PropertyGuru Melantik Vic Sithasanan Sebagai Pengarah Urusan Malaysia

Kuala Lumpur, 20 November 2025 – PropertyGuru Group (“Kumpulan” atau “PropertyGuru”), syarikat teknologi hartanah (“PropTech”) terkemuka di Asia Tenggara, hari ini mengumumkan pelantikan Vic Sithasanan sebagai Pengarah Urusan Malaysia, berkuat kuasa serta-merta.

Dalam peranan baharunya, Vic akan menerajui pertumbuhan perniagaan pasaran Kumpulan di Malaysia, merangkumi PropertyGuru dan iProperty, serta memacu strategi untuk mengukuhkan nilai kepada pelanggan dan pengguna di samping memperkukuh kepimpinan kedudukan pasaran. Vic akan menyertai Pasukan Kepimpinan Eksekutif Kumpulan dan akan melapor terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Lewis Ng.

Pelantikan Vic menandakan satu pencapaian penting dalam transformasi kepimpinan PropertyGuru untuk memperkukuh pemilikan dan ketangkasan di peringkat negara. Peranan yang dipertingkatkan ini menandakan perubahan struktur syarikat daripada Pengurus Negara kepada Pengarah Urusan di pasaran utama bagi memacu impak yang lebih besar di peringkat tempatan.

Dengan lebih dua dekad pengalaman kepimpinan, Vic membawa rekod pencapaian kukuh dalam pertumbuhan pasaran, inovasi digital, dan pengurusan pengalaman pelanggan. Beliau menyertai PropertyGuru dari SEEK, di mana beliau berkhidmat sebagai Pengarah Urusan untuk Singapura dan sebelum itu sebagai Pengarah Urusan untuk Malaysia. Sepanjang perkhidmatannya, Vic telah memacu pertumbuhan perniagaan yang konsisten dan memimpin transformasi digital serta komersial utama di kedua-dua pasaran tersebut.

Sebelum menyertai SEEK, Vic merupakan pengasas bersama Hyperlab, sebuah syarikat AI yang mengautomasi perbualan pelanggan untuk jenama-jenama utama. Selepas pengambilalihan syarikat tersebut pada 2018, beliau berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Pertumbuhan dan memimpin pengembangan perniagaan ke Amerika Syarikat, Jepun, dan pasaran-pasaran utama lain.

PropertyGuru turut mengumumkan bahawa Kenneth Soh, yang kini berkhidmat sebagai Pengurus Negara untuk Malaysia, akan meninggalkan Kumpulan pada akhir Disember 2025. Di bawah kepimpinan Kenneth, PropertyGuru Malaysia mencapai beberapa pencapaian besar termasuk pelancaran Verified Badge, satu inisiatif kepercayaan awam bagi membendung penipuan hartanah, serta penerusan integrasi and PropertyGuru dan iProperty Malaysia.

Lewis Ng, Ketua Pegawai Eksekutif, PropertyGuru Group, berkata, “Saya berbesar hati menyambut Vic ke PropertyGuru sebagai Pengarah Urusan Malaysia yang baharu. Rekod pencapaiannya dalam memacu pertumbuhan, membina pasukan berprestasi tinggi, dan menyampaikan inovasi berteraskan pelanggan menjadikannya pemimpin yang tepat untuk membawa perniagaan kami di Malaysia ke tahap seterusnya.

Bagi pihak Kumpulan, saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kenneth atas dedikasi dan sumbangannya selama ini. Kepemimpinannya telah memainkan peranan penting dalam banyak kejayaan kami di Malaysia dan menyokong pertumbuhan perniagaan kami di sini. Kami mengucapkan selamat maju jaya dalam perjalanan kerjaya seterusnya.”

Vic Sithasanan, Pengarah Urusan, Malaysia, PropertyGuru, berkata, “Landskap hartanah Malaysia sedang berubah dengan pesat, dan saya bersemangat untuk memimpin PropertyGuru dan iProperty ke fasa pertumbuhan seterusnya. Bersama-sama, kita akan terus berinovasi, meningkatkan ketelusan, dan membina kepercayaan yang lebih kukuh dalam ekosistem ini, bagi membolehkan rakyat Malaysia membuat keputusan hartanah dengan lebih “yakin serta membantu rakan kongsi kami berkembang dalam pasaran yang semakin digital dan saling berhubung.”

Previous ArticleNext Article

HE Group Berhad Berpindah Dari Pasaran ACE Ke Pasaran Utama Bursa Malaysia

Kuala Lumpur, 20 November 2025 – Bursa Malaysia Securities Berhad hari ini mengumumkan bahawa HE Group Berhad telah berjaya dipindahkan dari Pasaran ACE ke Pasaran Utama Bursa Malaysia, di bawah sektor “Produk & Perkhidmatan Perindustrian”.

Pemindahan tersebut akan berkuat kuasa pada Jumaat, 21 November 2025, jam 9.00 pagi.

Pemindahan ini menandakan satu pencapaian penting bagi syarikat tersebut, sekali gus mencerminkan kedudukan kewangan dan operasi yang lebih kukuh. Dengan perpindahan ini, nama pendek saham dan nombor saham HE Group Berhad kekal tidak berubah, iaitu:

  • Nama Pendek Saham: HEGROUP
  • Nombor Saham: 0296

HE Group Berhad akan disenaraikan sepenuhnya di Pasaran Utama, membolehkan pendedahan lebih meluas kepada pelabur institusi dan runcit serta potensi pertumbuhan masa depan yang lebih besar.