pihaknya menjangkakan sebarang pengurangan kadar hanya berlaku sekiranya pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia merosot secara ketara ke paras ambang 4.0 peratus, didorong permintaan domestik yang lebih perlahan atau penurunan dalam ketibaan pelancong.

Katanya, walaupun inflasi meningkat sedikit kepada 1.7 peratus pada Mac 2026, kadar terpantas dalam tempoh lebih setahun, ia kekal jauh dalam julat unjuran Bank Negara Malaysia (BNM) untuk 2026.

“Setakat ini, kenaikan harga tenaga dunia masih belum memberi kesan besar kepada inflasi domestik. Ini dibantu oleh hasil kerajaan berkaitan minyak yang lebih kukuh, menyediakan ruang fiskal sekurang-kurangnya pada permulaan untuk menampung harga bahan api domestik melalui subsidi.

“Sementara itu, ringgit yang mengukuh kira-kira 2.5 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dari awal tahun telah membantu meredakan tekanan inflasi import,” katanya dalam nota penyelidikannya.

BIMB Securities Research mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.7 peratus pada 2026, didorong terutamanya oleh permintaan domestik yang berdaya tahan.

Ia berkata, buat masa ini, inflasi yang rendah memberi ruang kepada bank pusat untuk menangguhkan langkah pengetatan, sementara ketidakpastian luaran tidak mendorong pelonggaran awal.

“Secara keseluruhan, walaupun risiko ekonomi kini semakin pelbagai dan kompleks, keadaan semasa menunjukkan kestabilan dasar yang kukuh.

“Permintaan domestik kekal berdaya tahan sepanjang tahun lalu. Walaupun pertumbuhan semakin perlahan pada marjin, masih tiada bukti penurunan mendadak atau tidak teratur yang akan mewajarkan perubahan dasar,” katanya.

— Berita Harian