5 Petua Untuk Jenama Mencipta Kempen #RamadanDiTwitter Yang Bermakna

Bulan Ramadan merupakan bulan yang istimewa buat seluruh umat Islam di Malaysia. Seperti tahun sebelumnya, bulan yang mulia ini turut mempunyai rintangannya sendiri dalam menghadapi cabaran pasca pandemik dan juga banjir kilat yang turut melanda negara ini sejak Disember 2021. Namun, kedatangan bulan Ramadan juga memberi semangat kepada rakyat Malaysia yang telah belajar menyesuaikan diri dengan norma baharu dan ingin mengembalikan semula suasana indah pada bulan Ramadan ini.

Martyn U’ren – Pengarah Penyelidikan, Asia Pasifik, Twitter berkata, “Bagi umat Islam, bulan Ramadan merupakan waktu untuk menyucikan hati, bermuhasabah diri, dan menjaga tingkah laku. Bulan ini juga dilihat sebagai saat untuk membaiki rohani peribadi seseorang. Walaupun keadaan kini bukan seperti biasa, rakyat Malaysia telah menyesuaikan gaya hidup mereka untuk duduk di rumah.

Dengan perubahan gaya hidup baharu ini, makin ramai telah beralih ke platform atas talian. Twitter terutamanya menjadi ruang utama dalam menyatukan dan menyemarakkan lagi semangat Ramadan. Hal ini kerana rakyat Malaysia kerap menggunakan Twitter untk kekal berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan, mencari kandungan yang bermanfaat, dan mencipta perbualan dengan mereka yang turut menyambut Ramadan di Twitter.”

Dalam membuat persiapan menyambut bulan Ramadan, platform media sosial seperti Twitter memainkan peranan penting bagi rakyat Malaysiauntuk kekal berhubung dengan komuniti yang menyambut bulan ini. Rakyat Malaysia juga menggunakan Twitter untuk meluahkan kegembiraan mereka, mencari kandungan menarik dan juga mencari cadangan membeli belah.

Perbualan mengenai bulan Ramadan di Malaysia bermula dari Mac lagi dan memuncak sebanyak dua kali. Pada tahun 2021, lonjakan pertama dalam peralihan ke bulan Ramadan berlaku pada hari pertama bulan suci ini dengan peningkatan 92% berbanding purata perbualan harian dan lonjakan kedua berlaku pada akhir Ramadan dengan peningkatan 140%.

Di Malaysia, Twitter telah menjadi tumpuan utama untuk perbincangan trend terkini dari dunia makanan, hiburan, penjagaan kesihatan dan lain-lain. Sebagai salah sebuah negara dalam peralihan ke fasa endemik, rakyat Malaysia telah menyesuaikan diri dengan rutin digital baharu dan tidak sabar untuk menyambut bulan Ramadan seperti sedia kala.

Berikut adalah 5 petua bagi jenama-jenama mempersiapkan strategi untuk berhubung dengan audiens masing-masing semasa #RamadanDiTwitter.

1. Rakyat Malaysia sentiasa beramal mulia walaupun sedang menghadapi pelbagai cabaran.

Dalam menghadapi bencana alam yang berpanjangan oleh ramai rakyat Malaysia menjelang bulan Ramadan, 86% rakyat Malaysia bimbang sama ada dapat berkumpul bersama keluarga pada bulan puasa. Beberapa perkara turut bermain di fikiran mereka seperti menyediakan aktiviti menghiburkan untuk keluarga mereka (40%), isu kewangan (29%), dan membeli-belah di bulan Ramadan (19%).

Di sebalik kesukaran dan halangan yang mereka hadapi, rakyat Malaysia tetap mempunyai hati yang mulia. 60% rakyat Malaysia dari semua peringkat umur di Twitter berminat dengan kandungan tentang menyumbang balik kepada masyarakat.

Bulan Ramadan juga merupakan bulan yang penting untuk rakyat Malaysia kekal berhubung. 41% rakyat Malaysia berminat untuk berhubung dengan komuniti yang turut menyambut bulan Ramadan dan Hari Raya di Twitter.

2. Berada dalam talian adalah penting untuk semua rakyat Malaysia semasa bulan Ramadan ini walaupun fasa pandemik telah berakhir.

Rakyat Malaysia telah menyesuaikan diri dengan norma baharu sejak beberapa tahun lalu, dan pada bulan Ramadan, 2 daripada 3 rakyat Malaysia merancang untuk meluangkan lebih banyak masa dalam talian.

