Qintar: Token Patuh Syariah Pertama Dilancarkan pada April 2019

JEDDAH, UAE,12 April 2019 /PRNewswire/ —

Qintar Cetuskan Gelombang dengan Rantaian Blok ISL Inovatif

Pasukan berpengalaman ini sibuk meluaskan aplikasi dan menggunakan rantaian blok ISL untuk tujuan ini.

Dimulakan pada tahun 2018, projek rantaian blok ISL dilancarkan bagi mengubah cara mata wang kripto direka dan dibangunkan – matlamatnya adalah untuk menyediakan persekitaran rantaian blok yang menyepadukan keperluan pengguna, sistem dan pasaran.

Rangkaian P2P Sebenar

Dengan Qintar, hanya pedagang yang mengawal transaksi, data dan strategi mereka tanpa gangguan pihak ketiga! Setiap transaksi ditandatangani secara digital dan bercop masa – ini membolehkan pemegang token mengesan setiap transaksi, berasa selamat dengan mengetahui kualiti audit rantaian blok ISL berfungsi untuk mereka.

Sebaik sahaja dimulakan, transaksi tersebut tidak boleh dibatalkan atau dibekukan – pemalsuan dihapuskan dan membolehkan pedagang menerima sebanyak mungkin transaksi antarabangsa yang mereka inginkan! Platform Qintar memberi jaminan yang berikut:

Token Patuh Syariah: Ia berdasarkan Islamic Blockchain (ISL) – rantaian blok persendirian yang menerima Fatwa daripada beberapa ulama dan penyelidik Islam yang hanya boleh dibeli melalui pemindahan terus kepada akaun bank Qintar Capital di Switzerland yang mencegah risiko pemalsuan, bagi mematuhi undang-undang Syariah.

Rantaian Blok ISL: Kesemua produk dan kontrak kewangan yang dikeluarkan melalui Rantaian Blok ISL adalah selaras dengan prinsip-prinsip Islam: tiada Riba (bayaran faedah), tiada kegiatan yang dilarang seperti alkohol, perjudian, pornografi dan sebagainya.

Masa Depan Cerah dengan Qintar

Qintar percaya dengan rantaian blok ISL – oleh yang demikian, mereka bekerjasama dengan syarikat-syarikat dalam sektor-sektor berbeza untuk menjadikan transaksi dalam talian lebih mudah, lebih pantas, lebih murah dan lebih lancar buat pengguna. Di samping itu, perkhidmatan Qintar seperti tempahan penerbangan dan tempahan hotel, malah Udhiyya (haiwan ternakan untuk ibadah korban) menggunakan dompet kripto pada peranti mudah alih melalui saluran Qintar (Seitra, Udhiyya) iaitu Qintar Immediate Goal.

Bermula dengan pelabur institusi dan pelabur persendirian kepada pedagang individu serta individu, mereka telah menarik minat yang besar – rancangannya mantap, platformnya kukuh dan pasaran tersebut menerima Qintar, memandangkan pelaburan konservatif yang besar akan dilaksanakan pada masa depan. Hanya menunggu masanya sahaja sebelum Qintar menjadi piawaian industri!

Sertai revolusi rantaian blok hari ini bersama Qintar.

Sumber: Qintar

Pautan Berkaitan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.