Kad ATM Tertinggal? No Problem. Maybank MAE Kini Boleh Keluarkan Duit Tanpa Sentuh ATM – Hanya Imbas Kod QR

Maybank kini telah mempunyai ciri baharu yang dinamakan sebagai ATM Cash-Out.

Melaluinya, pengguna boleh mengeluarkan duit daripada mesin ATM tanpa menggunakan kad ATM dan tanpa perlu menyentuh mesin ATM, sebaliknya hanya perlu mengimbas kod QR. Pastikan dekat skrin mesin ATM tersebut ada dipaparkan kod QR.

Panduan untuk mengaktifkan ciri ini:

Klik pada ‘ATM Cash-out’ pada aplikasi MAE anda untuk mengaktifkan ciri tersebut. Anda perlu menunggu selama 24 jam sebelum boleh mula menggunakannya. Anda akan menerima SMS selepas pengaktifan berjaya.

Tonton video yang disediakan oleh pihak Maybank? Jom tengok tutorial mudah di bawah.

Tonton juga video yang disediakan oleh pihak Maybank ini.

Baca juga Tukar Kad Debit Maybank Anda Tanpa Perlu Ke Bank & Kad Dihantar Terus Ke Rumah

Previous ArticleNext Article

Sampul.co Perkenal Aplikasi Perancangan Pusaka Digital Patuh Syariah Pada Disember Ini

Platform perancangan pusaka digital Sampul.co bakal dilancarkan Disember ini dengan misi membantu rakyat Malaysia merancang dan mengurus harta secara lebih mudah, sistematik dan patuh syariah melalui satu aplikasi mesra pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Sampul.co, Arham Merican, berkata aplikasi tersebut dibangunkan bagi memudahkan pengguna membina dua perkara utama iaitu merancang harta semasa hidup serta mengurus harta selepas kematian ahli keluarga.

“Menerusi aplikasi ini, pengguna boleh menyediakan wasiat digital, hibah amanah dan amanah harta dengan mudah, selain dibimbing secara langkah demi langkah dalam proses selepas kematian seperti urusan jenazah, tuntutan khairat kematian, sijil kematian, tuntutan takaful dan pengadilan harta di mahkamah,” ujarnya.

Menangani Cabaran Utama Masyarakat

Menurut Arham, cabaran utama yang dihadapi oleh masyarakat dalam tahap kesedaran mengenai kepentingan perancangan pusaka, terutamanya dalam bentuk digital. Bagi mengatasi isu tersebut, Sampul.co memperkenalkan siri podsiar bertajuk Di Sebalik Sampul iaitu siri kesedaran untuk mendidik orang ramai agar mula merancang kewangan termasuk pusaka dan mengelak daripada beban kepada waris selepas kematian.

Selain itu, Sampul.co juga menyediakan sesi terapi kesedihan secara dalam talian, hasil kerjasama dengan Sapot.app, bagi membantu waris yang sedang berduka. Pendekatan ini bukan sekadar urusan harta, tetapi juga sokongan emosi kepada mereka yang kehilangan orang tersayang,” ujarnya.

Yuran Pengurusan yang Berpatutan

Selari dengan misi Sampul.co untuk memastikan solusinya dapat benar-benar membantu masalah berkaitan pusaka antaranya isu akses kewangan yang terhad selepas berlakunya kematian, Sampul.co memperkenalkan Sampul Trust untuk member akses tunai dan asset digital segera kepada waris tersayang dengan yuran pengurusan tahunan sebanyak 1.5 peratus, manakala bagi perkhidmatan tuntutan pusaka, Sampul Executor, sebanyak 1.8 peratus dikenakan untuk aset yang memerlukan tuntutan di mahkamah.

Sampul.co juga memudahkan proses pindahmilik hartanah kepada yang tersayang dengan Sampul Hibah bermula dengan RM 2500 untuk setiap hartanah. Selain itu, Sampul.co juga menyediakan Sampul Wasiat iaitu wasiat digital secara percuma bagi lima aset pertama. Selepas itu, pengguna boleh melanggan dengan hanya RM180 setahun dengan akses pindaan tanpa had dari masa ke semasa sepanjang masa.

Kerjasama dengan Rakan Strategik

Sampul.co bekerjasama secara rapat dengan Rakyat Trustee Berhad dan Halogen Capital sebagai pengurus dana berdaftar bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia bagi memastikan setiap produk Sampul.co mematuhi Syariah selain undang-undang dan aspek pengawalseliaan kewangan di Malaysia.

Visi Jangka Panjang

Menjelang lima tahun akan datang, Arham optimis untuk menjadikan Sampul.co sebagai peneraju utama perancangan pusaka digital di Malaysia serta meluaskan operasi ke negara Islam lain.

“Matlamat kami mudah iaitu memudahkan perancangan pusaka digital lebih mudah, cepat, telus dan patuh syariah untuk semua rakyat Malaysia,” jelasnya.

Untuk maklumat lanjut, layari www.sampul.co atau hubungi [email protected] dan +0189766429

Nota: Artikel ini merupakan hasil sumbangan daripada Sampul Sdn. Bhd