Rakyat Malaysia di Twitter memilih melayari media sosial sebagai aktiviti paling popular untuk dilakukan sepanjang bulan Ramadan (66%), diikuti dengan penstriman filem dan siri TV (51%), beli-belah dalam talian (45%), menonton TV (42%), panggilan video (31%), dan memesan makanan (24%).

Norma baharu rakyat Malaysia untuk bertumpu di atas talian pada bulan Ramadan ini berkemungkinan besar kekal walaupun pandemik telah berakhir.

Golongan Gen-Z di Malaysia lebih cenderung untuk melakukan beberapa aktiviti dalam talian seperti membeli-belah (62%), penstriman kandungan (44%), dan bersosial dengan orang tersayang (44%). Sementara itu, generasi terdahulu lebih cenderung untuk menunaikan zakat dalam talian (56%) dan bekerja dari kediaman mereka (46%) pasca pandemik.

3. Rakyat Malaysia menikmati pelbagai kandungan di Twitter semasa bulan Ramadan

Rakyat Malaysia terus mencari kegembiraan dalam bentuk kandungan ringan di Twitter, terutamanya kandungan yang berunsur komedi yang mencatatkan peningkatan sebanyak 9% daripada tahun 2021.

Apabila ditanya mengenai pilihan jenis kandungan yang diminati, rakyat Malaysia dari semua peringkat umur menjawab kandungan keagamaan dan kesihatan/kesejahteraan. Sebaliknya golongan Gen-Z lebih berminat dengan kandungan makanan/memasak, kandungan ringan (hiburan/budaya pop, komedi) dan kandungan membeli-belah, akan tetapi mereka kurang berminat dengan berita dan sukan .

Sementara itu, mereka yang berada dalam 3 generasi awal lebih berminat untuk mencari kandungan berkaitan kesihatan/kesejahteraan (59%), sukan (36%), dan hal ehwal semasa (45%).

4. Membeli-belah adalah topik yang menjadi semakin penting di Twitter

Rakyat Malaysia kekal di Twitter untuk mencari inspirasi dan idea dalam membuat persiapan bulan Ramadan dengan 9 daripada 10 rakyat Malaysia di Twitter merancang untuk membuat pembelian semasa bulan Ramadan dengan 45% menjangkakan lebih banyak pembelian dalam talian.

Kebanyakan pembelian ini adalah barangan ruji percutian seperti makanan dan minuman (80%), pakaian dan aksesori (77%) produk penjagaan diri (43%), hadiah (33%) dan bahan elektronik (27%). Dengan pembelian ini, pengalaman pada bulan Ramadan ini dapat dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan.

5. Gen-Z terajui dunia digital di Malaysia

Rakyat Malaysia telah menyesuaikan diri dengan norma baharu sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Mereka telah menjangkakan aktiviti dalam talian menjadi sebahagian daripada norma baharu pada bulan Ramadan. Sepanjang bulan ini, golongan Gen-Z (usia 18-29) merancang untuk meluangkan lebih banyak masa dengan aktiviti dalam talian berbanding generasi sebelumnya.

Dari melayari media sosial (69%) ke penstriman filem/siri tv (55%), membeli-belah dalam talian (49%) dan bermain permainan video (28%), berada dalam talian adalah aktiviti utama bagi mereka. Gen-Z di Twitter juga memanfaatkan saat ini untuk membeli-belah dalam talian dengan 95% daripada mereka ingin membuat pelbagai pembelian makanan & minuman (83%), pakaian & aksesori (80%) dan juga produk penjagaan diri (49% ) sepanjang Ramadan.

Apakah kesimpulannya untuk jenama-jenama?

Bulan Ramadan adalah salah satu bulan dan momen yang amat penting bagi rakyat Malaysia. Oleh itu, Twitter menjadi kunci menghubungkan rakyat Malaysia dengan sidang ruang untuk mengekalkan keterujaan. Dengan kehadiran orang ramai di Twitter semasa bulan Ramadan, jenama perlu memanfaatkan peluang ini untuk mengambil bahagian dalam perbualan masyarakat.

Ketidaktentuan telah membelenggu fikiran rakyat Malaysia semasa proses peralihan ke fasa endemik. Namun begitu, rakyat Malaysia telah menyesuaikan diri mereka untuk hidup dengan norma baharu dan tidak sabar untuk menyambut bulan Ramadan seperti sedia kala.

