29 Nasihat Berharga Warren Buffett

Sub Topik

Siapa yang tak kenal dengan nama Warren Buffett ini? Beliau merupakan pengerusi dan CEO syarikat Berkshire Hathaway dan kini memiliki kekayaan sebanyak USD100.8 bilion.

Sekiranya beliau boleh lakukan, kenapa tidak kita? Langkah pertama adalah berdoa kepada-Nya terlebih dahulu. Kemudian, baru kita belajar cara-cara bagaimana beliau bina kekayaan sehingga menjadi multi-bilionaire sepertinya.

Nasihat ini InsyaAllah boleh buat kita jadi kaya-raya. Warren Buffett seorang yang hidup bersama beberapa peraturan. Beliau amalkan perkara ini sebelum bertindak untuk membuat sesuatu keputusan penting dalam pelaburan dan kehidupan.

Jom kita dengarkan 29 nasihat Warren Buffett kepada kita semua.

Nasihat #1: Dua peraturan Warren Buffett dalam dunia pelaburan

“Peraturan 1: Jangan rugi dalam pelaburan. Peraturan 2: Jalan lupa peraturan no.1.”

Nasihat #2: Pasaran tak selalunya betul dalam meletakkan harga

“Harga ialah apa yang kita bayar. NIlai adalah apa yang kita dapat.”

Nasihat #3: Untung dengan risiko yang kecil adalah kuncinya

“Risiko berpunca daripada melakukan perkara yang kita tak tahu.”

Nasihat #4: Bergaul dengan orang yang betul

“Adalah lebih baik bergaul dengan orang yang lebih baik daripada kita. Pilih untuk berkawan dengan orang yang baik tindak-tanduknya. Lambat laun, kita akan ikut perangai baiknya.”

Nasihat #5: Lebih mudah mengkaji sejarah berbanding menilik masa hadapan

“Dalam dunia perniagaan, cermin pandang belakang lebih jelas jika dibandingkan dengan cermin depan.”

Nasihat #6: Sentiasa beli syarikat yang bagus

“Adalah jauh lebih baik beli syarikat yang bagus pada harga yang berpatutan, daripada beli syarikat biasa-biasa pada harga yang baik.”

Nasihat #7: Reputasi dan imej kita pada pandangan orang lain

“Ia ambil masa 20 tahun untuk membina reputasi dan 5 minit untuk musnahkannya.

Jika kita fikir seperti ini, kita akan sentiasa ambil tindakan yang betul.”

Nasihat #8: Tak berdosa untuk tanam impian

“Saya tahu saya akan jadi kaya satu hari nanti. Saya tak pernah ragu-ragu tentang perkara ini, walaupun sedetik.”

Nasihat #9: Pilih pelaburan jangka masa panjang

“Sentiasa beli sesuatu yang akan buat anda gembira untuk jangka masa panjang, walaupun jika pasaran itu ditutup selama 10 tahun.”

Nasihat #10: Beli pelaburan yang kita boleh pegang sampai bila-bila

“Tempoh pegangan yang saya gemari adalah selama-lamanya.”

Nasihat #11: Ramai buat pelaburan kelihatan lebih sukar daripada yang sepatutnya

“Universiti yang mengajar subjek perniagaan hasilkan orang yang kompleks, berbanding pemikiran yang simpel. Pemikiran yang simpel jauh lebih efektif dalam dunia pelaburan.”

Nasihat #12: Kadang-kala, tak buat apa-apa adalah perkara yang betul untuk dilakukan

“Kita ambil tindakan apabila ada peluang yang baik.

Ada masa, saya ada macam-macam idea dalam fikiran saya. Ada juga ketika kemarau idea datang melanda.

Jika ada idea pada minggu depan, saya akan ambil tindakan. Jika tak, saya tak akan lakukan apa-apa.”

Nasihat #13: Berkaitan kejujuran daripada orang lain

“Harga untuk sebuah kejujuran adalah amat mahal. Tak perlu harapkan ia daripada orang yang “murah”.”

Nasihat #14: Sentiasa bersyukur tentang asal-usul kita

“Kita berteduh di bawah bayang-bayang pokok, kerana ada orang sebelumnya yang tanam pokok itu.”

Nasihat #15: Sumbang kembali kepada masyarakat

“Jika kita tergolong dalam 1% masyarakat yang bertuah, kita berhutang kepada 99% yang tak senasib dengan kita.”

