Ray Dalio Mengubah Pandangannya Terhadap Pelaburan Bitcoin

Ray Dalio merupakan orang yang sangat berpengaruh di Wall Street. Beliau berjaya mengemudi syarikat hedge fund terbesar di dunia iaitu Bridgewater Associates, dan menjadikanya salah seorang pengurus hedge fund yang terkaya di dunia.

Beliau terkenal dengan teknik pelaburan diversification dengan melabur ke dalam pelbagai portfolio yang berbeza untuk memastikan wang pelaburan tidak hangus jika sesuatu sektor pelaburan itu ditimpa musibah.

Antara portfolio pelaburan yang dilakukanya adalah seperti saham, bon dan juga emas. Teknik diversification ini sangat berbeza dengan teknik pelaburan yang dilakukan oleh Warren Buffett yang mana hanya melabur di dalam saham dan ke dalam syarikat yang difahaminya sahaja.

Disebabkan perkara tersebut, Ray Dalio mengkritik pelaburan yang dilakukan oleh Warren Buffett yang menurutnya tidak lengkap kerana tidak mempunyai emas dalam portfolio pelaburan mereka.

Walaubagaimanapun, mereka mempunyai falsafah yang sama apabila melibatkan pelaburan Bitcoin yang mana tidak bersetuju dengan pelaburan Bitcoin yang dianggap sebagai aset yang tidak mempunyai intrinsic value dalam dunia pelaburan.

Ray Dalio Kini Memiliki Bitcoin Dalam Portfolio

Kredit Gambar: Invest Like A Pro

Tahun ini, Ray Dalio telah mengejutkan dunia pelaburan saham apabila dia mengaku bahawa dia memiliki pegangan dalam Bitcoin. Jika sebelum ini, Ray Dalio dilihat tidak berminat terhadap Bitcoin, kini mula melihat Bitcoin sebagai salah satu aset pelaburan yang penting dalam portfolio pelaburannya.

Beliau melihat Bitcoin sebagai sesuatu yang penting ketika berlakunya pandemik pada hari ini.

Bitcoin yang dilihat sentiasa menaik daripada segi nilai ketika dolar dilihat semakin lemah. Menurut Ray Dalio lagi, jika ditanya kepada dirinya di antara pelaburan bon atau Bitcoin, beliau akan memilih Bitcoin sebagai aset pelaburan. Ini kerana bon dilihat berada dalam keadaan tidak stabil ketika berlakunya pandemik.

Walupun begitu, Ray Dalio tetap bimbang dengan pelaburan yang dilakukan terhadap Bitcoin jika dilakukan dalam kuantiti yang besar kerana ia akan melibatkan campur tangan kerajaan Amerika Syarikat. Buat masa ini, ketua Federal Reserve, Jerome Powell tidak bergitu berminat dengan Bitcoin.

Ini kerana ia belum lagi mengganggu sistem ekonomi negara Amerika Syarikat.

Kisah Kerajaan Amerika Syarikat Mengharamkan Emas Untuk Simpanan Peribadi

Kredit Gambar: US Money Reserve

Ray Dalio mengingatkan pelabur Bitcoin supaya berhati-hati dengan campur tangan kerajaan Amerika Syarikat terhadap mata wang kripto tersebut, terutamanya peristiwa yang berlaku di era 1930-an.

Pada ketika itu, Amerika Syarikat telah mengalami kemelesetan yang sangat teruk sehinggakan ramai pelabur pada ketika itu diisytiharkan bankrap. Pada ketika itu, kerajaan Amerika Syarikat telah mengharamkan mana-mana individu menyimpan emas dan emas hanya boleh dipegang oleh bank pusat.

Mana-mana transaksi yang melibatkan emas dianggap tidak sah dan melanggar peraturan undang-undang negara. Ini menyebabkan orang ramai panik sehingga mengosongkan emas mereka yang ada di dalam bank.

Perlu diingat pada ketika itu juga, segala mata wang yang digunakan oleh kebanyakan kerajaan di dunia ini adalah bersandarkan kepada emas. Jika pihak bank tidak mempunyai emas yang secukupnya, mata wang mereka boleh jatuh dengan mendadak akibat ketidakpercayaan orang ramai.

Akhirnya pada tahun 1970-an, Amerika Syarikat mula menarik sandaran wang mereka terhadap emas dan dolar kini tidak mempunyai sebarang cagaran melainkan interest rate yang dipegang oleh Federal Reserve mereka. Selepas itu, kerajaan Amerika Syarikat melonggarkan sekatan terhadap emas.