Jenama-jenama perlu memanfaatkan momentum ini dengan mencipta kempen berkaitan keluarga, inisiatif menyumbang kembali kepada masyarakat dan untuk kekal berhubung dalam talian. Jenama-jenama juga perlu fokus dalam menyediakan kandungan ringan di Twitter, seperti hiburan, budaya pop dan kandungan mengenai membeli-belah, kerana rakyat Malaysia lebih cenderung untuk menghabiskan masa dalam talian berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Jenama-jenama dapat mendorong lebih banyak perbualan dengan cara mencetuskan kisah-kisah menarik yang dapat memanfaatkan perkara yang dicari oleh rakyat Malaysia di Twitter.

Tentang Twitter, Inc.

Twitter adalah platform untuk ketahui apa yang sedang berlaku dan apa yang sedang dibicarakan orang ramai di saat ini. Untuk informasi lebih lanjut, kunjungi about.twitter.com serta ikuti @Twitter. Jom bincang.

Previous ArticleNext Article

PropertyGuru Melancarkan Kempen Penghujung Tahun Untuk Membantu Rakyat Malaysia Memiliki Rumah Mampu Milik, Fokus Pada Hartanah Di Bawah RM500,000

Kuala Lumpur, 11 November 2025 – Ketika isu kemampuan memiliki rumah terus mempengaruhi keputusan pembelian rakyat Malaysia, PropertyGuru Group, syarikat teknologi hartanah terkemuka di Malaysia dan pengendali platform PropertyGuru serta iProperty, telah melancarkan kempen penghujung tahun untuk menampilkan rumah berharga RM500,000 dan ke bawah.

Inisiatif ini bertujuan untuk merapatkan jurang antara pemaju yang menawarkan perumahan mampu milik dengan rakyat Malaysia yang mencari rumah berkualiti dan mudah diakses, selaras dengan usaha nasional untuk mempertingkatkan kadar pemilikan rumah dalam kalangan rakyat.

Melalui kempen ini, pemaju yang mengambil bahagian dengan projek berharga di bawah RM500,000 akan dipaparkan di platform PropertyGuru dan iProperty. Setiap paparan akan mengarahkan pengguna ke halaman carian khusus yang menampilkan senarai hartanah layak, membolehkan pencari rumah meneroka dan membandingkan pilihan mengikut bajet mereka dengan lebih mudah.

Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), harga purata rumah di Malaysia bagi separuh pertama tahun 2025 ialah RM490,376, melebihi paras kemampuan bagi banyak isi rumah dalam kumpulan B40 dan M40 rendah. Namun, pasaran secara keseluruhan menunjukkan  pemulihan kukuh, disokong oleh dasar kerajaan yang proaktif, penurunan kadar dasar semalaman (OPR), serta peningkatan keyakinan pembeli.

Dr Lee Nai Jia, Ketua Perisikan Harta Tanah, PropertyGuru Group, menegaskan semasa Sidang Kemuncak PropertyGuru & iProperty FutureBuilt 2025 bahawa sektor hartanah kediaman menunjukkan pemulihan kukuh dengan pemaju melaporkan kadar pengambilan yang lebih tinggi untuk pelancaran baharu di kawasan pertumbuhan utama seperti Lembah Klang, Johor, dan Pulau Pinang. Sentimen pasaran turut disokong oleh pengurangan kumulatif OPR sebanyak 75 mata asas serta insentif kerajaan menerusi Belanjawan 2025, termasuk pengecualian duti setem dan insentif pinjaman untuk pembeli rumah pertama.

Kar Wai Low, Pengarah Pemasaran Negara, PropertyGuru & iProperty Malaysia, berkata, “Kemampuan memiliki rumah kekal sebagai antara kebimbangan utama rakyat Malaysia hari ini. Kempen penghujung tahun ini memberi tumpuan kepada keterlihatan dan impak – bukan sahaja untuk pemaju, tetapi juga untuk pembeli. Kami mahu membantu pencari rumah di Malaysia mencari kediaman berkualiti dalam jangkauan mereka, sambil memudahkan pemaju berhubung dengan pembeli sedia ada dalam segmen harga penting ini. Dengan menggabungkan kekuatan PropertyGuru dan iProperty, kami memanfaatkan capaian dan data platform kami bagi memudahkan pencarian, perbandingan dan tindakan terhadap pilihan rumah mampu milik.”

Kempen ini memperkukuh komitmen berterusan PropertyGuru Group untuk memperkasakan rakyat Malaysia membuat keputusan hartanah dengan yakin, sambil menyokong usaha kerajaan meningkatkan kemampuan memiliki rumah dan mobiliti sosial. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila layari PropertyGuru dan iProperty Malaysia.​