Nasihat #16: Tak perlu jadikan pelaburan satu perkara yang sukar

“Akan sentiasa ada perangai manusia yang suka buat perkara yang mudah menjadi sukar.”

Nasihat #17: Buat ramalan sendiri

“Ramalan si peramal tak akan beritahu apa-apa tentang masa depan pelaburan kita.”

Nasihat #18: Latih diri untuk kata “tidak”

“Beza orang yang berjaya dan tidak berjaya adalah mereka suka kata “tidak” kepada kebanyakan perkara.”

Nasihat #19: Sentiasa buat perkara yang kita suka

“Dalam dunia perniagaan, orang yang berjaya adalah mereka yang cintakan apa yang mereka buat.”

Nasihat #20: TIndakan VS Hasil

“Jika kita buat perkara yang sama berulang-kali, jangan sangka kita akan dapat hasil yang lain.”

Nasihat #21: Labur kepada syarikat yang anda kenal dan percaya

“Seorang pelabur yang bagus perlu bijak buat keputusan yang sukar, walaupun sedang ditumbuk lebih 20 orang sekaligus.”

Nasihat #22: Belajar uruskan masa dengan baik

“Kita mesti jaga pengurusan masa, dan ia agak sukar jika tak kata “tidak”. Jangan biarkan orang lain sibukkan diri mereka dalam agenda hidup kita.”

Nasihat #23: Pelabur hebat akan fokus pada satu jenis pelaburan sahaja

“Mempelbagaikan pelaburan adalah perkara yang kurang bijak.

Ia tak akan membantu kita jika kita tak tahu apa yang kita lakukan.”

Nasihat #24: Sentiasa sambar peluang yang baik

“Peluang yang baik jarang datang selalu. Bila hujan emas turun, sepatutnya sediakan baldi. Bukan sekadar cawan.”

Nasihat #25: Sejarah lalu bukan penentu masa depan

“Jika sejarah menjadi keperluan dalam dunia kewangan, orang paling kaya di dunia sekarang adalah pustakawan.”

Nasihat #26: Pilih “hero” kita dengan bijak

“Beritahu saya “hero” kamu, dan saya akan beritahu siapakah anda di masa hadapan.”

Nasihat #27: Buat pelaburan jangka masa panjang

“Jika kita tak fikir untuk ada pelaburan untuk tempoh 10 tahun, jangan mimpi untuk memiliki pelaburan untuk tempoh 10 minit.”

Nasihat #28: Tak salah jadi tamak

“Tidak buat perkara yang kita suka dengan alasan tamak, membuktikan kita tidak pandai uruskan kehidupan kita.”

Nasihat #29: Luangkan masa untuk tingkatkan diri sendiri

“Pelaburan terbaik adalah melabur untuk diri kita sendiri.”

Kredit: Gila Hartanah

Apa-apa pun, niat nak jadi kaya kena betul. Niat bila dah kaya nanti, kita akan bantu lebih ramai orang susah. Lebih kaya nanti, lebih banyak kita boleh berzakat dan membantu golongan yang memerlukan.

Apabila kita bersyukur, maka Allah akan tambah lagi nikmat. Dan jangan takut untuk bersedekah, tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima.

Previous ArticleNext Article

Kaya Di Mata : Realiti Kewangan Malaysia Yang Jarang Didedahkan

Dalam dunia yang gemar menilai kekayaan melalui apa yang nampak secara fizikal seperti kereta mewah, rumah besar, pakaian berjenama, ramai terperangkap dalam “kaya tipu-tipu”: mewah di luar, rapuh di dalam.

Artikel ini menyelami perbezaan asas antara “kaya tipu-tipu” dan “kaya sebenar”, disokong dengan data pencapaian kewangan isi rumah Malaysia, untuk memberikan gambaran yang lebih bernas dan tidak klise.

1. Kaya Tipu-Tipu: Ilusi Kekayaan yang Rapuh

Golongan ini menumpukan kepada persepsi, mereka lebih mementingkan imej daripada asas kewangan yang sihat.