Ray Dalio yang ingat akan perkara tersebut kerana Bitcoin dilihat sangat volatility dan menggugat sistem perbankan dunia. Sekiranya Amerika Syarikat mengharamkan Bitcoin seperti mereka mengharamkan emas pada era 1930-an selepas The Great Depression, para pelabur Bitcoin akan hilang segala pelaburan yang mereka lakukan dalam sekelip mata sahaja.

Begitulah bahayanya pelaburan Bitcoin jika kita mempunyai dalam kuantiti yang sangat besar dan hanya bergantung harap kepada wang kripto tersebut sebagai sumber pelaburan utama kita.

Sumber Rujukan: Forbes

Previous ArticleNext Article

Hata Diiktiraf Sebagai Platform Aset Digital Patuh Syariah Sepenuhnya Yang Pertama Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 5 Mei 2026 — Hata Digital Sdn Bhd (Hata), sebuah bursa aset digital (DAX) yang berlesen dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), hari ini mengumumkan platformnya telah menerima pensijilan Syariah, sekali gus menjadi bursa aset digital pertama di Malaysia yang meraih pengiktirafan tersebut.

Pensijilan ini meneguhkan kedudukan Malaysia sebagai pasaran kewangan Islam terkemuka dunia — gelaran yang terus dikekalkan dalam Indeks Pembangunan Kewangan Islam Global 2025 — sambil memperluas kepimpinan negara ke ruang aset digital yang dikawal selia. Pencapaian ini juga seiring dengan fasa pertumbuhan pesat Hata, yang merekodkan transaksi melebihi RM1.04 bilion pada 2025 serta deposit fiat bulanan tertinggi sebanyak RM28.7 juta.

Platform dagangan aset digital Hata telah dinilai selama tempoh setahun oleh penasihat Syariah bebas, Amanie Advisors Sdn Bhd (Amanie), bagi memastikan struktur platform dan operasinya selaras dengan prinsip Syariah. Penilaian ini merangkumi rangka kerja perniagaan teras serta tadbir urus Hata, seperti perkhidmatan Broker dan Bursa Digital, sifat serta penyaringan aset digital yang ditawarkan, perkhidmatan dompet, pengaturan akaun pemegang amanah, pengendalian deposit yang tidak diperuntukkan, perkhidmatan ‘staking’, struktur yuran dan caj, program afiliasi, serta langkah perlindungan terhadap aktiviti yang tidak mematuhi Syariah.

Dengan pasaran teknologi kewangan (fintech) Islam global dijangka melonjak kepada USD 341 bilion menjelang 2029, infrastruktur patuh Syariah Hata memastikan Malaysia kekal sebagai ekosistem yang kondusif bagi kewangan digital beretika. Pada masa yang sama, platform yang diperakui Syariah ini turut meletakkan Malaysia di barisan hadapan inovasi kewangan digital beretika.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Hata, David Low berkata, “Ketika kami mula melancarkan Hata, ramai pengguna Muslim menyuarakan betapa pentingnya akses kepada platform yang selaras dengan prinsip Syariah. Kami mengambil serius perkara ini dan membuat komitmen jelas untuk membangunkan platform yang memenuhi harapan tersebut.”

Tambah beliau lagi, “Hari ini, kami berbangga kerana Hata telah menjadi DAX pertama di Malaysia yang memperoleh pensijilan Syariah. Ia adalah pencapaian bermakna buat kami, pengguna kami, serta masa depan aset digital yang dikawal selia di Malaysia. Ia mencerminkan komitmen kami dalam membina platform yang dipercayai, inklusif dan selaras dengan nilai komuniti di mana kami berkhidmat.”

“Pencapaian ini bukan sahaja satu kejayaan bagi Hata, malah turut menyumbang kepada aspirasi Malaysia untuk terus memperkukuh kepimpinan dalam kewangan Islam serta mempercepat pendigitalan ekonomi Islam global. Dengan menyatukan aset digital yang dikawal selia dengan prinsip Syariah, kami berharap dapat memperluas akses kepada inovasi kewangan beretika buat pelabur runcit dan institusi,” katanya.