Ciri-ciri utama:

  • Aliran tunai rapuh dan aliran keluar lebih besar
  • Pendapatan besar habis dibelanjakan untuk pembayaran ansuran kereta, kad kredit dan gaya hidup. Walaupun gaji tinggi, kos perbelanjaan lebih menguasai.
  • Nilai bersih (net worth) negatif
  • Tiada simpanan atau nilai bersih positif. Aset yang dimiliki adalah atas nama pinjaman. Jika aset dijual sekalipun, hasilnya tidak cukup untuk membayar hutang.
  • Hutang tinggi dan “good debt” tiada
  • Gaya hidup dibiayai oleh hutang (BNPL), bukan pelaburan atau aset produktif.
  • Motivasi status, bukan kestabilan
  • Pembelian didorong oleh keinginan untuk menunjukkan kekayaan, bukan atas dasar keperluan

2. Kaya Sebenar: Kekayaan yang Kukuh, Terlihat Biasa

Golongan ini mungkin tidak menarik perhatian, tetapi struktur kewangan mereka teguh dan bebas dari tekanan luar.

Ciri-ciri utama:

  • Nilai bersih positif
  • Pendapatan pasif dari sewaan, pelaburan dan saham. Aset melebihi liabiliti.
  • Pendapatan pelbagai aliran
  • Gaji, sewaan hartanah, dividen saham, perniagaan, pengagihan risiko dan kestabilan jangka panjang.
  • Kecairan tunai mencukupi
  • Simpanan kecemasan yang mencukupi membolehkan ketenangan apabila berdepan krisis.
  • Hidup di bawah kemampuan

Walaupun berkemampuan, mereka memilih kesederhanaan kewangan demi ketenangan jangka panjang.

3. Statistik Malaysia: Menyokong Fenomena Kekayaan Tipu-Tipu vs Sebenar

i) Hutang Isi Rumah Tinggi

Sehingga hujung 2021, nisbah hutang isi rumah kepada KDNK Malaysia mencecah 89 peratus, antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Ia merangkumi RM1.4 trilion hutang, 58 % bagi pinjaman perumahan, 13 % pinjaman kenderaan, 14 % pinjaman peribadi, dan 3 % kad kredit.

ii) Tabung Kecemasan Rendah

Hanya 40 peratus isi rumah menyangka mereka boleh bergantung pada simpanan sendiri atau keluarga jika menghadapi kecemasan.

Sebanyak 55 peratus responden melaporkan mereka mempunyai kurang daripada RM10,000 simpanan yang boleh diakses segera.

iii) Kadar Simpanan Rendah

Tahun 2022 mencatat kadar simpanan isi rumah (household savings rate) hanya sekitar 3 peratus daripada pendapatan boleh guna (disposable income).

Purata sebelum ini (2006–2013) lebih rendah, sekitar 1.4 hingga 1.6 peratus.

iv) Ketahanan Terhadap Kejutan Kewangan Lemah

Kajian mendapati hanya 10 peratus isi rumah bandar Malaysia benar-benar tahan terhadap kejutan kewangan seperti kehilangan pendapatan, kecacatan, atau kematian. Lebih daripada 20 peratus tidak mampu bertahan sekurang-kurangnya tiga bulan jika pendapatan terputus.

4. Implikasi dan Kesedaran Kewangan

Data menunjukkan ramai rakyat Malaysia berada dalam situasi “kaya tipu-tipu”: hidup mewah tetapi asas kewangan rapuh. Gagal memiliki simpanan kecemasan dan nisbah hutang tinggi mengancam daya tahan ekonomi isi rumah.

Langkah yang disarankan:

1. Meningkatkan literasi kewangan agar rakyat lebih faham risiko hutang dan pentingnya simpanan.

2. Mempromosikan pengurusan kewangan yang rasional seperti membina simpanan, elak gaya hidup melebihi kemampuan.

3. Sokongan dasar untuk menyediakan insentif tabungan (contoh: subsidi simpanan, pendidikan kewangan).

Tidak semua yang kelihatan hebat benar-benar kukuh. “Kaya tipu-tipu” adalah rentap jangka pendek yang menjerat manakal “kaya sebenar” adalah kestabilan yang dilandasi disiplin kewangan dan perancangan masa depan.

Data Malaysia menggambarkan bahawa masih ramai yang terjebak dalam ilusi, bukan realiti dan artikel ini diharap membuka mata kepada perlunya kebijaksanaan dalam membina kekayaan sejati bukan sekadar apa yang nampak, tetapi apa yang kekal dan tahan dalam ujian masa.