“Kami berbangga dapat menyokong Hata dalam meraih pencapaian penting ini sebagai platform aset digital patuh Syariah pertama di Malaysia. Setelah penilaian menyeluruh, kami berpuas hati bahawa platform ini memenuhi keperluan Syariah merentasi operasi dan tawarannya. Pencapaian ini melambangkan langkah penting dalam merapatkan jurang antara aset digital dan prinsip Syariah, serta diyakini mampu membina kepercayaan lebih tinggi dan ekosistem yang lebih inklusif. Semoga ia turut menyumbang secara positif kepada pertumbuhan dan keyakinan dalam landskap aset digital Islam,” kata Suhaida Mahpot, Ketua Pegawai Eksekutif Amanie Advisors.

Seiring dengan kematangan industri aset digital, Hata sebagai platform patuh Syariah mencerminkan evolusi baharu dalam pembinaan kekayaan digital yang mampan dan berjangka panjang. Dengan mengintegrasikan prinsip etika dalam bursa yang dikawal selia serta berprestasi tinggi, Hata membuktikan bahawa inovasi fintech bertaraf dunia mampu dibangunkan di Malaysia. Pencapaian ini menegaskan komitmen Hata untuk memperkasa rakyat dan institusi agar dapat menyertai ekonomi digital global dengan penuh keyakinan, sekali gus memupuk ekosistem kewangan Islam yang lebih inklusif dan berdaya saing.

Setakat ini, jumlah pengguna Hata telah melebihi 218,000. Untuk maklumat lanjut mengenai pensijilan Syariah dan rangka kerja pematuhan Hata, sila layari laman sesawang Hata di https://hata.io/en/my/shariah/.

Mengenai Hata

Hata ialah bursa aset digital dwi-lesen terkemuka di Malaysia, menyediakan platform yang selamat, patuh dan mudah diakses untuk pelabur membeli, menjual dan menyimpan aset digital. Diasaskan oleh rakyat Malaysia, Hata beroperasi di bawah lesen daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Labuan Financial Services Authority (LFSA), memastikan pematuhan kawal selia sepenuhnya serta standard keselamatan yang kukuh untuk pengguna di Malaysia dan seluruh dunia.

Sejak pelancarannya pada Mei 2023 hingga akhir 2025, Hata telah berkembang menjadi bursa aset digital tempatan yang paling pesat berkembang di Malaysia, dipercayai oleh lebih 209,000 pengguna. Pada tahun 2025 sahaja, Hata memproses jumlah transaksi sebanyak RM1.04 bilion, mencerminkan aktiviti platform yang kukuh, manakala aset di bawah jagaan (AUC) mencapai kemuncak RM115 juta pada September 2025 sebelum pembetulan pasaran yang lebih luas.

Dibina berasaskan prinsip kepercayaan, ketelusan dan teknologi, Hata komited untuk menetapkan standard baharu dalam ekosistem aset digital Malaysia sambil memperluaskan akses kepada perdagangan kripto yang selamat, patuh dan berpatutan di seluruh rantau ini.

Pada tahun 2025, Hata memperluaskan rangkaian produknya dengan pelancaran Staking, bermula dengan Solana (SOL), yang membolehkan pengguna memperoleh ganjaran sambil menyumbang kepada keselamatan rangkaian blockchain. Bersama dengan ciri Auto-Invest (DCA), Hata terus memperkenalkan alat inovatif yang memperkasakan rakyat Malaysia dan institusi untuk membina kekayaan digital jangka panjang yang mampan.

Layari hata.io untuk maklumat lanjut.

Buat masa ini HATA menyenaraikan 15 aset digital yang kini dikategorikan sebagai patuh Shariah, antaranya BTC, ETH, XRP, SOL, ADA, LINK, XLM, BCH, LTC, AVAX, UNI, DOT, WLD, POL dan ATOM.

Kalau nak semak sendiri senarai penuh dan status setiap aset, boleh rujuk laman HATA di sini: Senarai aset Shariah-Compliant HATA

HATA merupakan platform aset digital patuh Syariah sepenuhnya yang pertama di Malaysia, jadi bagi yang memang ambil berat bab Syariah, mungkin boleh consider untuk tengok HATA. Ini referral link kalau ada yang nak daftar: Daftar HATA.

Daftar melalui link referral ini dan anda boleh menikmati 10% rebate daripada trading fee yang layak. Pada masa sama, MajalahLabur juga akan menerima manfaat daripada program referral tersebut.Kita maklumkan awal-awal supaya jelas. Kalau terlupa masukkan kod semasa daftar, kod AF01KEPTAA masih boleh dimasukkan dalam tempoh 30 hari selepas sign-up.